Friday, November 15, 2013

Dia Punching Bagku (p-6)




 6
TEPAT jam tujuh pagi, aku dah bersiap-siap nak keluar jogging. Sebenarnya, bukan nak jogging sangat pun. Saja nak mengisi masa terluang sambil cuci mata kat taman tasik depan tu. Kot ada pencuci mata yang comel, bersih sikit mata aku.
          “Ma, Del pergi dulu.” Laung aku dimuka pintu rumah. Tanpa menunggu balasan dari mama, aku terus melangkah. Rumah Qaiser aku toleh, nampak ibu (memang aku panggil ibu Qaiser, ibu) tengah siram pokok bunga, sementara ayah duduk dibuaian sambil membaca surat khabar. Pasti sedang menanti sarapan siap dihidang oleh pembantu rumah.
          Morning ibu, ayah!!” laung aku ketika berada didepan pagar rumah Qaiser.
          “Oh, Del. Morning, sayang. Hari ni berapa round?” tanya ibu dengan senyuman mesranya.
          “Dua aje kot, bu. Tengoklah kalau kaki tak mogok.” Aku sengih. Ibu dan ayah tergelak.
          “Eloklah tu. Si Qai tu, entah dah berapa roundlah agaknya. Dari lepas subuh tadi lagi.” ujar ayah. Seketika, aku dan ibu buat muka takjub. Qaiser pergi jogging? Bukan dia dah pencen dalam dunia sukan ke sejak bergelar General Manager? Futsal ajelah yang masih aktif. Itu pun seminggu tak sekali!!
          “Qai keluar joging ke, bang?” soal ibu. Terima kasih kat ibu sebab tolong soal bagi pihak aku.
          “Jogging atas katil. Kiri kanan, kiri kanan, bergolek.” Hahaha.. Ayah gelak besar. Ciss.. aku dan ibu tertipu rupanya. Pagi-pagi dah terkena dengan ayah.

SAAT kaki terasa lenguh, aku mengambil tempat diatas rumput dihadapan tasik. Tenang. Sikit pun air tak berkocak. Aku melepaskan nafas. Merenung didalam lipatan hari-hari aku yang dah berlalu. Menilai dari setiap sudut, pernahkah aku rasa jiwa terisi?
          Ya, dalam senyum tawaku, aku tahu hati aku kosong. Kalau ada seekor bakteria yang hidup dalam hati aku tu, mesti dia dah lari keluar sebab takut mati kebosanan. Huh... Benar, aku dikelilingi dengan mama dan abah yang sporting, penyayang. Adik-beradik yang cool. Teman-teman yang caring. Teman lelaki yang bertukar-tukar. Tapi.. deep inside, kenapa aku terasa aku tak punya apa-apa?
          Aku terkena sumpahan ke? Sumpahan orang yang dah meninggal? Ada ke? Aku meraup wajah, kesal. Kesal dengan apa yang pernah aku lakukan suatu ketika dahulu. Tak pernah terfikir dek akal, hanya kerana sakit hati, aku sanggup mainkan perasaan dia sebegitu sekali. Tak pernah terfikir dek kerana kenakalan aku bertukar-tukar teman, boleh menyebabkan satu nyawa melayang. Dan kini, pada siapa harus aku titipkan kemaafan?
          Sampai ke hari ini, aku tak pernah tanya pada sesiapa, apa punca kematian Harraz. Malah teman-teman sendiri menghormati keputusan aku supaya tak buka cerita apa-apa tentang Harraz didepanku. Dura? Alhamdulillah, kami tak pernah bercakaran kerana lelaki bernama Harraz. Arghh!! Sukarnya bila terpaksa mengheret rasa bersalah yang tak pernah berkesudahan.
          “I’ll love you till my last breath, Del. Till my last breath. Allah saja yang tahu hati Raz.”
          Aku tahan tubir mata yang mahu memecahkan empangannya. Jangan menangis Del. Benda dah jadi. Buat kesekian kalinya, aku meraup wajah. Membuang raut sedih. Aku takkan biarkan sesiapa tahu beban yang aku tanggung, waima Qaiser sekali pun.
          “Let the past, be the past. We should enjoy the present as preparation to have the future. Kan?”  
          Damien.

