***Sooo sooorryy.. Ni bab 1 yg sbetulnye.. the 1st updte ari tu was a PROLOG. Ampun sesgt..
***so, hppy rding..:)
1
“KAU kat mana?” Suara garau
lembut menyapa sebaik talian bersambung. Bertahun aku dengar suara dia, dari
zaman tak kenal ABC sampai dah pegang Degree, dah nak naik jemu aku dengar.
“Sinilah... Dah set kat tempat biasa kan? Tanya lagi
apahal? Saja nak bagitau yang kau dah lambat?” Ken yang tergelak aku jeling
dengan tajam. Aku tengah marah, dia boleh gelak lagi.
“Ish, dah nak sampailah ni.” elok talian mati, terdengar
deruman enjin kereta. Dari bunyi tayar berdecit pun aku boleh agak siapa
gerangannya. Kereta aje gempak, sampai lambat jugak. Tadi ajak gerak sekali tak
nak, jual mahal kononnya. Suruh aku gerak dulu padahal rumah berpisah dengan
dinding batu aje.
Sreettt!!!!
Aku besarkan biji mata. Sempat lagi aku naikkan kaki,
takut tersepit. Mangkuk tingkat punya member, sikit lagi Neo dia nak cium muncung
Passo aku. Dari dalam kereta, Qaiser sengih. Cehh.. Dahlah lambat, buat muka
tak bersalah pula tu.
“Weh, Dura mana?” Aniq tanya Qaiser, tapi sikit pun muka Qaiser
tak dipandang. Sibuk dengan DSLR dia tu. Entah apa yang dia snap agaknya. Nak kata first time datang sini tak juga, rasanya
setiap kali weekend kita orang lepak
sini. Entahlah, kalau dah nama pun photographer,
nak buat macam mana.
Qaiser ambil tempat kat sebelah aku, duduk bertenggek kat
bonet kereta. Sangat santai dengan jeans lusuh, berselipar Adidas, tee hitam tanpa
kolar dan berjaket denim hijau terang. Bertopi tanpa logo. Qaiser dengan cap,
memang tak boleg dipisahkan. Ken yang bertee merah tanpa kolar dan berjeans
paras betis pula setia bersidai kat penghadang jalan, berpeluk tubuh menghadap
kami. Sama aje fesyen si Ken dengan Aniq. Fesyen malas nak berfesyen namanya.
“Weh, mana Dura? Bukan kau nak ambil dia ke?” si Ken pula
tanya, tak sabar dengan perangai Qaiser yang suka melengah-lengah menjawab
soalan.
“Kau orang nilaah.. tanyalah aku sihat ke tak, jalan jammed ke tak, bini aku sihat ke tak. Ni
sikit-sikit Dura. Ingat aku driver
dia ke?” meleret aje cara Qaiser menjawab. Laju aku menyiku tulang rusuk dia,
tapi si Qaiser memang dah boleh baca gerakkan aku, lagi laju dia mengelak. Jadi
dapatlah aku menyiku angin. Huh.. Ayat tak boleh blah. Bini konon. Siapa lagi bini dia kalau bukan Neo dia tu.
“Ni satu lagi, kerja nak membalun orang aje. Sedarlah
sikit awak tu perempuan. Entah bila nak berubah jadi normal.” Eh, aku pula
dibebelnya. Elok kita tanya pasal Dura, dah corner
kat aku.
“Eh, sedara. Maaf ya, saya cukup sedar yang saya ni
seorang perempuan. Dan.. dan.. saya juga seorang yang normal...” Bukk!! Sempat
aku layangkan penumbuk kat pipi dia, dia tak sempat mengelak. Ken dan Aniq dah
berkerut muka. Boleh agak macam mana rasa penangan aku.
“Kasar ni bukan sebab aku nak jadi jantan, tapi kau orang
yang ajar aku. Paksa aku masuk silatlah, Tae kwan do lah. Haaa, kau orang juga
yang bagi perangsang serta sokongan dan dorongan, sekarang nak memekak pula
bila kena tibai.” Nasib baik Dura tak terjebak ikut aku join seni mempertahankan
diri tu semua, kalau tak harus Hadi makan penumbuk hari-hari.
