BAB 13
FAIL kes yang baru diterimanya awal
pagi tadi, diselak perlahan sambil mata menjelajah isi maklumat yang tertulis.
Penangkapan seorang nelayan lelaki berumur 54 tahun di kawasan perairan
berhampiran dan hasil pemeriksaan, anggotanya berjaya menemukan 15kg dadah
jenis syabu. Keluhan dihambur keluar. Kes seludup lagi. Sampai bilalah kes-kes
penyeludupan dadah ni akan terus berleluasa? Kalau tak masuk ikut darat, masuk
ikut udara. Tak dapat udara, ikut perairan.
“Aku
rasa suspek pun tak tahu kot yang dalam bot dia ada dadah.” Halim keluar dengan
spekulasinya sendiri. Shahrul geleng kepala. Dari dada fail, mata Shahrul kalih
pada Halim yang berpangkat Sarjan.
“Bawa
barang 15 kilo dan tak sedar? Lim, 15kilo kot. Bukan 100gram. Logiklah sikit.”
Bantah Shahrul. Yalah, ikut logiklah. 15 kilo tu berat tau. Pernah dengar,
orang dukung budak dengan berat yang sama tapi tak sedar dia dukung budak tu?
Okey, mungkin suspek boleh pertikaikan sebab dadah tu diletakkan dalam tong
ikannya. Macam mana pun, tong ikan tu masih di dalam botnya. Takkan dia tak
tahu apa isi dalam tong dia sendiri?
Bukan
seperti kes adiknya. Dadah yang berjaya ditemukan oleh anggotanya di dalam
kereta Is dulu kalau tak silap dalam 75gram. Dadah jenis heroin. Konklusi
pertama, dia rasa dadah itu bukan untuk dijual tapi untuk kegunaan adiknya
sediri. Namun sebaik melihat sendiri hasil ujian air kencing, Shahrul tarik
nafas lega bila Is negative dadah. Dan dia berusaha menyiasat kerana dia yakin Is
takkan ambil barang-barang larangan tu.
“Tapi
dia tak nampak macam tokan pun.” Halim masih ragu-ragu. Yalah, dia yang berada
di tempat kejadian. Dia lihat sendiri bagaimana pak cik tua itu menangis dan
merayu-rayu minta dilepaskan. Bersungguh-sungguh pak cik tu menafikan yang
dadah itu miliknya. Bukanlah kata sebelum selama ni suspek-suspek yang
ditahannya tak merayu macam tu, tapi pak cik yang tu lain.
“Lim..!
Kau sarung uniform tu baru semalam ke? Kau kalau nak merompak, ada kau tunjuk
muka penjenayah kau tu? Tak ada, kan? Mestilah kau tunjuk muka acah-acah ustaz
Halim. Betul?” Pelik Shahrul dengan perubahan sikap Halim tu. Selalu tak pun
macam tu. Asal suspek aje, terus dia cakap pesalah. Belum sempat siasat, Halim
dah jatuhkan hukuman dulu.
Halim
garu-garu pipi.
“Nasib
baik aku aje yang dengar tau kau cakap macam tu, kalau Tuan Ganesh yang dengar?
Sah dia suruh kau tanggalkan ‘paku’ kau tu.” Disebabkan Shahrul tua dua tahun
saja dari Halim, mereka sama-sama setuju untuk tidak menggunakan formaliti
ketika berdua.
“Maaf,
tuan.”
Serentak
Shahrul dan Halim kalih pada pintu masuk pejabat siasatan khas di jabatan
siasatan jenayah narkotik IPD Batu Pahat. Kelihatan Konstabel Dian berdiri
tegak di muka pintu.
“Ada
orang nak jumpa, tuan.” Dian meminggir sedikit, memberi ruang pada tetamu itu.
Halim
terjatuh rahang melihat susuk tubuh seorang gadis putih melepak berdiri di
ambang pintu dengan pakaian yang sangat seksi dan kalau ikutkan tatatertib
pemakaian, pakaian seperti itu dah sah-sah melanggar peraturan.
“Atul?”
Shahrul yang baru tersedar dari pegun, terus bangun mendapatkan adiknya.
