BAB 2
SATU demi satu Honda Civic EK
yang tersusun di kotak parkir, dipandangnya. Kereta Ajib, Awe, Pa’e, Kecik,
Milo, Dol, Vijay, Fendi, Aqi dan keretanya. Hmm.. Sah, dia lambat lagi.
“Kau
tak payah nak serius sangat. Macamlah tak biasa bila si ratu EK tu
lambat.” Milo melaung dari tempat dia
berlonggok bersama teman yang lain.
Gambar : mcclubz
Poji
merengus seraya melangkah mendapatkan teman-teman keretanya. Honda Civic EK
Family (HCEKF), antara grup kereta yang dikenali di Malaysia, malah penglibatan
mereka dalam pelbagai aktiviti NGO dan kovoi hampir setiap tahun, menjadikan
nama mereka semakin dikenali. Honda Civic EK mungkin kereta lama, tapi dengan
pengubahsuaian dari sekecil-kecil benda hingga ke enjin, menjadikan kereta
tersebut sangat gah tika berada di atas jalan raya.
Mereka pula antara team mewakili Batu Pahat. Bukan kata di bandar tersebut
hanya ada mereka saja yang menggunakan Civic EK, cuma mereka bersebelas lebih
rapat dari yang lain. Kalau jumpa dengan puak lain, mereka okey saja.
“Assamble
seminggu sekali pun lambat juga. Bukan tiap hari pun.” Bebel Poji. Stress pula
dengan si Ratu EK seorang tu. Kalau ya pun orang gelar dia ratu, tak payahlah
nak in character sangat.
“Adeh..
Membebel mengalahkan mak aku.” Komen Awe. Bersahaja bersandar pada batang pokok
ketapang sambil menghabiskan rokoknya.
“Entahlah,
Poji. Rindu agaknya kat Is tu.” Tambah Fendi yang kurus tinggi tu pula. Mereka
mungkin berlainan profession, tapi pada mereka itu semua bukan alasan untuk
mereka berkawan.
Fendi sendiri merupakan pengusaha
bengkel kereta. Begitu juga dengan Awe dan Dol. Sementara Aqi merupakan kerani
bank. Milo pegawai di jabatan pendaftaran. Pa’e pegawai jabatan pengangkutan
jalan. Vijay pula pegawai polis trafik. Ajib dan Kecik pegawai polis bahagian
siasatan jenayah. Mereka ditemukan dalam grup HCEKF dan boleh rapat hingga
kini. Ukhwah tu dah macam keluarga.
“Dia
tu dah macam adik aku dah. Seminggu tak jumpa, mahunya tak rindu.” Poji bersila
di sebelah Vijay.
“Coverlah
tu, takut bini tahu.” Vijay menyampuk bersama kepulan asap rokok yang dihembus
ke muka Poji.
“Bukan takut bini, bodoh. Cuak aje.” Poji bagi
tempeleng sebiji pada lelaki berbangsa india tu. Vijay dan yang lain tergelak
saja. Dah biasa dengan suasana seperti itu. Gurauan tu yang buat mereka semakin
akrab. Perbezaan agama dan bangsa bukan satu penghalang buat mereka. Lagipun,
Vijay ni tak adalah nampak macam india sangat. Mak dia Cina, ayah dia india.
Lahir dia, jadilah muka Hindustan.
“Kau ada dengar cerita tak..”
“Dia dah start. Dia dah start.”
Pa’e selamba cantas ayat mukadimah Aqi.
Aqi kalau bab bergosip, bagi kat
dia. Siapa pun tak boleh lawan kehebatan dia dalam mencari dan menyampaikan
berita tergempar. Kadang cerita dia memang boom, kalah melodi. Tapi yang buat
spoiled tu bila dia bagi cerita taraf ‘sampah’, angkat kakilah jawabnya.
“Weh, cerita panas ni. Budak-budak
FB dah heboh tau. Takkan korang tak tahu?” Aqi dah buat gaya gempak. FB tu
bukan singkatan untuk Facebook ya, tapi FB tu salah satu kereta jenis sedan
keluaran Honda dan dibawah Civic juga. Yalah, Civickan ada macam-macam jenis.
Civic FD, FB, FC. EK, Dolphin, Mugen dan banyak lagilah. Macam mana nak
bezakan? Budak-budak kereta aje yang tahu.
