BAB 2
AKU menongkat tangan kiri pada dagu, badan kusendengkan
sedikit. Leka mendengar cerita Tetsuya tentang pengalamannya selama bertahun
tinggal di Malaysia. Sambil mendengar, tangan kanan tak henti menyuap nabemono
ke dalam mulut. Kukunyah lambat-lambat. Dari ekor mata, aku perasan Noah yang
duduk di hadapan asyik merenungku sejak tadi. Tapi aku tak peduli. Aku dah
masuk ke dalam duniaku sendiri.
Entah
kenapa, nabemono atau sup yang sepatutnya terasa nyaman dimakan waktu musim
sejuk seperti sekarang ini, tak terasa kenikmatannya. Mendengar cerita Tetsuya,
aku seakan sudah berada di Malaysia sana. Tidak lagi di Hokkaido. Malah, muzik
latar di dalam restoran serta suara Rei, Eidlan dan Casandra yang sejak tadi
tak sudah bertingkah dengan cerita Tetsuya, hanya sayup-sayup sampai pada deria
telingaku.
"Memanglah
sana best. Tapi.. Tapi.. Kat sana panas sikit. Mana nak dapat musim berubah-ubah
macam kat sini. Nak harap salji turun, memang tak adalah." Tambah Tetsuya
lagi. Aku boleh rasakan yang gadis yang dulunya gempal dan berkaca mata tebal
itu, sangat merindui suasana Malaysia. Mengikut kiraan aku, hampir dua tahun
sudah dia menamatkan persekolahannya di sana dan menyambung pelajaran di Tokyo.
Bila ditanya, tak mahu ke bercuti ke sana ke? Tetsuya senyum saja.
"Tapi
kat sana ada musim buah. Hmm.. Tiba-tiba rasa macam nak makan buah durian.
Alamak, kalau dapat buah pulasan pun best ni." Tambah Eidlan seakan sudah
terbayang buah-buahan yang sangat popular di sana.
"Last
time aku pergi jumpa daddy, aku terserempak dengan musim buah kelapa."
Celah Rei, teruja. Tiba-tiba Eidlan dan Tetsuya tergelak besar. Siap
tekan-tekan perut lagi. Kenapa? Apa yang kelakar sangat? Aku kerling Noah
sekilas. Si mamat muka beku tu pun boleh tergelak sambil tutup mulut. Walaupun
gelak dia tak sekuat Eidlan dan Tetsuya.
Rei
terpinga-pinga bila ditertawakan.
"Kenapa?"
Soal Casandra, tak mengerti. Seperti aku juga.
Eidlan
lap tubir matanya yang sedikit berair.
"Buah
kelapa tak ada musim, waka (Tuan Muda). Pokok tu sentiasa berbuah. Dan musim tu
bukan orang, perkataan terserempak tu tak sesuailah kau guna."
Ooh..
Macam tu ke? Seronok sangat ke bila tiba musim buah-buahan? Meriah ke suasana
musim buah-buahan di sana seperti meriahnya bandar Sapporo pada musim salji?
"Tapi
mesti ada satu makanan yang kita memang tak boleh tak makan bila dah sampai
Malaysia.." Tetsuya pandang kami bersama senyuman misterinya. Makanan
lagi? Malaysia memang banyak makanan aje ke?
"Roti
canai..!" Rei.
"Rendang..!"
Eidlan.
"Lontong
kering..!" Tetsuya.
"Cendol..!"
Casandra.
Mereka
pandang Noah. Noah jungkit bahu.
"Teh
tarik?" Itu jawapan ke soalan? Aku jungkit bibir, suka berlagak cool.
Orang teruja macam nak terbang ke langit, dia masih juga macam tu.
Hmm..
