23
MENDENGAR detupan tumit kasut, aku pantas
menoleh ke kiri. Tepat sekali, mama Su keluar dari tempat pertemuannya dengan
lelaki lain tetapi mama Su hanya sendirian. Entah mana lelaki tadi. Mama Su
melangkah perlahan, pun matanya terus memanah anak mataku.
“Ingat Lis, kalau kau nak lama dalam rumah tu, jangan
sesekali bocorkan rahsia ni. Kalau tak, senang-senang aku boleh halau kau
keluar.” Meskipun dia berbisik, tetapi ianya cukup jelas menyatakan dia sedang
mengugutku. Aku terdiam seketika, bukan kerana terkejut tapi kerana teringatkan
kata-kata Isya ketika kali pertama aku melangkah masuk ke dalam banglo papa.
Nyata benar apa yang Isya katakan, mama Su bertalamkan dua muka. Dan malam ini
aku tak sangka aku dapat tengok rupa sebenarnya.
Aku menjungkit bahu seraya memaling wajah kearah lain dan
menyambung talian pada telefonku yang berlagu. Pandai pula si pemanggil cari
masa yang sesuai, disaat aku malas mahu melayani ugutan mama Su. Dalam diam,
aku kasihan pada papa. Sampai hati mama Su mengkhianati kasih dan kepercayaan
papa.
“Hello, sayang.
Macam tahu-tahu aje Lis tengah fikir pasal you.” Sengaja aku meleretkan sedikit
suara sementelah aku nampak dari ekor mataku, mama Su masih di situ
memerhatikanku. Hujung talian senyap seketika, mesti Edry terkedu aku panggil
dia sayang. Siap liuk-lentokkan suara lagi. Sengaja, nak perli mama Su. Ha ha
ha.. Oh, tolonglah Edry. Ketahuilah ini semua lakonan. Aku tak mungkin boleh
berbicara sebegini dengan orang luar apatah lagi dengan Edry yang mengenali aku
sebagai gadis pendiam.
“Err.. Hi Lis. Err.. are you okay?”
“Sure sayang,
mestilah Lis rindu kat you. Nakal tau you ni.” lain yang Edry tanya, lain yang
aku jawab. Aku menoleh pada mama Su, dia menjeling tajam sebelum melangkah
dengan muka sebal. Aku tergelak sendiri.
“Edry? Hehehe.. Maaflah, saja buat pasal dengan kakak Lis
tadi. Edry okay, ke? Terkejut tak?” aku gelak lagi, tapi cukup tertahan. Tak
mahu terlepas laku dengan Edry. Dalam kepala dah terbayangkan wajah kacukan
Belanda milik Edry. Hidung mancung, mata kelabu sikit, bibir pink. Sekali tengok, macam anak Mat Salleh.
“Fuuuh.. Terkejut gila, nasib baik tak mati berdiri
tadi.” Tawa kami bersatu.
“Ed ni, kalau call Lis mesti Lis ketawa tak berhenti.
Sampai sakit perut.” Ujarku bersama sisa tawa. Edry yang aku kenali, memang
lucu orangnya. Selamba aje, macam Isya. Kadang-kadang apa yang dibebelkan, buat
aku tak tahan nak tergelak.
“Haaa, that’s why I
call you. Nak bagi you gelak. Okay, sekarang you tak payah cakap apa-apa,
you gelak aje.”
“Ha?? Ed gilalah, ingat Lis tak tahu Ed perli Lis?” Aku
tergelak lagi.
“Wah, you faham bahasa kiasan rupanya. Okay.. okay.. straight to the point, apahal you call I ni?”
“Sah Ed dah gila. Ed yang call Lis, kata Lis pulak call
Ed. Flying kick Lis Ed nak test?” terkekek-kekek kami ketawa. Memang
kalau cakap dengan Edry hilang semua tension
dalam kepala.
“Woo.. I tak rasa dengan kaki you yang pendek tu boleh
sampai ke rumah I. Tapi untuk tak menghampakan you, I bagi you chance flying kick I sekarang.”
Ha ha ha.. aku tergelak lagi. Tak pernah aku tergelak
besar macam ni dengan Edry mahupun dengan Kiki dan Matt. Aku terngadah bila
tiba-tiba telefon bimbitku dirampas. Aku pantas menoleh. Jelas aku berkerut
dahi, tak faham dengan tingkah Syazlan.
“Apahal abang ni? Bak balik phone tu.” tak aku hiraukan muka dia yang dah nak bertukar jadi
Hulk versi merah. Syazlan cemburu? Huh, salah kaunterlah brother.
Dia mematikan talian. “You jangan nak sakitkan hati abang
boleh tak? Abang dah cakap dulu, abang tak suka Lis layan lelaki lain. Kenapa
Lis buat?” nadanya sedikit tertahan-tahan, tapi melihatkan tulang rahangnya
yang diketap kuat, aku tahu dia memang tengah marah.