          Yup, but sometime we need to look at the back as a lessons so that we won’t redo the same mistake on future.” Aku buang pandang ke tasik semula.
          “Ada buat salah kat masa silam ke?” soal Damien tenang. Aku tahu, dalam diam, dia sentiasa memerhatikan aku. Dia abang. Dia ada nalurinya sendiri. Sedikit kecuaian, semua rahsia hati aku akan lebur ditangan Damien atau mungkin juga melarat pada yang lain.
          Generally, Damy. And that’s the fact.” Setenang mungkin aku membalas.
          Look who’re talking. Tak sangka adik Damy dah semakin matang. Knew the facts of life. Impressive. But ‘life’ seems a big issues here. How about, we talk about fakta tentang seorang gadis bernama Nurul Delisha Armani? Macam interesting, kan?” Damien tarik senyum, tapi penuh dengan makna. Ya, dalam diam Damien, dia juga sebenarnya seorang yang sarkastik. Bila dia rasa ada sesuatu yang dia tak puas hati, bersiap sedialah untuk di psiko. Kalau tak kuat mental dan fizikal, jangan rasa segan nak hadiahkan penumbuk kat muka Damien.
          “Ooh.. Bercakap tentang gadis bernama Nurul Delisya Armani memang sesuatu yang sangat menarik. That’s a facts too.” Balas aku dengan angkuh sekali. Damien tergelak perlahan.
          Really? Apa yang menarik sangat tentang that girls? Mind telling me?”
          Aku tebak rambut yang berjuntai didahi, ke belakang. Mengganggu konsentrasi aku. “Nurul Delisya Armani Binti Haji Darsuki. Dilahirkan dalam keluarga yang penyayang, funny, cool, mewah biarpun bukan jutawan. Seorang gadis yang comel, sempoi, setia dalam persahabatan, sentiasa menjadi diri sediri, tak suka hipokrit, bila dia kata dia nak, dia akan cuba dapatkan. Boleh buat lelaki tak boleh tidur dengan tenang. Setakat hari ni, dah berjaya mengumpul hampir dua seratus lima puluh orang teman lelaki. Ain’t that awesome? And the most important thing is, she love her life.” Aku tarik sengih pada Damien yang setia mendengar.


          “Is she an angle?” soal Damien buat aku rasa tercekik air liur sendiri. Malaikat?
          “Of course she’s not.” Pangkah aku laju.
          “Bukan apa, the way you talk, macam dia ni tak ada kelemahan, tak pernah buat kesilapan. Tak ke?”
          Errr...
          “Nurul Delisya Armani. Dia penganggur even she is an educated person. Dia seorang yang tak punya pendirian. Dia suka lari dari masalah. Dia seorang yang penakut, takut nak terima kenyataan. Bertukar-tukar pasangan sekadar nak menutup rasa hati yang kosong. Suka berselindung dari masa silam yang menyedihkan disebalik senyum tawa dia. Dia..”
          Aku tergelak. Dan tawaku berjaya membuatkan Damien berhenti dari menyenaraikan setiap kelemahan yang aku ada. Sumpah, Damien menakutkan aku.
          “Kan? Dia takut nak terima kenyataan. I’m so damn right, lady.”  Ujar Damien. Dan aku nampak betapa sinisnya senyuman dia.
          “Apa yang kau nak ni sebenarnya?” soalku, terus cuba menenangkan hati. Tak nak bagi nampak ketara yang hati aku sedang berkocak hebat ketika ini.
          Damien geleng perlahan, tapi senyuman itu masih menghiasi wajahnya. Hati aku membengkak. “Nothing. Hmm.. Damy nak tunang dua minggu lagi.”  aku dah besar biji mata. Tak percaya. Betul ke?
          “Serius? Dengan siapa? Kenapa Del tak tahu apa-apa?” wah, berita yang sangat mengujakan aku.
          Dia senyum nipis. Senyum macam ni aku suka. Ikhlas dari hati dia.
          “Perempuan.”
          “Damy, serius okay. Siapa? Del kenal tak? Abah dengan mama dah tahu?”
          “Mestilah mama dengan abah dah tahu. Kejap lagi mama dengan abah nak pergi merisik. Nama dia Nur Alia Isabella. Kenal? Sebab dia ex-schoolmate and batch kau dulu.”
          Alia Isabella? Who? Batch aku? Ex-schoolmate? Kenapa macam tak pernah dengar nama tu?
          “Tak ingatlah, Damy. Tengok muka, kenal kot.”
          “Sampainya hati, dia sangat-sangat kenal kau. kau tak ingat dia? Berapa GB memory card kau pakai ni?” dia gosok kepala aku. Aku gelak perlahan. Siapa Isabella ni?
Isabella adalah..
Kisah cinta dua, dunia..
          Cisss.. apahal boleh masuk kat lagu Isabella yang Search nyanyi tu pula?  Karut.



