Friday, August 23, 2013

Hi, Mr. Gardenia!! (p-26)



26

“MAYA, Isya.. your turn.” Papa beralih pada anak-anak gadisnya pula. Aku toleh Isya, dia selamba saja.
“Jangan tanya Isya, Isya tak tahu apa-apa. Tahu-tahu dah kena serang dengan si nenek sihir jadian tu, dahlah make-up macam nyonya tua nak buat Opera Cina. Huh..” Isya nilah, tak nampak ke papa tengah bengang gila tu? Boleh dia selamba badak kutuk si Maya tu. Ish, tak prihatin keadaan sekeliling langsung.
“Isya, I do expected you’ll speak but I do not expected ‘that thing’ will split out from your mouth.” Tekan papa.
Isya terdiam, benganglah tu. Bukan aku tak tahu Isya kalau bengang macam mana rupanya. Buruk macam sekarang nilah.
“Maya, tell me apa yang dah jadi malam tadi.”
We all gaduh papa. Maya yang mulakan dulu tapi kalau Isya tak flirt my date, semua tu takkan jadi papa. Isya try nak rampas boyfriends Maya, takkan Maya nak tengok aje. Sampaikan Jimmy tak selesa dengan Isya, terus dia balik, papa.” adu Maya sedikit merengek. Isya membentuk-bentuk mulutnya, mengejek Maya dalam senyap. Aku pantas menyiku lengan Isya, kami berpandangan. ‘Behavelah, ngek.’ Aku cuba sampaikan dari pandangan mataku. Isya mencebik.
“Isya, betul ke Isya flirt boyfriend Maya?” soal papa lagi pada Isya pula.
“Ek eleh.. papa tanya macam papa tak tahu Isya ni macam mana. Ingat Isya nak pandang mamat muka tempe berkulat tu? Malam sikit. Si Jimmy dia tu yang dok terkenyit-kenyit mata macam ni haaa.. kat Isya, Isya jugak yang kena. Dahlah pulak tu, dah orang tak layan, dia pi datang kat cik pulak. Kalau datang ja, takpa lagi. Ini, siap gesel-gesel dok buat lagu kucing jantan desperate, mana nak tahan. Cik nak tampaq muka dia, sat gi ahli sihiaq pulak datang teruih ‘perembat’ cik dengan mulut longkang dia tu. Salah cik ka, pa weeeh..” meleret Isya bertanya pada papa dengan loghat Utaranya.
Aku menutup mulut. Kau nilah Isya, tak reti nak serius langsung. Dia boleh buat main-main dengan papa yang tengah bengang tu. Aku tengok papa pun dah ketap bibir, tahan nak ketawalah tu. Isya ni betullah, orang marah pun boleh jadi senyum kalau dia bukak mulut.
“Eh, tak payah nak loghatlah Isya. Macamlah Maya tak tahu you memang admire kat dia dari dulu lagi. Yalah, diakan pernah satu sekolah you. Eh hello, kalau dah orang tak nak tu janganlah buat muka tak malu dok sorong-sorong pipi tu. Meluat tahu tak.” Cantas Maya. Aik, gaya suara macam nak cari gaduh aje. Tak cukup-cukup lagi ke bergusti semalam, ni depan papa jugak kau nak sambung.
“Eh perempuan, mulut tu kalau tak cabul boleh tak? Jangan sampai sebab mulut kau tu, kepala kau yang bengkak tau. Kalau kau kata aku admire Sir Faiz lecturer aku tu, tak apa. Aku terima dengan besar hati sebab dia tu memang cute gila maut punya. Ini dengan Jimmy muka kemek tu, tolonglah ey. Tak rela.” Balas Isya tak mahu mengalah.
“Tengok tu papa, Isya ni melampau tau. Dahlah pengkid, ada hati admire kat lecturer sendiri. Teruk perangai dia ni pa. Tak cukup kat asrama bergaduh dengan Maya, kat hotel semalam pun dia saja cari pasal dengan Maya. Ni pasal bini papa nilah, dua-dua buruk perangai.”
Eh, over sangat dah ni. Karang papa tahu yang kita orang ni masih tak berbaik sejak tinggal dalam asrama tu pulak. Tanpa berfikir panjang, aku menyepak kaki Maya yang duduk dihadapan Isya. Tiba-tiba Raff yang sedang leka dengan gamenya, mengangkat wajah. Kedudukannya yang berhadapan dengan Syazlan membuatkan dia merenung Syazlan terlebih dahulu, kemudian jatuh pada Isya yang masih terus merenung Maya. Lalu berakhir padaku.
Maya pula aku lihat, tak bereaksi apa. Aku tersepak kaki Raff ke? Alamak, macam mana kaki Raff boleh dekat dengan aku? Aku jengah bawah meja. Patutlah, Maya duduk bersimpuh atas kerusi, kaki Raff pula terbuka luas.
