** Part ni sje suka2 sy nak buat sbb kononnye rndu nk bmesra dengan Afif dan Trish. Dan juga a gift utk pmbaca AKDS semua.
** Hrp sgt u guys njoy.. tq99x
YOU! Yes, you. The one
reading this. You know that you’re beautiful lady, amazing wife, a talented
mother and simply the best at being you. Don’t forget that. And don’t forget
that your lovely, good looking, sexy and great husband love you soooo
muchhh..!!
Fr: Your Sweet Hubby :)
Dia tarik senyum nipis.
Bahagia. Bahagia yang hanya dia yang tahu rasanya. Disayangi dan dimanjai oleh
insan yang terlalu dia cintai, dikelilingi oleh anak-anak yang petah dan bijak.
Terasa dunianya cukup sempurna.
“Good morning, yunk.” Ucap Afif bersama ciuman dipipi.
Trish tepuk lembut pipi Afif yang sedang menadah, minta ciuman balasan.
“Mimpi apa pagi-pagi buat sarapan ni? siap dengan nota
kaki lagi. Nak bodek, eh?” Kertas kecil
berwarna pink itu diletakkan ditepi piring yang berisi sandwich. Wajah Afif
yang tersenyum manis ditatap sayang.
Dua tahun. Dua tahun setelah hidup bersama untuk kali
kedua. Afif yang kini bukan lagi seperti Afif yang dulu. Sesungguhnya,
pengalaman adalah guru terbaik dalam mendewasakan dan mematangkan seseorang
insan. Meski adakalanya ‘terkantoi’ juga sikap barannya, tetapi cukup mampu
untuk Trish tangani dengan bijak.
Bak kata Liya, “Tu kira nasib paling baiklah untuk Afif
sebab dapat bini paling penyabar dalam dunia ni. Kena dapat bini sama panas,
mahu terbakar rumah.”
Jodoh itukan rahsia Allah. Mungkin kerana itu dia
ditakdirkan jadi isteri Afif sebab Afif tu api, Trish pula air. Dan kini, baru
dia tahu siapa Afif yang sebenarnya. Sebenarnya..
“Mana abang bagi nota kaki, itukan nota cinta. Tiba-tiba
mood nak bercinta lebih-lebih tu datang pagi ni. tu yang buatkan breakfast dan
sebagai balasan, petang ni Trish balik awal sikit, masak dinner and..” Afif
kenyit mata siap muncungkan bibir, minta ciuman. Muka menggoda macam selalu
kalau dia nak minta apa-apa.
Trish tergelak lepas, lucu tengok lagak Afif. Dan ya,
sebenarnya Afif ni manja orangnya. Sangat manja dengan Trish. Juga punya hati
yang tulus, tetapi adakalanya ketulusan Afif tu terlalu ‘tulus’ sampai bercakap
pun main lepas aje. Satu tu memang Trish tak boleh nak ubah. Dah memang gaya
suami dia macam tu, terima ajelah.
Afif tarik muka bila ditertawakan oleh isterinya. Pun
hatinya terasa lapang tatkala wajah ceria Trish melatari hari-harinya. Entah
untuk kali ke berapa, dia menitipkan rasa syukur pada Yang Maha Esa kerana
mengirimkan seorang bidadari yang cukup sempurna dalam hidupnya. Dia sendiri
takut untuk memikirkan hari-harinya tanpa Trish disisi.
Trish terlalu sempurna dimata Afif. Sempurna sebagai
seorang wanita, isteri buat dia, ibu buat anak-anak mereka, anak buat ma dan
pa, menantu buat arwah papa, kakak kepada Riya, dan sebagai seorang teman buat
teman-teman baiknya. Trish sentiasa mendahulukan dia dan anak-anak berbanding
kerjaya. Pandai menyusun atur langkah agar hati suami tak tercela. Pun masih
pandai menjaga hati pa dan ma agar kedua orang tua itu tak terasa apa-apa.
Kalaulah arwah papa masih ada, tentu arwah papa bangga
kerana Trish dah berjaya membuatkan hidupnya lebih bermakna. Sesungguhnya
pilihan arwah papa adalah yang terbaik buat dirinya. Dan kini, dia benar-benar
rasa bahagia.
“Patutlah baik semacam, ada makna rupanya.”
Afif jeling sedikit. “Habis tu, Trish asyik balik lambat
aje. Kadang-kadang abang dah kat rumah, Trish tak balik lagi.” Trish tu, dari
dulu sampai sekarang. Kalau bab kerja, komited habis. Kalah bos besar.
