Bab 4
BEBERAPA buah fail dan buku log
dibawa keluar oleh Is lalu diletakkan di atas meja kerjanya. Is jungkit kening
pada Danish yang dah jatuh rahang tatkala melihat susunan fail dan buku log
yang agak tinggi di hadapannya.
“Kejap,
ada lagi.” Ujar Is kemudiannya dia membongkok di bawah meja. Segunung lagi fail
dan buku di angkat dan diletakkan di sebelah susunan yang pertama tadi. Pnggang
dilentur sedikit bila terasa sedikit kejang.
“Err..
Done?” ragu-ragu Danish tanya. Risau juga kalau Is bawa keluar sebemban lagi.
“Eh?
Ada. Kejap.” Is bongkok lagi badan tapi seketika saja dia bangkit kembali
dengan sengih mengusik. Nak tergelak pun ada bila tengok Danish dah tayang muka
cuak macam tu.
“Tak
adalah. Tu aje.” Is sengih.
Danish
hambur nafas lega. Tangan dah gerak nak capai fail yang paling atas sekali.
Tapi terkaku bila Is menegur.
“Awak
nak start dah ke? Kalau nak start, minta tolong awak off phone dulu boleh?
Sebab saya tak suka bila buat paper work ni semua, ada gangguan.”
“Off
phone?” Dahi dah berlipat. Jarang sangat dia matikan telefon kecuali bateri
habis aje.
Is
angguk.
“Saya tak
risau awak lari focus, saya risau saya yang tak boleh focus. Bunyi ting ting tu
pun dah buat saya hilang focus. Kepala saya automatk akan berfikir, siapa yang
text awak tak henti-henti tu, risau awak hilang ke, rindu awak ke. Tak
pasal-pasal saya yang stress.” Terang Is dan bunyi ting ting tu meruujuk pada
bunyi telefon Danish yang tak henti sejak tadi. Walaupun Danish dah perlahankan
nadanya, tap Is tetap dengar. Yalah, ofis dia pun kecil saja, dalam library
pula tu. Tentulah sunyi sepi.
Seketika,
Danish tergelak macho. Dia kembali menyandar seraya membawa keluar iphonenya.
Memang sejak tadi lagi telefonnya tak berhenti mengeluarkan bunyi. Bukan takat
ting ting saja. Sekali dengan bunyi messenger FB, twitter, wechat dan segala
macam social medialah.
“Give
me five minutes, let me settle my things first.” Ujar Danish.
Tanpa
menanti jawapan Is, tangannya terus lincah bermain di atas skrin telefon. Nak
kena reply semua mesej dulu dan nak kena inform yang dia akan masuk ke zon
busy.
Sambil
menanti Danish selesai dengan kerjanya, Is leka menyusun atur computer ribanya
dan satu lagi untuk kegunaan Danish. Telefonnya yang berdering, menganggu
konsentrasinya. Pantas talian disambung bila tertera nama Milo.
“Okey?”
terus Is soal tanpa bertegur sapa.
“Huii..
Pantas. Siapa? Aku? Aku okey.” Saja Milo nak mengusik emosi Is. Nampak sangat
Is nak tahu tentang keadaan Vijay dan Ajib.
“Kau,
nak buat apa? Kau okey ke tak, aku bukan kisah pun. Ajib dengan Vijay macam
mana? Settle tak?” Tak senang hati Is menanti khabar dari dua anggota polis tu.
“Pergh..
Macam ni perangai kau, eh.”
Is tergelak
saja dengar ayat sentap Milo tu. Kenapa orang gelar dia Milo? Sebab warna kulit
dia sama dengan warna air milo yang dibancuh kaw-kaw. Vijay lagi cerah kot dari
dia.
Danish
kerling raut Is yang sedan tertawa. Biarpun tawanya tak terlalu menonjol, tapi
raunya nampak ceria dan manis. Rambut ekor kudanya beralun mengikut rentak. Dia
memang cantik.
“Cepatlah,
Milo. Aku nak buat kerja ni. Selagi aku tak tahu kes tu dah settle ke belum,
selagi itulah hidup aku tak aman.”
“Dah
settlelah. Kau ni. Rileks aje. Si Vijay dengan Ajib tu bukan buat masalah pun
malam tadi. Kira dia buat kerja juga tu. Menjaga keamanan dan keselamatan
rakyat kot.”
Is lepas
nafas lega. Mujurlah. Is risau teman-temannya itu dikenakan tindakan disiplin
saja.
“God.
Leganya aku. Qurt?” Yang tu pun Is kena ambil tahu juga walaupun sebenarnya Is
cuba untuk abaikan.
“Qurt
dan rombonganya check in lokap malam tadi. Ajib cakap tadi, tak ada orang atang
nak ikat jamin dorang lagi. Itulah, buat lagi provokasi macam tu, dorang dah
dikira membahayakan nyawa orang awam tau. Is, bapak kau tak ada call ke?”