“Ni apahal yang kau nak babitkan Lis pulak ni? Bila masa pulak Lis rampas pakwe kau?” aku kalih mata pada Isya, tak mampu melawan renungan mata Raff. Boleh lemas.
Girls, janganlah buat perangai dungu you tu. Memanglah Lis tak rampas pakwe I, tapi dia goda Syaz. Buat hubungan sulit dengan anak tiri sendiri. And kalau papa nak tahu, sebab tulah Gina serang Lis. Dah terang-terang pakwe dia kena kebas. Opps, terlebih pulak. Sorry.” Maya berpura-pura terlepas cakap. Gedik aje dia gelak konon apa yang dia cakap tu kelakar sangat. Sedangkan aku ni, dah tergamam. Syazlan aku tak tahulah bagaimana.
“Maya!!” terdengar Syazlan menyeru nama Maya dengan nada amarannya. Tapi Mayakan, mana nak makan saman. Makin galak ketawa adalah.
Kami berlima agak terkejut bila papa bangun lalu meninggalkan ruang makan tanpa sebarang bicara. Wajahnya nampak sangat tegang. Aku melepaskan keluhan. Sekali lagi aku dah kecewakan papa biarpun sebenarnya bukan aku yang lakukan.
“Kau ni kan Maya, mulut bau longkang.” Cemuh Isya geram. Dia bangkit dan berlalu. Sempat lagi dilemparkan tisu yang sudah digunakan pada muka Maya.
“Kau memang tak senang tengok orang lain senang kan? Huh.. tengok muka kau pun aku dah meluat.” Giliran Syazlan pula melepaskan geramnya sebelum berlalu.
Maya membebel entah apa-apa, dia sendiri saja yang faham. Dia berlalu sambil menghentak kaki tanda protes sewaktu meninggalkan ruang makan.
Seketika, ruang makan yang kini hanya dihuni oleh aku dan Raff, senyap. Hanya terdengar perlahan bunyi muzik dari permainan Ipad Raff. Aku menghirup minuman hingga habis, bersedia untuk naik keatas. Tak tenteram jiwa aku duduk berduaan dengan Raff saja.
“Puaslah hati kau tengok keluarga ni kacau-bilau? Ke tak cukup lagi? Lepas ni nak goda siapa pulak? Aku ke?” soal Raff tanpa sedikit pun wajahnya diangkat. Huh, aku pun  tak kempunan nak tengok rupa orang yang dah rampas kesucian aku.
“Mai.. Mai.. Kalau ya pun nak cari kekasih gelap baru, tak kan anak tiri sendiri pun jadi? Tak pun, kau ni.. dah desperate sangat.” Dihujung bicaranya, dia berbisik tajam. Malah matanya terus menatap anak mataku.
“Raff, boleh tak jaga sikit lidah awak tu? Jangan nak lancang sangat menghina maruah orang. Saya ni dah cukup jelak dengar benda yang sama keluar dari mulut awak.” Aku membalas perlahan. Cukup sekadar apa yang aku katakan, sampai dengan selamat kat gegendang telinga dia tu.
Aku fikirkan lepas kejadian masa aku ambilkan pendrive Isya beberapa minggu lepas, Raff sudah boleh menerima aku dalam keluarganya. Tapi nyata itu semua tu takkan terjadi. Kepala terhantuk kat batang paip agaknya masa tu, tu yang perangai elok aje. Sepatutnya aku sedar diri, manalah aku layak bergandingan dengan lelaki sehabat Raff tu. Dahlah doktor pakar tulang, bawak Ferrari pulak tu. Muka pun kacak. Hmm..
Tak kisahlah apa pun, kalau muka aje lawa tapi perogol, tak guna jugak. Huh, kau tunggulah Raff. Mungkin aku tak boleh jatuhkan hukuman depan papa sebab tak nak papa terkilan, tapi belakang papa siapa tahu kan? Eloknya, lelaki hidung tinggi dan bertopengkan manusia macam kau ni aku ajar cukup-cukup.
“Eh, kau yang jelak, and why should I care? Mulut aku, ikut suka aku nak cakap apa pun. Kau, perempuan kotor.. kalau tak nak dengar.. argh, aku tak peduli. Kau nak dengar ke tak nak, kau kena dengar jugak. Biar kau ingat sampai mati yang kau tu perempuan kampung yang dah tak suci dan perempuan yang tak bermaruah. Anak tiri pun kau layan. Sadisnya bunyi.” Raff tergelak sendiri.
Aku bangun dari duduk. Menentang tajam wajah kacak lelaki tu. “Awak nak kata apa kat saya, katalah. Hakikatnya, awak pun bukan baik mana. Jangan sesedap rasa menghina orang kalau diri pun taklah sebaik Malaikat. Jangan ingat saya tak tahu awak siapa. Dan jangan cabar kesabaran saya.”
