22
AKU tinggalkan dewan yang masih
riuh lalu melangkah sendirian. Tak tahu ke mana arah yang harus aku tuju. Nak
duduk didalam tapi nafasku terasa sesak setiap kali mataku bertemu dengan anak
mata Raff. malah semakin sempit duniaku tatkala terpandang Syazlan yang seronok
diulit Gina ke sana ke mari.
Kalau
nak diikutkan, aku boleh saja pulang bila-bila masa memandangkan majlis hanya
tinggal sesi beramah mesra dan menjamu selera, tetapi si Isya pula berat benar
punggung nak bangkit. Katanya kenyang sangat. Itulah, makan tak ingat dunia.
Selagi ada, semua nak disumbat. Last sekali, tersandarlah kat kerusi tu.
Aku
membawa diri dihujung laluan menuju ke dewan. Terdapat air pancuran disitu. Aku
melabuhkan duduk di kerusi berhampiran air pancuran mini tersebut. Terasa
sedikit tenang tanpa keriuhan. Renunganku lepas entah ke mana. Mencari kekuatan
diri yang mula menghilang.
Bukan
aku takut hendak berhadapan dengan orang yang telah meragut maruahku itu,
tetapi aku takut sekirannya perkara ini terbongkar hingga ke pengetahuan papa
dan ahli keluarga papa yang lain akan menimbulkan kekecohan diantara mereka
sekeluarga. Maklum sajalah, ia melibatkan anak papa juga. Aku takut kelak aku dipersalahkan
kerana menimbulkan perbalahan.
Sanggupkah
aku melihat raut terkilan pada wajah papa apabila mendengar berita anaknya
seorang doktor telah merogol seorang gadis kampung? Tegarkah aku meracuni kasih
yang papa telah berikan padaku? Ya Allah, aku benar-benar buntu. Antara kasih
papa dan kebenaran yang telah aku temui ini. Haruskah aku membiarkan semua itu
berlalu begitu saja?
Aku
menggeleng lemah. Tak mungkin. Gara-gara nafsu Raff itulah aku kehilangan arwah
atok. Kerana Raff jugaklah aku tercampak disini sebatang kara. Dan yang lebih
menyakitkan lagi, lelaki itulah yang telah menghina diriku serta menjatuhkan
air mukaku kerana diriku yang sudah ternoda ini. sedangkan hakikatnya, dia
jugaklah yang menodaiku.
Aku
tersentak dari menungan panjang bila telefon bimbitku berdering. Aku pantas
menjawab sebaik nama Nik terpapar. Nik menyapa ramah. Sememangnya lelaki itu
cukup ramah.
“You
kat gua mana ni? Macam berdengung aje.”
Aku
tersenyum kelat. “Lis kat Grand Season ni, ada function for my papa punya firma. Why?”
“Why I call you or why I’m asking you? Mana satu soalan
untuk ‘why’ you tu?” Nik ni, pandai
pulak putar belit soalan aku yang tersangatlah simple tu. Mestilah aku tanya kenapa dia call aku. Ish, aku ni malaslah nak dikaitkan dengan perempuan
perampas. Nik pun, dah tahu ada awek, pergi cari aku buat apa?
“Apahal
Nik call Lis tiba-tiba ni?” nah, aku
bagi ayat lengkap punya. Kalau tak faham jugak, sah BM masa SPM kantoi.
Dia
tergelak. “Saja, bosanlah. You okay ke dengan I ni? Macam tak sudi nak borak
aje.” aku menahan rasa dalam hati. Memang tak sudi pun. Tulah Lis, yang kau baik
hati sangat bagi nombor kat dia buat apa? Berkenalan secara tak sengaja, tapi
murah hati hulur nombor telefon. Tapi nak buat macam manakan, dah memang aku ni
pantang orang mintak nombor, hulur aje.
“Lis
okay aje. Hmm.. tak keluar ke? Saturday
night ni.” tak kan nak cakap terang-terang aku tak suka dia telefon. Macam
tak berapa nak beradap aje. Kalau layan sekejap, okay kot.
“Kenapa
dengan malam Sabtu? Tak ada apa yang menarik kalau girlfriends pun tak ada. Baik I duduk rumah, bermesra dengan parents I, betul tak?”
Aku
menyandar, tangan kiri pegang telefon, tangan kanan pulak peluk tubuh. “Betul
jugak, tapi mestilah terasa nak hangout
dengan kawan-kawan ke. Tak semestinya kalau nak hangout mesti dengan girlfriends.
