Tuesday, August 6, 2013

Hi, Mr.Gardenia (p-21)



21
“GINA..” dia memperkenalkan dirinya. Aku menyambut huluran tangan model tanah air itu bersama seulas senyuman manis. Sempat aku menghadiahkan senyuman sinis buat Syazlan. Syazlan kekal bersahaja.
            “Lis.. Lisa.” Giliran aku memperkenalkan diri.
            Dia mengangguk. “I tahu. Syaz selalu cerita pasal you. That’s why I teringin sangat nak jumpa you, nak jugak tahu what is the special thing in you.”
            Er? Aku kerut dahi. Apahal lain macam aje ni. Nak buat scene tarik-tarik rambut ke ni? Aku terpandang air ditangan Gina. Gilalah kalau dia simbah aku dengan air tu sebab kantoi aku berhubung dengan Syazlan. Aku kalih pada Syazlan pula, dia menjungkit bahu.
            Gina gelak perlahan. “Janganlah takut, I bukan nak serang you pun. Syaz cakap selain Isya, dia rapat jugak dengan you. Dia selalu puji you tau. Bila dah jumpa face to face ni, I terpaksalah mengaku. You memang cute. Kan sayang?” dia meraih lengan Syazlan. Syazlan mengangguk dengan mata terus terpaku padaku.
            “Ooh.. err.. thanks. Tapi tadi kenapa lambat?” aku bertanya terus kepada Syazlan.
            “Syaz nilah, dia ambil I kat rumah lepas tu masa kat parking dia berborak dengan Raff kejap. Tu yang lambat.” Laju aje Gina menjawab bagi pihak Syazlan. Aku mengangguk juga. Agaknya lepas kami bertembung dilobi tadi, Syazlan terus keluar ambil Gina dirumah.
            Aku mengecilkan biji mata kearah belakang Gina. Macam Isya. Apahal yang dia duk terlambai-lambai kat aku? Aku menjawab panggilan ditelefon bimbitku. Isya ni, tak cukup terlompat-lompat panggil aku, dia telefon pulak.
            “Sinilah, mangkuk. Papa nak jumpa. Panggil Syaz sekali.” ujarnya sepantas mungkin. Lepas tu dia terus matikan talian. Mangkuk bertingkat punya member. Tak tahu ke bahasa tu menunjukkan bangsa. Ada ke dia panggil aku mangkuk. heh..
            “Abang Syaz, papa panggil. Tu kat sana.” Aku juih bibir ke arah sana. Syazlan berpaling, kali ini aku nampak Isya terlompat-lompat melambai kami. Apa yang excited sangat minah ni? Ingat ni dekat kelab malam ke?
            “You stay here, kay. I jumpa papa kejap. Ada family meeting. Jom Lis.” Dia menarik lenganku. Dalam tak mahu, aku ikutkan juga langkahnya. Aku mula rasa tak selesa dengan jarak kami yang terlalu dekat. Malah Syazlan dengan selamba merangkul pinggangku.
            “I miss you, Lis. Rindu sangat.” Bisiknya ditelingaku. Aku menjarakkan diri. Wajahnya aku renung dalam. Rindu konon. Dah berkepit dengan Gina baru ingat nak rindu kat aku.
            “Lis marah kat abang ya sayang? I’m sorry. Gina nak sangat ikut abang datang sini. Lis janganlah pandang abang macam tu, geram abang tengok tau. But you look sexy tonight. Cute. Makin sayang abang kat Lis tau.” Wah, lancarnya mulut mengayat orang. Tu girlfriend awak nak letak mana Mr. Lawyer? Sini cakap sayang, kat sana pun sayang. Dua-dua pun kau sayang, ya.
            Ketika menghampiri papa, Isya, Maya dan Raff ditepi pentas, Syazlan melepaskan rangkulannya. Terus berlagak selamba. Isya menarik aku agar berdiri disebelahnya. Sekilas aku berpandangan dengan Raff. Renungan dinginnya aku balas dengan renungan membeku. Awak yang rogol saya kan? kalau boleh aku nak tanya straight macam tu kat dia.
            Papa berdeham sedikit, meraih perhatian kami. Meski papa sudah berusia, tapi papa tetap nampak segak dengan suit hitamnya itu.
            “Rasanya dah lama kita tak berkumpul anak-beranak macam ni kan? Rindu pulak papa nak dengar kamu bergaduh.” Papa gelak kecil. Kami berpandangan antara satu sama lain, masing-masing buat muka kaku, tak ada perasaan. Tak ada rasa nak gelak pun.
            So, macam mana plan papa Isya, Maya , Lis? Dah elok ke kamu bertiga duduk dalam satu apartment?” soal papa pada kami. Aku mencari kelibat mama Su, tapi tak kelihatan diantara kami. Mungkin sedang sibuk melayan tetamu.
            Isya menepuk riang tangannya. “Mestilah elok papa. Elok sangat sampai tidur pun satu bantal. Kan Maya, kan? Lis, kan?” terkelip-kelip mata Isya meraih sokongan dari aku dan Maya. Aku sengih aje, Maya angguk nak tak nak.
            Syazlan tergelak. “Alololo.. Sweetnya.” Sambut Syazlan, mengusik kami bertiga. Isya mengangkat penumbuknya pada Syazlan.
            “Okay.. walaupun susah sikit nak percaya, but papa assume kamu memang dah elok sikit.”
“Mana ada elok sikit pa, kita orang punya ngam sampai makan pun berkongsi tau. Haa, papa tak kan tak ingat last month masa papa dengan mama datang jumpa kita orang kat asrama, elok ajekan? Betul tak Maya? Lis?” Isya menoleh Maya dan aku sekilas.