Gambar : mcclubz
“Okey, kalau hebat sangat cerita
tu, meh bagi hint dulu. Cerita pasal apa? Entah-entah kitorang dah tahu dulu
sebelum kau.” Milo mencelah. Asyik Aqi aje duduk rank pertama dalam bab gosip,
bila lagi turn dia? Selalu bila Milo baru nak start cerita aje, Aqi dah cantas
dulu dan diikuti dengan berita susulan yang padat dan lengkap. Mana budak Aqi
tu dapat info pun dia tak tahu.
“Pasal Is dengan Qurt.” Aqi bagi klu. Dia pandang muka teman-temannya, tapi masing-masing tayang muka bersahaja. Aik, tak cukup gempak ke klu tadi tu?
Kim Chiu sbg Is
Intad Leow sbg Qurt
“Lame..” komen Ajib dan Kecik.
Yang lain pula cebik muka. Tak gempak pun. Cerita dah basi.
“Cerita Is dengan Qurt, dah
usanglah, Aqi oii.. Kau dah berapa tahun duduk dalam gua? Takkan baru tahu kot
pasal perang saudara tu?”
Kalau buka topik tentang Is dan
Qurt dikalangan budak-budak kereta, tak kiralah gurp kereta apa pun, semua dah
lali dengan perang antara dua beradik tiri tu. Is tu ratu HCEKF dalam Johor.
Siapa saja yang tak kenal dengan Is yang sporting tu, kereta pun gempak nak
mati. Dia baru blow minyak sekali, orang sekeliling dah tahu dah siapa pemilik
kereta EK warna red candy tu.
Video pinjam kat youtube : Galeri Kereta (EK Ferio Is)
Qurt pula antara lelaki terhangat
dalam grup Honda Civic FB. Dia jadi hangat dan hot sebab kereta FB dia yang
gempak dan gaya rich boy dia tu. Mereka jadi adik-beradik tiri pun sebab ayah
kandung Is berkahwin dengan mak Qurt. Kira Qurt tu anak tiri kepada ayah Is.
Anak tunggal pula tu. Kenapa Qurt rich boy tapi Is biasa-biasa aje? Kalau nak
diikutkan, Is pun anak orang berada juga. Tapi Is tu tak suka menunjuk macam
abang tiri dia. Tambah pula, sejak dari kecil dia dah tinggal dengan mak cik dia
iaitu adik kepada ibu dia, jadi Is memang buat hal dia sendiri.
gambar : google (FB Qurt)
Dan yang buatkan budak-budak
kereta dapat hidu peperangan mereka berdua tu bila berlaku perang mulut waktu
event auto show di Penang hampir tiga tahun yang lalu. Kalau tak sebab Qurt
yang start, sampai kiamat pun diorang tak tahu yang budak Qurt tu abang tiri
Is. Dan sejak dari hari tu, budak Civic EK dengan Civic FB area Johor mula
renggang. Is ni jenis tak ambil port sangat tapi Qurt tu kaki ‘cucuk’.
Sampaikan ada budak-budak EK lari pergi ke grup FB. Begitulah ceritanya..
gambar : mcclubz (Event Honda)
“Entahlah, Aqi. Kalau setakat
perang-perang mulut, kes sampai-menyampaikan, kes cucuk-menyucuk, kes
api-mengapi tu semua, dah tak hairan dah aku. Is pun dah tak hadap dah nak
dengar.” Sambut Awe.
“Yalah. Kadang hairan aku. Qurt
tu lelaki ke perempuan? Dia punya mulut, boleh buat Malaysia berperang dengan
Negara luar, kau tahu? Nasib baik dia bukan abang tiri aku, kalau tak, dah lama
aku ceraikan mak dia.” Kecik menambah sebal.
“Oii, bongok. Kalau betul pun
Qurt tu abang tiri kau, kau ingat kau boleh ke ceraikan mak dia? Bangang tu
buat-buatlah simpan sikit untuk anak cucu.” Pa’e yang dah sememangnya jenis
kaki pangkah, dia pangkah aje terus ayat Kecik tu walaupun dia tahu Kecik hanya
bergurau.
