25
KALAU ikutkan rasa hati, memang
rasa nak menangis. Bukan sebab aku takut, tapi terlalu tertekan dengan keadaan
sebegini. Keadaan dimana aku berada satu meja makan pagi ini dengan Raff,
Syazlan, Maya dan Isya selepas kejadian malam tadi. Mujur tiada Gina sekali.
Melihatkan
betapa tenangnya Isya walaupun dia sendiri sedar betapa tajamnya renungan mata
Maya pada dirinya, aku bertambah tertekan jadinya. Macam mana Isya boleh
setenang itu? Agaknya Isya awal-awal lagi sudah menggunakan kata bidalan,
berani kerana benar. Ya, benar sangatlah tu.
Pasal
Isya ni, alahai sumpah aku tak tahu apa-apa. Tahu-tahu aje budak tu dah
bercekau dengan Maya. Entah macam mana Maya boleh cemburu tengok Isya berborak
dengan Jimmy. Aku malas nak tanya lebih-lebih sebab sendiri pun tengah
berserabut dengan masalah. Lepas papa bagi arahan, semua kena balik banglo
malam tadi, memang tahulah papa betul-betul tak dapat menahan amarahnya.
Itulah sebabnya aku berada dibanglo ni di pagi
Ahad ni. Menanti kedatangan papa untuk bersarapan bersama-sama. Tapi sejak
setengah jam yang lalu, bayang-bayang papa tak juga muncul-muncul. Malahan,
mama Su sendiri membawa diri selepas menyediakan sarapan tadi. Nampak benar dia
berasa tak selamat setiap kali aku merenungnya. Sepandai-pandai tupai melompat...
Dari
ekor mataku, aku tengok Raff. Dia nampak rileks duduk bersandar dengan tangan lincah
menyentuh skrin pada badan iPadnya, main gamelah
tu. Aku kalih pada Syazlan, bukanlah aku nak perasan tapi rasanya aku tahu dia
sedang memerhatikan aku.
Terdengar
Isya mengeluh. “Laparnya, mana papa ni?” rungutnya perlahan. Aku menoleh. Isya,
kau ni macam mana boleh rileks macam doktor tulang tu? Kau tak takut ke kena
marah dengan papa? Kalaulah aku boleh tanya pada Isya macam tu.
“Kau
apahal, tengok-tengok. Tak puas hati cakap, senang aku bagi penampar aku ni.”
terus dituju ayat itu pada Maya yang merenung Isya dari tadi.
“Ooh,
pleaselah. Tak ingin aku tengok muka
senget kau tu. Raff, tengok Isya tu.” rengek Maya sambil menggoyangkan lengan
Raff, gedik gila.
“Isya,
stop it. Tak penat ke bergaduh? Raff
yang dengar ni pun penat tahu tak, bosan.”
Isya
mencemik muka. “Cipanzi kat hutan disusukan, adik sendiri..? huh..”
Aku
menangkup mulut. Isya mengumpamakan Maya sebagai cipanzi? Ha ha ha.. buk!! Aku toleh
Isya disebelah.
“Nak
gelak jangan tahan-tahan, lepaskan aje. Bagi cipanzi kat hutan tu dengar. Kalau
tak, selagi tu dia menceceh entah apa-apa.” selamba Isya menegurku sekaligus
menyindir Maya. Aku pun apalagi, besarlah gelak.
“Raff..”
rengek Maya lagi, mulutnya sudah memuncung. Raf mendengus, iPad ditangan
dihempas kasar diatas meja. Badannya dirapatkan pada meja. Mata pula tajam
merenung Isya.
“Kau
ni faham bahasa ke tak? Boleh tak kau berhenti cari pasal? Kalau sehari tak
bertekak, tak boleh ke? Penatlah aku layan kau ni.” Raff bersandar semula.
