Sunday, October 8, 2017

QAISER (Bab 3)



BAB 3



KETUKAN di pintu membuatkan aku berhenti dari meneliti fail akaun syarikat. Sesaat kemudian, pintu dikuak dari luar. Muncul receptionist bernama Nina bersama senyuman lebarnya. Aku ingatkan jurutera aku. Mana entah dari tadi tunggu, tak muncul-muncul.

“Sorry Encik Qai, ni saya hantarkan staf baru.”

Aku kerut kening.

“Mana pergi si Bawang?”

“Tak tahulah, bos. Saya intercom dia, tak ada orang jawab. So, saya hantarlah staf tu sendiri.”

Bertuah punya PA. Tu kalau tak cari geng bergosip, mesti tengah mencekik kat pantri. Aku suruh panggilkan staf-staf yang terlibat dengan renovation tu, dia dah panggil ke belum entah.

“Tak apalah. Mana stafnya?” Terjengah-jengah jugalah aku, nak tengok rupa staf tu. Tapi aku tengok si Nina seorang aje yang berdiri kat situ.

Nina toleh kiri kanan dia. Bila tengok tak ada orang, dia selak daun pintu dan aku dengar dia membebel.

“Ya Allah, yang awak tenung nama kat pintu tu kenapa? Masuk cepat.”

Tergeleng aku dengan tingkah mereka berdua. Namun sebaik saja aku bertentang mata dengan staf baru tersebut, aku terdiam. Cuba memanggil kembali memori hampir belasan tahun dulu.

“Ini resume dia, bos. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya.”
Aku angguk saja. Fail berisi resume, tak aku hiraukan.

“Kau, bukan Tengku ke? Tengku.. Tengku Azlan, kan?” Tekaku. Bila dia tersenyum, aku terus bangun. Kami bersalaman. Teruja, kecil sangat dunia ni rupanya. Kawan aku satu sekolah, boleh jumpa kat sini.

“Kau apa khabar? Tak sangka betul kau dah jadi CEO sekarang. Ni syarikat ayah kau, kan? Ayah kau dah pencen ke?”

“Aku macam nilah. Tak ada yang berubah pun. Ha’ah, ayah aku dah pencen. Aku ni pun baru lagi ganti tempat ayah aku. Kau kerja kat mana sebelum ni? Eh, duduklah dulu.”

Aku mempersilakan dia duduk di sofa di sudut bilik. Sebenarnya, aku taklah rapat mana dengan Tengku ni masa sekolah dulu. Samalah macam aku dengan Bawang. Dia pun bukan rakan sekelas aku. Kalau tak silap, dia budak kelas Perdagangan. Tapi kami boleh ngam sebab masuk persatuan yang sama. Lagi pula, lelaki ni senang nak bergaul dan jadi kawan walaupun tak sekelas, sesiapa pun boleh jadi geng. Bukan macam perempuan. Memilih.

“Sebelum ni aku kerja kat Akinari Jr Holdings, HR manager. Lama juga kerja kat situ, tapi baru-baru ni mak aku meninggal. Ayah aku tak ada orang jaga. Tu yang aku berhenti , balik sini, stay dengan ayah aku. Aku cuba-cuba aje apply kat company ni, alhamdulillah dapat.”

“Sorry, aku tak tahu pasal mak kau. Takziah ya. By the way, Akinari Jr Holdings tu bukan syarikat dari Jepun, ke? Lama dah kau kerja kat sana?”

“Ha’ah, kau kenal ke?”

“Takkan tak kenal. Akinari Jr Holdings, anak syarikat kepada Hoshiko Hiromi Holdings. Siapa tak kenal empayar 3H tu, one of the biggest and well established company in asia. Tak sangka pula kau kerja dengan syarikat tu. So, sekarang ni kau stay dengan ayah kaulah, ya? Masih kat seksyen 3 tu ke?”

Tak sempat Tengku nak jawab, pintu dikuak dari luar. Encik PA selamba masuk sambil membebel dengan mata fokus pada kertas di tangannya.