Trish cuit hidung Afif. Dia tergelak bila encik suami
mengelak dengan muka cemberut. Merajuklah tu. Apa boleh buat, dunia kerja
kadang-kala membuatkan dia leka hingga terkadang lupa tanggungjawab dirumah.
Sungguhpun Afif mengatakna dia adalah
wanita yang cukup sempurna, deep inside, dia tahu dia tetap manusia
biasa. Tetap punya cacat cela dimana-mana.
“Siapa yang selalu bagi kerja melambak kat Trish lately
ni? Abang jugakan?” Trish angkat kening double jerk. Saja mengenakan Afif. Bila
Afif nak buka mulut untuk membidas, Trish sambung berbicara.
“Dan.. Haaa.. Siapa ya yang selalu mengelat, pass kerja
dia, suruh Trish siapkan sebab dia nak balik rumah tak sabar-sabar nak jumpa
anak-anak?” Trish ketuk jari pada dagunya.
“Ab..”
“Ohh.. Ada orang tu suka buat gaya macam ni. ‘Yunk, client
tu cerewetlah. Trish settle kan lah.’ Siapa ya orang tu? Abang kenal tak?”
sekali lagi Trish memotong bicara Afif. Afif yang terkulat-kulat buat Trish
rasa nak tergelak. Comel sangat.
Baru Afif nak bersuara, Trish menyampuk lagi.
“Ohh my.. Kadang-kadang Trish terasa macam Trish ni tak
diperlukan dalam rumah ni. Bagi kerja berlambak kat Trish macam tak bagi Trish
balik rumah aje. Sedihnya rasa hati ni. Kalaulah.. Errr..” Membulat biji mata
Treish bila Afif dengan selamba memaut belakang kepalanya lalu merapatkan
mereka hingga berlakunya babak....
“Wooahh!! Ayah cium ibu..!!” Pantas Trish menolak dada
Afif. Dengan muka memerah, dia memandang si kembar yang sedang bertepuk tangan.
Trish kerling Afif, tersengih suka.
“Tak malu..” tutur Trish geram. Sebaliknya Afif hanya
tergelak sebelum menggamit si kembar ke meja makan.
“Good morning kids.” Setiap seorang dapat ciuman dari si
ayah didahi masing-masing. Wajah ceria si kembar dan suami tersayang membuatkan
Trish melepaskan nafas dalam. Terima kasih YA Allah kerana masih memberikan
kami peluang untuk terus bersama pagi ini.
“I love you ayah.” Tutur si abang.
Trish kerut dahi. Lain yang si ayah ucap, lain yang si
anak jawab.
“Ayah cakap good morning, not I love you lah abang.”
Bidas si adik yang sudah mengambil tempat di sebelahku. Sementara si abang di
sebelah Afif.
“Tahulah. Ibu, salah ke abang cakap I love you kat ayah?”
si abang pandang Trish, menanti jawapan dari si ibu dengan mata yang membulat.
“Tak salah sayang because ayah love you too.” Pujuk Afif
sambil mengusap kepala si abang.
“Me?” si adik pula menagih kasih. Trish gosok kepala si
adik.
“Ayah love both of you. Tak kurang, tak lebih.”
“I love you more ayah.” Ujar si adik.
Trish berbalas senyum dengan Afif. Bahagia. Sikit pun
Trish tak terasa hati kerana ungkapan ‘I love you’ itu tak ditujukan buat
dirinya. Bukan kerana sudah jemu tetapi dia sedar si kembar baru saja mengenali
kasih seorang bapa sejak dua tahun ini. Tambahan pula Afif sentiasa memanjakan
si kembar membuatkan si kembar lebih terbuka dengan Afif.
Arif Akmani dan Alif Akmani. Permata hati mereka. Biarpun
masih tiada yang ketiga, pun mereka redha. Andai ini sahaja rezeki yang Allah
tetapkan, mereka tetap bersyukur kerana kedua-dua zuriat ini sudah cukup
melengkapkan kebahagian mereka.
************************************************************************
“LIYA, kau jangan nak merepek boleh tak?” Trish tekap Iphone pada telinga. Mendengar butir bicara sepupu kesayangan yang sedang merapu macam baru bangun tidur.
“Aku tak merepek okey. Serius ni. Please..” Liya dah mula
merengek. Trish tongkat tangan pada dahi. Pening.
