24
“SYAZLAN!!!” kami berdua pantas
menoleh. Berdiri disana Gina dengan wajah berangnya. Aku pantas menolak Syazlan
jauh dariku. Melihatkan Gina yang semakin menghampiri kami, aku berdebar seribu
rasa. Kantoi.. Kantoi..
“You..
Ooh, patut you puji melambung-lambung perempuan ni. Rupanya you ada affair dengan dia!” Gina menolak kasar
dada Syazlan. Wajah menyinganya menghala padaku pula. Jarinya lurus pada
mukaku. “ Kau.. kau betina.. dia ni boyfriend
aku tahu tak? Berani kau rampas dia dari aku. Dasar perempuan kampung!!”
pangg!!! Melekat penampar Gina pada pipi kananku. Aku terkedu.
“Gina!!
Behave yourself. You ingat you siapa
nak tampar-tampar orang sesuka hati?” melengking suara Syazlan.
“Apasal?
You marah? Suka hati I nak buat apa, dia ni memang patut diajar. Memang patut I
ajar dia.” Gina semakin berani menyepak mukaku. Berkali-kali. Meski dihalang
Syazlan, dia tetap berusaha memukulku. Sesekali rambut ditariknya. Puas aku
mengelak, tapi dia tetap dapat menyentuh aku. Bersama makiannya, “..betina
jalang.. Perampas.. perempuan kampung.. tak sedar diri..”
“Gina,
stop!! Stop it! I cakap, sudah!!”
kuat Syazlan menengking hingga Gina terdiam. Seketika kemudian, dia menangis.
Aku terkaku. Terasa bersalah.
“Sampai
hati you, Syaz. Sampai hati you buat I macam ni?” dia mula mengongoi. Aku telan
liur. Sampai hati kau Mai melukakan perasaan seorang wanita hanya kerana
seorang lelaki Mai? Teganya kau merampas kepercayaan seorang wanita kepada
kekasihnya? Hati apa kau ni Mai? Ya Allah..
“Bestnya, ada show kat sini.” Tanpa
melihat pun aku tahu siapa yang baru muncul antara kami. Raff berjalan,
merapatiku. Tak semena-mena Raff menarik aku dalam pelukannya. Aku tercengang.
Syazlan sendiri menelan liur. Hendak marah, Gina ada disampingnya.
Raff
merapikan rambutku yang sedikit berselerak. Pipiku diusap lembut. Gina yang
menjadi pemerhati, sudah berkerut dahi.
“You
okay tak sayang? Sakit kat mana? Sini, I tengokkan. Kesian sayang I ni.” dia
membelai lembut pipiku yang pastinya sudah kemerahan. Aku sendiri kehilangan
kata. Kenapa dengan Raff ni?
Raff
memaling wajah pada Gina lalu tersenyum. “You jangan risau Gina, Lis ni memang
semua lelaki dia layan. Termasuklah boyfriend
you tu.” sinis bicaranya. Aku terkedu. Bibirku terketar-ketar. Dah aku agak,
setiap tingkah Raff ada makna disebaliknya. Kurang ajar.
“Raff!!”
seru Syazlan, bengang.
“Syaz,
rilekslah. Tak payahlah nak cuak. Since
aku tak bawak awek ni, aku pinjam dia malam ni okay. Jom sayang.” Dengan
rangkulan dipinggangku, dia menarik aku pergi dari tempat tersembunyi itu. Aku
menahan seribu rasa. Kau memang biadap Raff. kerja kau hanyalah menjatuhkan
maruah aku aje. Kau.. aku akan balas semua ni satu hari nanti.
“Take off your hands, Raff.” ujarku
perlahan ketika kami sudah berada agak jauh dari tempat tadi.
“Eh,
kenapa? Tak selasa? Tadi bukan main rela lagi bagi Syaz cium kau. Takkan aku
pegang sikit, dah luak. Kenapa, aku bukan taste
kau ke?” Raff menarik aku rapat. Bibirnya dekat dengan telingaku.
“Murahnya
nilai maruah kau, perempuan kampung.” Bisiknya tajam. Aku pantas menolak
tubuhnya kuat.
“Cukuplah
Raff. Jangan ingat aku tak tahu. Aku ta..” mati kata-kataku sebaik mendengar
suara melengking Maya, betul-betul diluar pintu dewan. Apa pulak kali ni? Erk?
Isya?
“Betina
gatal!! Kau melayan pakwe aku. Kurang ajar!!” Aku terkejut bila Maya menolak
badan Isya hingga Isya terdorong ke belakang. Aku berlari pantas, dan terus
menyambar Isya dari jatuh terduduk.