Nik ni pun, janganlah disempitkan maksud hangout
tu.” aku gelak dihujung bicara.
Nik,
yang aku tahu pasal dia ni, dia merupakan pelajar Ijazah jurusan Multimedia
dikolej aku. Anak seorang Exco kerajaan, part
tu pun aku tahu dari Isya. Muka dia, susah nak kata sebab Isya selalu cakap
muka dia ada iras-iras dengan Jehan Miskin. Aku tak pasti dari posisi mana yang
Isya boleh nampak macam tu sebab bila aku yang tengok aku nampak muka dia macam
Suhardi anak Pak Saman kat kampung aku tu aje. Entah kornea mata aku yang
rosak, tak pun cermin mata Isya tu yang dah mintak ditukar baru.
Dia
gelak lagi. “Mana ada I sempitkan maksud hangout
tu, Bie. It just like.. hmm.. lagi
seronok keluar dengan awek dari keluar dengan my friends sebenarnya. I tak tahu you, but my friends kalau
lepak, dia orang takkan lepak kat mamak tengok bola or jalan-jalan window shopping kat Pavilion. They prefer more to club. Nak ikut
sangat cara dia orang, tak boleh jugak. That’s
why I lagi suka keluar dengan girlfriends.”
Aku
gigit bibir. Bagus jugak mamat ni, ada potensi jadi suami mithali. Aku senyum
tepi, tak hirau dengan panggilan manjanya padaku. Memang sejak mula-mula
berhubung ditalian lagi, Nik sudah mula menggelar aku Bie. “Ada kemungkinan
jugak Nik akan masuk club even though
Nik keluar dengan girlfriends Nik,
iya tak?” aku cuba memprovoknya.
Terdengar
dia melepaskan nafas perlahan. “Takkan ada kemungkinan sebab I bukan kaki lepak
club. I don’t care kalau girlfriend
I mintak bawak pergi shopping sampai
ke Milan sekali pun, I akan bawak as long
as dia tak ajak I masuk club.”
“Lis
rasa Lis dah tahu your taste. Kiranya
Nik putus dengan girlfriend Nik
baru-baru ni sebab dia kaki club?”
amboi, laju aje teka. Terasa mulut terlalu lancang, aku pantas menepuk mulut
sendiri. Jahat kau ni mulut, tak reti cover
langsung. Ni mesti menurun dengan perangai Isya ni. Tak syak lagi. Tapi mujur
juga Nik hanya ketawa.
“Cepatnya
berita tersebar. I rasa I officially
break off dengan Jenny a few weeks
ago. Mana you dapat berita ni? Jangan cakap you tengok status relationship I kat FB pulak ya, memang
tak logik.”
“Apasal
pulak tak logik? Kalau Lis kata ya, macam mana?” padahal Facebook mamat tu pun
aku tak pernah tengok. Main approve
aje.
“Still tak logik sebab I takkan publish my relationship status kat situ.
Tak kisahlah FB ke, Twitter ke, takkan punya. Tu prinsip I. So, where you got that?”
Eleh,
menyampahnya. Berprinsiplah segala. Rileks ar, laman sosial macam tu memang
tempat orang menunjuk-nunjuk. Tak kisahlah tunjuk gambar ke, tunjuk status ke,
tunjuk kehebatan dia ke, kan? Tengok macam aku, siap publish ‘In Relationship With
Isya Akram’. Memang aku ada hubungan dengan Isya apa? Kawan baik merangkap
kakak angkat kan.
Bukan
main liat lagi Isya nak approve. Mahu
taknya, cuak benar minah tu orang cakap kami lesbian. Dah dia payah sangat, ada
satu malam tu dia pergi toilet,
tinggalkan laptop dia dengan FB yang masih aktif. Aku pun apalagi, tolonglah approvekan. Ha ha ha..
Aku
berdehem. Rasanya dah time untuk serius
ni. “Alah, mana Lis dengar tak jadi isu kat sini. The thing is, kenapa Lis yang dikaitkan dalam kehancuran hubungan Nik
dan Jenny? Tu yang buat Lis tersentap sangat. Nak kata Lis rapat dengan Nik,
tak pun. Jumpa kat kolej pun tak pernah. Lis rasakan, Lis jumpa Nik face to face sekali aje, tu pun sebab Lis
terblok kereta Nik. Tu pun orang boleh relatekan
Lis dengan Nik, kan.” walaupun terasa sebalnya, pun aku tahan juga nada suaraku
tak terangan menunjukkan aku bengang.
