Bab 3
NASIB
jugalah hari ni hari Khamis. Kalau hujung minggu? Merana juga Danish nak mencari kotak parkir. Siap parkir, dia tak terus keluar dari kereta. iPhone dicapai dulu. Berderet mesej masuk, jangan kata reply, baca
pun dia tak sempat. Skrol whatsapp, kebanyakkannya mesej dari teman-teman wanitanya.
Haip, bukan teman wanita yang
bermaksud kekasih, ya. Memang dari zaman belajar, dia tak pernah declare dengan mana-mana perempuan untuk dijadikan kekasih. Kebanyakkan mereka yang dia kenal dan dekati, sekadar untuk dijadikan kawan, dan mereka
tahu tentang itu. Setakat ni, dia belum pernah ada rekod rosakkan
anak dara orang apatah lagi mainkan perasaan mereka.
Dah tu, ayat-ayat manis tu semua?
Well, pada dia itu adalah kelebihan lelaki bernama Ahmad Danish Arman.
Manis senyumannya, manis
lagi tutur bicaranya. Jadi,
kalau ada yang terjatuh cinta dengan sweet talk dia tu, bukan salah dia, kan.
Danish melangkah
keluar dari kereta. Berdiri di tepi BMW CX hitam, sempat dipandang penampilannya dari
pantulan cermin tingkap kereta. Dirasakan dirinya sangat kemas dengan gaya rambut pompadour, kulit pada wajah pun bersih dari segala jenis jerawat, jeragat, misai mahupun kumis. Tee polo berkolar hijau serta jeans hitam
panjang menambahkanlah lagi keyakinan pada penampilannya.
Tak,
sebenarnya pakailah apa pun, apa yang buat kita rasa kacak atau tak adalah
keyakinan diri kita. Kalau kau yakin kau kacak, maka kacaklah. Macam aku. Hehehe.. Danish tersengih sendiri mendengar bicara hatinya.
SEJUJURNYA,
dia tak pernah masuk ke dalam D’s Lay Park di negeri lain
selain yang terdapat di Alamjaya Mall, di Bangi. Yalah, dah itu aje yang paling
dekat dengan rumah. Tapi tak pula selalu dia ke sana.
Yang rajin melepak di situ Dazrin sajalah. Nama pun budak skema, gigil lutut
kalau tak dapat lepak library dalam sehari.
Apa yang buat D’s Lay Park di sini
nampak lebih menarik adalah pekerjanya. Serius, cantik-cantik belaka pekerja
kat sini. Yang jaga pintu masuk pun cantik, yang jadi pelayan dalam D’s Café
pun cantik. Alalala.. Mana satu jodoh dia ni?
Tapi yang ni Danish serius. Jejak masuk D’s Café aje, dia dah rasa aura menenangkan dengan
muzik berentak slow dan aroma makanan yang menyelerakan. Dinding sepenuhnya
kaca bertinted sekaligus membolehkan pelanggan di situ memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sedang bermain di D’s
Amusement di sebelah sana. Bahagian D’s Book dapat dilihat dari dinding sebelah
kiri. Sementara D’s Library pula agak tersorok memandangkan ruang tersebut
memerlukan lebih privasi.
Inilah impian abah. Nak wujudkan
sebuah tempat yang sesuai untuk semua golongan. Bayangkan ada satu keluarga datang
ke mall ni. Si ibu nak shopping, ayah pula nak mengopi aje, anak yang agak
dewasa lebih suka berinternet sementara anak yang kecil perlukan taman permainan.
Jadi, di sinilah tempatnya. Ibu pergi shopping, ayah duduk minum di D’s Café,
anak yang dewasa berinternet di D’s Library dan anak yang kecil boleh bermain
di D’s Amusement. Pada yang nak beli peralatan sekolah atau buku-buku, boleh
masuk D’s Book. Haa, nampak tak strategi abah tu.
“Selamat datang, encik.” Tegur salah
seorang staf perempuan dengan rambut perm dan agak blonde. Kan Danish dah cakap tadi, staf di situ semua cantik-cantik.
Hot-hot.
“Boleh saya carikan tempat duduk
untuk, encik?” Senyum pun, manis bukan main. Bagus. Bagus. Macam inilah cara serve
customer. Walaupun dia tak berapa tahu sangat selok-belok perniagaan abah itu,
tapi apa yang dia tahu, abah sanagt mementingkan layanan pada pelanggan.
“You duduk mana?” soal Danish
bersahaja. Kedua belah tangan santai menyeluk saku jeans.
“Err?” Pelayan tu terbata-bata
sendiri.