Aku sengih bangga bila Qaiser mengusap-usap pipi dia
sambil berdesis. Dia jeling aku tajam.
“Kan dah pesan, muka jangan main. Aset tahu tak? Aset.”
Dia sauk kepala aku, lalu diselitkan kat celah ketiak dia. Aku cubit perut dia
kuat-kuat. Rasakan.
“Hailaaa.. Tu ajelah kerja kau orang berdua. Tak cukup ke
kecil-kecil dulu main wrestling, ha?
Tak reti akulah.” Sungut Ken. Tangan dia merampas DSLR dari tangan Aniq. Gambar
hasil kerja Aniq diperhati satu-persatu dari LED kamera.
“Mana kau tahu dia orang dulu main wrestling? Entah-entah duk sibuk main pondok-pondok. Kahwin-kahwin.
Hahaha..” Aniq gelak besar-besar.
“Ha’ah, kan? Entah-entah dia orang dulu main
kahwin-kahwin tak? Del, kau mesti jadi pengantin perempuan, kan? Alololo.. Cute sangat.” sambut Ken tak
teragak-agak nak membahan aku.
“Dia jadi pengantin perempuan? Jadi wali bolehlah kot.”
Ejek Qaiser.
“Cissss betullah kau orang ni. Ni yang malas nak lepak
dengan kau orang ni. baik aku lepak dengan pakwe-pakwe aku, aman dunia.”
Betullah, dari mula rapat dengan Ken dan Aniq, kerja dia orang ni memang nak membahan
aku aje. Sama macam abang-abang aku kat rumah. Nasib baik Qaiser ni kira
budiman sikit, macam adik aku Dazrin, kalau tak... Semak dunia aku. DSLR aku
rampas dari tangan Ken pula. Tengok LCD kamera. Laaa.. semua pun gambar kandid.
Si Aniq nilah. Penuh muka kita orang aje dalam ni.
“Dura mana, weh?” tak tahu kali ke berapa dah, dari tadi
tanya Qaiser tak jawab-jawab. Ikutkan kami berlima memang akan lepak bersama,
ikutlah kalau ada kelapangan. Aku ni memang sentiasa lapang. Penganggur
terhormat ni. Daulat besar. Hahaha.. Tapi Qaiser, Aniq, Ken dengan Dura dah ada
kerjaya masing-masing lepas tamat degree.
Qaiser dah pegang gelaran General Manager kat syarikat
ayah dia. Syarikat hartanah dan kejuruteraan kat Ampang. Boleh tahanlah busynya bestie cum jiran aku tu. Asyiklah outstation tak sudah.
Aniq pula, join
venture dengan butik pengantin kakak saudara dia. Jadi photographer cum tukang setting pelamin. Tapi selalu juga hilang
dari KL sebab selalu dia buat photoshoot
kat luar.
Ken pula menyibuk kan diri jadi tukang hantar mama dia
kalau mama dia nak kena seminar mana-mana. Mama diakan penceramah bebas
berpangkat Doktor falsafah. Macam papa dia. Cuma yang bezanya papa dia masih
gigih nak mengajar anak-anak muda yang tengah buat Masters. Pensyarah tu.
Sementara Dura pula, dengan Ijazah Pentadbiran dia tu,
dia sekarang jadi Pengurus HR kat KWSP. Kerja yang sangat normal, tu pun Dura
selalu melalak kat aku sebab asyik kena hantar kursus sana sini.
Dan kalau nak tahu, Ken, Aniq dan Dura dah pun bertunang
akhir tahun lepas. Mula-mula Dura dengan Hadi. Selang sebulan lepas tu Ken
dengan Yaya. Sebulan kemudiannya Aniq menyusul dengan pasangan dia Alia. Best tak best? Tinggallah aku dengan Qaiser. Qaiser dengan tak ada teman
wanita lagi, aku pula masih tak jumpa Mister
Right yang aku idamkan. Tak apa, baru 25. Muda lagi.