“Hahaha.. Gurau pun barai. Tapi
seingat aku, kes paling win masa tahun lepas. Korang ingat?” Kecik pandang
teman-temannya.
“Gila tak ingat? Nasib baik ada
Shah, kalau tak.. Dah jadi banduanlah si Is tu.” Pada Milo, kejadian tu memang
paling ‘hitam’ yang pernah dia lalui. Tak sangka Qurt boleh guna jalan paling
keji dengan meletakkan dadah jenis heroin dalam kereta Is. Nasib juga abang
kandung Is, si Shahrul tu polis bahagian Narkotik, kalau tak.. Dah lama Is
duduk ‘dalam’.
“Tak, masalahnya tu kira cerita
dah basi. Yang aku nak bagitau tadi, cerita baru. Aku dengar Qurt nak turun BP,
nak bakar jalan dengan Is. Kau rasa?” Haa, masing-masing terdiam. Puas hati
Aqi.
“Mana kau dengar?” Milo dah panas
punggung.
Aqi tayang muka bangga. Maknanya
dia berjaya sebarkan gosip tergempar.
“Mana aku dengar tu, tak penting.
Yang penting sekarang..” Bicara Aqi diganggu dengan panggilan telefon milik
Vijay. Kalau ikutkan, dia nak teruskan saja dengan ceritanya, tapi Vijay beri
isyarat tangan supaya Aqi diam seketika.
“Positif?” soal Vijay seketika selepas
dia diam mendengar bicara dari pemanggil. Mata Vijay meratah satu-persatu wajah
temannya. Melihatkan raut tegang Vijay, masing-masing boleh mengagak ada benda
serius yang sedang disampaikan.
“Area?” sepatah-sepatah soalan
Vijay.
“Aku tahu jalan BP-Kluang.
Kilometer. Aku nak tahu kilometer berapa!” Vijay menjerkah garang. Sah, Vijay
dah jadi Ins.Vijay walaupun tanpa seragam putih hitamnya.
“Inform unit, cover jalan. Kalau
perlu escort, escort. Kalau perlu tahan, tahan. Now!” arah Vijay. Tamat saja
talian, terus dia kalih pada Ajib yang tercengang sejak tadi.
“Jib, roger budak kau. Jalan BP-Kluang, ada
roadblock ke tak sekarang? Kalau ada, off kan. Budak aku cover.” arah Vijay
sebelum kalih pada Pa’e.
“Pa’e, make sure budak kau tak
ada buat operasi malam ni kat area tu.” Pesan Vijay walaupun dia tahu jarang
sekali JPJ buat rondaan pada waktu malam.
“Apahal ni, Jay? VIP mana nak
datang?” Milo dah tak sedap hati. Vijay yang sedang sibuk dengan telefon di
tangan, kalih pada Milo. Kleuhan berat dihambur. Wajah Aqi dicari.
“Berita kau tak cukup gempak, Qi.
Berita aku lagi gempak. Qurt tengah ‘bakar jalan’ dengan Is sekarang.
Budak-budak FB follow sekali.” Tutur Vijay, ada nada sebal.
“Maknanya..” Fendi diam seketika.
“Maknanya, ratu kita kena kejar
dengan budak FB..! Dah tu, kita tunggu apa lagi? Gerak ar..!” Laung Poji dan
sepantas itu dia bangun mendapatkan keretanya. Yang lain tak ketinggalan untuk
dapatkan Is.
KAKI lincah bermain dengan minyak
dan clutch. Mujur saja jalan lurus, jadi dia tak perlu bersusah payah untuk buat
lap atau sharp corner. Cuma yang buat peluh dia melimpah keluar tu bila
terpaksa elak kenderaan lain. Dalam hati mengutuk keras abang tirinya. KAlau ya
pun nak ajak race, inform. Jangan datang cucuk-cucuk belakang kereta lepas tu
blow macam apa. Murahan sangat gaya tu. Gengster jalanan aje yang buat macam
tu, tahu tak? Dahlah jalan sesak.
Vroomm..!
Vroom..!
“Argh..!
Setan betullah.” Brake dipijak pantas bila Qurt di sebelah menghimpitnya ke
kanan. Hampir saja badan kereta kanannya terseret divider.
