Tuesday, November 19, 2013

Dia Punching Bagku (p-8)




8
“BANYAK ke nak bawa barang?” aku toleh pada pintu bilik, Danish melangkah masuk dengan senyumannya.
          “Tak ada sangat pun. Lagi dua minggu pun nak balik sini semula. Damy nak tunang, kan.” sehelai lagi baju aku lipat.  Danish tarik sila depan aku. Tangannya ikut sama melipat pakaianku.
          “Nanti dah sampai text Dany terus. Apa-apa hal, call Dany. Kalau Dany tak angkat, call Qai.” Sebenarnya, Danish tersangatlah percaya pada Qaiser dalam bab menjaga aku. Mungkin sebab Qaiser memang nampak jenis pelindung dan dipercayai.
          “Yes, der. Not to worry. Johor aje pun.” Aku tarik sengih. Pun sengih aku sekejap saja bila Danish dah melepaskan keluhannya. Muka dia nampak keruh sejak makan malam tadi lagi.
          “Dany, siapa Is tu? Kenapa kau tak nak Del dekat dengan dia?” gaya Danish ni, macam si Is tu pembawa virus berbahaya aje.
          “Entahlah Del, dari dulu lagi Dany tak berkenan dengan dia. Life dia, Dany sangat tak suka. Dan Dany takut kau terikut-ikut cara hidup dia.” keluh Danish dengan muka serabutnya.
          “Okay, cuba describe apa yang kau tak berkenan sangat dengan minah tu. Oh ya, berapa umur dia?”
          Danish letak baju yang dia dah lipat dalam lugguage. Sehelai lagi baju dia capai. Dalam bab ni, aku memang tabik kat Danish sebab dia memang pandai melipat. Tak macam Damien dan Dazrin. Main gulung-gulung aje, lepas tu sumbat. Express habis.
          “Not really sure, around twenty five or twenty six kot. Sebab yang Dany tahu dia tak jauh bawah Dany.”
          Aku angguk. Kira baya-baya aku juga. So, senang nak get together. Kalau tua sangat, takut konservatif. Kalau muda sangat, takut tak matang.
          “See.. so, apa yang kau tak suka sangat dengan dia? Mana tahu kot Del boleh tolong modified mana yang tak elok kat dia.” aku tarik sengih. Sendiri tak betul, ada hati nak betulkan orang.
          “Dia tu.. Hmm.. Suka clubbing, lepak dengan budak-budak tepi jalan, abang-abang angkat dia semua taiko, adik-adik angkat dia pula semua gengster. Rambut highlight depan, warna putih. Pakai baju.. hmm.. memanglah tak seksi mana tapi sakit juga mata tengok. Pula tu, playgirl.” Terjuih-juih mulut Danish aku tengok. Betul punya meluat abang aku ni dengan awek nama Is tu.
          “Kejap, mana kau tahu dia suka clubbing?”
          Danish sekali lagi mengeluh. “Pernah terserempak dengan dia kat The Zone. Nak buat cerita jadi gempak lagi, abang-abang angkat dia dah book satu club tu untuk kawan-kawan dia. Dahlah tu, dia boleh buat tak kenal masa terserempak dengan Dany.” Sememangnya aku tahu gaya hidup abang-abang dan adik aku. Memang adakalanya mereka lepak kelab, tapi setakat ni tak pernah ada rekod balik terhuyung-hayang, tak pun balik bawa perempuan seksi. Memang rekod dia orang bersih. Macam aku pula, pernahlah masuk tapi itupun sebab budak-budak kelab kereta aku buat party ke apa kat situ. Itupun aku heret Qaiser sekali. Keselamatan tu.
          Tapi.. eh? “Bila masanya kau lepak Johor ni?”
          “Dua tahun lepaskan Dany ada turun sana, gantikan tempat abah check akaun branch kat sana sekejap. Kawan Dany kebetulan masa belajar dulu orang Johor, so dia ajak Dany lepak JB.” Ooh... macam tu..
          “Del rasa tak ada sebab pun kenapa kau nak prejudis dengan dia sampai takut Del terpengaruh bagai. Kau pun masuk club, kau pun playboy. Pasal highlight rambut dengan pakai baju seksi sikit tu, macam benda biasalah Dany. Janganlah pesimis sangat.”
          “No, this is not about prejudice or apa. Its about my feeling, my prediction, my concern on you. Dany tak nak kau balik jadi orang lain. Dany tak nak kau ambil barang yang pelik-pelik sebab setahu Dany abang-abang angkat Is tu dealer. Entah-entah, Is tu pun layan ‘barang’, who know?”
          Dealer? Alamak, apakah abang-abang angkat Is tu abang-abang besar? Macam dah menakutkan aje. Ni yang aku cuak ni. Bukan takut aku ambil ‘barang’ tu, takut aku tiba-tiba gatal nak jadi dealer aje. Ha ha ha.. Del, this is not funny, okay.
          “Okay.. Okay.. Del janji, Del takkan rapat sangat dengan dia. Del rapat pun masa kat tempat kerja sebab nak belajar selok-belok bisnes kita. Jangan risau, kay.”
          “The thing is, kau akan stay dengan dia kat rumah yang abah beli kat area sana. Macam mana pun, kau akan hadap dia seven day a week, 24 hours a day. Faham?” tekan Danish buat aku melopong sekejap. Mak oiii..
          “Kira Is tu memang stay kat rumah kita kat sanalah, eh?”
          “Yup, sebab as what I know, dia bukan orang Kluang. Kalau dia pergi branch lain pun, dia stay kat rumah kita. Yang paling penting, dia memang orang kuat abah. Sangat kuat.”
          Bila Danish buat muka macam tu, aku dah mula suspen. Siapa Is yang sebenarnya? Kenapa abah percayakan dia kalau Danish kata dia punya perangai memang out? Jangan kata abah ada affair dengan dia sudah. Harus aku bakar dia hidup-hidup. Dan sekarang ni, aku rasa sangat-sangat tak sabar nak kenal dengan perempuan nama Is tu.