Dia
mengeluh. “Actually I call you pun
sebab nilah. I dapat cerita ni pun dari kawan my ex tadi petang. I’m truly sorry Bie. Serious I tak tahu menahu pasal ni, plus I tak tahu why you involve sekali
dalam cerita kami. Either my ex yang create this story or else. Sebab yang
tahu I kawan dengan you only Jenny. Sorry sangat-sangat. You dah tahu lama
ke pasal that rumors?”
Aku
jungkit bahu. “Lamalah jugak, adalah dalam two
month ago. Lis terdengar student
mana entah bergosip dalam library.”
“You
pun Bie, kenapa tak call I? Tanya kat
I sendiri. Kalau I tak call ni, mesti
you still prasangka buruk pada I kan?
Bie, sorry ya.”
Aku
melepaskan keluhan malas. “Lis bukan apa, Lis tak suka dikaitkan dengan
perpisahan mana-mana pasangan pun. Buruk nama Lis jadinya. Lis minta maaf
sangat-sangat kalau Lis terkasar dengan Nik tadi.”
Aku
menala pandangan ke depan, serentak aku memicingkan mata, cuba mengenal pasti
apaa yang aku lihat adalah benar. Bukan pelanduk dua serupa. Suara Nik bagai
tidak dapat menembusi telingaku lagi.
Aku
bangun, cuba menghampiri pasangan tersebut yang berdiri ditempat yang agak
tersorok. Aku merapatkan diri didinding, berlindung disitu. Talian telefon
sudahku matikan tanpa pamitan pun, pasti Nik tercengang disana.
“I
tak bawa my wife pun sebab I nak
jumpa you tau, sayang.”
“Ya,
I tahu. That’s why I lari dari Akram.
I rindu gila nak jumpa you tau. Nasib baik masa I keluar tadi tak ada orang
perasan.”
“Nakal
you ni tau.” terdengar mereka tergelak. Aku menjengah sedikit. Dek kerana terkedu
dan terkejut, aku menutup mulut dengan telapak tangan. Ya Allah.. biar betul?
Mama Su berada dalam pelukan lelaki lain yang lebih kurang sebaya dengan papa.
Adakah ini lelaki yang selalu melayani mama Su ditelefon? Lelaki yang sering
mama Su panggil sayang ditalian?
Aku
menoleh ke kanan bila terdengar derapan tapak kasut menghampiri aku. Papa? Ooh,
tidak. Aku pantas berlari kearah papa. Aku takut jadi sesuatu yang buruk pula
jika mama Su kantoi berlaku curang dengan papa.
“Papa,
kenapa ada kat luar?” soalku agak kuat. Aku pasti mama Su dengar.
“Lis,
come. Papa nak kenalkan Lis dengan
kawan baik papa. Dia teringin sangat nak jumpa Lis bila papa cakap muka dia
sama dengan muka Lis.” Dihujung bicaranya, papa tergelak kecil disambut dengan
tawa temannya, seorang lelaki. Tapi tidak teman papa yang perempuan tu. Dia
diam, memerhatikan aku. Siapa mereka? Mungkin suami isteri. Aku melemparkan
senyuman buat mereka.
“Man..
Murni.. Nilah Lisa yang aku cerita tu. Tengok, sama tak muka dia dengan Murni?”
aku sengih dengan kata-kata papa. Muka aku dikatakan sama? Yakah?
“Lis,
ni kawan-kawan papa. Ni Tan Sri Azman, yang ni pulak Dato’ Murni Alina. Haaa,
jangan pandang pelik. They are not
husband and wife tau. Kalau nak diikutkan patutnya boleh jadi husband and wife, tapi uncle Man ni slow sangat tackle auntie Murni tu.” kemudian mereka tergelak besar. Sempat aku
menyalami tangan mereka berdua, tanda hormat pada orang yang lebih tua. Itukan
ajaran atok.
“Jangan
nak pekena akulah Ram, mentang-mentang dia dah dapat bini baru tahun lepas. Aku
jugaklah yang menduda sampai sekarang. Ada yang dikenankan pun, jual mahal
sangat.” Aku lihat Tan Sri Azman menjeling nakal pada Dato’ Murni. Auntie Murni
pula buat bersahaja, seakan tak berbekas langsung dihatinya.
“Lis,
Lis studi kat mana?” tanya Dato’ Murni lembut sahaja dipendengaranku, malah
penampilannya yang berbaju kurung biru dan bertudung litup warna sedondon,
cukup membuatkan mata yang memandang terasa damai.