“Baru hari pertama dah buat hal. Dah pukul berapa ni tak masuk lagi.”
Aku dan Tengku matikan diri. Si Bawang menonong berjalan ke meja kerja aku. Padahal aku bukan ada kat sana. Itulah, jalan tak pandang depan.

“Weh, Qai. Kau dah... Eh, mana pulak Qai ni?” Baru dia perasan aku tak ada kat kerusi tu. Dia tertoleh-toleh, baru perasan aku tengah pandang dia. Dia tersengih.

“Ciss, kau kenakan aku. Eh, ada tetamu. Sorry.. Sorry.. Aku tak perasan. Eh, kau..” Bawang terus mendekat. Dia tenung muka Tengku dalam-dalam. Suspen betul.

“Kau ni satu-satunya Tengku yang langsung tak ada kena-mengena dengan mana-mana kerabat tu, kan? Kan?”

Gelak aku dan Tengku bergabung. Tengku mengangguk saja.

“Macam mana kau boleh sampai sini? Baguslah aku jumpa kau kat sini. Sebab soalan aku 14 tahun yang lalu kau tak jawab lagi sampai sekarang. Apasal orang panggil kau Tengku padahal kau bukan kerabat?”

“Weh, kau tak ada soalan lain ke nak bagi? Kepoh. Ni Tengku, aku nak kenalkan PA merangkap bibik dan kaunselor aku, Bawang Besar bin Bawang Kecil.”

“Aku kenal. Tapi tak sangka dia jadi PA kau.” Tengku tergelak besar.

“Weh.. Weh.. Apasal kau gelak, ha? Kau ingat jadi PA ni kelakar ke?” Bawang cekak pinggang depan Tengku.

“Jadi PA tak kelakar, tapi kau jadi PA tu yang kelakar. Sesuai sangat dengan mulut kepoh kau tu.” Tengku gelak lagi. Siap tekan-tekan perut. Aku tersengih saja. Tambah lagi bila tengok muka kelat si Bawang.

“Bawang, aku baru teringat. Kau tak jawab lagi soalan 14 tahun lepas yang aku tanya tu. Apasal orang panggil kau Bawang padahal kau bukan makanan?” Dia gelak lagi. Eloklah tu. Dulu-dulu si Bawang aje dah riuh hidup aku, sekarang ni datang pulak kroni dia si Tengku-bukan-darah-kerabat. Bertambah meriahlah hidup aku kat ofis ni.

“Dahlah tu. Perangai tu cuba empuk sikit.”

“Opss.. sorry boss. Aku baru nak bagi kau resume staf baru ni yang ayah kau baru email. Tahu-tahu orangnya dah sampai.” ujar Bawang. Tengku sengih aje.

“Sorry aku lambat sikit. Ada hal sikit pagi tadi.” Jelas Tengku.

“Tak apa. Jangan buat lagi sudah. Bawang, kau bawa Tengku kat ofis dia. Kenalkan sekali dengan officemate. So Tengku, welcome. Hopefully kau selesa dalam company ni.” Kami bersalaman sekali lagi. Mengalukan kedatangan dia dalam syarikat ni.

“Terima kasih, Encik Qaiser.” Ucap Tengku, serius.

“By the way, I’m telling you this and don’t make me repeat. Aku tak harapkan formalities, what I need is just your respects.”

“Noted, Sir.” Tengku angguk faham. Kami berbalas senyum sebelum Bawang mencelah.

“Alright, lets go. Qai, remember your meeting with Zainal Development on eleven. Don’t snooze.” Pesan Mr. PA.

“Righto.” Bersemangat aku menjawab.


AKU mengurut pelipis. Setiap kali teringat bicara staf-staf yang terlibat dengan pengubahsuaian pejabat GM tu tadi, pasti dahi aku akan berkerut seribu. Hati pun panas semacam. Bakal GM aku ni anak presiden Amerika ke apa ni? Ke anak taukey minyak dari tanah Arab? Apahal demanding sangat? Aku merengus sebal. Tali leher aku longgarkan. Hangat!

