Prolog 1
Hmmm..kalaulah aku dapat ubah takdir aku, akan aku ubah
ianya mengikut susunan jalan cerita yang penuh dengan warna-warni kehidupan.
Tetapi... Tuhan itukan Maha Mengetahui. Setiap jalan cerita-Nya pasti ada
hikmah yang tersembunyi.
Baby
NurBatrisyia
Part 1
“JANGAN nak tunjuk keras kepala tu kat sini boleh tak?”
tinggi suara itu menggegar halwa telingaku. Dia ni memang suka main kasar. Tak
boleh agaknya layan insan lemah macam aku ni elok-elok sikit? At least, jangan menengking. Huh!
“Jangan
suka-suka nak atur hidup orang, boleh tak? Macam bagus sangat.” Balasku,
walaupun tak setinggi mana suara, tapi boleh menyentakkan dia. Buktinya, dia
terus merenung aku tajam sebaik aku menghamburkan ayat tadi. Aku menjeling
tajam.
“Fed uplah aku macam ni. Takde bahagianya
kahwin dengan kau ni. Menambah beban kat kepala mungkin ya lah kot.” Sinis dia
menempelakku. Macam aku bahagia benar kahwin dengan kau.
Semuanya
bermula dengan hanya satu kata putus, kini apa yang aku pernah miliki berubah
serta-merta. Takde lagi dunia kerja, takde lagi dunia bebas tanpa sempadan,
takde lagi ma dan pa yang selalu menjadi teman, takde lagi banglo pa yang
dikelilingi tasik, dan semuanya.
Aku menjatuhkan pandangan pada jari-jemari. Sebentuk
cincin bertahtakan batu entah pape entah, aku sentuh tanpa jiwa. Sedikit demi
sedikit, bebelan kasar, suara si kuku besi makin kelam. Diganti dengan ulang
tayang beberapa bulan yang lalu, sewaktu kata putus itu aku putuskan.
Semuanya bermula dengan...
Part 2
"Trish, please.. It’s gonna be the last time
aku mintak tolong. After this, no more
words please from me.” Ya sangat lah
kau tu dik, macamlah aku baru kenal kau seminit dua. Dari dalam perut mama lagi
kita dah kenal perangai masing-masing, kay.
“Aku
bukan tak nak tolong, tapi macam mana dengan ma and pa? What would they
say?” nasib baik kau adik, aku kakak. Kalau tak, takde maknanya aku nak
sedekah perasaan simpati aku ni. Membazir. Lagipun, apa pula kata orang disana.
“They’ll be okay,sis. Kan papa yang
cakap tadi, uncle Wan tak kisah siapa pun, asalkan perempuan tu datang dari
rahim mama. So, it doesn’t matter for
them. Tadi tu papa choose aku as an opinion. Kan?”
Aku
mendengus. Bantal peluk aku tepuk beberapa kali. Lepaskan geram. Payahlah kalau
macam ni. Takkan nak tinggal dia macam tu aje? Kalau aku terima, buruk baik aku
jugak yang tanggung. Macamlah ma dengan pa nak tolong. Lagi satu, kerjaya aku
tu. Ha, kerjaya aku tu macam mana? Sebagai seorang yang sangat komited dalam
kerja, takkan aku nak terikat pulak.
Si Riya
ni pun satu hal lah, apalah salahnya dia aje yang terima lamaran tu? Dah
alang-alang kerja kau menghabiskan harta ma dengan pa, kau kikis ajelah anak
Uncle Wan si kawan papa masa belajar dulu tu. Keturunan Raja pulak tu. Raja mana?
Tak tahulah, tapi yang penting bukan Raja Kapur.
Uncle
Wan ni pun sama jugaklah, datang-datang bawak masalah pulak. Tak faham aku.
Tiba-tiba nak jodohkan salah seorang dari kami untuk anak lelaki tunggalnya
yang sekarang berada di LA bersama mamanya, iaitu bekas isteri uncle Wan. Kalau
nak diikutkan logik akal, aku dengan adik aku bukan ada beza apa sangat pun.
Muka dah kompom-kompom sama, yalah
nama pun kembar seiras. Yang membezakan mungkin dari cara kami. Aku, Baby
NurBatrisyia, si kakak agak brutal dan
pendiam, yang si adik pulak Baby NurBadriyah sangat-sangat girly dan bebas laku.
Jadi
bagi menampakkan ianya lebih fair n squre,
Uncle Wan dah pun serahkan amanatnya kepada ayahanda kesayangan kami untuk
membuat keputusan siapa yang bakal menjadi mangsa keadaan yang akan dinikahkan
dengan anak teruna uncle Wan tu. Pa
dengan mudah mencalonkan si adik, tapi.. huh, tak boleh pakai punya adik yang
memang tak pernah sekutu dengan aku. Selamba biawak dia kata taknak then namakan aku as the next calon? Itu dah dikira damn. Hu hu hu
“Pa tak
kisah, but Riya, you have to ask your kakak.
If she say okay, papa and mama will be okay.” Tu lah yang pa jawab.
Disebabkan
benda tulah, si Riya ni sibuk bukak sesi pujuk-memujuk dari tadi sampai
sekarang. Jam loceng dikerling. What?
Pukul satu lebih dah? Hei, aku ni wanita bekerjaya tahu tak, esok nak bangun
pagi kena pergi kerja. Kau tu lainlah, melingkar sepanjang hari.
“Kau ni
cakap ikut selera mulut aje kan? Aku ni kenal dia pun tak, tiba-tiba nak suruh
kahwin? Gila.” Cemuhku dengan muka sebal. Aku ni takde lah dalam kategori
perempuan yang suka pilih-pilih lelaki. Tapi agak-agaklah kan, dibuatnya muka
anak Uncle Wan tu macam penyangak kaki lima, tak ke haru? Nak pandang pun tak
berselera lah wei.
Riya
berdiri, kakinya dihentak-hentak. Ha, protes, proteslah kau. Memang takde lain
lagi dah. Tu ajelah yang kau tahu kalau orang taknak ikut cakap kau kan.
“Yang kau ni cakap gaya macam aku pernah jumpa anak uncle
tu apahal? Payahlah cakap dengan perempuan jiwa kacau mcam kau ni. Benci.”
Eleh, blah ar kau. Memekak dalam bilik aku. Ingat aku tak benci ke kat kau?
Gaya macam aku ni sayang sangat kat kau jek
kan. Tolong ar..
“Fine, kau
ingat ni. Kalau aku yang kahwin dengan jantan tu, tahulah aku nak buat apa.
Malukan pa and ma pun aku sanggup. And
hell yeah, you’ll suffering with rasa bersalah sampai kau mati!!”
Gedegang!!!
“Hoi,
kau ni bangang ke apa? Ingat pintu ni bapak kau punya?!!” bapak dia, bapak aku
jugak. Huh!! Kau memang tak pernah nak tahu perasaan orang lain Riya. Apa yang
kau tahu, kau dapat apa yang kau nak sekalipun terpaksa menggunakan ma dan pa.
Kau tak pernah kenal erti kasih sayang, hormat orang tua jauh sekali. Kau buat
aku rasa taknak bersyukur ada seorang adik kembar. Kau jugak buat aku rasa lagi
elok aku bela ungka Borneo buntut merah tu dari bela adik perangai serupa macam
kera kena belacan. Payah!!
Astaghfirullah..sabar
lah hati.
No comments:
Post a Comment