JEMARI lincah bermain atas keyboard. Tolonglah saya pakcik Google, tolong saya cari kaum kerabat yang Qaiser cerita kat kawan-kawan saya petang tadi.
          Masalahnya, kau eja tu betul ke tidak? Macam mana aku nak carikan kalau kau eja pun tak betul. Kau nak cari Ha-raz ke nak cari Ha-qi-mi?
          Duhh.. aku boleh dengar pakcik angkat aku membebel kat aku. Macam mana eja nama arwah tu, ha? Aduhai.. Hah!! Cuba cari Ku Izz... Nama pangkal ayah arwah kan Ku Izz? Kalau dia betul orang terkenal, pakcik Google mesti boleh scan terus.
          Gotcha!!
          Ku Izz Arif Amran Wikipedia
          Ku Izz Arif Amran Success Developer
          Ku Izz Arif Amran Shipping Company
          Ku Izz Arif Amran di Majlis Perasmian Anak Syarikat Izz’s Holding ke-21
          Dan bla.. bla.. bla.. sangat banyak cerita mengenai Ku Izz Arif Amran ni. Sah, dia memang orang kenamaan. Kejap, jom cari cerita pasal famili dia. Okay, jumpa. Dalam blog bilakambingmandishower.com.

          Ku Izz Arif Amran merupakan salah seorang pewaris kerabat Brunei, namun kerana sikapnya yang suka merendah diri, dia lebih suka dikenali sebagai orang biasa. Hasil didikan yang diterima dan usahanya, beliau berjaya membangunkan sendiri nama Izz’s Holding pada awal tahun 1992.  Pada usia dua puluh sembilan tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama seorang gadis berasal dari Banting, Selangor.
          Hasil perkahwinan mereka, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Izz Rayyan Rifqi, Izz Harraz Hakimi dan Izzah Zuria Zahira. Pun begitu, pada akhir tahun 2005, beliau kehilangan anak keduanya yang berusia tujuh belas tahun ketika itu kerana menghidap penyakit radang paru-paru. Dan kini, hampir keseluruhan perniagaan yang dimiliki oleh beliau telah diturunkan kepada anak sulungnya Izz Rayyan Rifqi, sementara Izzah Zuria Zahira diberi kepercayaan dalam menguruskan hal-hal berkaitan kewangan syarikat.