Aku
berdiri tegak dihadapan Syazlan, membalas renungannya dengan berani. “Apa hak
abang nak halang Lis? Abang siapa? Lis tak buat salah apa pun, sekadar berbual
kat telefon. As a brother, tak payahlah abang nak protect Lis sampai macam tu sekali. Over tahu tak?” Oh.. apakah yang aku
sedang lakukan ini? Meninggikan suara pada orang lain? Membentak? Menunjuk
perasaan marah? Akukah ini? Mana pergi kelembutan aku?
Kelam
sekejap wajahnya, cuba memahami istilah ‘as
a brother’ yang terlepas dari mulutku. Biar, aku nak kan satu kepastian
malam ni. Gina atau aku.
“Lis?
I smell something fishy. Brother? Am I
just your brother?”
Aku
berpeluk tubuh. “You tell me.” Jari
aku menunjal dada bidangnya. Sepantas kilat, Syazlan menyambar jemariku lalu
digenggam kuat.
“Kita
dah bincangkan pasal ni dulu. I thought,
Lis faham apa yang abang nak.” Nadanya kembali lembut, seakan memujuk.
“Lis
tak faham. Abang fahamkan Lis. Make me
understand that I have a relationship not only as a brother and sister with you. Make me clear where is my place in your life. Make me knows who is
Gina and who is me. Tell me.” Tekanku satu persatu. Melihatkan betapa
intimnya Syazlan bersama Gina membuatkan aku terasa diri seakan perampas dan
pengacau.
Syazlan
mengangguk bersama senyuman dibibir. “Pasal Ginalah ni? Lis cemburu ya? Sorry sangat Lis, abang memang tak nak
bawak dia. Tapi dia nak sangat ikut tadi. Abang sorry okay? Okay, esok ab...”
“Lis
tanya lain tadi, tolong jawab soalan Lis. Lis bukan mintak abang pujuk Lis.”
“Lis.. Listen here sayang. Ab..”
“Abang
tak faham ke apa Lis tanya? Susah sangat ke nak jawab soalan Lis?” entahkan
sebab bengang soalanku tak dijawab entahkan sebab aku dah bosan dengar Syazlan
memujuk rayuku, aku pun tak tahu apa sebabnya hingga suaraku naik satu level.
Syazlan
yang bengang, terus menarik aku ke tempat tersorok yang menjadi tempat
pertemuan mama Su dan teman lelakinya tadi. Tubuhku ditolak hingga rapat ke
dinding sementara dia menindih tubuhku. Membuatkan segala pergerakkanku
terkunci, malah dua inci lagi hidung kami hendak bersatu. Aku meronta minta
dilepaskan.
“Jangan
duga kesabaran abang, Lis. Kalau abang cakap abang sayangkan Lis, itu yang
abang maksudkan. Faham tak?” dia menekan setiap perkataannya.
Dia
berdiam diri seketika, seakan sedang menenangkan diri. Beberapa detik kemudian,
dia kembali merenungku. Kali ini dengan pandangan yang cukup lembut dan mesra.
Malah senyuman yang menghiasi wajahnya nampak begitu romantik. Aku terdiam,
kaku.
“Lis,
dengar sini. Lis dengan Gina pada abang dua-dua tak sama. Abang sayangkan Lis
sebab diri Lis. Abang terikat dengan Gina sebab bisnes. Kalau tak sebab Gina,
abang tak kan dapat jadi peguam syarikat perkapalan ayah dia yang besar tu.
Abang memang sayangkan Lis.” Tuturnya perlahan. Hangat nafasnya menampar
pipiku.
“Tapi
abang tak pernah declared apa-apa
dengan Lis.”
Dia
tersenyum lagi. Kedua tangannya kini merangkul erat pinggangku. Meski hati
memprotes tapi aku terasa sayang untuk menolak pelukan itu. Entah kenapa.
“Kita
tak perlu declared apa-apa kalau nak
bercinta, sayang. Kita sendiri tahu apa yang kita nak dalam hati kita. Lis
sayangkan abang tak?” soalnya mesra.
Buat
seketika, aku hilang kata-kata. Sayangkah aku pada Syazlan? Tapi kenapa
perasaan aku lebih berbunga mekar waktu Raff memberikan perhatiannya padaku?
Kenapa hati aku tak sesakit sewaktu terjumpa Raff dengan perempuan lain? Tapi
Raff yang rogol aku. Bagaimana aku boleh menitik beratkan hati aku pada Raff
yang terang-terangan sepatutnya menjadi musuhku?