“Hmm..
Cari pasal lagi. Okeylah, aku nak siapkan kerja ni. Blah dulu.” Talian terus
dimatikan. Dia tak nak dengar Milo tanya tentang ayahnya lagi.
‘Bapak
kau tak ada call ke?’
Tak
tahulah Is nak gelak atau ketawa dengar soalan Milo tu. Sebab ayah tak prnah
pun telefon dia. Kalau ada pun, ayah hanya telefon Shahrul, abang kandungnya
atau Shahmi kakak sulungnya untuk bertanya tentang dirinya. Bagi pihak Is sendiri,
dia dah lama tak mengharapkan perhatian dari ayah. Malah nombor telefon ayah
pun dia dah sekat.
Dah
alang-alang mereka renggang, lebih baik terus tak berhubung. Ibu? Dia jarang
pulang ke rumah ibu padahal selalu saja dia pergi ke Batu Pahat sana untuk
melepak. Sebab apa? Sebab dia dah lama menyepikan diri dari keluarganya.
Keluarga dia tak seperti keluarga orang lain. Semua gara-gara ayah berkahwin
lain. Bukan satu, tapi dua. Ya, dia ada dua orang ibu tiri. Ibu Qurt, isteri
kedua ayahnya. Qurt anak tunggal. Sementara isteri ketiga ayahnya pula janda
tak punya anak.
Kerana sikap
ayah itulah buat keluarga mereka yang renggang sejak dulu jadi semakin jauh. Is
marah, marah pada ibu kerana terlalu lemah. Biarkan saja ayah buat sesuka hati.
Is juga marah pada ayah kerana tak pernah cukup dengan apa yang dia ada. Mereka
mungkin keluarga berduit, tapi mereka tak bahagia. Is sendiri dah lama bawa
diri, ikut maksu iaitu adik kepada ibu. Kalau ada pun, dia hanya bersua dengan
Shahrul saja untuk bertanya khabar tentang ibu. Selebihnya, dia bahagia dengan
dunianya.
“Ehem..!”
Teguran dari
deheman itu buat Is kembali tersedar. Macam dah lama sangat dia termenung.
Wajah Danish dicari.
“Kenapa?”
soal Danish, nadanya kedengaran risau.
Is tayang
senyum, meski dia rasakan senyumannya agak hambar. Baru bertemu tak sampai
sehari pun lagi, tapi Is dah mula rasa senang dengan sikap Danish biarpun Is
nampak ciri-ciri lelaki kaki flirt dalam diri Danish.
“Sorry,
termengelamun. Dah boleh start?” Is pantas menarik susunan fail dan terkaku
saat jemarinya dicapai oleh Danish. Mata Danish, Is cari. Minta penjelasan.
“Saya nak
minta lagi lima minit.” Ujar Danish, pun tak dilepaskan jemari Is.
“Oh?
Tak settle lagi ke?” Perlahan Is tarik jemarinya dari terus disentuh. Dia biasa
bersentuhan seperti itu tapi entah kenapa sentuhan Danish buat dia rasa lain. Macam
terkena renjatan elektrik.
“Bukan
untuk saya, tapi untuk awak. I think you need space to release your tense.”
Dan ayat
Danish tu serta-merta buat Is terdiam dengan satu rasa terdetik di hati. Dia
sangat memahami dan prihatin. Memang sikap Danish macam tu ke?
“Saya..”
“Just
go. Saya tunggu.”
Danish tak
tahu apa masalah Is. Apa yang dia tahu, dia nak Is kembali focus dan tenang
seperti awal pertemuan mereka tadi. Bukan seperti sekarang. Is nampak sedikit
bercelaru dengan wajah yang sedikit merusuh. Dan Danish tak suka dengan keadaan
itu. Buat dia jatuh simpati dan risau. Ya, risau. Jarang Danish nak risau
tentang perempuan yang tiada kena-mengena dengannya. Tapi dengan Is, rasanya
lain.
“Thanks,
doc. I really need it.” Ucap Is seraya bangkit dari duduk dan terus melangkah
keluar dari ruang ofis kecilnya. Dia sesak. Bukan saja sesak dengan masalah
Qurt, tapi dengan cara Danish melayaninya. Doanya, dia takkan terpedaya.
OPENING stock tambah in stock, tolak
out stock, tolak closing stock, dapat total untuk sold item. Total opening
mesti sama dengan total closing dari laporan bulan lepas. Total in stock pula
mesti seimbang dengan barang yang masuk bulan semasa. Hmm..
“Jadi
kalau nak tahu in stock balance ke tak, nak tengok kat mana?” Mata Danish dah
naik juling tengok excel depan mata.