Aku
kalih pada Isya. Dia diam, merenung Raff dengan pandangan yang sukar aku
tafsirkan. Marah, mungkin. Bengang pun mungkin. Tapi kenapa ada sedikit sayu
dalam renungan tu? Inilah renungan yang sama aku lihat semalam sewaktu Raff
menolak Maya pada Isya.
“Penat?
Haaa.. menarik bunyinya. Kejap ey, nak ingat balik time bila yang kau pernah layan kerenah aku ni. Hmmm.. alamak Raff,
macam tak pernah ada aje.” aku semakin pelik, kenapa bunyinya macam lain? Bukan
bunyi ayat tu, tapi bunyi suara Isya, seakan tertahan-tahan dengan seribu satu
rasa. Apa cerita sebenarnya?
Aku
menjengah pada Syazlan yang duduk disebelah Isya, dia menjungkit bahu dengan
muka biasa-biasa aje. Macam tak ada yang pelik pada dia.
Raff
nampak terangguk-angguk tanpa membalas pandangan Isya. “Hmm.. betul jugak. Mana
ada, kan? Ooh, aku tahu kenapa tak ada. Sebab kau bukan adik aku, kau kan adik
Syaz. Kau lagi hormat Syaz dari aku. Kau pun lagi suka Syaz dari aku. Ya tak?”
Raff menghadiahkan senyuman sinis. Ish.. apa ni? Tak fahamlah. Aku tak faham,
sesiapa boleh tolong terangkan? Rasanya orang lain pun tak faham sebab ni kan
cerita aku. Nampaknya akulah yang kena selongkar sendiri.
“Sampai
mati pun aku takkan maafkan kau Raff. Sampai mati.” Erk? Aku berkerut. Apa
maksud Isya dengan kata-kata tu? Seakan penuh dengan dendam yang sudah lama
dipendam.
Raff
sekadar menjungkit bahu.
“Raff,
kau ni apahal? Sudah-sudahlah tu. Agak-agak ar sikit kalau nak sakitkan hati
Isya pun. Sya, rileks kay.” Syazlan akhirnya menyampuk, meleraikan ketegangan
dua insan itu.
“Ah
haa.. that’s what we called a brother,
bro. Bukan macam kau.” balas Isya, tetapi nadanya bergetar. Isya nak
menangis ke apa? Tak pernah dengar suara dia macam tu.
“Laaa,
ingatkan dah habis dah sesi beramah-mesra dengan adik-beradik malam tadi.
Rupanya tak habis lagi. Papa mengganggu ke ni?” sinis benar cara papa berkata
sambil mengambil tempatnya dihujung meja.
Papa
menatap kami seorang demi seorang. Tajam renungannya, ya aku tahu papa sedang
mengepung amarahnya. Manakan hendak meletak mukanya lagi dihadapan
teman-temannya. Bukan aku tak perasan ada beberapa orang teman papa yang
berdiri disamping papa ketika kejadian tu. Malah aku perasan kehadiran umi dan
Tan Sri Azman juga. Pastilah papa malu dengan kerenah kami malam tadi.
Sudah
besar panjang, tapi bercekau tanpa segan-silu ditempat terbuka sebegitu.
Langsung tak terfikir untuk menjaga nama baik papa yang sedang menganjur
majlisnya disitu. Salah aku ke semua itu berlaku? Aah, lepas tangan bukan gaya
aku. Meski bukan aku yang mulakan, tapi kalau bukan kerana aku menggatal
melayani Syazlan pasti semua ini tak berlaku. Sekarang ni, tanggunglah
bersama-sama.
Lama
berdiam, papa akhirnya membuka mulut tapi peliknya bukan melemparkan amarahnya
pada kami, sebaliknya papa menjemput kami menjamu sarapan pagi yang sudah
terhidang lama.
Seketika,
kami berlima berpandangan. Walaupun ada pandangan meluat dan tak puas hati,
tapi kami masih boleh berbalas renungan hairan dengan tingkah papa. Aku lihat
papa selamba menjamah makanannya. Dalam ragu-ragu, aku mengambil jua sandwich
lalu aku letakkan didalam piringku.