Dengar nama makanan yang mereka sebutkan tu saja dah buat aku teringin nak
merasa. Sedap sangat ke? Ada tak rasanya macam sushi? Ataupun rasanya macam
udon atau mi yang diperbuat dari tepung gandum tu? Paling tak pun macam soba,
sejenis mi nipis yang diperbuat dari tepung buckwheat? Aku sudukan kepingan
carrot dari sup nabemono. Tak pun rasanya macam sup ni?
"You
and your cold blooded memang tak boleh dipisahkan, ek?" Soal Tetsuya
bersahaja. Nampaknya bukan aku saja yang menyampah dengan gaya Noah yang tak
berjiwa tu.
"Oh
my God, Uya. Tolonglah. That cold bloodedlah yang buat dia nampak hot,
okey." Celah Casandra bersama kerlingan menggodanya. Aku pandang Noah, dia
pandang Casandra tanpa riak.
"Sandra!
Behavelah. Dengan gay pun nak flirt ke?" Tetsuya terjerit sedikit.
Terkejut bila tengok Casandra yang kuat menggoda tu tiba-tiba bagi flying kiss
pada Noah. Dan aku bagaikan boleh ternampak 'ciuman terbang' tu menuju ke arah
Noah. Namun sayangnya, 'ciuman terbang' tu terus beku bila terkena renungan
iceberg tu. Aku kulum senyum, nak tergelak boleh tak?
"Who
cares? Gay pun tetap hot pada I." Casandra kenyit mata. Mata Tetsuya dah
nak tersembul keluar bila dengar kakak kembar dia cakap macam tu.
"Rei..!
Tengok adik you ni." Marah Tetsuya beralih pada Rei pula. Rei jungkit
bahu. Dah biasa dengan perangai Casandra yang satu tu. Tak menggoda, tak sah.
"Gay
ke, cold blooded ke, biarlah dia. Dia memang sejak lahir macam tu." Rei
mencelah, tak mahu adik-adiknya bertengkar disebabkan oleh Noah.
"Ha'ah.
His heart and feeling melekat kat uri, itu yang membesar jadi heartless."
Tambah Eidlan tergelak-gelak bersama Rei. Noah senyum, dua saat aje! Kedekut.
"Heartless,
tapi boleh pula jadi gay." ejekku.
Noah
angkat bahu. Offhanded.
"Dia
heartless dengan perempuan aje." Tambah Rei. Belum pun sempat Rei dan
Eidlan nak tergelak, Noah dah bagi sebuah jelingan. Tajam. Terus mereka berdua
terdiam.
"Uya.."
Panggilku. Serentak, semua mata tertumpu padaku.
"Sedap
sangat ke makanan kat Malaysia?" Soalku, polos.
"Seeeedaaappp..
Semua sedap." Melihatkan wajah Tetsuya yang berseri-seri tu, tahulah aku
yang dia tak menipu. Aku hujung gigit sudu. Diam seakan berfikir dengan serius.
"Kenapa
Dyra?" Soal Eidlan. Hairan melihat tingkahku.
"Uya,
patutlah kau gemuk masa duduk sana." ulasku tanpa riak bersalah.
"Oii..!!"
Marah Tetsuya dengan biji mata terjegil. Seketika, ruang restoran jadi riuh
dengan tawa mereka. Beberapa pengawal Rei yang sedang berjaga, mula menjenguk.
"Balik
sini baru terfikir nak jaga badan, ek?" Eidlan mencelah, mengusik gadis
bermata kelabu itu. Tetsuya mencebir.
"Tu
kurus sebab banyak sangat makan hati." Jawab Rei bagi pihak adiknya.
"SANDRA.." Panggilku sewaktu kami beriringan
berjalan di sekitar subway. Saja melengahkan masa memandangkan janji temuku
bersama Neiko masih awal lagi. Keluar dari restoran tadi, aku beritahu pada
Eidlan yang aku mahu berjalan kaki saja ke Odori Park. Lagipun, tempat kami
makan tadi dekat saja dengan taman yang aku nak pergi. Tiga jejaka tadi sudah
kuhalau pergi jauh-jauh. Jangan rapat-rapat sebab aku takut Neiko tak selesa.
