-Hi, Mr. Gardenia!!-
Pd mreke2 yg rndukan Raff & Mai, sy up teaser skit ek..
Dia jungkit bahu sedikit. “So, lepas kita nikah tak payahlah kau nak
stay kat apartment tu. Kau boleh berulang ke banglo, kan? Sebab aku tak
naklah isteri aku duduk jauh dari aku. Kalau tak, apa guna aku ada
isteri, kan?”
Haa? Ni aku tengah mimpi lagi ke apa? Apahal yang dia beria nak aku duduk dengan dia sedangkan kami ni bukan kahwin suka sama suka. Kan lagi elok kalau duduk berjauhan, bebas. Kau nak buat apa, buatlah. Aku tak nak campur.
“What? Eh, maaflah Raff. Saya tak sudi nak duduk dekat dengan awak.
Duduk satu kereta pun rasa hangat, apatah lagi duduk serumah, sebilik.
Apa kata, elok kita macam ni aje. Kita kahwin pun sebab awak nak sangat
bertanggungjawab atas kesilapan awak tu kan. Tak payahlah nak over
sangat.”
Raff senyum senget. Mukanya dirapatkan padaku. Aku
terbelakang. Terkebil-kebil sekejap. Tiba-tiba jarinya mengelus pipiku.
Eh, apahal pulak ni?
“Maaf ya, NurMaisarah Alisa. Walaupun kita
kahwin sebab aku nak jaga maruah kau, tapi aku tak ada niat nak kahwin
lain apatah lagi bercerai-berai. Kalau kau nak kita kahwin lepas tu buat
macam tak ada apa-apa, mimpi ajelah. So, sila jalankan tanggungjawab
kau sebagai seorang isteri. Aku tak kahwin dengan kau untuk dapatkan
tittle suami je.” Tekannya satu persatu.
Pantas aku menepis jarinya yang bermain dipipiku. Sempat aku tolak sikit badan dia dari tubuhku. Panas!!
“Ki..”
“Dan lagi satu, dalam Islam, apa pun sebab satu pasangan itu
dinikahkan, tak ada istilah pengecualian dalam mentaati perintah
suaminya selagi ianya tak bercanggah dari hukum Allah. Kalau kau
mengelak dari tanggungjawab kau, sila terima bila diri dimurkai Allah.
Sebab keredhaan seorang isteri terletak pada suaminya. Pelajar cerdik
macam kau, takkan tu pun tak tahu, ya tak?” dia cuit hujung hidung aku.
Sekali lagi aku menepis. Arghh!! Apa ni? Apa ni? Takkan aku nak duduk
terperap kat rumah jaga makan pakai dia macam suri rumah tangga kat luar
sana tu?
“Okay.. okay.. saya ikut cakap awak. Dah memang
isteri kena ikut suami kan? Tapi satu aje. Tolonglah lepaskan saya stay
kat apartment... No, wait!! Bagi saya habis cakap dulu. Sementara saya
belum jadi isteri awak ni, bagilah saya berkurang ajar sikit dengan
awak, tak dikira derhaka lagi. Kan?” Dia keraskan muka, tapi macam aku
tak nampak dia nak sorok senyuman dia tu. Cehhh..
**To Ida, hope these cn help u.. cheer up, lady. I do miss u.. :(
Dear Cik Writer, thanks for the teaser. Ida belum lagi follow AC. Will find time to read them. Don't worry, I'll try to be honest about how I feel about AC. Catch up with u later! Miss u 2.. (really2 sound like org tgh bercinta, hehe).
ReplyDelete