Sunday, November 17, 2013

Dia Punching Bagku (p-7)



7
DURA angkat kening, menanti jawapan dariku. Ish.. Panas hati aku. Qaiser nilah.. Aku campak Galaxy Mega, berlaga dengan mangkuk berisi mangga muda yang dah siap dihiris. Semua lauk dah siap, masalahnya stuck bila sampai kat lauk terakhir. Kerabu mangga tak jadi kerabu, tinggal mangga aje sebab aku tak tahu stok kacang tanah kat rumah ni dah habis.
        “Tak angkat.” Ujarku sebal. Grr.. kenapalah waktu-waktu macam ni si Qaiser tak angkat telefon? Mana malaun tu pergi?
        “Aniq? Ken? Takkan tiga-tiga tak angkat?” Kalau Aniq ke Ken ke angkat telefon aku, tak adalah aku buat muka macam nak bagi penyepak kat muka orang sekarang ni.
        “Apa dia orang buat kat rumah Qai tu, sampai tak dengar aku call? Menguji kesabaran aku betullah.” Aku membebel sambil mengacau tomyam dalam periuk. Tinggal tunggu nak mendidih. Budak berdua tu, elok dah datang rumah aku awal, tengok lauk tak siap lagi terus menapak ke rumah Qaiser. Main X Boxlah tu. Bukan kata nak tolong aku dengan Dura ke apa. Tahu makan aje.
        “Kau tengok tomyam ni kejap. Aku tengok dia orang.” Aku dah buka langkah, nak keluar dari dapur.
        “Kalau ya pun, senduk tu tinggallah. Kau nak gulai budak-budak tu ke apa?” Dura dah tergelak-gelak kecil. Senduk ditangan aku, dicapai.
        “Patutnya aku bawa pisau, bukan senduk.” Gumam aku, geram. Kepala ni dah macam keluar api. Dura terus gelak sakan. Macam aku baru lepas buat lawak taraf badut dekat sarkas.

“SIOT!! Apahal aku call tak angkat?” bukan main sedap lagi dia orang lepak kat bilik Qaiser main game. Sakan bergelak ketawa. Mendidih jiwa aku.
        “Weh, tepilah.” Marah Ken bila aku santai berdiri membelakangkan TV. Aku peluk tubuh, tak rasa nak berganjak.
        “Kau call ada apa? Phone tinggal kat bawahlah.” Bagus, nasib baik Aniq tak ikut sama menyinga macam si Ken. Kalau tak, harus aku buka bunga silat.
        “Kacang tanah habis. Qai mana?” mata aku melilau mencari kelibat Qaiser dalam bilik, tapi deria bau aku tak dapat menangkap kehadiran dia disini. Ciss.. apahal sampai keluar deria bagai ni?
        Toilet. Dah.. dah.. tepi sikit. kacaulah.” Ken tarik kaki jeans aku, membawa aku ke tepi. Aku sepak tangan dia, dan terus bawa kaki keluar dari bilik si bujang. Jangan tak tahu, bilik Qaiser lebih ‘suci’ dari bilik aku. Bersih, kemas.
        “Weh!!” terjerit aku bila kepala aku disauk sebaik keluar dari bilik Qaiser. Laju siku aku singgah kat rusuk kanan dia. Dia mengaduh sambil tertawa.
        “Apahal masuk bilik aku?” soal dia sebaik kepala aku dilepaskan. Terbeliak biji mata aku bila tengok Qaiser. Sensored!!


        “Apahal kau bogel ni?” opss.. aku terjerit pula. Terkejut sangat.
        “Bogel? Oii.. aku pakai tuala kot, kau cakap aku bogel? Kau nak sangat tengok aku bogel ke apa?” aku buat muka cuak bila Qaiser dah pegang hujung tuala dia.
        “Gila. Cepatlah siap, nak minta tolong beli kacang tanah. Ada yang makan mangga tak ada kerabu ni kang.” Bebel aku sambil melarikan anak mata. Tertelan air liur aku tengok mamat ni. Apahal kau macam gadis bermata suci sangat ni Del? Macam tak biasa tengok Qaiser bertuala. Tu Aniq dengan Ken tu, dah habis aku scan badan dia. Eh, part yang sulit tu taklah. Bahaya.
        “Eeiii.. dia ni. Nak mantol aje. Chill, beb. Chill.” Dia gosok kepala aku sebelum masuk ke dalam bilik.