“Kau tahukan Afif..”
“Yes, I know. But please Trish. Kau aje yang boleh tolong
aku. Dua minggu aje.”
“Ask Riya firstlah. Maybe she can.” Cadangku. Berat
permintaan Liya ni.
“Sebab she cannotlah aku alih kat kau ni. aku bagi upah.
Siap dengan fridge magnet.” Cewah, dia buat tawaran pula. Macam Trish hairan
sangat dengan magnet peti ais dia tu.
“How about Kid?”
“I don't want to trust him, anymore. Baru bulan lepas dia terpijak kaki
Bunny aku. Bulan ni silap-silap dia pijak kepala pula. Innalillah kang Bunny
aku.”
Liya ni. Gatal kepala otak aku nak fikirlah.
“Kau tahu Afif tak suka benda berbulu, kan. kang tak
pasal dia lenyek Bunny kau dengan Lambo dia, baru padan muka kau.” Asal nak
pergi ke LA aje, mesti sibuk cari nursery untuk haiwan pelihraan dia tu. dulu
hamster, sekarang arnab pula. Peninglah si Liya ni. Kot bela lembu ke kambing
sedap sikit dengar. Boleh buat korban masa Raya Haji. Ini arnab. Buat sate
bolehlah kot.
“Trish..” rengek Liya. Aduhhh..
“Nantilah, bagi aku tanya kat Afif dulu. Aku tak nak
tragedi Fiona dengan Steve berulang kembali. Trauma aku.” Mahu tak trauma bila
teringat dua mahkluk kecil tu bertarung dengan nyawa? Seriau aku.
Selesai berbicara dengan Liya, Trish mengemas fail-fail
di atas meja. Jam dikerling. Hampir pukul tiga petang. Bermakna ada lagi
setengah jam untuk dia bertemu dengan pelanggannya di restoran berhampiran.
Pintu terkuak dari luar. Trish terngadah sebelum senyuman
dilemparkan buat setiausahanya.
“Ready?”
“Sure, kak.” Kak Mila angguk dengan senyuman sebelum
menutup kembali pintu bilik. Kata Kak Mila, jaga Trish lebih senang dari Afif.
Trish sentiasa ingat setiap jadual yang telah diaturkan. Sedang Afif pula, perlu
sentiasa diingatkan. Macam alarm yang di snooze kan. penat kata kak Mila. Tu
pasal dia happy gila bila Trish minta Afif tukarkan Kak Mila sebagai
setiausahanya sementara setiausaha arwah papa dulu diletakkan dibawah Afif.
Iphone Trish capai. Nama suami tersayang dicari. Talian disambung.
Walaupun jarak bilik mereka tak sampai pun sepuluh langkah, tapi malasnya Trish
nak melangkah ke sana, Tuhan saja yang tahu. Apa taknya, kalau nak masuk bilik
Afif, pekerja tengok dia macam tengok panda pakai bikini. Tak berkerlip. Lepas tu
mulalah nak mengusik. Malu sungguh. Padahal dia masuk nak hantar dokumen aje.
“Sayaaaanggg..” meleret suara Afif sebaik talian
bersambung. Trish tarik senyum mekar. Kalau depan pekerja, jangan harap nak
dapat panggilan macam tu. staright aje suaranya. Boslah katakan.
“Abang, Trish nak keluar ya. Jumpa client kat restoran
depan tu. I bring Kak Mila, macam biasa.”
“Sayaaaanggggg...” rengek Afif. Hailaaa.. Kalau pekerja
nampak gaya Afif ni, mahu bertahun kena bahan. Manja sangat.
“Ya abang sayang..”
“Sekarang dah nak pukul tiga. Told you yunk, balik awal
today. Remember?” Sungguh-sungguh Afif mengharapkan Trish dapat pulang awal. Mana
tidaknya, dah lama rasanya tak bercinta dengan isteri sendiri. Asyik sibuk aje.
Ni dia dah plan elok dengan ma, minta ma ambilkan anak-anak kat tadika dan tolong
jagakan sampai ahad ni. Yalah, hari ni Jumaat. Esok budak-budak cuti. Boleh bercinta
sakan kalau anak-anak tak ada.
“Abang sayang.. Ni last appointment for today. Once settle,
Trish balik rumah terus. Okey? Kalau abang nak balik dulu, abang baliklah dulu.