“I tanya you duduk mana? Kalau
tempat tu tak selesa, I nak ofer you duduk kat hati I.” Wink. Dan pelayan tu
tercenung dengan pipi memerah.
Terus Danish mengatur langkah ke arah
pintu kecil yang bertanda ‘STAFF ONLY’. Dengan muka tak bersalah, dia terjah
masuk. Si blonde tadi pula mengejar sambil memanggilnya. Masuk saja, ia
bertembung dengan dua orang pekerja lelaki yang sedang menyiapkan bahan-bahan
untuk memasak. Dua krew dapur tu tercengang-cengang.
“Encik, encik tak boleh masuk sini.”
beritahu si blonde. Danish buat tak dengar.
“Sorry, sir. Sini bahagian kitchen,
orang luar tak dibenarkan masuk kecuali staff.” Tegahan dari salah seorang
krew, pun Danish buat tak endah. Walkie talkie kedengaran riuh, masing-masing
menyeru nama Is bersama aduan tentang pencerobohannya.
“Mana Is? Aku tak tahu nak buat apa
dah ni.” Si blonde nampak nampak cemas sambil walkie talkie tak lepas dari
tangan. Dua krew lelaki tu tayang muka bengang.
“Fiq, Is mana?” soal satu suara lain
pula dari walkie talkie. Tak cukup dengan abahnya, staf di situ pun sama. Asyik
Is, Is. Apa, hebat sangat agaknya lelaki bernama Is tu? Kalau hebat, cubalah
halau Danish keluar dari dapur tu.
“Aku tak tahu. Ira, cuba kau tanya.
Dia pegawai kesihatan ke apa?” Ooh, si blonde tu namanya Ira.
“Kejap.” Ira mendapatkan Danish yang
sedang sibuk berpusar-pusar dalam kitchen. Bersih, betul-betul terjaga
kebersihannya.
“Encik ni..”
“Tak, I bukan pegawai kesihatan.
KPDNKK pun bukan. Majlis perbandaraan jauh sekali. I saja je nak tengok dapur
ni sebelum order apa-apa. Tak boleh ke?” Danish tahan nak berdekah bila tengok
muka si Ira yang dah merah-merah biru.
You, I ni anak bos besar tau. Takkan
you tak tahu? Danish berbisik nakal.
Lepas ni, sesiapa yang datang minta kerja, Danish
nak interview sendiri. Soalan wajib betul adalah tentang salasilah keluarga
owner D’s Lay Park. Haa, jadi seblum datang interview, mohon studi elok-elok
dulu. Mana nak cari maklumat tentang keluarga Haji Darsuki? Tanyalah Pak
Google, Cik Facebook, Kak IG dan lain-lain lagi.
Ala, Dany. Sembang kencang. Nak
interview pekerjalah apa. Abah suruh datang check akaun sekali ni pun dah macam
nak berperang satu keluarga. Ada hati nak tolong carikan staf. Danish mengutuk
diri sendiri.
“Encik, tolong ya bagi kerjasama.
Kawasan ni bukan untuk pengunjung keluar masuk.” Salah seorang dari lelaki tadi
menghalau dengan cara halus. Danish buat pekak. Terus berjalan ke sinki.
“Eii, apa ni?” Terjengkit jari
kelingking Danish menyentuh ketulan merah pink di atas papan pemotong. Ayam ke tu?
Kenapa berkecai macam tu?
Pap! Sebilah pisau ditetak kuat atas
papan pemotong. Sipi-sipi nak tertetak tangan Danish yang tengah scan ketulan
daging tadi. Pantas doctor muda tu terundur, terkejut.
“Ni namanya daging kisar.” Tutur si
tukang tetak tadi.
Tanpa menunggu lagi sesaat, Danish
terus berpaling mencari si empunya diri dan.. Zass! Dia terdiam, terkelu.
Suasana yang agak hingar tadi bertukar sepi dan hening saat mata Danish menikam
sepasang mata dark brown yang agak sepet tu. Waktu itulah Danish bagai
terdengar mendiang Paul Anka menyanyikan lagu kegemarannya.
You are my destiny,
You are
what you are to me,
You are my
happiness,
That’s what
you are.
You are my
sweet phrase,
You share
my loneliness,
You are my
dream come true,
That’s what
you are.
“Dah
sampai mana tu?” si pemilik mata sepet tu menegur dan tegurannya buat Danish
tertelan liur. Tangan meraba dada kiri, kena heart attack ke? Apahal jantung dia
berdegup macam orang pukul beduk time nak azan tu?