Aku
pandang Isya dari ekor mataku, dia kembali rileks menjamah nasi gorengnya. Aku
kerling Raff sekilas, dia lagi cool.
Boleh kunyah roti bakar sambil bermain game
lagi. Memang tak ada jiwa.
Aah,
kalau dia punya perasaan dan hati, tak mungkin dia rogol aku. Hanya insan yang
kejam dan tak berhati perut seperti Raff saja yang sanggup merampas masa depan
orang lain. Merampas maruah aku. Menginjak-injak dan menghina kekuranganku.
Sedangkan dia jugalah yang telah membuatkan aku menjadi seorang gadis yang
kekurangan. Gadis yang tiada kesucian!!
Dan
dia, masih mampu menayangkan wajah ‘Aku Tak Bersalah’ pada aku. Masih mampu
hidup bersenang-lenang sedangkan aku? Aku yang menanggung rasa malu, rasa
terhina. Nampak saja aku tenang, seakan tak kisah lagi tentang kejadian hitam
itu, tapi hakikatnya tiada siapa yang tahu aku merana sendiri. Kalau tak kerana
Isya yang sentiasa disisiku, menjadi temanku, menghiburkan laraku, dah tentu
aku tak mampu menjadi seyakin ini untuk berhadapan dengan orang ramai.
Sayangnya,
Raff tak faham. Sekarang meski aku dah tahu dia pelakunya, aku masih tak mampu
menjatuhkan dia. Kerana dia anak papa. Arghh.. kau beruntung Raff, sebab kau
anak papa, aku diamkan apa yang kau buat pada aku. Ya, itu keputusanku. Aku tak
mahu menjatuhkan air muka papa lagi, cukup aku mengecewakan papa dengan
pergaduhan malam tadi. Itupun dah cukup buat aku rasa bersalah yang amat.
Deheman
papa menarik aku kembali dialam nyata. Aku mengangkat muka, mencari mata papa.
Papa terus dengan wajah seriusnya.
“So, ada apa-apa yang papa tak tahu dan
papa patut tahu?” papa bersandar dikerusi.
Kami
diam, membeku. Aku tak pasti apa yang papa tak tahu dan aku tak pasti apa yang
papa patut tahu sebab pada aku baik papa tak tahu apa-apa. Karang kalau papa
tahu, aku jugak yang kena teruk sebab dengan tak malunya menjalinkan hubungan
dengan bekas anak tiri sendiri.
Sekilas,
aku terpandang Raff. Zapp!! Dia rupanya sedang menatapku. Tapi pandangannya
kosong. Aku tak mampu membaca apa yang ada dalam fikirannya. Dia kemudiannya
kembali memandang Ipad, menyambung permainannya. Kau memang manusia yang paling
keji Raff!!
“Raff, anything to say?” soal papa tuju pada anak
keduanya. Raff tengok papa lalu angkat bahu.
“Raff
clear papa, Raff tak ada kena-mengena
langsung dengan kes dia orang ni.” Raff lepas tangan. Dasar lelaki tak tahu
bertanggungjawab!!
Papa
nampak berpuas hati dengan jawapan Raff. Papa, tolonglah, kenapa mesti percaya
sangat-sangat kat anak papa tu? Argh, memanglah Raff tak ada kena-mengena
dengan hal semalam tapi aku tetap tak puas hati. Kalau kami kena, dia pun mesti
kena jugak.
“Syaz?”
papa beralih pada Syazlan pula.
Syazlan
melepaskan nafasnya, perlahan. Mencari kekuatan. “Syaz tahu, Syaz salah papa.
Syaz mintak maaf. It won’t happend again,
I promise.” Tutur Syazlan perlahan. Macam ni baru betul namanya lelaki.
Bertanggungjawab.
“Apa
salah yang Syaz dah buat?” aku terkedu mendengar soalan papa. Matilah aku,
matilah.
“Syaz..
Syaz.. err.. That was nothing, papa.