Mujurlah mereka ikut saja arahanku.
Odori
Park sangat meriah terutama pada musim sejuk kerana adanya festival salji.
Ditambah lagi pada waktu malam, lebih 500,000 kerlipan lampu berwarna-warni
menghiasi bandar Sapporo. Bukan selalu dapat tengok kemeriahan seperti ini,
dalam setahun hanya sekali saja iaitu dari bulan November hingga March.
Dalam
kepalaku, aku sudah merancang nak ke TV Tower dari Odori Park bersama Neiko
sebentar lagi. Dari atas menara tu, boleh nampak keindahan bandar Sapporo dan
Odori Park. Hmm.. Mesti temu janji kali ni berjaya. Mood dah cukup romantik
dah.
Dua hari
lepas, janji temu dengan Taodo tak berhasil bila saat-saat akhir, Taodo
menghantar pesanan ringkas padaku, mengatakan dia tak berminat untuk
menjalinkan hubungan denganku. Itupun selepas setengah jam aku menantinya di
tempat yang dijanjikan bersama Tetssuya dan Casandra. Mujurlah aku ni sejenis
manusia yang tak pernah kenal erti serik dan kalah.
"Kenapa?"
soal Casandra. Dia merapikan sedikit lilitan skaf di lehernya sebelum beg
sandangnya dibetulkan kedudukan. Casandra, walaupun dia kembar Tetsuya dan
walaupun wajah mereka saling tak tumpah, tapi personaliti dan perwatakkan
mereka sangat berbeza. Casandra sangat daring, nampak anak orang berada
dan lebih feminin, sementara Tetsuya pula jenis selamba, pakai pun apa yang ada
aje dan sedikit kasar.
Tengoklah
gaya mereka berdua sekarang. Casandra dengan winter coat merah berbulu-bulu
separas peha dan berseluar leather hitam berserta high cut boots dengan corak
leopard. Rambut yang diwarnakan blonde dan di perm, terurai cantik. Tetsuya
pula, sekadar jeans lusuh dan winter jacket yang berhoodie dan kakinya sekadar
disarung sneakers high cut. Rambut? Semua dia sumbat masuk dalam hoodie. Sejak
dia masuk universiti, tiada lagi kaca mata tebalnya.
"Kau
tak rimas ke bila nak ke mana-mana ada orang ikut?" Aku kerling beberapa
pengawal yang sedang mengekori kami dari jarak yang agak jauh. Meskipun jalan Tanukikoji waktu itu penuhi dengan pengunjung, namun aku masih dapat
mengesan kehadiran pengawal-pengawal Rei. Tentu saja Rei yang hantar untuk
mengawasi Casandra serta Tetsuya.
Casandra
dan Tetsuya ikut pandang ke arah pengawal-pengawal tadi, masing-masing di
kedudukan yang berbeza. Tapi melihatkan pakaian dan penampilan mereka, senang
sangat kami nak cam. Walaupun Rei tak cakap kami akan diawasi, tapi Casandra
bagaikan tak kisah bila ternampak kelibat pengawal Rei tu.
"Taklah.
Aku dah biasa. Lagipun, dia orang tak ikut kita dekat-dekat. Jadi macam tak
hairan sangatlah. Kenapa, kau tak selesa?" Casandra pandangku dengan mata
sepetnya.
"Jangan
kata Dyra, aku sendiri pun tak selesa. Nasib baik Rei tu tak hantar pengawal
dia masa aku kat Malaysia, kalau tak mesti epik." Bebel Tetsuya sedikit
bengang. Yalah, dulu waktu dia di Malaysia manalah ada orang ikut dia macam ni,
bila baik Jepun, dah macam kepala kongsi gelap pula. Mana-mana pergi, mesti ada
aje lelaki-lelaki bersut hitam dengan raut wajah bengis. Itu di luar, belum di rumah. Kalau di rumah
daddy, kat dalam bilik ajelah yang tak ada pengawal.
