*hokkeyy..actly dis is my 1st mnuskrip yg dah agak lama siap. dan insyaAllah sdg dlm proses pnerbitan..al-mklum, hsil ptama haruslah srba-srbi kurg.. somehow,slmt mdalami dnia Trish & Afi..*
3
LANGKAH yang aku atur terhenti
tatkala mata terpandang pintu bilik pa yang berkaca hitam. Aku tersenyum
melihat pantulan tubuhku disitu. Tinggi lampai? Mungkin aku tidak berada dalam
kategori tinggi yang melampai tetapi cukup sekadar tinggi biasa seorang wanita
Asia yang tiada kacukannya. Ketinggian aku sama sahaja seperti Riya, 162cm dan
memiliki bentuk tubuh yang ideal. Kurus tapi menarik, tidak keding seperti
lidi.
Pandangan
mataku jatuh pada seraut wajah milikku, juga wajah yang sama dimiliki oleh
Riya. Kami kan kembar. Mata bundar tetapi bila reaksiku terkejut, aku suka
membukanya luas-luas. Menampakkan ianya bulat dan galak. Kening terbentuk
cantik biarpun aku tak pernah membentukkannya.
Hidung
pula tak begitu mancung, tak juga begitu pesek. Bibir munggil yang sentiasa
kemerahan nampak segar. Rambut pula panjang hampir ke punggung tetapi aku tidak
gemar melepaskannya. Aku lebih suka ia diikat satu seperti sekarang. Tidak keterlaluan jika aku membayangkan aku
seperti klon kepada Lisa Surihani memandangkan kulit aku juga putih sepertinya.
Gaya?
Aku lebih suka bergaya simple dan moden tetapi masih menerapkan ciri-ciri
wanita timur. Tidaklah bergaya seperti Riya, yang sentiasa mendedahkan pangkal
paha serta dadanya hingga menampak lurah. Itu Riya yang tak punya rasa malu
dalam diri.
Aku
membetulkan letak kolar kemeja putihku. Selepas melepaskan nafas, aku menolak
pintu kaca itu. Aku menjengah dengan senyuman.
“Hai
pa, can I?” soalku sambil memberi
isyarat mata untuk masuk. Pa tengah termenung? Ish, tak patut betul orang lain
semua sibuk buat kerja, pa duduk goyang kaki. Ni dah kira makan gaji buta. Ops,
macam terlupa something lah. Oh, pa
kan big boss. Apa adahal. Ha ha ha
“Macam tak biasa masuk pakai redah pulak.” Sindir pa
sambil membetulkan duduk. Aku tersengih. Papa ni punlah, pandai pulak
sindir-menyindir. Mana belajar entah. He he he
“Ada apa pa panggil?” soalku sebaik mengambil duduk
dihadapan pa. Fail berkulit kuning dihadapan pa aku kerling sepintas lalu. Hmm,
dokumen senarai pelanggan untuk tekstile dari China. Rambut panjangku yang
berikat satu, aku lepaskan ke belakang. Terasa rimas bila rambut itu melilit
leherku.
“Regarding silk
from China, how?” serius wajah pa. Aku dah biasa tengok pa macam ni time berbicara mengenai bisnesnya. Kalau
tak serius, macam mana pekerja nak hormat. Nanti kena pijak kepala pulak. Ingat
senang ke nak leading satu company import export yang besar? Ni baru main, belum lagi 3 branch
yang ada kat Johor, Melaka dan Perak.
“Credit for me, pa.
There’s a few gedung pakaian yang
dah pun buat order dari kita. Trish
suruh Kamal bagi list tu in a week kat pa.” Kamal merupakan
Pembantu Pengurus Pemasaran syarikat ni. Aku? Pangkat aku biasa-biasa aje. Gaji
pun berapa sen sangat. Ek ena, rendah diri gila-gila punya. Sen sangatlah gaji
aku tu kalau sendiri pun drive BMW 5 Series kan. Bukan calang-calang orang
boleh drive kereta mewah keluaran company BMW ni. Ha ha ha
“Pa dah tahu dari Kamal actually, just now. Saja
tanya Trish, kot tak betul ke. Sebab susah nak percaya.” Pa tergelak kecil.
Fail ditolak ke tepi. Aku membeliakkan biji mata. Tak percaya? Apakah?
“Pa tak percaya kat pekerja kita ke?”
“Bukan tak percaya cuma kurang percaya. Yalah, silk tu baru kita introduced last week. Tak
sampai seminggu, dah banyak gedung tekstile yang order. It’s surprising me and
impressed me anyway. Good job actually. And yeah, credit have to give to you.
Leading a marketing deparment are not that easy.” Kembang kempis hidung aku
dek kena puji. And yeah, i’m a Marketing
Manager. Sebenarnya pa dah bagi aku position
baru as Director, but relax dulu.
Awal lagi. Biarlah aku belajar sikit-sikit dulu. Pa ni pun..
“Ala, tu aje ke? Bonus ke, reward ke, takkan takde?” tersengih aku membalas jelingan pa.