“Siapa yang bagi arahan untuk buat renovation ofis GM tu?” Teringat perbincangan aku dan staf yang lain sebentar tadi. Razali berpadangan dengan Dion, Nasuha dan Haikal. Mereka nampak pelik dengan soalan aku. Tentu saja mereka pelik sebab aku macam tak tahu apa-apa tentang projek kecil tu. Kecil pun, makan beratus ribu kot. Tu yang buat aku geram.

“Err.. ayah bos, lah. Tuan Arshad yang bagi arahan pada kami. Kenapa bos?” Haikal menyoal bila melihat wajah runsing dan tegangku.

“Saya nak tengok quotation untuk renovation tu. Kenapa anggaran sampai cecah ratusan ribu? Apa yang nak diubah pada ofis tu?” Agak ayah nak ubah ofis tu jadi macam sebiji banglo ke macam mana? Kalau ya pun nak ubah, ubah sikit-sikit sudahlah.

Razali menyelak fail yang dia bawa tadi.

“Final quotation saya tak habis kira lagi bos. Cuma yang ada ni aje. Bajet kasar. Senarai barang-barang dan apa yang nak diubah. Tu yang Tuan Arshad bagi pada saya.” Aku ambil sehelai kertas yang dihulurkan oleh Razali. Aku tekun meneliti. Seriously?? Tak masuk akal.

“Ni apahal semua barang mesti nak kena kristal? Astaghfirullahalazim!!” Geram sangat sampai aku tak tahu nak cakap apa. Kertas sehelai tu aku rasa macam nak koyak-koyakkan aje. Aku tenung tajam muka mereka. Walaupun aku tahu bukan salah mereka, tapi buat masa ni aku tak tahu nak lepaskan geram pada siapa. Takkan aku nak marah ayah aku pula, kan?

“Macam mana kalau saya tak approve untuk projek ni?” Tu sebenarnya soalan yang tak menuntut jawapan sebab aku sendiri dah ada jawapannya.

“Kalau bos tak approve, hmm.. projek ni pending ajelah sampai Tuan Arshad suruh cancel.” Ya, tepat. Memang betul pun. Kalau aku tak approve, maka projek kecil yang menelan ratusan ribu ini akan pending sampai ke sudah. Sampai ke sudah tu ada kemungkinan sehingga ayah batalkan projek tu. Tapi mungkinkah ayah akan batalkan kalau aku tak turunkan tandatangan?

“Tuan Arshad sendiri yang datang bagi fail ni pada awak semua untuk sign ke macam mana?” soalku pada mereka.

Razali berdeham sedikit.

“Tuan Arshad call saya dan bagitau dia ada hantar fax pada secretary saya. Tuan Arshad pesan suruh baca dan kalau saya setuju dengan mini projek tu, dia minta saya sign. Samalah macam yang lain-lain  mereka tanpa menunggu, terus mengangguk. Mengiakan. Dan satu keluhan aku lepaskan.

“Bos..!! Oh.. bos!” Terkejut dengan panggilan dari pintu, aku terus pandang Bawang yang tercegat disitu.

“Menung apa, oiii? Dah pukul sebelas ni. Meeting. Meeting.”

“Haa.. Okey. Okey. Kat bilik meeting, kan? Kejap.” Sebelum berlalu, Bawang tayang muka tak puas hati sebab aku tak layan dia sejak dari aku menerima berita tentang projek bilik GM tu. Habis tu, aku dah tak ada mood. Tak dapatlah aku nak menyengih macam dia.


SELESAI. Peningnya bila meeting pasal bajet ni. Berpinar mata aku dengan angka. Pelanggan ni tahu sajalah, kira bajet kalau boleh nak secepat dan setepat yang boleh. Tapi bila time pungut payment? Punyalah susah sampaikan kadang-kadang bahagian Credit Collector boleh berubah jadi Ah Long. Hmm.. Baru separuh hari, tapi aku rasa bateri aku dah weak teruk. Aku capai kunci kereta dalam drawer. Jam dah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Aku rasa budak tu dah lama sampai. Sambil berjalan menuju ke lif, aku buka whatsapp. Mesej dari DR aku baca.