"Tapi..
Memang selalu ke pengawal yang follow kau ramai macam ni?" Sungguh, aku
rasa malam ni agak keterlaluan sikit cara Rei mengawasi adik-adiknya. Dah tak
pasal-pasal aku pula yang terlibat sama. Kalau tahu tadi, tak adanya aku nak
heret si kembar ni sekali.
Casandra
dan Tetsuya memerhati sekeliling.
"Entahlah.
Selama ni I tak perasan pula berapa
ramai yang Rei hantar untuk kawal I. Hmm.. Tapi betullah. I macam pelik sikit.
Kenapa muka-muka dia orang ni tak familiar, ek?" Casandra berkerut dahi.
Sambil bercakap, bersoal, berfikir, kami bertiga masih terus melangkah. Tetsuya
pula sesekali menadah tangan, berharap salji jatuh di atas tapak tangannya.
"Kau
yang selalu tengok muka dia orang, apa pula tanya kat kita orang? Manalah kita
orang ingat muka pengawal Rei tu macam mana." Balas Tetsuya bersahaja
dengan kepala masih mendongak ke langit. Dah malam macam ni, masih kelihatan
salji yang turun.
"Biarlah.
Tak jadi masalah pun siapa yang guard kita. Yang penting kita selamat."
Putus Casandra tak mahu membebankan fikirannya. Aku dan Tetsuya jungkit bahu
saja.
"Eh,
tapi aku still tak puas hati. Kenapa kau tergedik-gedik dengan Noah tu? Agak
kau ni tak ada taste ke?" Getus Tetsuya bila keadaan sedikit hening. Aku
toleh pada Casandra di hujung sana. Tetsuya di apit oleh kami berdua.
"Dia
handsome." Puji Casandra manja, menggoda. Seakan Noah ada di hadapannya.
Tetsuya
buat lagak nak termuntah.
"Tapi
dia gay dan tak ada perasaan. Muka pun beku aje. Orang cakap apa pun, dia macam
tak terasa apa. Kadang aku rasa dia ni pekak pun ya." Kutuk Tetsuya tak
ada ampun. Tegak aje dia bagi. Aku dah hambur gelak tak ingat dunia.
"Uyaaaa..!!"
Marah Casandra. Mukanya cemberut. Tetsuya buat tak pandang, malah mengalih
fokusnya padaku.
"Selama
dia duduk kat rumah kau, tak ada ke dia buat apa-apa pada kau?" Soal
Tetsuya, memulakan sesi penyiasatan.
Aku
diam. Tak lama, aku angguk. Casandra
bulat biji mata, terkejut. Tetsuya ternganga. Macam susah nak percaya seorang
lelaki yang homoseksual ada buat 'apa-apa' padaku.
"Buat
aku sakit hati dengan muka tak berperasaan dia tu." Ulasku membuatkan
mereka melepaskan nafas lega. Aku tergelak-gelak bila Casandra buat muka
padaku. Tak sempat Tetsuya nak buka mulut, telefonku berdering.
"Kejap,
Neiko call." Ujarku sebelum menyambung talian. Aku berpaling ke kiri
sedikit, mencari ruang peribadi untuk berbual dengan Neiko.
"Moshimoshi,
Neiko-kun." Aku memakukan langkah mendengar butir bicara Neiko dihujung
talian. Hati mula tersimpul rasa hampa. Perbualan Tetsuya dan Casandra makin
sayup. Aku hanya fokus pada suara Neiko saja.
TALIAN telefon dimatikan dengan wajah hampa. Temu janji,
dibatalkan dengan jayanya. Neiko ada majlis minum teh bersama keluarganya.
Hmmm.. Punyalah teruja dari saat temu janji dibuat. Boleh pula last minute
canceled?