“Maya,
apahal ni?” tanya Raff lalu mendapatkan Maya yang berombak dadanya. Nampak
tengah marah betul tu. Aduhai, apa beza malam ni dengan malam-malam yang lain?
Kenapa malam ni banyak sangat scenenya?
“Tu..
tu.. si pengkid tak sedar diri tu. Dia goda Jimmy. Dasar pengkid!! Perempuan
bodoh!!” maki Maya. Dia cuba mara mendapatkan Isya, tapi Raff menahan.
“Hey
sotong, siapa pengkid? Haa? Siapa? Mulut jangan lebih ey, kau nak rasa penumbuk
aku ke apa? Setakat Jimmy muka kemek tu.. hey, kau amiklah. Simpan sampai
mampus pun aku kisah apa? Ingat aku hairan ke haa, bingai?? Boleh blah!!” woo..
gilalah kalau Isya marah. Memang menggerunkan. Tapi ada rasa macam nak tergelak
pulak bila tengok Isya yang berbaju dress,
ayu-ayu gitu buat gaya terkangkang macam samseng. Buruk habis.
“Hey,
kalau bukan kau yang goda dia, siapa lagi? Ingat aku tak nampak kau main mata
dengan dia? Haa? Jimmy sendiri cakap kau yang kacau dia tadi.”
“Eh,
perempuan. Kau panggil bangkai tu ke sini. Kalau dia berani takkan dia lari
balik, ngok. Meh aku nak tunjuk siapa yang goda siapa. Jangan ingat aku pakai
kain, aku tak boleh sepak muka kau tau.”
“Bagus,
gaduhlah. Gaduh. Kejap, aku panggil papa. Rugi kalau papa tak tengok midnight show ni. Haa, gaduh. Nak parang ke? Tak pun pisau? Apa barang gaduh
guna mulut, kan.” Raff mencelah. Dia menolak Maya sedikit menghampiri Isya.
Isya merenung Raff tajam.
“Apasal?
Tak betul ke?” Raff berkata bila ditenung Isya.
“Hey,
perempaun kampung!! Kau nak lari mana ha? Aku tak habis lagi dengan kau.”
serentak kami menoleh. Alamak. Gina sedang melangkah laju diikuti Syazlan yang
sedaya-upaya cuba menahan Gina.
“Dasar
perempuan kampung tak sedar diri. Kau ni mak tiri dia orang, kan? Tak cukup kau
goda bapak dia orang, kau nak goda anak tiri kau pulak. Dasar jalang.”
Cemuhnya. Aku berpandangan dengan Isya yang jelas kehairanan. Mesti dia
tertanya-tanya, dari mana datangnya watak tambahan ni?
“Ni
apahal pulak ni? Datang mana pulak awek Syaz ni dalam kes aku dengan Maya?”
soal Isya.
“Perempuan
ni, dia buat hubungan sulit dengan Syazlan kalau korang nak tahu. Mak tiri kau orang
ni perempuan sundal.”
“Gina!!”
melengking suara Syazlan dan Isya.
“Bagus,
memang patutlah perangai kau pun macam tu Isya. Memang betullah kau goda Jimmy.
Rupanya perangai kau pun terikut dengan betina tu.” celah Maya pula.
“Hey,
jaga sikit mulut kau tu ya. Aku tak goda Jimmy kemek kau tu, dia yang datang
kat aku. Kau Gina, kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Lain kali, jaga boyfriend kau supaya dia tak call perempuan lain, tak cari perempuan
lain.” Tengking Isya. Aku terdiam. Err... Isya tahu ke pasal aku dengan.. err..
Syaz?
Kami
berpaling kearah pintu dewan bila terdengar tepukan dari seseorang. Papa?
“Seronoknya
tengok adik-beradik ‘bermesra’. Well,
majlis dah habis ni. Semua anak-anak papa, jom balik rumah papa. Banyak yang
kita kena bincangkan ni.” tegang raut papa memerhatikan kami. Habis.. memang
semua habis.
#mcm mne? dah npk bunga2 konflik nk bkembang x? hehehe... :p
Interesting!! Seriously...criter ni mmg mencabar sbb very unpredictable...but I love it ok! Bukan apa...biar otak ni aktif ckit nak fikir the storyline & of course the ending. Cik Writer, don't worry, Ida mmg suka sgt dgn jln criter ni even though it's gonna be very very complicated. I'm sure you've already figure out the whole story...keep up the good work ok! BTW, Ida rasa Ida dah tau why you choose tajuk Mr Gardenia as the title of this story...but I'll tell you later why ok..see ya!
ReplyDeleteahaks...ida...rplying cmment wif u mmg smthing funny tau..sengih smpai ke tlinga..heheh
ReplyDeletebout choosing the title, seriously...u do know??!!!
woow!! mind telling me, why??? hehehe..