Between Gina and me aje. Tak ada apa yang penting untuk papa tahu. Tapi
Syaz tahu Syaz yang salah, Syaz mi..” pun kata-kata Syaz dipotong papa.
Papp!!
Tangan papa menepuk meja. Wajahnya menyinga. “You’re hiding something from
me, Khairul Syazlan! I can smell it! Now, tell me!!” bergegar bahu aku dek
kerana terkejut dengan tengkingan papa. Aku mengusap dada perlahan. Ya Allah,
takutnya aku.
“No, papa. Syaz tak sorokkan apa-apa dari papa. I’m telling you the truth, pa.” sangkal
Syazlan. Papa merenung Syazlan.
“Siapa
yang besarkan kau ni, Syaz? Haa? Papa kenal kau. Jangan cabar papa Syaz, papa
tak suka kena tipu. Faham tak??”
Aku
kerling insan-insan yang berada dimeja makan. Semuanya menunduk. Pun aku terperangkap
dalam renungan papa padaku. Zapp!! Cepat-cepat aku menunduk. Tak terlawan aku
dengan pandangan tajam papa tu.
Senyap,
Syazlan juga hilang kata-kata.
“I’m asking you Syaz and I need the answer.” Tekan papa.
“Syaz
mintak ma..”
“Papa
tak suruh Syaz mintak maaf!!” potong papa lagi. Aku tahu Syazlan kini
benar-benar sedang tertekan. Papa langsung tak memberikan dia ruang untuk
menyusun ayat. Apa yang papa tahu, jawapan dari Syazlan diperolehinya.
“Sebenarnya..
err.. err.. sebenarnya..” kegagapan Syazlan membuatkan papa semakin tercabar.
“Come on Syaz, you’re a lawyer. This is how I taught you
to speak as a lawyer? Haa? Where is your confident? Tell me the truth. And make
it clear like a crystal.” Fuuuh, kini baru aku nampak kredibiliti papa sebagai
seorang peguam. Tegas mematahkan hujah pihak lawan. Gayanya yang mendesak mampu
membuatkan orang tertekan sekaligus membuatkan pihak lawan berkata jujur.
Syazlan
duduk menegak, pastilah terasa tercabar kerana keupayaannya sebagai peguam
dipandang rendah. Dia membalas pandangan papa dengan berani. Dapat aku rasakan
aura seorang peguam disitu. “It’s between
me, Gina and Lis papa. Lis. Gina serang Lis and we had an arguments tapi semua tu misunderstanding aje. Gina thought that I have a relationship with
Lis. That’s all.”
Aku
diam tak berkutik biarpun aku tahu papa tengah tengok aku macam nak telan.
Jemariku berkait sesama sendiri.
“Kau
memang ada hubungan dengan Lis ke?” soal papa.
“No papa, it’s a brother and sister only. Plus, Syaz hormat dia as your wife.” Jawab Syazlan tenang.
Nyata dia mampu mengawal perasaan dan bermain dengan kata-kata.
“Lis,
betul apa yang Syaz cakap?”
Aku
pandang papa, dengan yakin aku mengangguk. Papa nampak berpuas hati, lalu aku
terpandang Raff. Dia tunduk bermain game
tetapi bibirnya tersungging senyuman yang sangat sinis. Bagaikan mengejek
diriku. Aku tahan rasa hati.
*Tarrraaaa!! the full vrsion 4 u guys!!! hpy reading!!
*Soooo sory if u guys tak suka crita yg pnuh dgn konflik & kjutan.. bt dis is me.. sy suka bahan bacaan yg bleh buat sy t'tanya2, terfikir2 endingnya, smpai terbawa2 dlm lena.. ahakss.. enjoy k..:)
Thank u Cik Writer 4 the n3! Do continue with all your surprises...konflik2 ni benda biasa la, bila baca baru ada semangat berkobar-kobar nak tahu the ending..So keep up the good work ok..whatever it is..Ida still prefer Raff compared to Syaz. Sorry ye Syaz!
ReplyDelete