Ya, kalau ikutkan Is memang tak nak
layan kepala gila Qurt tu, dia cuma nak cepat sampai di BP untuk bertemu dengan
geng keretanya. Bukan dia tak perasan kereta Qurt dan gengnya yang mengekori
sejak dia keluar dari mall tadi. Sengaja dia buat tak perasan. Berkali-kali
Qurt dan gengnya menyucuk keretanya dari belakang, pun Is buat tak reti. Steady
saja drive 60km/jam di lane kiri dengan harapan mereka yang menganggunya akan
give up. Ohh, rupanya tu harapan Is semata-mata. Qurt tetap dengan kegilaannya.
Kemuncak yang buat Is marah bila Qurt ‘cium’ buntut Civic EK kesayangannya.
Masa tu memang dah tak ada ampun. Terus Is blow minyak, dan berlakulah
perlumbaan haram tersebut.
Pinn..! Pinn..!
“Bodoh.!” Is memaki lagi bila
Qurt himpit dia lagi dan kali ni hampir dia terhimpit kereta lain. Masuk kali
ketiga Qurt cuba menghimpitnya, Is terus capai telefon. Nama Qurt didial.
“Kau bodoh ke apa, ha?” jerkah Is
kuat. Sempat dikerling kereta Qurt. Dia tahu Qurt sedang mentertawakannya
disebalik kaca bertinted gelap tu.
“Apasal? Takut? Takut mati ke?”
Sinis Qurt bertanya.
“Aku tak peduli kalau aku yang
matilah, bangang. Aku cuma tak nak jadi penyebab orang lain mati.!” Geram,
sumpah Is geram. Apa yang Qurt tak puas hati sangat dengan dia? Is tak kacau
life Qurt, jauh sekali life keluarga tirinya. Tapi Qurt tak sudah-sudah cari
pasal dengan dia.
“Kalau kau hebat sangat, benda tu
takkan jadi.” Ringkas saja jawapan lelaki tu. Betul-betul buat Is naik hantu.
Talian terus dimatikan dan Is
focus pada pemanduan. Kiri kanan, kiri kanan dia mencilok. Trafik light habis
dilanggar. Masa tu dia memang dah tak fikir apa. Dia Cuma fikir, Qurt perlu
diajar. Kalau Qurt kalah depan gengnya, bukan salah Is. Dia yang minta
dimalukan. Cermin pandang belakang dikerling bila Qurt tertinggal di belakang.
Tapi tak lama bila Is terpaksa
menekan brek kecemasan. Lane kiri ada lori, di depannya sekarang ada kereta
compact yang sedang berusaha untuk memintas lori tersebut. Baru tergerak dia
nak pintas ikut kiri lori, Qurt dah pintas dulu. Stering dihentak kuat. Damn!
Is ikut belakang Qurt, pantas sebelum geng Qurt pintasnya dahulu.
Jalan clear buat seketika. Is
cuba memintas tapi nampaknya Qurt cuba menggula-gulakannya. Bila Is ke kiri,
dia ke kiri. Is ke kanan, dia ikut ke kanan. Habis disumpah seranahnya Qurt.
Bila Is cuba nak give up, geng Qurt di belakang terus-terusan menyucuk. Argh!!
Telefon yang berdering, Is sambung dengan pantas. Tambah lagi bila yang call
tu, Vijay.
“Kau okey?” suara cemas Vijay
menandakan lelaki tu dah tahu apa yang berlaku tika ini.
“Tak. Qurt dah gila. Dia tak bagi
aku give up dan dia tak bagi aku menang. Serius, aku tak okey.” Mata ditajamkan
focus. Dia risau andai kecuaiannya akan menyebabkan sebarang kemalangan.
“Rileks. Kau jangan menggelabah.
Roadblock semua dah off. Team aku dah bagi clear jalan sampai BP. Aku dengan Ajib
tunggu kau kat tempat lapang area BP Heights. Kalau boleh, kau slow down kat
situ then terus stop.”
“Stop? Kau nak aku mati? Budak
Qurt ramai follow aku ni, Jay. Aku nak keluar dari jalan raya ni pun, dorang
block. Geng kita mana?” Cuak. Dia diserang waktu dia sendirian. Mahunya dia tak
cuak.