Sambil
membebel, aku simpan telefon bimbit ke dalam beg. Jambul yang sedikit
berselerak, aku rapikan sedikit. Tak apalah. Dah alang-alang keluar, baik aku
habiskan masa bersama Casandra dan Tetsuya. Lagipun, bukan selalu Tetsuya dapat
lihat pemandangan bandar Sapporo yang super indah macam ni.
Eh? Mana
si kembar tu pergi? Aku picingkan mata. Sayup-sayup aku terlihat figura si
kembar. Lah? Mereka dah tinggalkanku? Aku berdecit. Apalah, bukan nak tunggu.
Dengan muka cemberut, aku buka langkah. Pun belum sempat buka langkah ketiga,
tiba-tiba aku terasa pinggangku dirangkul dari belakang dan mulutku ditekap
dengan telepak tangan. Cemas. Takut. Siapa yang buat aku macam ni? Aku cuba
menjerit, tapi gagal.
Tubuh
kecilku diheret dari arah belakang. Aku semakin menjauh dari Odori Park.
Semakin menjauh dari Tetsuya dan Casandra. Aku pandang kiri kanan. Berharap
orang awam yang sedang menjadi penonton, cuba untuk membantuku. Tetapi semua
nampak takut dan hanya mampu menayang wajah simpati. Ada yang cuba menelefon
polis, tapi sia-sia bila dia dihadiahkan tumbukan di perut. Telefonnya pula
dihempas diatas timbunan salji.
Namun
tiba-tiba tangan yang menekup mulut dan merangkul tubuhku terlepas. Aku
terjatuh di atas jalan sementara lelaki yang menekup mulutnya tadi terdorong
sedikit akibat pukulan dari... Aku pejam celikkan mata. Lelaki tu...
"Noah!
Belakang!" Jeritku bila ternampak dua lelaki ingin menyerang Noah dengan
sebilah pedang samurai. Spontan Noah berpusing lalu mengelak serangan yang
datang bertali arus. Hampir saja salah satu dari pedang itu berjaya mencantas
kepala Noah, mujur Noah pantas menunduk lalu menangkis kaki kedua-dua
penyerang. Dua-dua jatuh terlentang.
Aku
ternganga! Noah si gay ke tu?
Noah
ambil peluang itu berlari mendapatkanku yang masih terduduk sejak tadi.
Tanganku dicapai lalu ditarik supaya aku mengikut dia lari meninggalkan kawasan
ini. Setidak-tidaknya hingga kami berdua selamat dari sebarang serangan.
"Noah..!"
Panggilku mula tercungap-cungap. Aku menoleh belakang, tiga lelaki tadi masih
mengejar mereka.
"Apa?"
Noah menoleh seketika.
"Siapa
dia orang tu?" Soalku, ingin tahu.
"Dia
orang nampak macam kawan aku ke?" Noah serang balik dengan soalan. Aku
mendengus. Masa kecemasan macam ni pun nak kerek. Dasar mamat cold blooded!
"Nak
lari sampai mana ni? Takkan lari aje? Tak ada plan?" soalku lagi. Aku
tayang sengih bila Noah pandang semacam. Tajam.
"Plan
A, lari. Plan B, lari. Kau nak pilih plan yang mana satu?"
"Plan
C?" Sengaja aku nak bagi Noah naik marah. Jarang-jarang si mamat cold
blooded ni nak tunjuk ekspresi kat muka dia.
Noah
menoleh dengan muka garang.
"Sampai
Z pun, plannya masih sama." Tekan Noah. Sebal.
"Macam
tak ada pilihan aje." Dalam hati aku nak tergelak pun ada. Garang juga si
gay ni.
"Memang
kita tak ada pilihan pun sekarang ni. Berhenti bagi soalan bodoh kau tu. Now,
run..!!" Arah Noah seraya melajukan larian. Aku pula mengikut sedikit
terhuyung-hayang. Semput!
KENAPA? Apa sebenarnya yang berlaku tadi? Sumpah, aku tak
faham. Tak boleh nak fikir apa-apa pun sekarang ni. Dahlah penat berlari.