Aku
melepaskan keluhan. Raff atau Syazlan, dua-duanya sama. Apa pun perasaan aku
pada mereka, tetap ada batasannya. Mana mungkin aku berhubungan dengan mereka
sedangkan aku pernah berkahwin dengan ayah mereka. Bagaimana pun keadaannya,
aku tetap pernah memegang gelaran ibu tiri mereka. Hukum tetap mengharamkan aku
mengahwini bekas anak tiriku. Tapi...aku dan papa tak pernah bersama. Aku
teringat satu firman.
Sebagaimana
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"
Dan diharamkan ibu isteri kamu dan anak tiri yang di dalam pemeliharaan kamu
jika ibunya telah kamu setubuhi , maka jika ibunya belum kamu setubuhi maka
bolehlah kamu mengahwini anak tiri itu dan begitu juga haram mengahwini isteri
anak kamu yang sejati ". (Surah An - Nisaa' - Ayat 23 )
Aku
terngadah bila terasa ciuman hangat Syazlan menyapa cuping telingaku. Aku mengelak
sedikit. Wajahnya aku pandang dengan kerutan.
“Sorry, sayang. Geram tengok Lis, seksi
sangat. Nak cium boleh?” senyumannya nampak nakal.
“Boleh.
Tapi kat tumit kasut Lis, nak?” jawabku bersama jelingan. Syazlan tergelak.
Menyangkakan aku bergurau, Syazlan meliarkan bibirnya. Merayap pada batang
leherku. Aku pantas menolak mukanya.
“Abang,
Lis tak bergurau okay? Lis tak suka abang buat macam tu, tak elok. Lepaskan
Lis.” Aku cuba menolak rangkulannya. Dia tetap berdegil.
“Alaa,
sikit aje. Tak luak pun.” Syazlan tersenyum, masih tak mahu melepaskan
pelukannya padaku.
“Abang
jangan mengada-ngada boleh tak? Kalau papa nampak macam mana?” Syazlan memang
tak makan saman. Masih boleh tersengih-sengih.
“Lupa
pulak abang bercinta dengan mak tiri sendiri. Sorry.” Sempat dia mengucup pipiku sebelum melepaskan pelukannya.
Aku
menahan rasa hati. Bukan sebab aku bini bapak kau, tapi sebab kau tu bukan
sesiapa dengan aku yang boleh menghalakkan kau menyentuh aku. Kalau pun papa
tak nampak, Allah tu Maha Mengetahui.
Aku
lihat Syazlan membetulkan kedudukan suitnya. “Abang masuk dululah. But ingat, jangan gayut dengan lelaki
lain lagi.” telefon bimbit aku, diserahkan semula. Dia bersedia untuk berlalu.
Dua langkah mara, dia berpatah balik semula. Aku berkerut dahi.
Berdiri
dihadapanku, tanpa sebarang isyarat dia merangkul pinggangku semula dengan
tangan kirinya. Tangan kanannya mencapai jemariku, lalu dikucup jemariku
satu-persatu. Aku terkedu. Ciumannya naik pada lenganku, kemudian dibahuku yang
terdedah lalu naik ke leher dan berakhir ditelingaku. Aku pula memandang dengan
wajah pelik.
“Abang
rindu kat Lis tau. Lepas ni, selalu balik rumah tau.” menyedari bibirnya sedang
menyasar pada bibirku, aku pantas menutup mulutku. Apa romantik sangat Syazlan
ni sampai tak ingat hukum. Main cium ikut suka aje.
“Syazlan!!”
*agk2, sape yg pggil Syazlan tu ek?? hehehe*
Nice n3 Cik Writer! Rasa mcm nak lempang je si syaz ni pulak...btw pasal siapa rape Mai tu, b4 this papa Akram ada dlm senarai suspek but recently ida byk focus pd raff & syaz. If papa Akram is the rapist, dia pun mesti ada very strong reason why he did that. Not just ikut nafsu syaitan dia je... 1 more thing...why ida rasa Datuk Murni tu ada kaitan dgn Mai? Ibu Mai masih hidup isn't? Dia tinggalkan Mai masa Mai kecik lagi....mmg betul l criter ni jd makin complicated..maybe Papa Akram pun ada kaitan dgn Datuk Murni..lepas ni x cukup jd detective conan, kena jadi sherlock homes pulak la rasanya...apa2 pun you are the best Cik Writer!
ReplyDeleteida, 2 be frank..this stori is gtting cmplicated..SANGAT~~~
Deleten part2 lpas ni, is my fav part (wlupun akn buat org pning skit) hehehe...
anywy Ida a.k.a sherlock homes, ida prefer conflict's story or the easy one? yalah, certain readers prefer stori yg snang nk fhm, predictable..bca bab 1, dah boleh agk ending..
so which 1 u love more? sje nk thu.. :P
waah rase cam nk kasi je flying kick kat syaz ni...
ReplyDeleteanony: sabar2~~ syg kot flying kick Syazlan, hensem tuuuu~~ hehehe...:P
Delete