Dia turut bangun, merapatkan wajah kami walaupun badan kami terpisah diantara meja makan.
“Siapa pulak kata aku sebaik Malaikat? At least aku taklah sejahat kau, curang dengan suami. Dah tu, ada pulak rekod jadi perempuan murahan kat kampung. Konon kena rogol. Padahal sendiri rela. Ya tak, Mai?”
Aku menepis jemarinya yang mengusap pipiku.
“Kau.. Kau pe..”
“Raff, apahal ni?” aku tak pedulikan kehadiran Syazlan diantara kami. Malah kami terus berbalas renungan. Masing-masing tak mahu mengalah.
“Lis, kenapa ni? You okay tak?” aku terasa bahuku dirangkul dan diusap lembut. Pandangan Raff jatuh pada rangkulan Syazlan padaku, kemudian dia tersenyum. Penuh dengan makna yang sangat menyakitkan hati aku.
“Raff, enough okay.” Syazlan bertindak sebagai pelerai. Raff menjungkit bahu dan terus berlalu bersama Ipadnya.
Melihat Raff berlalu, barulah aku mampu melepaskan nafas yang menyesakkan dada. Terasa badan yang tegang tadi, mula mengendur.
“Sayang, kenapa ni? Raff cakap apa?” prihatin benar Syazlan padaku. Dia membelai rambutku lembut. Aku menoleh padanya lalu aku berikan senyuman walaupun terasa hambar.
“Tak ada, borak-borak kosong aje. Kenapa abang datang semula ni? Tadikan abang dah naik?” soalku cuba mengubah tajuk perbualan. Aku menjauh sedikit, memberi jarak antara kami.
Sepatutnya Syazlan tak perlu bertanya kenapa, dia seharusnya tahu antara aku dengan Raff memang tak pernah sebulu. Jadi jika kami kelihatan tegang, itukan sudah kewajipan antara aku dan Raff.
“Mama tak sihat. Abang teringat meja makan tak kemas lagi. Kesian pulak Lis kena kemas sendiri. So, abang volenteerlah nak membantu kekasih hati abang ni.” dia tersenyum manis. Ikhlas sekali. Hmm.. kalaulah Raff sebaik ni dengan aku, rasanya bila aku tahu Raff yang rogol aku dah lama aku maafkan.
“Tak payahlah bang, biar Lis buat sendiri. Lis dah biasa.” Tolakku lembut. Memang kebiasaannya aku yang membantu mama Su mengemas meja makan sebaik selesai menjamu selera bersama Isya juga. Tapi mama pulak tak sihat, Isya sendiri nampaknya tak ada mood, aku rela buat sendiri dari ditemani Syazlan. Cukuplah aku dikatakan menggoda anak tiri sendiri walaupun hakikatnya sekadar bekas anak tiri tapi tetap haram hukumnya kami berkasihan.
Aku menolak tangan Syazlan yang setia erat dibahuku. Dia melepaskan keluhan. “Kan bagus kalau abang yang kahwin dengan Lis dulu.” biarpun hanya gumaman, tapi tetap jelas menghimpit deria pendengaranku.
Aku melangkah ke dapur bersama piring-piring kotor. Membiarkan kata-kata Syazlan pergi dibawa angin. Untuk apa menyesali, sedangkan waktu papa menyuruh Syazlan menerimaku dulu, dia bermati-matian mahu menjaga hati Gina.
Dan kini, layakkah Syazlan merungut sebegitu?

2 comments:

  1. Bab kali ni mmg panas..tapi best! Cik Writer, thank u 4 the surprises! Tapi Ida rasa mcm byk lagi yg akan terbongkar lepas ni... not just about about anak2 Akram tapi pasal Mama Su & also ibu Mai of course. Papa Akram pun mcm ada rahsia je...Oklah, do continue ye Cik Writer. Lepas ni nak mimpikan siapa is the real Mr Gardenia pulak! Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas?? apakah?? hehehe
      to be frank Ida, setiap watak yg sy cipta tu semua, ada rahsia dorg sendiri... & kesabaran disini sgt lah diperlukan yek..sbb klau xsbr, tkut bosan nk tgu, kjutan pn xmenjadi..hehehe
      ehem..ehem..dah bleh agk ke siapa Mr. Gardenia tu?? hehe
      btw, sy da buat grup on Fb.. jom join.. :)

      http://www.facebook.com/groups/1378024312428054/

      Delete

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post