Qai, sorry. Naqib dah ada dgn kau ke? He landed on 11.30 just now.-DR

Kan betul, budak tu dah sampai. Alah, pandai-pandailah dia bawak diri. Dia bukan kecil mana pun. Tapi, kalau budak tu kena culik macam mana? Alamak.. Aku baru teringat dia tu anak jutawan.

I’m on my way. Lambat sikit, baru habis meeting. Sorry. -Qai

“Qai, nak ke mana?” tegur Bawang tatkala berselisih di pintu lift. Dia nak keluar, aku nak masuk.

“Kan aku dah cakap tadi, aku nak amik orang kat airport.”

“Balik ofis tak lepas tu?”

Aku berjeda seketika.

“Balik ofis tak? Kau tenung apa? Haishh..” soal Bawang kembali. Sebenarnya aku bukan nak tenung dia. Aku tengah fikir kot.

“Nanti aku whatsapp.” Jawabku sedikit lantang sebab pintu lift dah nak terkatup. Lantaklah dia dengar ke tak.



PANJANG betul muncung budak ni. Tak padan lelaki, kuat pulak merajuk.

“Kita nak senyap sampai bila ni?” Aku pandang dia sekilas dari ekor mata. Masih macam tu. Berpeluk tubuh, merenung ke hadapan dengan muncung tahap boleh sangkut hanger baju.

“By the way, abang rasa cukuplah itik aje yang ada muncung macam tu. Tak payah awak pun nak ada sama. Tak lawa, okey.”

“Actually, where have you been, young man? My brother ask you to fetch me at what time? God, what a wasted..!” soal si anak kerabat ni siap dengan rungutan. Tercengang sekejaplah aku bila kena soal macam tu. He’s only eleven and yet he talk to me like that. Seriously..??

“Wait.. Wait.. Stop at there, kiddo. You’re not supposed to speak like that way, to the elder. Please put some respects, will you? Siapa ajar cakap macam tu? Plus, I’m not your bodyguard nak arah-arah ikut suka hati.”

Tak cukup aku ‘berangin’ dengan berita kakak ipar kau tengah mengandung, sekarang kau nak ‘angin’kan aku dengan sikap ‘bossy’ kau tu pulak. Ada yang aku tinggalkan budak ni kat tepi jalan karang. Masa tu barulah kau tahu cakap, ‘Lebih baik lambat dari kena jalan kaki’.

No manners. Spoiled kids. Rasa macam nak sumpah lagi teruk lagi. Tapi nasib baik tu bukan cara aku.

“Whatever.”

Macam tu aje. No sorry at all? Budak ni buat aku kehabisan oksigen aje.

“So, how’s your wound? Berdarah lagi?”

Aku tertoleh kejap. Dia tanya kat aku ke dia cakap kat telefon? Eh, dia tanya kat aku. Datang mana pulak luka yang dia tanya tu? Budak ni ada masalah dengan otak ke? Kot terhantuk kat pintu kapal terbang tadi masa nak masuk.

“Mesti makin teruk, kan? Lagi-lagi lepas dengar kak Del pregnant sekarang ni.”
“What?” Dan tak sengaja, aku tertekan break. Nasib baik kat belakang tak ada kereta. By so sudden, dia boleh bagi ‘sebiji’ kat dahi aku. Luka yang dia sebut tadi tu, hati aku ke? Eh, kenapa dia ni annoying sangat? Sejujurnya, aku memang tak pernah kenal rapat dengan Izz Nazirul Naqib ni. Dan kalau aku tahu perangai dia macam ni, lama dah aku biar dia duduk kat airport tu tanpa dijemput.