“Dura tak jadi join.
Prepare nak pergi kursus kat Taiping
esok. Dua ke tiga hari kot.” Malas aje Qaiser nak menjawab. Dia sibuk juga
menjengah DSLR kat tangan aku. Duk belek muka aku dan Ken yang sah-sah tak ready nak bergambar. Nama pun kandid. Entah
apa-apa muka aje. Tak photogenic
langsung.
“Eleh, entah-entah Hadi tak bagi dia lepak dengan kita.” Serkap
Aniq. Kaki dia duk gigih menyepak batu-batu kecil atas tar. Sikit pun kami tak
peduli dengan penunggu-penunggu yang melepak kat puncak Bukit Ampang ni. Buat
hal masing-masing.
“Macam tak biasa.” Aku sambut dengan nada jelek. Dah
biasa sangat kalau Dura tak ada bila kami ajak melepak. Sejak-sejak dia
bertunang, dah jarang dia ada dengan kami. Hadi tu memang skema betullah.
“Kau orang nilah. Dah dia kata nak kursus esok, kursuslah
tu. Tak payah nak fikir ekstrem sangat.” aku cebik bibir bila Qaiser, macam
biasa sebelahkan Dura dengan Hadi. Huhh..
“Hailaaa.. aku baru ingat nak announce satu benda. Dura pula tak ada. Cancellah.” Ken bersuara. Aku angkat kepala. Tengok Ken. Ken sengih
sambil peluk tubuh.
“Tak payah nak buat muka teruja nak korek rahsia kau tu,
aku tetap akan cakap bila kita dah berkumpul berlima.” Tekan Ken. Aku buat
muka. Mengada!! Aku belek lagi gambar kat DSLR dengan Qaiser sambil dengar Aniq
dan Ken merapu, duk mengumpat Honda Civic kat seberang sana. Dia orang pula
yang risau tengok kereta tu tergoyang-goyang.
“Ala, orang kat dalam tu tengah dengar lagu sambil goyang
Inullah tu.” Ujar Aniq. Cehhh.. Tak
payah nak berlagak innocent sangatlah
Ken dan Aniq oooii.. Macam kau orang tak tahu apa dia orang buat kat dalam
kereta tu. Dahlah tinted gelap, parking pula kat tempat gelap.
Faham-faham sudah!!
“Weh, apahal muka kau macam tapir nak beranak ni, Ken?”
Qaiser dah tergelak besar sambil aju soalan. Ken laju menjengah. Lepas tu dia
berdecit.
“Mongok kau
Niq. Kau snap aku tengah kentut
apasal?” Ken dah meluku kepala Aniq. Aku dengan Qaiser gelak lagi. Muka tengah
kentut. Lahabau betul mangkuk ni. Ehh??
“Woi, kau kentut kat sebelah aku? Mongok 12 kali!! Nah, ambil ni.” giliran aku pula meluku Ken. Baru
aku perasan gambar Ken tu sebelahnya aku. Tengah berFB kat Mega sementara
tunggu Qaiser tadi. Qaiser gelak besar, siap tekan-tekan perut.
Sengal punya member. Ada ke dia kentutkan aku. Kena mandi
bungalah aku nampaknya. Nak buang bala. Hahaha
“Weh, Qai. Nak ke mana?” Ken tanya bila keadaan dah
tenang semula. Cuma dengar bebelan tak puas hati Aniq saja lagi. Dia cakap DSLR
dia pun kena mandi bunga. Takut suwey
sebab snap gambar Ken kentut.
Qaiser tak menjawab sebaliknya terus ke Neo. Buka bonet,
bawa keluar gitar dia. Aktiviti wajib bila melepak kat sini. Mesti memekak.
Qaiser memang tipikal lelaki terhangat sebab mampu mencairkan perempuan dengan
mainan lagu unplugged dia. Suara
walaupun tak sesedap Jason Mraz, tetap sedap didengar tau.