Kami serentak mengangguk, yakin sekali walaupun nyata ianya hanyalah satu kisah rekaan Isya. Punyalah Isya tak sanggup nak tinggal kat asrama tu sampai sanggup reka cerita sendiri. Yalah, mengikut perjanjian papa, elok sahaja kami bertiga boleh berbaik dan berdamai, papa akan membawa kami pulang ke banglo semula.
Papa senyum sedikit. “Yalah, papa percaya. Lis, ni..” papa menyeluk saku disebalik suitnya, lalu dibawa keluar sebuah kotak agak kecil. Dihulurkan kepadaku dengan senyuman lebar. Aku teragak-agak menyambutnya.
            Yeah, Lis dapat present. Cepatlah bukak. Aku excited ni masa papa cakap nak bagi kau something tadi. Mesti papa bagi rantai tu.”
            Sebaik kotak itu aku buka, terserlah seutas rantai emas putih yang sama seperti yang ada dalam simpananku dan yang tersangkut pada leher Isya dan Maya tatkala ini. Aku pandang papa.
            “Kenapa?” terlalu payah untuk aku mengeluarkan suara.
            “Semua anak-anak papa akan dapat rantai tu. Rantai ni lambang keluarga kita, KA untuk Keluarga Akram. Memandangkan Lis dah jadi anak papa, Lis pun berhak dapat rantai tu.”
            “Kenapa dia dapat pulak? Diakan bini papa, bukan anak papa. Sampai macam tu sekali papa nak samakan taraf dia dengan we all.” Sela Maya, tajam menikam ke jantung. Papa merenung tajam pada Maya.
            I told you before, tempat dia sama level dengan korang semua. Jangan sesiapa pun anggap dia macam isteri papa, papa tak suka. Hubungan papa dengan dia, itu antara kami berdua. Ingat tu.” biarpun nadanya perlahan, tetapi cukup membuatkan kami semua terdiam. Maya aku lihat memuncungkan bibir.
            “Tapi pa, macam mana pun.. Lis.. Lis tak layak. Lis.. Lis..” aku kehilangan kata-kata. Betapa murni hati papa walaupun hakikatnya aku bukanlah sesiapa pada dirinya. Sekadar anak kampung yang datang menumpang kasih. Sekadar anak kepada sahabat lamanya. Tetapi papa melayanku sama sahaja speerti mana dia melayan anak-anaknya sendiri. Budi papa tak kan termampu untuk aku balas.
            Papa menarik aku rapat dengannya. Tubuhku dibawa dalam rangkulannya. Meski rasa kekok, aku diamkan saja. Mana mungkin aku hendak menolak pelukan seorang bapa yang telah lama aku rindukan.
            “Kalau sebab Lis bukan anak papa yang buat Lis rasa Lis tak layak, buang aje perasaan tu jauh-jauh. Siapa pun Lis, papa dah anggap macam darah daging papa sendiri. Papa tak pernah pilih kasih antara anak-anak papa. Semua papa layan sama rata. Kalau mereka dapat rantai tu, Lis pun berhak terima rantai yang tak seberapa nilainya tu.”
            “Yes, papa you are the best!!” Isya berteriak suka. Aku tergelak dalam pelukan papa. Sekilas aku terpandang Raff, dia tersenyum sumbing membalas pandanganku. Kemudian mataku beralih pada Syazlan, dia memberikan aku renungan yang cukup mendalam. Cemburukah dia melihat aku dalam pelukan papa?
            Aku meleraikan pelukan. Wajah papa aku tenung dengan senyuman. “Pa, betul ke semua anak-anak papa ada rantai ni?”
            Papa mengangguk, begitu yakin. “Kenapa? Lis tak percaya ke? Okay guys, bawa keluar rantai tu. Papa nak tengok siapa yang tak pakai. Kalau Lis tak tanya pun memang papa nak tengok, wajib.”
            Aku menanti dalam debaran. Aku tak perlu menunggu Isya dan Maya memandangkan rantai mereka sudah terang-terangan bergayut dibatang leher mereka. Apa yang aku nantikan adalah Syazlan dan Raff. Aku memfokuskan pandangan pada Syazlan, dia tenang mengeluarkan rantai dari celahan kolar kemejanya. Beberapa detik, terjuntai emas putih dilehernya.
Aku melepaskan pandangan pada Raff pula, meski dia nampak tenang tetapi itu bukan kayu ukur dia bukan orang yang aku cari. Minit berlalu, Raff tetap tenang begitu. Sedikit pun dia tidak mahu membawa keluar rantainya. Ataupun.. sememangnya Raff sudah kehilangan rantai?
“Raff, where’s yours?” soal papa pada Raff.
Raff angkat bahu dengan herotan dibibir. “Salah letak kot. I don’t know. I’m sorry, papa. Nanti Raff cari.”
Aku merenungnya tajam. Salah letak? Kau.. kau yang rogol aku. Kau perogol. Raff kebetulan terlepas pandang kearahku. Kami berpandangan. Entah kenapa, tiada lagi perasaan berbunga lagi bila dia memberikan perhatiannya padaku. Yang terbit hanyalah perasaan benci yang meluap-luap hingga membuatkan tanganku menggigil.
Ikutkan hati aku, mahu sahaja aku menerkam  Raff tatkala itu juga tetapi memikirkan air  muka papa yang harus dijaga, aku berusaha menenteramkan hati. Aku akan menanti waktu yang terbaik untuk membuka topeng pada muka kau tu Raff. Kau, manusia yang bernafsu binatang. Selama ni kau hina aku, kau cerca aku, hakikatnya kaulah orang yang bertanggungjawab mengubah takdir hidup aku hingga kelam sebegini.