Sememangnya, dia ada janji dengan orang untuk bertemu petang ni, tapi bukan Is
yang dia tunggu.
“Ya
Allah, Atul. Apa dah jadi?” Soal Shahrul bila dia sudah berdri di hadapan
adiknya. Kenapa tak terurus sangat adiknya itu? Muka sememeh, mata sembab, baju
pun terdedah sana sini.
“Shah..”
Is pandang Shahrul. Air mata yang sudah kering tadi, mula bergenang semula.
Melihatkan raut risau Shahrul buat Is bertambah pilu. Dia dah kecewakan
abangnya.
“Kenapa
ni, Atul? Cakap. Jangan buat angah risau. Kenapa kau nangis ni? Ha? Hei, angah
tanya ni. Kenapa kau nangis? Qurt kacau kau lagi ke? Qurt buat apa?” Tuhan saja
tahu betapa berdebarnya dia menanti Is menjawab semua soalannya. Perlahan,
tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukan.
Dari
hanya tangisan tanpa suara, Is mula mengongoi pilu. Semakin tak senang hati
Shahrul dibuatnya. Memikirkan kemungkinan Is malu kerana kewujudan Halim di
situ, Shahrul lantas menoleh pada rakan kerjanya.
“Halim,
bagi aku space kejap. Aku settlekan adik aku dulu. ” Halim dihalau dengan riak serius.
Halim yang
mendengar arahan, terpinga-pinga seketika. Adik? Eh, itukah adik Shahrul yang
disiasat atas kes memiliki dadah jenis heroin tahun lalu? Kenapa makin cantik?
“Sarjan
Halim..!” Shahrul menekan suaranya bila Halim masih terpaku di situ.
“Ya,
bang.! Eh.. Ya, tuan!” Selepas menabik hormat, Halim bingkas keluar. Sempatlah
dia pandang Is yang berada dalam pelukan Shahrul tu. Cantik-cantik, menangis
pula.
“ABAH cakap kerja kau dah settle
petang semalam. Kenapa tak balik lagi? Mama call malam tadi entah berapa ratus
kali agaknya, satu pun tak berangkat. Kau ke mana?”
Sambil
melangkah ke dapur, Danish dengar saja bebelan mamanya di hujung talian. Zakry
yang berdiri menghadap sinki, pantas menoleh bila terdengar dia menarik kerusi
di meja makan bulat.
“Da..”
Zakry terdiam bila Danish memberi isyarat supaya senyap.
Permaisuri
tengah bertitah kat telefon ni. Moodnya pun macam tengah tak berapa baik aje.
Dahlah Danish baru lepas buat dosa dengan meneguk minuman keras malam tadi,
kalau mamanya tahu.. Matilah. Kalau tak kena tikam bertubi-tubi, potensi untuk
dipijak berkali-kali tu tentu ada.
“Dah
kenapa diam pula tu? Ada buat salah ke?”
Serkap
jarang mama hampir mengena. Sikit lagi Danish nak tergigit lidah sendiri. Cepat
saja mamanya dapat hidu bau dosa yang dia baru buat malam tadi.
“Diam
tu tanda setuju, ma. Bukan tanda mengaku salah.” Sayup-sayup Danish terdengar
suara Delisha menyampuk di talian.
“Eh,
budak ni. Menyibuk aje.”
Buat
seketika, kedengaran dua beranak itu saling bertingkah. Bila dapat mama super
brutal, jaranglah rumah mereka sepi.
“Helo,
Dany. Haa, sambung balik. Kenapa diam? Satu soalan mama pun kau tak jawab tau
dari tadi.”
“Maaa..
Satu-satulah. Mama punya soalan, dah macam machinegun. Bertubi-tubi mama bagi.
Macam mana Dany nak jawab. Lepas tu, tuduh Dany buat salah pula.”
“Hai,
biasanya mama soal bertubi-tubi, boleh aje kau jawab bertalu-talu. Betulkan,
kau ada buat hal. Mesti kau keluar dengan kawan Matriks kau tu, kan. Dia, kan
orang Johor. Siapa nama dia? Zack? Kari?”
“Kari
apanya, mama ni. Zakry, ma. Zakry. Zack.”