“KAU biar betul, weh? Mana kau dengar?” langkah kaki aku terhenti, pinggan berisi kek coklat kegemaran Ken aku pegang erat.
        Tak tahu kenapa, tapi dari gaya suara Ken tadi, buat aku rasa sesuatu. Dia bertanya dengan nada terkejut, tapi suara seakan cuba diperlahankan. Macam tak nak bagi aku dengar. Kenapa? Aku berdiri kaku disebalik dinding yang memisahkan ruang tamu utama dengan ruang tamu kedua tempat dimana mereka sedang duduk bersantai sambil main UNO.
        “Aku terbaca kat blog. Tak sangka arwah tu anak orang kenamaan.” Arwah? Siapa?
        “Dura, kaukan pernah couple dengan dia, tak kan kau tak tahu dia anak kerabat Brunei?” Kejap, aku macam boleh agak siapa yang menjadi tajuk utama perbualan dia orang. Kan aku tak bagi dia orang cerita pasal arwah depan aku, tu yang dia orang cerita kat belakang aku.
        “Memang aku couple dengan dia, tapi masa tu dia stay dengan nenek dia. Aku kenal dia pun masa kenduri doa selamat kat rumah nenek aku. Nenek kita orang kawan baik. Tapi betul ke yang kau baca kat blog tu, Qai?”
        “Mulanya aku pun tak percaya, tapi bila kat blog tu tulis satu-persatu nama anak-anak kerabat, aku pun terkejut. Nama bapa arwah Ku Izz Arif Amran, jutawan terkenal kat Brunei. Ku Izz ni ada tiga orang anak. Yang sulung umur dua puluh lapan, kalau tak silap nama dia Izz Rayyan Rifqi. Nombor dua arwah, Izz Harraz Hakimi. Last perempuan, Izzah Zuria Zahira, bawah kita dua tahun. Ku Izz ni bawa darah kerabat, kira jauh juga. Tapi sebab famili dia kira famili jutawan kat sana, banyak syarikat perkapalan, import export, agensi perlancongan dan macam-macamlah. Tu yang buat dia orang terkenal.”
        “Gila, kalau kat sana pun dia orang dah jadi jutawan, kat sini mahu jadi billionaire. Eh, Del tahu ke pasal ni?” suara Ken kedengaran berbisik.
        “Tak, aku hormat permintaan dia. Tak nak tahu pasal arwah lagi.” Qaiser, you’re such a good friends.
        “Dah tu, apa masalahnya? Kau punya intro tadi macam ada bala nak datang aje.” Soal Dura, mesti dia pun kelam.
        “Masalahnya, kau tengok ni.” aku jengah sedikit, nampak mereka semua sedang berkerumun kat Qaiser. Tengok Note 10.1 milik lelaki tu. entah apa yang dia orang duk tengok tu sampai nak terkeluar biji mata.
        “Weh, ni abang arwah ke? Kenapa abang arwah ni macam...” Aniq nampak keliru dengan apa yang ingin dia sampaikan.
        “Berdendam.” Sambung Ken.
        “Psiko.” Tambah Aniq.
        “Gila.” Dura mencelah.
        “Kan? memanglah dia tak sebut nak bunuh orang, tapi setiap kali dia tweet pasal arwah adik dia, mesti dia cakap, ‘One fine day, I’ll meet you, lady.’ Kau tak rasa pelik?”
        Aku pegang dada yang terasa debarannya. Ya Allah, adakah abang kepada arwah Harraz akan datang mencari aku untuk menuntut bela bagi pihak adik dia? Tapi betul ke arwah Harraz meninggal sebab aku? Sampai sekarang pun aku tak tahu punca kematian arwah. Adilkah kalau aku dipersalahkan? Tapi.. ugutan arwah sebelum meninggal tu.. Ya Allah..
        “Qai, kau tak kenal ke dengan dia ni? Kau kan dah jadi orang keparat sekarang ni.” Mereka tergelak kecil dengar soalan Ken tu.
        “Kaulah keparat. Aku korporat.” Balas Qaiser siap tepuk dahi Ken dengan Note yang dia pegang.
        “Aku pernah dengar aje nama dia. Tapi tak kenal pun orangnya macam mana.” Tambah Qaiser lagi.
        “Lepas ni mungkin kau boleh intai-intai si Izz ni.” Cadang Aniq pula.
        “Tu tak apa sangat. Yang aku risau, takut dia ni kacau Del. Dahlah lusa Del dah start kerja kat Johor. Tak ada orang nak tengokkan dia.” luah Qaiser.
        “Dia ni kenal ke Del?”
        “Tak ada yang pelik kalau dia kenal Del pun, sebab dia terlebih mampu nak upah orang cari ‘lady’ yang dia nak sangat jumpa tu.” sela Dura menambahkan kegusaran aku. Kalau abang arwah jumpa aku, apa yang dia nak buat kat aku? Bunuh aku? Ya Allah.. Setelah sekian lama, baru kini aku terasa sesaknya dada dengan khilaf yang pernah aku lakukan.