“Tak, aku tak nak kau mati. Sebab
tu aku minta kau stop kat situ. Poji, Pa’e, Milo, Awe, Fendi, Aqi, Dol dengan
Kecik tengah kejar kau. Aku tak tahu dorang selinap ikut mana. But in a minute,
aku rasa dorang dah ada kat belakang kau. Tapi aku dah pesan, tak bagi dorang
take over kau dengan Qurt. Aku suruh dorang follow belakang budak-budak Qurt
aje.”
Vroom..! Vroom..! Vroom..!
Is pandang rear mirror. Di belakang
geng Qurt, muncul beberapa buah Civic EK. Giliran Budak Civic FB tu pula
dicucuk dari belakang.
“Dorang dah sampai. Aku chow
dulu.”
“Hati-hati.” Pesan Vijay.
Stering
dicengkam kuat. Laluan di hadapan nampaknya dah lengang. Beberapa polis trafik
berjaya menghentikan kenderaan lain di bahu jalan. Thanks, guys. Belakang
kereta Qurt, Is pandang benci. Kau yang minta, Qurt. Bukan aku. Apa-apa jadi,
bukan salah aku. Salah kau.
Minyak
di blow kuat. Vroom..! Vroom.! Kereta Qurt dipintas, namun tak sempat lepas.
Qurt menghimpitnya. Main kotor. Is tukar gear, minyak dipijak habis. Zupp!!
Qurt mengekor. Buat seketika, berlaku kejar-mengejar, himpit-menghimpit.
Beberapa kali juga kereta Is dan kereta Qurt bergesel. Dalam hati, Is berharap
BP Heights dah semakin dekat walaupun dia tahu jaraknya mungkin dalam 3
kilometer lagi.
Telefon
Is berdering lagi. Nama Qurt tertera. Is sambung talian dari earphone.
“Pandai
kau ‘suap’ polis, bagi jalan clear, ek?” tu statement cari gaduh.
“Sebab
aku tak bodoh macam kau. Lumba haram bahayakan nyawa orang awam, tahu tak?”
Bidas Is, sebal.
“Orang
macam kau pun tahu fikir pasal nyawa orang, eh? Bukan ke orang macam kau tu,
Cuma tahu fikir diri sendiri aje?”
“Kalau
diri sendiri yang bermasalah, tak payah kaitkan dengan aku. Sampai bila kau nak
kacau hidup aku, ha? Apa lagi yang aku buat kat kau sampai kau tak puas hati
kat aku?”
“Kau
ada otak, kan? Kau fikir sendiri.”
Bodoh!
Is maki Qurt dalam hati. Tika itu juga dia terpandang papan tanda BP Heights
lagi 500meter di hadapan. Kereta Qurt yang menyekat laluannya, dipandang dengan
matlamat. Matlamat untuk beri pengajaran buat abang tirinya.
“Sebab aku ada otak, aku nak ajar
kau sikit.” Talian dibiarkan tanpa ditamatkan.
Is free gear seketika. Kemudian
kaki kirinya menekan clutch, kaki kanan pula blow minyak kuat. Bila yakin dia boleh
pergi, dia masukkan gear 3 lalu minyak ditekan kuat. Kereta Qurt dipintas
pantas dan terus dia masuk ke simpang BP Heights. Seperti yang dijangka, Qurt
dan gengnya ikut sama. Dan seperti yang Is jangka juga, Vijay dan Ajib dah
sedia dengan ‘hadiah’ buat rombongan Qurt. Polis dan polis trafik dah elok
menanti ketibaan mereka.
Sreettt!! Masing-masing berhenti
mengejut. Kereta qurt di sebelah kereta Is.
“Tak guna kau, Is.!” Suara Qurt
menjerkah kuat. Is pandang Qurt disebalik cermin bertinted tu.
“Pelajaran untuk malam ni. Aku
bukan ‘gula-gula’.” Ujar Is lalu talian dimatikan.
“LAIN kali call. Nasib baik budak
Vijy cepat update.” Bebel Dol yang berbadan sedikit berisi tu.
“Sorry.
Kelam-kabut sangat, apa pun tak boleh fikir.” Penat. Bukan penat sebab berlumba
tapi penat melawan gemuruh di dada. Bukan dia tak biasa berlumba, tapi biasanya
dia berlumba dalam track. Kalau ada buat lumba haram pun, tak pernah pula
mengejut macam ni sekali.