          Aku tak tahu apa yang aku rasakan saat ini. Harraz meninggal sebab radang paru-paru. Tak ada kena-mengena dengan aku. Tapi kenapa sebelum dia meninggal, dia bagi surat ugutan macam tu kat aku? Dia bukan mati bunuh diri. Arghh!! Kau memang kejam Del. Kejam!! Aku jatuh kepala kat atas meja belajar, mata terpejam rapat. Cuba aku nyahkan memori itu, tapi ia tetap datang menjengah.
          “Hai.. Seorang aje? Mana kawan yang lain?” tegur aku dengan muka manis. Memang Dura yang bagi aku peluang tegur Harraz, sebab tu minah tu biarkan pakwe dia makan seorang. Tu, kat tepi tiang tu. Dura dok sengih-sengih. Dia yang nak sangat aku try tackle Harraz, sebab nak tengok tahap kesetiaan Harraz ni kat level berapa.
          Harraz senyum sikit. Alamak, dia sangat kacak. Mata dia sangat menarik. Alamak, macam mana kalau aku betul-betul minat kat dia? Takkan aku nak rampas hak Dura? Ish.. Ish.. tak boleh jadi. Fokus Del, fokus.
          “Tak tahulah mana yang lain, tadi dah janji dengan kawan. Tapi dia busy pula. Lagipun, saya baru lagi kat sini. Tak berapa kenal dengan orang. Nama awak siapa?” wah, ramah gila budak ni.
          “Ooh, awaklah budak baru yang dia orang duk sebut-sebut tu. Saya Del. Baru pindah sini ke?” seketika, aku terpandang Qaiser, Aniq dan Ken kat meja belakang. Tempat sbiasa kita orang lepak masa rehat. Qaiser geleng kepala, malas nak campur. Aniq pula buat gaya tengah tikam belakang Ken. Muka Aniq memang nampak kejam. Tapi part Ken tu yang tak boleh tahan, dia punya muka macam betul-betul sakit kena tikam. Ciss.. perli akulah tu. Nak kata aku tikam kawan baik aku dari belakanglah tu. Macam aku tak faham. Aku jeling maut, pandang balik muka comel Harraz.
          “Hmm.. saya Harraz. Sebelum ni saya stay dengan nenek kat Banting, tapi sebab baru-baru ni makcik saya bawa nenek duduk dengan dia kat Seksyen 3, saya pun ikutlah sekali. Tu yang kena pindah sini.”
          Wah, banyak cakap juga dia ni. Habis semua dia cerita. Detail!!
          “So, dah ada girlfriend belum?” dia nampak terkejut bila aku tanya macam tu. terkejut sebab aku outspoken sangat kot. Masa itu emas okay, banyak lagi mangsa yang aku dah aim tapi tak sempat nak interview. he he he..
          “Err.. be.. belum kot. Kenapa ya?”
          Belum? Ni bukan sesuatu petanda yang baik. Dura, pakwe kau dah nampak nak tunjuk belang ni.
          “Oh? Bagusnya. Esok kita jumpa lagi ya. Kat sini juga. Saya gerak dulu, ada kerja. Bye, Raz.”
           Ya, rasanya akulah yang menggatal bagi nama comel tu kat dia. Raz..
          Bzzzz...
          Getaran pada Mega buat aku kembali ke alam nyata. Mega aku capai, mesej dari Qaiser aku buka.

          -Wish u all the best. Selamat bekerja. If anything, u know u have me.-
 
          Aku tersenyum perit. Kau takkan sentiasa bersama aku Qai. Suatu masa nanti, kau bukan lagi hak aku. Dan berhenti manjakan aku. 