“Weh aku dengar
kau dah bercerai dengan Keyrol taukeh workshop
tu? Apahal?” Bercerai? Apa punya ayatlah Aniq ni. Tak agak-agak. Bila entah abah
goncang tangan Keyrol.
“Aku ceraikan sekali dengan Ayad. Semak, sehhh. Aku nak
rapat dengan Apai pun bising.” Aku tengok Aniq simpan DSLR dalam kereta dia.
“Huh.. Tak pernah nak berubah. Peliklah. Kau kalau lelaki
nak usya kau, bukan main garang lagi. Apahal? Kau malu, eh?” errk?? Haaa, ni
yang aku malas kalau dah keluar soalan macam ni. Dah tahu lagi mahu tanya. Aku tak
suka betul kalau orang nak tackle
aku. Malu with capital of M tau tak?
“Kalau dah tak jawab tu, faham-faham sendirilah.” Sambut
Qaiser. Aku buat muka bila Aniq dan Ken gelakkan aku. Lantak kau oranglah.
Aku tengok Qaiser duduk bertenggek kat divider besi, menghadap view of Kuala Lumpur diwaktu malam. Aku
ambil tempat kat sebelah kanan Qaiser, Ken kat sebelah kiri Qaiser dan Aniq kat
sebelah kanan aku.
“Request..
Request..!!” ujar Ken. Nak lagu apa ya? Tak sempat fikir, Qaiser dah petik
E not. Terus petik dan petik. Aku berpandangan dengan Aniq, jengah kat Ken
kejap. Lagu apa ni? Qaiser senyum bila sedar kami tak dapat tangkap not-not
yang dia petik tu. dia ulang lagi sekali siap humming lagu tu. Oohh..
“Trouble he will find you no matter where
you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control”
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control”
Tak
sempat aku nak masuk, Ken dah lontar vocal dulu. Ciss.. Qaiser tergelak perlahan sambil terus
petik lagu Lenka, Trouble Is A Friends versi akustik.
“He's there in the dark, he's there in my
heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”
Ouucchh!!
Suara Qaiser, sungguh tak lena anak dara kalau dengar. Sangat romantik dan
mendayu-dayu. Tambah dengan senyuman macho dia tu.
“Trouble
is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road”
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road”
Aniq
pula tunjuk bakat. Siap dengan gaya gedik yang sengaja diada-adakan. Dua-dua
tangan kat bahu, mata keatas. Kami tergelak. Poyo habis.
“He's
there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh”
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh”
“So don't be alarmed if he takes you by
the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”
Serentak
kami menyumbangkan lagu. Kesian Lenka. Harus menangis dengar akustik kita orang
ni. Tutup periuk nasilah nampaknya.
“Weh,
bila nak masuk solo? Cepat-cepat!!” Ken sempat capai bahu aku, lalu ditolak
kasar. Ciss...
“Del.. Take it.” Ujar Qaiser. Okay.. Okay.. take a breath. Cehh.. budget tengah buat konsertlah konon.
“Oh
how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!”
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!”
Qaiser
kenyit mata kat aku. Oucchhh!! What was
that? No, not that kenyit-kenyitlah. But
what was that feeling when he wink on me? Ohh.. I need an oxygen. It almost killing me. Oh how I hate the way
he makes me feel. Apasal macam terkena sangat-sangat dengan lirik tu, ek? Oohhh.. Del, stop right there. You’re
thinking over your limit. Macam tak biasa kena kenyit dengan Qaiser.
“He's
there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh”
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh”
“So don't be alarmed if he takes you by
the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!”
Yesss... Trouble is a friends. Pergi mana pun, masalah tu memang
takkan tak pernah ada. Masalah tu macam bayang-bayang kita. Ikut aje ke mana
kita pergi. Fortunately if you know how to
get through of it. Kalau orang macam aku ni, harus mati gantung diri. Mahu
taknya, kerja cari masalah aje. Hahaha