“Why don’t you find another girl, brother? I don’t know what is so special in kak Del except her kerabu mangga.” DR, boleh tak kau izinkan aku koyakkan mulut laser adik kau ni?

“Could you please shut your mouth? Or I’ll let you walk to the house.”

Dia diam jugak walaupun aku nampak dia tersengih mengejek. Kalau inilah cara dia balas kelewatan aku tadi, okey dia dah berjaya. Sekarang kita satu sama.



RUPANYA Delisha dah menanti kedatangan Naqib di pintu pagar. Elok saja aku berhentikan kereta, Naqib terus keluar. Aku nampak dia salam Delisha dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Budak bertuah..! Agak dia ingat aku ni driver dia? Terima kasih tak ada tu aku tenang lagi, ni beg pun aku yang kena keluarkan. Hampeh..!

Ketukkan di tingkap kereta membuatkan aku kalih pandangan. Tak sedar aku sedang tenung budak tu macam nak telan dia hidup-hidup. Cermin tingkap aku turunkan. Wajah Delisha aku tatap sedalamnya.

“Qai, beg dia mana?” Aduhai, macam nak terbang rasanya bila dia sebut nama aku.

“Oiit, Qai. Kau berangan apa?” tegur Delisha.

Aku tersentak.

“Beg dia kat belakang. Kejap, aku ambilkan.” Aku terus keluar. Buka pintu belakang dan beg galas Naqib aku keluarkan.

“Nampak stress aje muka kau. Apa budak tu dah buat?” Delisha soal tapi dia dah tergelak-gelak. Okey, nampaknya bukan aku seorang aje pernah terkena dengan mulut budak tu.

“Dah tentulah dia buat sesuatu yang menyakitkan hati, kalau tak muka aku tak ketat macam ni. Cakap kat DR, bertuah dia dapat adik macam tu.”

Elok saja aku cakap macam tu, Delisha dah tergelak besar. Del, I really miss your laugh.

“Dia tu perlukan tutor untuk subjek moral dan tatasusila, kau tahu? Kadang aku geram, aku sekeh jugak kepala dia. Lantaklah kalau mak ayah dia nak marah pun. Abang dia dah bagi lesen suruh ajar adik dia tu.” Delisha buat gelak jahat.

“Really? Kalau aku tahu, aku teruskan aje niat nak tinggalkan dia kat tepi jalan tadi.” Macam tu sebenarnya nak ajar budak kecil tak tahu adab. Mulut bukan main lagi.

“Oh, yang tu aku tak jamin lesennya valid ke tak.” Dan kami tergelak lagi.
Duhai hati, mengertilah bahawa dia bukan milikku. Mengertilah jua apa yang sedang kami lakukan bukan sesuatu yang elok. Tapi, kenapa aku berdegil jugak? Kenapa masih sanggup berdiri dibawah terik mentari semata-mata nak berbual dengan Delisha? Jawapannya, aku masih tak mampu melepaskan Delisha pergi dari hati aku.

“Kereta baru. Mana Neo dengan Mugen kau? Dari hari tu aku nak tanya, tapi macam tak ada point pulak, kan tiba-tiba nak tanya pasal kereta.” Dia perhati Hyundai Santa FE hitam putih aku. Matanya bersinar galak bersama wajah yang ceria. Del, aku rindu. Pernah ke kau tahu?

“Neo ada aje dalam garaj tu. Mugen aku trade in, ambil Santa ni. Nak beli Hummer aku tak mampu.”

“Perli ke apa tu?” Delisha menjeling aku. Aku tersengih. Memang perli dia pun. Yalah, DR tahun lepas hadiahkan Delisha Hummer masa birthday dia. Gempak kot.

“Baguslah terasa.” Aku tergelak bila Delisha tunjuk penumbuk. Aduhai, mana nak dapat perempuan yang selamba brutal macam Delisha ni? Yang sanggup jadikan aku punching bag dia dulu?

“Hummer aje, bukan jet peribadi pun.” Delisha alih pandangannya dari kereta aku, terus ke mata aku. Mata tu... Kuatkanlah iman aku, Ya Allah. Isteri orang ni.