Dengar saja
Danish menyebut namanya, terus Zakry berkerut dahi memandang temannya itu.
Danish tayang muka bermasalah.
“Haa,
dah betullah tu. Kau buat hal apa malam tadi? Pergi kelab dengan dia, kan?”
Eei, mama
ni.. Pandai aje pasang jerangkap samar. Tahu-tahu dah masuk perangkap.
“Ala,
ma. Memang biasa Dany pergi kelab dengan Zack pun, kan. Lagipun, bukan selalu.
Kita orangkan jarang jumpa. Dah masuk kelab, mana nak dengar bunyi telefon.
Sorrylah, ma.”
“Habis
tu, bila nak balik Bangi ni? Nak menetap terus kat sana ke macam mana?”
“Uii,
maaa. Deepnya soalan. Kejap lagi Dany geraklah. Dany nak breakfast dulu.” Lepas
tu Danish terdiam bila Zakry jegilkan biji matanya. Kenapa? Dia salah cakap ke?
“Breakfast?
Breakfast apa dah nak pukul tiga petang ni?”
Pap! Danish
tepuk dahi sendiri. Zakry dah tergeleng-geleng dengan kecuaian temannya.
“Eh, Dany.
Kau baru bangun tidur ke?”
“Helo..
Helo, ma. Ma.. Helo.. Kenapa tak dengar ni? Ma.. Helo… Helo.. Lo..” Tut! Terus
Danish matikan talian. Fuh..! Harap mama tak telefon lagi.
“Aku dah
kata dah. Kau memang tak boleh mabuk. Otak terus dungu mengalahkan lembu.”
Cemuh Zakry. Secawan kopi panas ditolak ke arah Danish sebelum dia sendiri
ambil duduk, berhadapan dengan lelak itu.
“Datang dari
mana pula lembu tu?” Kopi Danish hirup perlahan. Uuh.. Segarnya.. Rasa macam
dah bersambung semula sel-sel otaknya.
“Yalah,
lembukan lembap. Bengap sikit macam kau.”
“Bengap-bengap
lembu, kau minum juga susu dia. Dasar anak lembu.” Balas Danish dengan muka
jaki. Laju saja mulut Zakry melemparkan kata-kata makian padanya. Danish gelak,
kemenangan.
“Ciara
mana?” Danish memanjangkan leher. Kot nampak kelihat Ciara di dalam rumah tu.
Macamlah dia tak tahu social life Zakry tu macam mana. Setakat tidur sekatil
dengan Ciara, dah tak jadi isulah.
“Pagi lagi dia dah balik. Dia nak masuk
kerja.” Dalih Zakry walhal dia sendiri pun tak pasti sama ada Ciara tidur di rumahnya
atau tak malam tadi. Sebab balik pun berasingan. Tapi kalau Is boleh ada di
rumahnya, tentu Ciara pun ada sama, kan? Zakry nak tanya sendiri pada Ciara,
nak tahu kisah sebenar. Tapi berpuluh kali Zakry telefon, satu panggilannya pun
gadis cina tu tak sambut. Sibuk sangat ke?
“Oii, Zack.
Dah pukul tiga macam ni, takkan kau bagi aku minum kopi aje? Mana nasi beriani
gam? Paling cikai pun, jamulah aku dengan laksa johor ke.”
“Elok
sangatlah soalan kau tu. Ni aku nak tanya, kau nak jamu ke nak laksa?”
“HIDANGkan
aku laksa.” Perkataan hidang Danish tekan sikit. Sajalah tu Zakry buat-buat tak
faham.
Bersama
sengihan keji, Zakry bangkit menuju ke cabinet, dia capai satu tin biskut lalu
kembali duduk.
“Nah..”
Tu saja yang ada di dalam dapurnya.
Danish
pandang tin biskut tu berselang-seli dengan muka Zakry. Agak orang Johor hidang
laksa dalam tin ke macam mana?
“Kat
rumah aku, paling cikai biskut kering aje. Laksa-laksa, pergi order kat kedai.
Sini rumah bujang.” Banyak cantik, dahlah bangun hari dah petang. Minta pula
macam-macam.