**Dah tjawab ke psoalan anda semua siapa progol tu? uhhhuuhh.. End?? not so fast la.. hihi.. byk lg smbungannya.. so, wait yaa...
**ni part last b4 raya.. so raya ni, insyaAllah xd entry bru sbb nk relax hbis-hbisan...ahakss..
**4 those yg fllow dis story, alot of tnx yaaa..n hpy eid guyssss...apa2 pn, jmpa di next ntry nxt wk.. :) 

6 comments:

  1. Best2! Tapi betul ke raff yg rape mai? X tau kenapa tapi ida rasa ada yg x settle between mai & raf.....he rape he coz he hates her? Not enough as a motive..apa2 pun ida prefer raff's character than the sweet talker, syaz. So cik writer, pls suprise me in the nx chap. Salam aidil fitri!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida: sory sesgt coz lmbt rspond..xcited sgt cuti braya..hehe.. slm aidilfitri jgk..:)
      actlly kn, those ques. make me smile..n yezz!!! i luv when readers keep wondering!! hehe.. means, jln crita ni mjadi la kn? hehe
      anywy, klau sy jwb ques. tu, xd la sprise lg kn?
      sila tingkatkan ksabaran ye cik ida.. hehehe

      Delete
  2. Entry kali ini memang best ,raff?x sabar nak tahu apa jadi,tapi as usual nak banyak pasal raff ngan mai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aina mastura: lpas ni akn ad lg byk crita psl Raff n Mai smpai awk pn muak nk baca kot..hehehe
      wait yaaa...:)

      Delete
  3. bole jadi juge syaz yg rape mai..coz syaz ad jmpe raff sebelum tu and pndgn syaz berlainan wktu mai dpt rantai tu.. ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. anony: woowww!! xsgka..!! awk sgt teliti!!! hehehe..
      got a talent as a detective nihhh...hehehe
      anywy, trus kn mbaca ye...:)

      Delete

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post