“Mungkin hadiah birthday tahun ni. Siapa tahu?” Nak taknak aje keluar ayat tu dari mulut aku. Terpukau habis tengok mata Delisha. Cair teruk!

“Abang..!!” Jeritan dari rumah aku membuatkan aku mengalih pandangan. Qaisara melambai dari balkoni atas. Muka semacam aje ketatnya.

“Kejap..!!” Aku terjerit kembali. Kemudian aku pandang Delisha semula. Aku tak rela nak pergi, tapi ini yang sebaiknya. Si Sara ni pun macam saja tak nak bagi aku peluang lama-lama tengok bini orang. By the way, thanks to Sara. Sememangnya aku tak patut berlama dengan Delisha.

“Aku masuk dululah.” Ujarku.

“Okey. By the way, thanks ya..” ucapnya.

“Mention not.” Aku terus masuk ke dalam kereta. Nafas berat aku hambur keluar. Astaghfirullahalazim.



“SARA tak sukalah abang ketawa-ketawa dengan dia, borak lama-lama dengan dia. Abang kena ingat dia tu siapa. Jangan nanti jadi apa-apa, abang yang dipersalahkan.” Tak habis lagi dia membebel. Enjin baru nak panas agaknya Qaisara ni. Dari aku masuk rumah, main-main dengan Ayien, sampaikan aku nak makan ni pun dia duk ikut aku. Membebel tak berhenti.

“Eh, ayah dah siap makan ke? Qai nampak macam ayah baru duduk aje tadi.” Tegurku bila aku nampak ayah dah cuci tangan.

“Haiitt..” Ayah tunduk-tunduk kepala. Eh?

“Ayah kenapa?” Qaisara aju soalan dulu. Dia terus duduk di hadapan ayah. Ingatkan aku seorang aje yang pelik.

“Hari-hari makan tauhu jepun, silap-silap ayah dah boleh berlakon dalam cerita Naruto.” Tutur ayah buat aku tergelak besar. Tambah lagi dengan muka ‘aku-kena-paksa-makan-tauhu-jepun’ ayah tu. Lawak kot.

“Naruto tu animelah ayah.” Perbetul Qaisara dengan muka kelat dia tu.

“Sara, lepas ni cuba buat kimchi hari-hari. Mana tahu boleh jadi sepet macam G Dragon ke.” Aku menambah. Saja perli nak bagi Qaisara sedar sikit.

Kau tak kembang tekak kalau hari-hari kena paksa makan tauhu jepun tu? Kalau ya pun baik untuk kulit, takkan hari-hari kena makan kot. Yang jadi mangsanya orang-orang dalam rumah ni, lah. Aku punya tahap trauma tu sampaikan bila tiba waktu makan aje, aku rasa macam nak lompat keluar ikut tingkap bilik. Ayah pulak jenis tak banyak cakap. Telan ajelah..

“Ha ha ha.. Ingat kelakar? Sara tak habis cakap lagi, okey. Abang jangan nak tukar channel.” Aduh, dia sambung balik. Ingatkan dah tukar tajuk dah.

“Ayah, cuba nasihat sikit abang ni. Ayah nak ke kalau jadi apa-apa pada rumahtangga Del, abang yang kena? Ayah tak ingat ke, apa jadi kat keluarga kita disebabkan Del tu?” Haa, dia dah mula babak airmata. Part ni aku memang lemah.

“Tak cukup ke kita hilang arwah ibu? Abang nak kita hilang siapa pulak lepas ni? Abang tak sayang ke dengan Sara, dengan ayah? Abang sanggup tengok keluarga kita jadi mangsa sebab perasaan abang tu?” Aku telan air liur bila Qaisara dah mula lap airmata.

Ya Allah.. Apa yang patut aku katakan ni? Aku pandang ayah, minta bantuan dari ayah. Tapi ayah senyap saja.