“Jauh dah, kalau awak tak tegur tadi
dah sampai ke hati awak rasanya.” Balas Danish bersama senyum kacak. Senyum
pencair hati.
Gadis bermata sepet tu menjeling
tapi bibirnya terherot senyum kelucuan. Mana taknya, belum apa-apa, Danish dah
bagi ayat beli hati.
Danish
ambil kesempatan meneliti penampilan gadis pencuri hatinya itu. Rambutnya
panjang, lebat kehitaman. Di bahagian depan, dihighlight sedikit dengan warna
merah dan diikat kemas seperti ekor kuda. Di bahagian hujung ikatan, rambutnya
terlihat sedikit bergulung dan ianya nampak seksi. Lebih-lebih lagi bila
dilepaskan. Okey, Danish dah boleh bayangkan. T-shirt berwarna biru kelabu yang
dipakainya menandakan dia juga merupakan staf di sini. Tentu saja staf biasa,
kalau pengurus uniformnya jenis kemeja.
Hai.. Kalaulah Danish tahu abahnya
ada pekerja secantik tu, tak payah disuruh, setiap bulan ia rela datang situ
gantikan tempat abahnya. Ya, Danish mengaku. Ira cantik. Yang jaga pintu masuk
tadi pun cantik, tapi yang depan dia sekarang berkali-kali ganda cantiknya.
Muka ala-ala Chinese dengan mata sepet, suara pun lemak merdu. Ala, tak nak
Bangilah macam ni.
“Pick up line kat sini tak laku.
Kami terima debit card dan cash saja.” Balas gadis tadi, rautnya bersahaja.
Macam dah terbiasa diberi ayat-ayat manis. Dalam erti kata lain, setakat nak
pikat bermodalkan air liur, dia dah lali.
“Oh, saya bayar cashlah macam tu.
Jadi berapa harga sekeping hati awak untuk saya miliki?”
Teruja Danish jumpa perempuan yang
berani balas balik bila dia mengayat. Biasa tu, perempuan mesti tersipu-sipu.
Tapi yang ni lain. Dia nampak sempoi.
“Hati dia tak ada harga. Bukan sebab
murah tapi sebab terlalu bernilai jadi saya tak rasa awak layak untuk jadi
pemiliknya.” Celah krew dapur lelaki yang sejak tadi menjadi penonton. Danish
bagi pandangan berasap berapi pada lelaki tadi sebelum kembali tersenyum
menatap wajah manis si gadis tanpa nama tu.
“Tapi kalau awak nak cuba, saya
boleh bagi caranya.” Tambah gadis tadi. Danish angkat kening. Wow.. Menarik.
“Name it.” Cabar Danish.
Gadis tu tersenyum tapi bukan di
wajah, sebaliknya di mata. Pelik, kan? Tapi ianya benar. Dan itulah yang buat
dia nampak sangat menarik dan.. seksi. Goshh.. Betul ke Danish jatuh hati?
“Salah satu caranya, dengan
menghormati permintaan saya. Setakat minta awak keluar dari dapur ni, saya rasa
tak jadi masalah, kan?” Alah, manisnya cara dia menghalau.
“Untuk sekeping hati awak, tentulah
tak jadi masalah.”
Sekarang ni, Danish sendiri tak
pasti siapa yang cair dengan siapa. Sepatutnya perempuan yang cair bila si playboy
dah bagi ayat berbunga, tapi kali ni macam Danish pula yang cair tak beku-beku.
Gadis tadi tersenyum, mewah senyuman
dia kali ni. Baru Danish nak melangkah, ia berpaling semula. Gadis tadi
terpegun seketika, seakan terkejut.
“Ya, ada apa-apa yang tak kena ke?”
soalnya pantas.
“Nak kena dah. Sikit aje lagi. Kalau
awak teman saya duduk dan minum kat depan tu, confirm mengena.”
Seketika, dapur yang sepi tadi dah
riuh dengan deheman dan batuk-batuk kasar. Danish buat tak dengar. Cemburulah
tu, dia mampu mengayat perempuan dengan yakin sekali. Dany, kan. Setakat nak
pikat perempuan, hujung jari ajelah. Kena reject ke tak, tu belakang kira., Yang
penting confirdent.
“Ooh.. Err..” gadis tu meliarkan
mata. Mencari krew yang lain. Nak minta pendapat. Ira dan krew lain mengangguk
pantas, memang berharap lelaki asing tu keluar dari dapur mereka.
“I’m Ahmad Danish Arman. And you?”