Is
yang duduk di depan Danish, dipandang dengan dahi sedikit berkerut. Macam mana
Is boleh settlekan report dan akaun untuk tujuh outlet sendirian? Dia yang
datang nak tolong double check pun dah pening-pening lalat. Tapi Is macam
rileks aje padahal baru aje tadi dia tengok Is agak serabut sedikit.
“Lah,
tadikan saya dah cakap. Awak totalkan semua invoice ni dulu lepas tu total tu
awak bandingkan dengan in stock. Sebab semua barang yang masuk, ada list dalam
invoice.” Jawab Is tanpa sedikit berkalih dari posisinya. Jemarinya laju
menekan papan kekunci sejak tadi.
“Okey.
Faham.” Danish kembali menekuni skrin laptop.
Berpinar
juga mata Danish tengok Excel ni dari tadi. Tiba-tiba dia terfikir, macam mana
abah boleh suruh dia yang gantikan tempat abah sedangkan abah tahu yang Danish
tu merupakan bakal bergelar ahli oftalmologi. Dalam bahasa lainnya, doktor
pakar bedah mata. Kerja dia merawat dan
membedah mata orang. Abah pula suruh dia periksa akaun?
“Okey,
semua balance. Cuma satu ni aje. Closing ni nak tengok kat mana pula nak
tentukan dia seimbang ke tak?”
“Oh,
closing stock tu barang yang tinggal untuk bulan semasa. Biasanya kita nak tahu
ngam ke tak, setiap hujung bulan kita akan kira semua stock. So yang tinggal,
itulah yang direkodkan. Jadi closing tu kita akan bawa untuk opening bulan
seterusnya pula. Simple, kan?” Is tersenyum senang, mata masih meleat di
monitor.
Hai, tenang
pula Danish tengok senyuman Is tu.
“Awak
tahu apa tu glukoma?” soal Danish tiba-tiba. Seperti yang dijangka, Is terus
berpaling padanya.
“Hmm..
Something about eyes..?”
Danish tahu,
Is tak yakin dengan jawapannya. Tapi
bila dia boleh mengagak, kira pandai jugalah Is tu.
“Retinopati
diabetes? Lakrimal? Retinopati bayi pra-matang?” Bertubi-tubi lagi Danish bagi.
“Err..
Nak terangkan secara detail tu saya memang tak mampu. Tapi saya tahu
benda-benda yang awak sebut tu semua berkait dengan penyakit mata. Betul ke?”
Jawapan agak-agaknya itu, Danish balas dengan anggukan kecil.
“Glukoma
tu salah satu penyakit yang menyerang saraf optic. Biasanya berlaku disebabkan
oleh an abnormal high pressure in your eye...”
“Bukan
saraf mata?” celah Is.
“Nope.
It is optic nerves. Apa yang kita tengok dan pandang, saraf ni yang akan jadi
laluan untuk imej tu dihantar ke otak. Macam yang berlaku sekarang, saraf optic
saya bagi laluan yang sangat istimewa supaya imej awak dihantar dalam keadaan
baik kepada otak saya. Otak saya pula akan bekerjasama dengan hati, dia akan
hantar imej awak ke hati saya untuk saya simpan elok-elok kat situ.” Sempat aje
mengayat.
Is
tergelak tanpa bunyi. Memerah jugalah muka dia menahan tawa dari terhambur
keluar. Yalah, ofis dia ni terletak di dalam Library. Perpustakaankan, mana
boleh bising.
“Jadi,
apa yang boleh buatkan mata kita tertekan sampaikan saraf tu boleh rosak?
Yalah, tadi awak cakap, glukoma tu berlaku disebabkan tekanan luar biasa pada
mata, kan. Haa, jangan cakap awak tertekan sebab tengok Microsoft excel, eh. Tu
namanya minta saya report pada Tuan Haji.” Bicara dihujungnya membuahkan tawa
lucu.
Sumpah,
Danish selesa angat dengan Is. Walaupun baru jumpa tak sampai setengah hari,
tapi gaya mereka berbual tu macam dah bertahun kenal. Is sempoi, borak apa pun
boleh masuk. Tengok, borak pasal penyakit mata pun dia on.
“Kalau
tengok excel aje tanpa henti, memang dari tadi dah saya dapat glukoma. Mujurlah
saya bijak bahagikan masa. Lima minit saya pandang excel, sepuluh minit saya
pandang awak. Tengok, dah nak tiga jam saya hadap report bulanan ni, sikit pun
saya tak rasa mata saya tertekan.”
Is
tergelak lagi. Ceria sangat wajah dia. Kalau perempuan lain, mesti dah
tersipu-sipu malu. Tapi yang di depan Danish tu, rare.
Gosh..! Apa
dah jadi pada kau, Dany? Abah, Dany suka kat Is. Dany tak nak balik Bangilah
macam ni. Batinnya berteriak nakal.