Ikutkan plan si mamat gay tulah. Lari punya lari, aku sendiri tak sedar berapa
jauh aku lari dan tahu-tahu aku dah sampai di deck TV Tower. Punyalah laju Noah
bawa aku lari, sampai tak perasan kami dah menyelinap di antara pengunjung yang
berpusu-pusu di situ.
Aku
duduk memeluk lutut di satu sudut. Agak jauh dari pengunjung lain. Lagipun,
Noah yang suruh aku duduk di situ memandangkan mereka sendiri tak pasti sama
ada mereka masih diekori atau musuh dah pun hilang jejak kami.
Aku
melepaskan keluhan. Penat. Penat kena lari. Nasib baik boot yang aku pakai tak
bertumit macam selalu. Kalau tak, jenuh! Dan nasib baik aku pakai seluar, kalau
skirt? Mahu Noah heret aje aku tadi. Tadi pun berapa kali aku hampir
tersungkur. Noah bukan nak tolong ke apa, lagi dia tarik supaya lari, adalah.
Heartless.
Aku
sembam kepala di atas lutut. Rasa nak menangis pun ada. Agak-agak Eidlan tahu
tak keadaan aku sekarang ni? Mungkinkah Noah dah maklumkan pada Eidlan? Eidlan
marah tak? Huk.. Huk.. Huk.. Dahlah temu janji dengan Neiko dibatalkan
disaat-saat akhir, plan nak hang out dengan Uya dan Sandra pun lingkup.
Sekarang, aku tersangkut dekat TV Tower bersama Noah pula!
Mana
Noah? Entahlah dia. Dia suruh aku duduk kat sini, aku duduk sajalah. Nak
betulkan nafas yang dah nak terputus dulu. Noah hilang ke apa, aku tak mahu
ambil pusing. Aku tiba-tiba terbejat bila terasa sesuatu yang sejuk menyentuh
lenganku. Biarpun berlapis dengan lengan baju tebal, masih juga terasa. Aku
pantas angkat kepala. Cuak.
"Apasal
buat muka macam tu?" Soalan seakan ejekan itu buat aku rasa nak sangat
ketuk kepala lelaki tu dengan air tin yang sedang dia hulurkan. Bila aku masih
tak mahu menyambut hulurannya, terus saja Noah letak tin tersebut di sebelahku
sebelum dia turut duduk di situ. Satu tin lagi di buka lalu di teguk.
"Noah.."
Panggilku sedikit berkeluh bunyinya.
Noah
diam, menoleh pun tidak. Mata terus fokus pada pengunjung yang sedang menikmati
pemandangan dari TV Tower. Ada juga yang sibuk mengabdikan gambar mereka
sebagai kenangan untuk musim sejuk tahun ini.
"Kenapa
dia orang serang saya? Mereka tu siapa?"
"Mungkin
musuh Rei." Balas Noah. Sekali lagi air diteguk.
Aku
pandang Noah dari sisi tepi. Muka tak puas hati aku tayang. Konon nak bagitau
pada Noah yang aku tak puas dengar jawapan dia tadi tu. Tapi bila tengok Noah
tayang muka tak ada perasaan, aku terus mencebik.
"Bencinya..
Saya dah plan macam-macam nak buat untuk malam ni. Last sekali, satu pun tak
menjadi. Sandra dengan Uya pula hilang entah ke mana."
"Phone
ada buat apa? Tak boleh call?" Noah toleh sekilas. Dia pandang saja aku
yang sudah memuncungkan bibir.
Aku
ambil beg sandang lalu kubuka zip. Telefon bimbit berlipat itu aku capai
kemudian aku campak atas pangku Noah. Noah pandang telefon sekejap sebelum
pandangku dengan satu renungan tajam. Aku angkat kening.
"Hidupkanlah
kalau boleh." Suruhku, mencabar. Sudahlah baterinya dari tadi tinggal
nyawa-nyawa ikan, bila waktu kecemasan macam ni boleh pula mati terus.