          “Hujan tu, sinilah.” Qaiser tarik tangan aku. Aku tepis balik dengan muka garang.
          “Aku nak mandi hujanlah. Kau tepilah.” Aku tolak tangan dia yang cuba payungkan aku. Hujan bukan sikit-sikit, ni dah kira hujan tahap lebat gila. Baju tee aku pun dah habis lencun, nak berpayung buat apa lagi?
          “Nanti kau demam. Jomlah balik. Mama yang suruh panggil kau balik. Kau buat apa lagi kat taman hujan-hujan ni? Jom, balik.” Dia tarik lagi tangan aku. Aku menggeliat, cuba melepaskan tangan aku dari pegangan Qaiser.
          “Jangan degil Del. Kau tu bukan boleh kena hujan. Cepat ikut aku balik.” Eiiii...           
            “Qai, sekejap aje. Aku dah lama tak mandi hujan. Please...” aku kerdipkan mata. Betul-betul mengharapkan Qaiser lepaskan tangan aku.
          “Kau nilah.. Degil. Cepat. Lima minit aje.” Dia lepaskan tangan aku. Aku pun tak tunggu apa, terus terlompat girang. Berlari-lari dalam hujan. Seronoknya!!
          Sampailah aku kepenatan, aku duduk diatas rumput yang dah berbecak. Aku dongakkan kepala, mengadah keatas langit dengan mata terpejam. Nikmatnya pemberian Allah.
          Aku celik mata bila kulit tak terasa lagi titisan air hujan. Dan aku hanya nampak payung mengembang berwarna kelabu, menutupi pandanganku pada langit. Aku toleh sebelah. Qaiser pandang aku dengan senyuman dia.
          “Jom balik. Dah lebih lima minit pun.” Sekali lagi dia ajak, kali ni lebih berhemah dan aku hanya menurut. Kami melangkah seiringan bersama payung yang dipegang Qaiser.


          Aku tersenyum. Bayangan antara aku dan Qaiser sewaktu berumur sembilan tahun itu tak pernah aku lupakan. Terasa itulah antara koleksi kenangan manis antara aku dan dia. Hailaa.. Kenapa cepat sangat kami membesar?

          Aku melentok kepala pada tiang dibuaian. Sambil berbuaian perlahan, mulut tak henti menyanyi lagu yang aku kira sangat melankolik. Tak tahu kenapa, tapi memori tu benar-benar mengganggu emosi aku malam ni.

I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
'Cause your presence still lingers here
And it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

          Aku tersentak bila terasa buaian bergoyang dan tempat kosong disebelahku dah terisi. Serta-merta lagu yang bermain dibibirku terhenti. Qaiser tepuk perlahan paha aku bersama tatapan matanya yang seakan memberitahuku bahawa aku tidak keseorangan. Perlahan dia menyambung My immortal yang aku nyanyi tadi. Tanpa petikkan gitar seperti selalu.



When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have
All of
me

          Sungguh, aku terasa nak menangis. Tapi untuk apa? Aku tak nak Qaiser tahu apa yang aku tanggung sejak kejadian tu. Cukup aku seorang yang rasa. Biar aku saja yang sengsara atas kesilapan aku tu.

          Aku tatap skrin komputer yang dah keluar screen saver. Gambar aku bersama teman-teman baikku. Terlihat Dura, Ken dan Aniq yang tertawa lucu bila Qaiser buat muka meluat pada aku yang tengah pose cover ayu. Aku rindukan saat ini. Saat tiada Hadi.. tunang Dura, Saat tiada Yaya.. tunang Ken. Saat tiada Alia tunang kepada Aniq. Aku rindukan zaman kebebasan itu. Dan teman, mengertilah walau sejauh mana pun kita melangkah, aku takkan pernah lupa saat jatuh bangun kita bersama. Especially you, Qaiser.

2 comments:

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post