“Tekanan
mata maksudnya tekanan dalam bola mata bagi mengekalkan bentuk bola mata. Okey,
mata kita ni ada tahap tekanan normal tau. Which is in 10-20 mmHg..”
“Apa
mmHg tu?” Dia bukan tahu sangat pasal medik tu semua. Nak kata dia minat sangat
nak dengar health speech Danish tu, tak juga. Cuma dia suka tengok Danish
bercerita. Melihatkan kesungguhan Danish dan sesekali diselang-selikan dengan
gurauan itu, buat hari Is jadi ceria.
“Milimeter
merkuri in hydrargyrum. Awak biasa tengok kot kalau pergi check tekanan darah
ke apa.”
Is
terangguk-angguk.
“Jadi
macam mana awak ukur tekanan bola mata? Guna apa?” Is bertanya lanjut. Dah
alang-alang dengar, baiklah belajar terus. Setidak-tidaknya, dia menambah
sesuatu dalam kamus ilmu pengetahuannya.
“Yang
pasti bukan pembaris.” Ujar Danish bersahaja dan Is terherot bibir.
“Tak
lawak, okey.” Tuturnya dan Danish tergelak kecil.
“Ada
dua alat untuk ukur tekana bola mata ni. Tonometer
dengan air puff tonometer. Tapi
biasanya kami gunakan yang kedua tu sebab alat tu tak menyentuh bola mata dan
bacaannya lebih tepat.”
“Macam
tu. Tapi kalau glukoma tak dirawat, apa jadi?” Is sangkut dagu pada jemari kiri
kanan yang dikaitnya bersama. Kesempatan untuk menatap wajah dan mata Danish
saat doktor muda itu memberi penjelasan, Is gunakan sebaiknya. Terdetik di hati
Is, untung Tuan Haji Darsuki, anak berkerjaya hebat. Kacak pun kacak. Peramah
pun iya. Pakej sempurna.
“4.5
juta pesakit disahkan buta disebabkan glukoma yang tak dirawat.”
Is
nampak sedikit terkejut. Takkan sampai buta?
“Buta?
Oh my.. Dany, biasanya siapa aje yang berisiko untuk dapat glukoma ni?”
Alalala..
kenapa bila dia sebut nama panggilan Danish tu bunyinya kedengaran lebih indah,
ya? Rasa macam dah lama kenal dan mesra saja.
“Sesiapa
aje boleh kena tapi paling berisiko ialah warga emas, ataupun keluarga ada
sejarah glukoma, orang yang rabun jauh, orang yang ada darah tinggi. Penghidap
diabetes pun berisiko juga. Ha, orang yang ada migraine atau pengguna ubat yang
mengandungi steroid secara berterusan pun berisiko tau. Oh ya, satu lagi.
Faktor keturunan. Orang Africa dan cina pun tersenarai dalam golongan
berisiko.” Danish nampak Is ternganga.
“Yeke?
Ayah saya mualaf tau, kira saya ada darah cina. Jadi saya berisiko jugalah ya?”
Comel pula
bila dia cemas macam tu. Dan baru Danish tahu ayah Is mualaf. Patutlah mata
sepet.
“Jangan
risau. Saya boleh kurangkan tahap tekanan pada bola mata awak tu, tapi dengan
syarat awak kenalah pandang muka saya ni sepanjang hidup awak.” Wink.
Is terus
tergelak. Tak tahulah, dia rasa Danish tu sweet. Apa yang keluar dari mulut
dia, semuanya manis-manis sampai hatinya tercuit. Elak-elak boleh jatuh hati
terus. Tapi yang buat Is gelak sejak tadi sebab Danish mengayat memang tak bagi
hint. Terus bagi aje. Yang Is gelak tu bukan sebab suka tapi lebih pada nak
cover malu. Seganlah asyik kena pick up line aje.
Danish yang
melihat reaksi Is, tersenyum senang. Dalam hati duk tertanya, kenapa Is macam
tak terkesan dengan pick up line dia, eh? Asyik ketawa aje. Tapi Danish
mengaku, hatinya rasa senang mendengar dan melihat gadis tu tertawa. Dan Danish
dah terfikir nak letak Is dalam dewan bedah setiap kali dia berdepan dengan
pembedahan. Tentu kerja Danish jadi lebih smooth dan santai. Tahu-tahu aje dah
siap operate patient.
“Okey,
jadi apa motif awak sampaikan health speech ni pada saya, ya?”
“Sebab
saya nak bagitau awak, yang saya ni bukan akauntan. Saya ni doktor mata. Jadi
akaun yang awak kata simple tu, sangat susah pada saya. Mohon pengertian,
please.” Danish tayang senyum comel. Dan Is tergelak lagi.
Mama, Dany
dah jatuh cinta. Apa nak buat ni..?
No comments:
Post a Comment