“Kedekut.
Nama aje pharmacist, bagi tetamu makan benda tak sihat.” Gumam Danish dan Zakry
balas dengan jungkitan bahu saja.
Dalam
membebel, Danish seluk jugalah tin kuning berlogokan Jacob tu. Punyalah dalam
dia seluk baru jarinya tersentuh dengan biskut. Bila dia bawa keluar, tengok
biskut pun dah barai. Bila dia gigit…
“Perghh.!
Biskut pun lemau.” Teruknya ahli farmasi.
Zakry
tergelak sebabnya lemau-lemau pun Danish telan juga. Lapar sangatlah tu.
“Dany..”
“Hmm..”
Danish hirup lagi kopi. Rasa ringan sikit kepala yang berat tadi. Bahana vodkalah
ni. Dosa dapat satu hal, badan binasa pun satu hal.
“Kau
sedar tak, aku bawa kau balik malam tadi?” Soal Zakry, mengumpan. dDia nak
pastikan, betul ke Danish tak ingat apa yang telah dia lakukan bersama Is.
“Benda
last yang aku ingat, aku minum, minum dan minum. Sedar-sedar dah siang.” Danish
kunyah biskut lemau dengan muka tak rela.
Zakry
rasa kes Is dan Danish ni sangat kronik. Danish tak sedar dia dah ragut mahkota
Is dan Is pula tak nak Danish tahu. Tapi kenapa? Atau sebenarnya mereka berdua
pernah ada hubungan perasaan kemudian putus dan saling membenci? Kalau tak,
takkan Danish sanggup teguk alkohol yang tak pernah disentuhnya selama ni hanya
kerana Is.
“Kali
ni aku serius nak tahu. Sebenarnya apa kaitan kau dengan Is?”
Danish
melepaskan sedikit keluhan dari dalam. Tampang Zakry di tatap.
“Serius,
aku nak bagitau kau yang aku memang tak
ada apa-apa kaitan dengan Is. Aku kenal dia pun sebab dia staf abah aku.
Seperti yang kau dah sedia maklum, aku datang kedai abah aku pun sebab abah aku
suruh tolong Is. Itu aje.”
“Tapi..”
“Aku
minum semalam bukan sebab dia. Done. Jangan tanya aku apa-apa lagi dan jangan
kaitkan perempuan Touch n’ Go tu dengan aku. Perkenalan kami dah tamat lepas
aku settlekan kerja aku petang semalam.”
“Okey.
Okey. Aku nampak tahap keseriusan kau di situ.” Dan Zakry angkat tangan,
mengalah dengan segala penafian Danish.
Entah
kenapa, semakin Danish menafikan, semakin kuat nalurinya mengatakan Danish ada
hati pada Is dan Danish upset setelah melihat penampilan is dan cara pergaulan
Is. Kalau tak, takkan Danish sewenang-wenangnya melabelkan Is sebagai perempuan
liar dan Touch n Go? Selama ni, perempuan kelab yang menari kat tiang tu pun
Danish tak pernah hina macam tu.
Patut juga
Is ambil keputusan untuk merahsiakan hal sebenar dari Danish. Is bagaikan sudah
boleh mengagak reaksi lelaki itu seandainya dia diberitahu tentang hal semalam.
Tentu teruk Is dimaki dan dihinanya. Mungkin juga Danish akan mengatakan Is
memang sudah lama rosak dan sengaja menuduhnya melakukan perkara sumbang itu
supaya dia menjadi kambing hitam pada Is.
Biskut
lemau dikunyah bersahaja. Danish tahu, Zakry tak percaya pun dengan apa yang
dia katakan. Dia dan Zakry berkawan bukan baru sekejap, dah bertahun. Pendek
kata, Zakry dah boleh baca apa yang ada dalam hati Danish dengan hanya melihat
pada tingkah lakunya. Tapi peduli apa dia? Dari dia mengaku dan jadi bahan
lawak untuk Zakry mengenakannya semula, baik dia nafikan. Lagipun, Danish dah
nekad nak lupakan Is. Jadi, yang lepas tu biarlah lepas.
Jom move on..!
No comments:
Post a Comment