Kemudian aku menyambung lagi, “As tips to
encourage employees to perform better after this la, pa.”
Pa jeling lagi. Lepas tu, “Okay, okay.. Trish nak apa?” soal pa mula buat muka bosan. Saja aje
pa tu, macam tak biasa bagi aku reward
bila perform kerja yang aku buat.
Aku bangun, menghayun kaki lalu berdiri menghadap
jendela. Melihat pemandangan Kuala Lumpur dari atas. Bangunan Versatile Empire
Sdn Bhd setinggi 14 tingkat. Tinggi jugak, nama pun company besar.
Nafas berat aku lepaskan. Berat sebenarnya untuk
menyatakan kemahuanku ini. Entah benar atau tak apa yang aku putuskan malam
tadi. Aku menoleh kebelakang, wajah tua pa aku tenung dalam.
“Trish nak kahwin dengan anak uncle Wan.” Satu nafas aku
lafazkan. Gila? Ya, aku tahu aku gila. Tapi entahlah, macam mana meluat pun aku
dengan Riya, entah kenapa bila dia minta sesuatu, payah benar untuk aku
menolak. Aku kasihan tengok dia yang kadang-kala nampak sedikit tersisih dari
aku, ma dan pa. Ya, aku lakukan demi Riya. Aku mahu dia mencari hidupnya dulu.
Rasa hati tak sanggup untuk tinggalkan si dia yang dah lama bertapak dalam hati
ni, tapi...demi kau dik..
Pa terbangun dari duduk. “Trish? Are you serious?” soal pa yang kini sudah berada dihadapanku.
Bahuku dipegang. Aku menunduk, tidak mahu membalas pandangan pa. Pa mengeluh.
“Again Trish, again. You always there for your
sister. It’s okay, pa don’t mind. But now, we’re talking about your life. Your
future. Your career.” Tekan pa satu-persatu. “Look at me, Trish.” Arah pa
bila aku terus-terusan tertunduk. Aku mendongak, perlahan-lahan.
“Pa, I just want
the best thing for Riya. She still not ready to married yet. Let her find what
she want, pa.” Bidasku, sekaligus
mengharapkan pa memahami apa yang aku rasakan.
Pa merapati sisi jendela. Jauh menungnya. Aku memeluk
pinggang pa, sekaligus menggantung daguku dibahu pa.
“Please pa,
jangan kacau hidup Riya. Trish taknak dia malukan pa kalau dia yang kahwin. Pa
tahukan apa yang Riya mampu buat bila dia protes? We’re talking about two family. Two family yang ada peranan penting
dalam dunia perniagaan dan pelaburan. Any
bad speculative will ruin our business, pa.” Ulasku bersama sedikit fakta
yang sememangnya tak dapat nak dielakkan.
“Macam nilah, pa izinkan Trish yang kahwin sebab pa
percaya yang Trish boleh jaga nama baik keluarga kita, jaga bisnes kita. Dengan
restu pa ni, pa harap Trish boleh bahagiakan dua keluarga ni. Keluarga kita and uncle Wan. Boleh tak?”
Aku tersenyum ceria, sungguhpun dalam hati rasanya dah
menangis keluar airmata darah rasanya. Kita mungkin tak dijodohkan bersama,
hati kecilku merintih. Aku nak kahwin oii.. demi kau dik.. mungkin kau tak
nampak pengorbanan akak kau selama ni. Takpa, aku tak amik hati. Apa yang aku
harapkan, kau jumpalah dengan jalan hidup yang kau cari selama ni.
“Thanks, pa.
Nanti pa bagitahu ma okay?” aku
tersenyum bila pa menarik aku dalam pelukannya.
“Okay sayang, anything for you.” Ujar pa bersama
sebuah kucupan diubun-ubunku. Kasih pa, sepanjang masa.
“Sorry Dato’,
nak saya buatkan apa-apa minuman untuk Cik Riya?” soal Halina, setiausaha pa.
Aku dan pa berpandangan. Riya?
“Mana ada Riya, kak Ina.” Ujarku dengan muka pelik. Kalau
aku buat muka pelik, kak Ina lagi pelik dengan soalan aku.
“Aik, tadi dia ada datang. Lepas saya suruh masuk, saya
terus pergi toilet. Ingatkan dia dah
ada kat dalam. Takpelah Dato’, Cik Trish. Saya buat kerja dulu.” Pinta kak Ina
sopan. Itulah pekerja kepercayaan pa selama hampir 8 tahun.
“Kenapa Riya tak masuk terus?” soal pa padaku. Aku
menjungkit bahu. Seketika kemudian, aku meminta diri pula untuk menyambung
kerja.
Riya cemburu pa tengok Trish rapat dengan pa. Ya, Trish
tahu, sebab tulah dia tak jadi nak jumpa pa. Mungkin dia nampak pa peluk Trish,
pa cium Trish. Benda yang dah lama pa tak buat kat Riya.
No comments:
Post a Comment