“Qurt
tu dah melampaulah. Apa masalah dia sebenarnya?” Awe pandang Is yang sedang
bersila di tepi keretanya. Elok saja rombongan Qurt diangkut ke balai, mereka
terus melepak di situ. Tak rasa nak berganjak lagi. Masing-maisng macam baru
lepas kena heart attack. Terduduk atas jalan tar.
“Masalah
mental agaknya.” Balas Pa’e, geram. Dahlah main kotor, serang Is time Is
sendirian lepas tu dia pula datang bawa geng. Apa kes? Bacul.
“Aku
rasa ada benda dia tak puas hati dengan kaulah, Is.” Milo keluar dengan
tanggapan sendiri.
“Mak
dia rampas bapak Is kot, apahal dia pula yang tak puas hati dengan Is? Patutnya
Is yang tak puas hati dengan dia.” Poji datang back up.
“Betul.
Aku pula yang tak puas hati dengan statement kau, Milo.” Sambut Fendi. Diiyakan
oleh Aqi dan yang lain.
“Tapi
Qurt tu pun. Bawa-bawalah matang sikit perangai tu. Ikut suka dia aje nak buat
hal atas jalan macam tu. Kalau accident tadi? Dah jadi kes lain.” Dol membebel
gaya Qurt ada di depan dia sekarang.
“Lepas
ni aku nasihatkan kau hati-hati, Is. Qurt jenis berdendam sampai mati. Selagi
tak balas, selagi tu dia takkan puas hati.” Pesan Awe.
“Pantun..”
komen Aqi. Tapi tak ada siapa pun nak gelak, kepala dia kena ketuk dengan Kecik
ada, lah.
“Aku
setuju. Tak dapat guna cara kasar macam ni, dia guna cara halus. SIapa tahu?”
Fendi mencelah.
“Jangan
risau, guys. Aku okey. Apa pun, thanks sangat kat korang malam ni. Banyak
hutang aku kat korang tau. Hutang nyawa, hutang budi..”
“Belanja
roti telur kat mamak je, kira settle hutang.” Laju saja Aqi mencelah. Yalah,
lapar dari tadi kot.
“Makan
aje kau, kan. Is, cool aje. Tak payah nak belanja bagai. Kitorang tolong
ikhlas.” Ujar Poji, bahu Is ditepuk-tepuk. Panggil balik semangat yang dah
terbang tadi.
“Yalah,
Is. Kitorang sayang kot kat kau. Kaulah ratu hati.. Eh, silap. Ratu EK kitorang.”
Sempat pula Dol betulkan statementnya. Takut ada yang melaporkan pada isteri di
rumah. Dalam team mereka, hanya Vijay, Aqi, Is dan Milo saja yang belum
berkahwin.
Is
senyum segaris.
“Jay..
Jib.. Thanks. Aku dah susahkan korang.” Is bukan apa, dia risau Vijay dan Ajib
dimarahi oleh ketua unit masing-masing esok.
Vijay
menghampiri Is lalu dia duduk bertinggung di hadapan Is. Raut Is yang nampak
lelah dan hilang semangat tu, buat Vijay jatuh kasihan. Dia tahu, disebalik
keceriaan Is, Is banyak pendam masalah. Tentu saja masalah keluarga tapi Is tak
pernah nak berkongsi dengan sesiapa. Kalau tak sebab kes pergaduhan di Penang
dulu, tak siapa pun tahu Is sebenarnya ada 2 orang mak tiri.
Kekura
tangan Is ditepuk bersama satu senyuman lembut buat tatapan Is.
“Kitorang
okey, kau tak payah risau. Pandailah kitorang kasi pusing bos kitorang esok.
Kan, Jib?”
“Hmm..
Pusing. Salah pusing, dengan aku sekali bos aku kasi pusing.” Sambut Ajib.
“Okeylah
tu, paling tak bos kau bagi kau ‘rehat’ panjang aje. Bolehlah kau main
pusing-pusing dengan Jay.” Celah Milo dan disambut tawa teman-teman yang lain.
Is turut tergelak biarpun hatinya sedikit merusuh, membayangkan nasib Vijay dan
Ajib esok pagi. Semoga semuanya baik-baik saja.
*Macam mana, seronok tak drift? :p
No comments:
Post a Comment