“Sara, abang tak ada niat macam tu pun. Abang bukan kacau keluarga dia, abang bukan nak rampas Del dari suami dia. Tadi abang jumpa sebab abang tolong hantar adik ipar dia aje. Kan abang dah cakap tadi.”

“Sara tetap tak suka. Buat apa abang tolong dia? Kan suami dia orang kaya, tak boleh upah orang lain ke? Saja nak seksa perasaan abang? Saja nak bagi abang sakit hati? Macam tu?” tekan Qaisara.

“Sara, dahlah ya. Abang janji abang tak tolong dia lagi.”

“Ayah tak nak mengapikan sesiapa, ayah taknak sebelahkan sesiapa. Apa yang ayah harapkan, Qai cubalah jarakkan diri dari Del. Memang Qai tak ada buat benda tak elok, tapi diakhir zaman ni, fitnah tu dah jadi makanan manusia. Elakkan. Ayah tak nak keluarga kita bergaduh pulak dengan keluarga sebelah. Ayah tak suka. Ayah kenal Qai macam mana tapi orang lain tak.” Selit ayah dengan nada yang tenang.

“Lagi-lagi si Damy tu. Suka sangat pandang abang, macam abang ni pesalah. ” Tambah Qaisara. Marah benar.

Damien. Ya, aku tahu tu. Aku tak tahu apa salah aku pada dia, tapi nampak terlalu jelas yang dia tak sukakan aku. Setiap kali kami bersua, pasti ada saja yang akan menjadi punca untuk dia menempelakku. Dan aku. Selagi aku mampu bersabar, aku akan bersabar. Dulu Damien tak macam tu pun, tapi sejak DR dah bahagia dengan Delisha, dan aku masih setia solo, dia pula jadi macam unsecure.

Ingat aku nak rampas Delisha dari kawan baik dia tu agaknya. Tu rampas. Kalau Delisha dah jadi janda, macam mana? Astaghfirullahalazim. Apahal aku sampai doa orang bercerai-berai ni?

“Sudah. Sudah. Penatlah dengar Sara membebel aje.” Celah ayah membuatkan aku tersengih, 
mengejek Qaisara yang sudah memuncungkan bibir. Aku sendukkan lauk ke dalam pingganku. Lemah aku tengok lauk Qaisara ni. Karang tak makan, kecil hati pula.

“Kenapa macam patah selera aje tiba-tiba?” soal ayah sedikit berbisik bila Qaisara sudah menyibukkan diri menyuci pinggan. Aku senyum rela dalam terpaksa. Ayah tekup mulutnya, menahan tawa.

“Berdoalah semoga Sara putus asa dengan eksperimen dia nak cantikkan kulit dengan mengamalkan pemakanan tauhu lembik ni setiap hari.” Pesan ayah berbaur jenaka. Aku mengeluh lemah. Eh, baru teringat.

“Ayah, Qai nak tanya. Pasal renovation ofis GM tu? What happend? And why so sudden?” ajuku terus. Ayah yang sedang menikmati minumannya terhenti seketika. Aku menanti jawapan dari ayah sambil mengunyah makanan.

Ayah berdeham-deham. Hmm.. adalah tu.

“Qai dah approve?” soal ayah pula. Amboi, macam tak sempat-sempat.

“Not yet. Nak tunggu ayah yang cakap sendiri. Sebab Qai tak faham kenapa mesti renovate? Last checked, ofis tu okey aje. Dan yang paling Qai tak faham, kenapa mesti kristal? Who is the GM actually? Kenapa demanding sangat?” Aku menyoal ayah bertalu-talu. Ayah diam saja. Dia bangkit dari duduknya bersama gelas yang dia gunakan tadi.

“I just need your approval and let them do their jobs, Mr.CEO. Bukan susah pun, kan?” Aik, macam tu aje?

“Tapi..”

“Sign aje.” Tutur ayah sepatah dan terus berlalu dari ruangan dapur. Qaisara mengejekku dengan mimik mukanya. Aku menjeling. Misteri betul GM aku nilah.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post