Kita jumpa kat rumah.” Trish kepit fail-fail didada. Langkah diatur keluar dari
pejabat bersama Iphone masih ditelinga. Saat bertembung mata dengan Kak Mila,
Trish menggamit dengan isyarat mata. Terus saja Kak Mila mengikut langkah
ketuanya.
“Sayanggg...” rengek Afif lagi.
“Yaaa..” Trish menoleh ke belakang saat seketika, melihat
pintu bilik Afif yang tertutup rapat. Dia tersengih. Siap turunkan tirai, takut
kena sekodeng dengan pekerjalah tu.
“Miss you..” ucap Afif sedikit berbisik.
Trish senyum semakin lebar. Sajalah tu, nak menggoda. Tahu
dah taktik Afif tu.
“I’ll be home before..”
“Trish jumpa client mana ni?”
“Mega Holdings. Dia orang hantar kawan abang jumpa Trish.
Siapa nama anak owner Mega Holdings yang baru join tu?”
“Mega Holdings? Jangan cakap they send Qaiser
Khaizuran...”
“Yup. Qaiser Khaizuran. Eh, bang. Trish nak masuk lift
ni. Nanti line hilang. Catch you later ya..”
Tak sempat pun menanti jawapan balas Afif, talian dah
terpadam. Aku geleng kepala. Afif.. Afif.. Manja mengalahkan anak-anak. Seketika
aku berborak kosong dengan Kak Mila. Dia ramah bercerita tentang kenakalan
anak-anaknya di rumah.
“Itu riuh empat orang memang ada empat orang. Saya ni
kak, anak dua. Riuh macam ada empat. Tak tahulah kalau betul ada empat. Dengan
ayah dia lagi, sama-sama ligat.”
Kak Mila tergelak. “Macam tu baru seronok Puan. Meriah. Jiran
akak tu, anak tiga orang tapi suami tak ada. Dah kena tinggal. Anak-anak pun
terbiar. Kesian. Kadang-kadang akak tahu dia orang tak makan lagi, akak panggil
ajak makan sama. Mak dia kerja, siang malam. Nak cari duit untuk anak-anak.”
Buat seketika, Trish terdiam. Entah kenapa, ayat ditinggalkan
suami itu buat dia sebak. Bagai terlihat betapa payahnya dia membesarkan si
kembar tanpa suami disisi suatu ketika dahulu. Meski dia punya keluarga yang
kaya, dia punya wang dan kemewahan, tapi ketiadaan suami buat dia terasa kosong
waktu itu.
Bicara seorang ibu tunggal kaya yang ditinggalkan oleh
suami, “Apalah ertinya hidup mewah andai tiada suami disisi untuk disayangi.”
Bicara seorang ibu tunggal miskin yang ditinggalkan oleh
suami, “Tak apalah kalau bukan jodoh aku dengan dia, apa yang aku tahu,
anak-anak aku cukup makan dan pakai. Cukup belajar dan didikkan.”
Sifat manusia biasa, sentiasa alpa untuk bersyukur. Dan
dialah antara manusia itu. Sanggup hidup bertahun, bergelumang dengan kenangan
bersama bekas suami sedangkan si kembar memerlukan perhatian darinya waktu itu.
Trish lepas nafas dalam. Ya Tuhan, semoga apa yang aku
ada hari ini akan terus menjadi milikku. Andai hari esok ada yang kepunyaanku
akan ditarik, Kau kuatkanlah imanku agar aku mampu menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
Ketika melangkah ditengah lobi, tiba-tiba aku terasa
badanku terangkat. Aku terjerit terkejut. Tambah terkejut bila aku sedar Afif
yang mengangkatku dan membawa tubuhku menghala ke tempat parking kereta.
“Abang, appoin..”
“Dah cancel.”
“Tapi..”
“Don’t worry. Qaiser kawan abang. Abang dah settle dengan
dia. sekarang duduk diam-diam and wear your seatbelt.” Afif tutup pintu kereta
bila Trish sudah duduk dengan cermat dalam kereta milik Afif.
Sebaik Afif masuk, Trish pandang Afif dengan riak tak
faham.apa semua ni?
“Don’t ask anything. Apa yang Trish kena tahu, sekarang
ni Trish kena culik. So be nice, or I’ll kiss you till you can’t breath.
Easy, kan?”
Dan Trish hanya mampu terkebil-kebil. Kena culik dengan
suami sendiri? Epik. Epic much. Tapi... Trish tarik sengih nakal. Macam best
aje, boleh ponteng kerja. Hehehe