“Lis
student Great Asian College, Dato’.”
Jawabku sopan. Papa dan Tan Sri Azman sekadar memerhati dengan senyuman
tersungging.
Dato’
Murni tersenyum, ikhlas dan cukup manis biarpun usianya mungkin lebih kurang
dengan papa. “Tak payah berDato’ ya, panggil umi aje. Jadi, Lis buat kursus
apa?”
Umi?
Hmm.. baiknya hati wanita ni. “Diploma in Fashion & Retail Design, umi. Baru
tahun pertama.” Aku membalas senyuman umi.
“Tengok, the way
they smile.. sebiji, saling tak tumpah.” sela Tan Sri Azman. Alahai, tak
habis lagi ke mencari persamaan antara aku dengan umi ni. Aku takut umi pula
rasa tak selesa bila disamakan dengan aku yang kurang serba-serbi ni.
“Jangan dengar cakap mereka ni Lis, merepek aje. Tapi Lis
look so sweet sangat, nanti bila-bila
ajaklah papa datang rumah umi ya. Umi suka tengok muka Lis, sejuk hati.”
Aku angguk bersama senyuman nipis. Aah, melambung-lambung
pula pujian umi ni. Saja nak bagi aku perasan, sedangkan aku rasa tak adalah
cantik mana pun rupa aku ni. Taklah sampai mampu menyejukkan hati si pemandang.
Beberapa ketika berbual, mereka meminta diri untuk ke
dalam dewan semula. Kata papa untuk acara penutupan majlis. Papa pelawa aku
masuk bersama mereka, tapi nanti sajalah. Aku masih mahu mengambil angin
diluar.
Aku melepaskan beban badan dengan bersandar didinding
tempat aku bertemu papa tadi. Melihatkan layanan papa yang tak pernah
menganggap aku sebagai orang luar seperti tadi, aku jadi buntu. Antara
menegakkan kebenaran dan menghancurkan kasih sayang papa atau berdiam diri dan
terus menerima layanan baik papa.
Ya Allah.. kenapa orang yang merogol aku itu datangnya
dari keluarga papa? Kenapa bukan orang luar yang tak pernah menabur jasa
padaku? Kenapa mesti anak papa, anak lelaki yang telah mencurahkan kasihnya
seikhlas hati padaku? Tegarkah aku mencalarkan sekeping hati milik papa dengan
kebenaran ini? Tuhan, Kau berikanlah aku kekuatan.
*If u guys nk tahu..let me intro u..so, dis is GARDENIA. jgn silap yek, Mr. Gardenia kt sini bkn b'makna crita psl roti tau...hihi..Gardenia kt sni refer to flowers..& tht pict is a bouquet of Gardenias. Cantik, kan?? actlly, they inspired me & taaaraaaa...wujudlah Hi, Mr.Gardenia!! hehehe*
*&... Hehehe.. maaf sbb da mhampakan mreka yg nk crita psl Raff n Mai sbb part ni Raff xd lgsg kn? ahaksss!! sbr yek... coming sooooooon!!! hehehe
*Nahh, bg u guys cuci mata tgk Dr. Raffael Akma..hehehe
Thank you 4 the new n3! Don't worry Cik Writer, I'll keep on waiting 4 yr surprises coz thp kesabaran ida masih tinggi..hihi...soal siapa rape Mai, raff & syaz still the main suspect...both are handsome guys with complicated characters. I love it ok! It makes me really2 curious. So carry on with your game ye Cik Writer! Good luck.
ReplyDeleteida: 'Raff & Syaz still the main suspect'? yeke? bukan da tjawab ke siapa rapist tu? hehehe
DeleteGlad u cn see the game..:)
Sori ye Cik Writer..tetiba terfikir pulak maybe raff tau mai ada simpan rantai tu & she was looking for the owner.. If syaz yg rape Mai, maybe raff nak Mai sendiri yg expose the real culprit. That's why he always provoke her with all those harsh words to push her to find the real rapist. So he lets her take her own action while he just maintain his cool character as an secret guardian. Maybe raff pun dah tau about Mai's current status dgn papa Akram...So Ok tak teori ida ni? hehe..
ReplyDeleteerrr.. *speechless*
Deletehehehe...seriously, ida impress me wif ur thought..tetibe rasa mcm tgh tgk crita Detective Conan plak kn..hehehe
anywy, knp msti syak Raff n Syaz aje? wht bout papa Akram? agak2 bleh jd x dia yg rape Mai? he he he...