"Sampai
bila nak duduk sini? Dahlah sejuk." Aku merungut pula. Walaupun aku tahu,
bila bercakap dengan Noah ni macam bercakap dengan tunggul, tak mengapa. Aku
dah reda. Apa boleh buat, dah memang Noah dilahirkan sebegitu. Jadi, anggap
sajalah aku sedang bercakap seorang diri.
Aku buka
hoodie di kepala, seperti yang dijangka, hoodie dan rambutku sudah diselaputi
dengan salji. Aku mengibas sedikit hoodieku.
"Kenapalah
wujud orang macam awak dalam dunia ni. Disebabkan awaklah dunia jadi sepi, tahu
tak? Jadi membosankan." Tambahku lagi. Tak puas hati selagi Noah tak buka
mulut. Mamat ni, betul-betul 'berdarah sejuk'. Kalau dua jam duduk sini, dengan
aku sekali boleh 'beku' agaknya.
"Dunia
tu merujuk pada diri kau ke?" Balas Noah, macam biasa. Tak sah kalau tak
sinis. Tak sah kalau tak buat aku bengang. Aku muncungkan bibir. Menyampah.
Aku kali
mata ke hadapan semula. Namun tiba-tiba, aku menoleh pada Noah, pantas. Sebab
aku perasan Noah menjangkau tangannya di atas kepalaku. Aku pandang Noah dengan
satu pandangan tajam tanda amaran.
"Berani
awak sentuh kepala Dyra? Dyra suruh Rei patahkan tangan awak nanti."
Tekanku, garang. Tapi rasanya tak nampak garang pun pada Noah sebab Noah buat
selamba saja. Tak semena, aku terjerit bila Noah mengetuk dahiku.
"Ingat
aku nak sangat sentuh? Kepala kau dah nak jadi macam kepala snowman, tahu?
Pakai hoodie kau tu. Skaf tu betulkan, dah macam apa aje aku tengok."
tekan Noah, tegak saja nadanya.
Aku
jungkit bibir. Mamat heartless, cold blooded, tak ada jiwa, tak ada soul, mamat
gay, mamat berlagak.. Semua yang buruk-buruk bagi pada Noah. Semua hak milik
Noah. Dalam pada merungut dan mengutuk, aku sarungkan juga hoodie. Skaf dililit
rapi sebelum aku membetulkan rambut.
"Malang
betul nasib tersangkut dengan awak kat sini. Malam ni sepatutnya saya dating
dengan Neiko, jalan-jalan kat Odori Park, tengok lampu, main salji, cuci mata
kat Tanukikoji, ambil gambar dengan
dia..."
"Ni plan ke angan-angan?"
celah Noah.
"Planlah. Malangnya, Neiko
canceled the date last minute." Aku sangkut dagu pada lutut. Air tin yang
masih belum dibuka, aku ambil lalu aku golek-golekkan diatas lantai.
"Back up plan?" Noah teguk
lagi airnya.
"Plan B, nak berpoya-poya
dengan Uya, dengan Sandra. Nak jalan-jalan sambil jadi gossip girls, cari teman
lelaki baru dan buat temu janji.."
"Kejinya plan." Ulas Noah.
"Semua salah gengster tadi
tu..! Kalau tak, mesti malam ni akan berakhir dengan momen yang
indah-indah." Tambahku tanpa mempedulikan komen dari Noah yang berbaur
provokasi. Entah macam mana, tin yang aku golek-golekkan sejak tadi, boleh
terlepas dari tangan. Tanpa fikir
apa-apa, terus aku merangkak, mengejar.
"Dyra..!" Panggilan Noah
aku tak hiraukan. Terus ikut jejak tin sampailah aku perasan tin tu dah
berhenti bergolek kat kaki yang bersarung kasut kulit. Tengok dari kilat kasut
tu, macam kasut Rei. Aku capai tin dan terus mendongak dengan muka teruja. Siap
senyum lebar lagi, sebab dalam fikiran aku tentu Rei datang nak selamatkan aku
dan Noah. Tapi...