Tak sempat
tunggu sesaat pun berlalu, Danish dah mulakan sesi perkenalan sebaik saja meeka
dudu di sudut café. Mata-mata staf yang memerhati, Danish buat tak pandang. Si
gadis diam, tapi matanya tersenyum lagi. Aduhai, mati berdirilah dia macam ni.
Asyik bergendang aje jantung dari tadi.
“Apa yang saya dapat kalau saya bagi
nama saya?”
“Dah tentulah awak dapat hati saya.”
Lancar saja Danish membalas. Sekaligus menerbitkan senyum lucu di wajah manis
gadis tu.
“Tapi saya tak perlukan hati awak,
Encik Ahmad Danish Arman Bin Haji Darsuki. Or should I call you, Doctor Dany?”
Sepi. Berkerut dahi Danish saat
terlihat senyuman diraut manis tu. Senyumannya nampak agak sinis dan seakan
mengusik.
“Awak pernah jadi patient saya ke?”
soal Danish, kelam.
“Setakat ni, belum pernah lagi.”
Balas si gadis, tenang. Tapi senyuman dia tu, sesuatu sangat.
“Is, masuk. Is, masuk.” Suara dari
walkie talkie mengencatkan perbualan mereka. Namun panahan mata masing-masing
sedikit pun tak beralih. Danish masih setia menatap senyuman penuh misteri itu.
“Is busy. Ada apa?” Rasanya tu macam
suara Ira yang sedang mengelap meja di bahagian bar.
“Ala, apa lagi yang disibukkan tu?”
Rungut suara lelaki tadi.
Perlahan, gadis di depan Danish menarik
walkie talkienya yang tersangkut di tepi pinggang lalu dibawa dekat pada
mulutnya.
“Apahal?” Gadis itu menyoal tenang.
Gayanya sangat santai.
“Ha, ada pun. Wey, Is. Mentol
meletup lagilah. Mentol cap ayam ke apa kau bagi aku semalam?”
Erk? Danish terkelip-kelip sekejap.
Pekerja depan dia tu.. Tanpa melarikan pandangan mata, Danish terteguk liur
sendiri. Tambah lagi bila gadis tu dah tersenyum kelucuan. Bingo! Abah, kenapa
tak cakap yang Is tu perempuan dan.. dia cantik? Suara Danish berbisik sendiri.
“Yang cap ayam tu, kau. Entah betul
ke tak pasangnya. Kejap lagi aku pergi amuse. Aku minum kejap dengan anak bos.”
Makin berkerut dahi Danish. Mana Is
tahu yang dia anak bos? Is pula tetap dengan senyumannya. Kali ni nampak agak
nakal dan aksi tu buat jantung Danish nak tercampak keluar. Apa dah jadi dengan
dirinya?
“Ha? Is, yang masuk dapur kita tadi
tu anak bos ke?” Suara Ira dah terpekik dari ruang bar. Rasanya dia tak payah
cakap guna awalkie talkie pun, Danish dan Is di situ boleh dengar.
“Lah, anak bos ke yang
dikecoh-kecchkan tadi tu?” Suara lain pula kedengaran.
“Ya dan tolong jangan bising. Kita
orang ada urusan jual beli hati sekarang ni.” Pesan Is, dan dia tergelak di
hujung bicaranya. Walkie talkie dimatikan kuasanya lalu diletakkan di atas meja.
Tangan kanan dihulur pada doctor muda dan kacak di hadapannya.
“Maaf lambat kenalkan diri. Saya,
Is. Manager D’s Lay Park untuk tiga branch dalam Johor ni.” Is tersenyum,
nampak ikhlas dan manis.
“Sejak bila awak tahu saya ni anak
bos?” Tanpa menyambut huluran salam Is, Danish menyoal. Saja nak tahu. Nak
tengok juga reaksi dia.
“Sejak awak keluar dari BMW CX hitam
yang awak parkir kat tingkat dua dan makin meyakinkan bila saya tenung awak
masa kita dalam lift tadi.” Is tergelak keicl bila Danish melopong tak percaya.
Apa aku
buat dalam lift tadi sampai tak perasankan dia? Sempat Danish mengutuk
kecuaiannya tadi.
“Macam mana awak boleh tahu saya nak
datang?”
“Tuan Haji inform saya malam tadi,
yang awak nak datang hari ni. And trust me, it was just my instinct. So, are we
good?” Is hulur pula senyuman, tanda menyambut kedatangan anak majikannya
dengan rasa senang.
Kerana
keramahannya, buat Danish betul-betul jatuh suka. Esok lusa mana nak tahu jatuh
cinta pula.
Bersama senyum kacaknya, Danish
sambut huluran tangan Is.
“Of course.”