        “Tapi bukan salah Del arwah meninggal. Dia yang terlalu ikut perasaan. Peliknya, macam mana dia tahu adik dia dikecewakan sampai meninggal?” Aniq nampak berfikir dengan serius.
        Again, si Izz Rayyan Rifqi ni mampu buat apa saja demi adik dia. Dan kita sepatutnya dah bersedia berdepan dengan keluarga arwah bagi pihak Del. Sebab kita tahu apa yang berlaku bertahun dulu. Ya tak,  Dura?” nada sinikal dari Qaiser. Ya, dari awal lagi Qaiser dah pesan pada kami, jangan terlalu teruja nak mengenakan arwah Harraz yang dah berlaku curang pada Dura, tapi kami tak nak dengar. Akhirnya? Sebenarnya, bukan salah Dura sepenuhnya. Tapi aku.
        “Err.. eh, aku nak tengok Del kat dapurlah. Apasal lama sangat ambil kek. Kejap ya.” Nampaknya Dura sendiri dah mula tak selesa bila kisah lama diungkit. Aku cepat-cepat keluar dari tempat persembunyian.
        “Nah, kek kau.” Aku letak sepiring kek coklat didepan Ken. Ken sengih-sengih, tapi tangan dah tak tunggu apa. Terus ambil sepotong kek.
        “Kau orang buat apa? Dari tadi kad UNO ni tak bergerak pun.” Dengan muka innocent, aku bertanya.
        “Layan si Ken nilah, duk buat sesi luahan hati. Takut nak tinggal tunang kat sini katanya.” Pandai Aniq cover. Aku ambil tempat sebelah Qaiser. Macam biasa, Qaiser memang suka peluk bahu aku.
        “Dah tu, kau amanahkan aje kat Qai, suruh dia jagakan.” Cadang aku pada Ken. Tak sangka Ken boleh tersedak. Qaiser tepuk dahi aku. Aku sengih.
        “Jangan nak main gila, tak pasal-pasal kang aku balik tengok tunang aku dah jadi bini Qai. Meraung aku nak tumbuk kawan baik sendiri.” Tepis Ken dengan muka cuak dia. kami tergelak besar.
        “Jangan risaulah, tak lari mana tunang kau tu. Takut kau yang balik bawa tunang baru.” Aniq angkat-angkat kening. Mencabar kesetiaan Ken.
        “InsyaAllah, tak kot. Nanti aku nak cadangkan kat papa aku, nak minta dia sponsor aku kahwin awal. Dia yang nak sangat aku sambung belajar kan.”
        “Haa, elok sangatlah tu. Bapak kau kan kaya, kikis aje cukup-cukup.” Tambah Dura mengapi Ken. Ken terangguk-angguk dengan mulut penuh mengunyah kek.
        “Eh, Del. Damy nak tunang dengan siapa? Tadi ibu cakap dengan budak sekolah kita. Siapa ek?” haa, elok sangatlah Qaiser tanya aku. Aku pun nak tanya kat dia orang kot kalau dia orang kenal dengan bakal tunang Damien tu.
        “Tulah, aku pun nak tanya dengan kau orang. Kau orang kenal tak siapa-siapa batch kita nama.. errr.. Alia.. err... Isabella.. err..”
        “Jangan cakap abang kau nak tunang dengan Nur Alia Isabella, beb.” Sampuk Dura dengan muka sukar tafsirnya itu. Aku petik jari.
        Yes, Nur Alia Isabella. Eh, mana kau tahu? Kau kenal ke? Siapa, ha?” teruja aku menanti jawapan dari Dura. Dura besarkan biji mata. Nyata terkejut.
        “Aku tak pernah dengar pun nama tu masa batch kita. Siapa tu?”
        Disaster Del, this sooooo horrible. Kau orang ingat sotong tak cukup ink?”
        Aku pandang Qaiser, Ken dan Aniq bersilih ganti. Sotong tak cukup ink? Siapa tu? Eh, kejap. Jangan cakap..
        “Bella?” serentak kami bertanya pada Dura. Bila Dura mengangguk, kami dah jatuh rahang. Dalam ramai-ramai perempuan kat planet bumi ni, kenapa mesti abang aku pilih Bella?





**Jeng.. jeng.. jeng.. siapa Izz Rayyan Rifqi eh? yg pnting, apa role dia eh dlm stori line del?
**Igt lg Bella? Klau xigt, g klik blik link ke prolog.. hehehe..

2 comments:

  1. jdt : semakin menarik jln cerita nie...teruskan... sis suke...

    ReplyDelete
  2. cik penulis..nk nyibok kt sni plak..kt fb penuh dah komen..sile le ke belog sy naa...blog yg xde pape 2...br nk start berbisnes....keh3...tlg promote eh...syg raff n qai...

    ReplyDelete

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post