Senyumanku hilang bila mataku
tertancap pada pemilik kaki tadi. Boleh tak kalau aku nak ketuk tin tu kat
kepala aku? Malunya!
"You okey?" soal lelaki
berkumis nipis dan berambut kemas itu. Pakaiannya menggambarkan dia bukan orang
biasa-biasa.
"Errr..?" Alamak, dah
kenapa aku blur pula tiba-tiba ni?
Lelaki budiman yang tak penat
melempar senyjman itu, menghulurkan tangan. Membantu aku bangun. Teragak-agak
aku menyambut hulurannya namun saat tanganku hampir melekap di atas telapak
tangannya, aku terasa tanganku disentak. Aku pandang tangan aku. Eh?
"Jom balik." Aku kalih ke
arah kananku. Noah? Tangan Noahlah ni yang sambut tangan aku tadi? Kacau
betullah. Aku bangun bila Noah menarik tanganku. Aku berpandangan dengan lelaki
tadi.
"Dari Malaysia ke?" soal
lelaki itu. Sopan saja suara dia.
Aku angguk kemudian cepat-cepat
menggeleng. Eh, apa kena dengan aku ni? Lelaki tu tergelak melihat aksiku yang
sedikit lucu padanya. Malunya.
"Saya Za'id." Dia hulur
tangan pada Noah. Sebaliknya Noah hanya pandang Za'id tanpa apa-apa riak di
wajah. Seketika, aku perasan mereka saling berpandangan. Ada senyuman nipis di
wajah lelaki bernama Za'id tu. Tapi senyumannya sedikit pelik padaku. Mereka ni
saling mengenali ke?
"Err.. Maaf ya Encik Za'id.
Perangai dia memang macam ni. Haa, nama saya Eldyra." Aku mencelah bila
suasana di sekelilingku seakan terasa membahang. Dalam musim sejuk macam ni,
tiba-tiba boleh rasa panas. Pelik tak?
Za'id berkalih padaku semula. Dia
senyum. Aku senyum balik.
"Tak apa, Eldyra. Saya tak
ambil hati pun."
Aku senyum melebar. "Oh, by the
way. Awak kenal ke dengan Noah ni? Atau awak salah seorang kekasih songsang
dia? Err.." Aku ketap bibir bila terasa cengkaman pada tanganku yang Noah
pegang sejak tadi.
Za'id pandang Noah, tak percaya. Dia
kulum senyum. Noah dah menyinga. Aku tak pasti dia menyinga padaku atau pada
Za'id.
"Don't worry, Eldyra. Saya
straight. Saya ingatkan dia boyfriend awak."
"Eh.. Tak. Tak. Takkanlah saya
ada boyfriend kayu macam ni. Dia ni kekasih pak cik saya." Laju-laju aku
menepis. Menggelabah kot bila kena skandalkan dengan si gay ni.
Noah melepaskan nafas, agak kasar
sebelum membuang pandang ke arah lain. Tengah tahan sabar ke apa tu?
"Dah?" Soal Noah padaku
tiba-tiba. Sekali lagi aku blur.
"Belum. Kejap ya, Encik
Noah." Sambut Za'id, pantas. Dia pandang aku.
"Eldyra, can I have your
number? Mana tahu, nanti boleh jum.."
"Let's go." Potong Noah,
terus menarik tanganku. Sikit pun tak bagi aku peluang menamatkan perbualan
dengan cara yang sopan. Eei, Mr.Gay ni. Potong line betullah.
Sebelum berlalu, sempat aku menoleh
pada Za'id. Dia masih di situ, berpeluk tubuh bersama sebuah senyumannya.
"Jumpa lagi!!" Jeritku
siap melambai tangan padanya sebelum menjauh.