“NASI lemak? Alaa... lain tak ada ke, ma?” Danish bersungut sebaik duduk dikerusinya dimeja makan.
          “Dah tu, nak apa?” soal mama yang sedang menuang teh ke dalam cawan.
          “Nak mihun goreng. Nasi lemak nanti gemuklah, ma.” Tercebik-cebik muka Danish sambil mencedok nasi lemak ke dalam pinggan. Dalam bersungut, ambil juga.

Danish
 

          “Dah tu, kalau takut gemuk, asingkanlah. Makan nasi aje, lemak tu letak tepi pinggan. Pandailah nanti mama buang.” Erkk?? Aku dengan Damien dah  bantai gelak. Siap tepuk-tepuk meja lagi. Lawak gila mama ni. Muka innocent habis.
          “Mengada pula. Makan ajelah. Kalau takut sangat badan tu gemuk, esok bangun pagi ikut Del dengan Damy jogging.”
          “Kenapa ni? Pagi-pagi dah riuh.” Abah ambil tempat di kepala meja. Abah toleh Danish. “Tu kenapa buat muka tak siap depan rezeki tu?” tegur abah.
          “Tak payah dilayan, mengada sangat perangai tu. Kalau nak makan makanan berkhasiat, yang tak menggemukkan, pergi makan kat hospital ya, Inche Doctor.” Ejek mama. Mama memang macam tu, mulut ringan. Bergurau dengan anak-anak pun macam bergurau dengan kawan-kawan. Sporting gila.
          “Mama ni..” tu aje yang Danish mampu luahkan.
          “Tiba-tiba pula nak jaga badan bagai. Apasal, saham jatuh merundum?” Danish lempar jelingan pada Damien. Tak ada mood lagilah tu. Danish memang susah sikit nak ajak bergurau pagi-pagi. Dia kena ambil mood dulu. Tambah lagi kalau bangun dari mimpi ngeri, haruslah berjaga-jaga bila nak bergurau. Takut garfu yang Danish pegang, terbenam kat perut.
          “Rileks.. rileks.. bagi dia charge mood dia dulu. Bangun salah arah kut tadi.” Aku bisik kat telinga Damien, tapi bisik apanya kalau semua pun boleh dengar. Danish merengus. Macam lembu Sepanyol.
          “Dah.. Dah.. jangan nak cari pasal. Daz mana?” soal abah sambil menyuap nasi lemak bersambal sotong. 

Dazrin

          “Daz ada kelas pukul lapan. Awal tadi dia dah gerak.”
          “Dia dah sarapan belum sebelum pergi?”
          “Dah, tapi tak banyak. Dia nak cepat. Takut jalan jammed kut.”
          Seketika, perbualan abah dan mama yang melatari ruang makan. Kami sekadar menjadi pendengar dan bila ditanya, kami jawab.
          So, siapa nak ikut pergi merisik Bella kejap lagi?”
          “Merisik?? Bella?” soal Danish laju. Nampaknya, bukan aku seorang je yang tak tahu. Damien ni, pandai betul buat kejutan.
          “Jangan risau, bukan merisik untuk kau pun Dany. Untuk Damy.” Sela abah.
          “Kau ni, diam-diam aje kan? Apasal kau tak bagitau Dany sehari sebelum kau kahwin aje?” amboi, perli tak ingat.
          Cool ar.. Merisik baru, bukan nak nikah. Kecoh pula. Tergugatlah tu.”
          “Dah.. dah.. Cepat, siapa nak ikut nanti?” tak sempat Danish nak menjawab, mama dah mencelah.
          “Del tak boleh, ma. Dah janji dengan budak-budak ni nak buat farewell party Ken. Dia nak futher Masters kat States. Sorry Damy.”
          “Ooh.. Alhamdulillah, rezeki dia. Nak buat party kat mana?”
          “Kat sini. Boleh, bah? Err.. Ma, Del nak pinjam dapur boleh?” seketika mama dan abah berpandangan sebelum serentak mereka mengangguk. Yesss!!
          Sorry Damy, Dany ada kerja nak settle kan kat klinik. Tulah, kau tak cakap awal-awal. Kan dah tak ramai yang pergi.” Sempat pula si Danish ni menempelak Damien.
          “Tak apalah, ibu dengan ayah pun join sekali nanti. Mama dengan abah dah bagitau kat dia orang semalam.” Kami bertiga mengangguk.
          Tiba-tiba abah berdeham. Aku angkat kepala dari pinggan. Semacam aje bunyinya. Suspen.
          “Macam mana Del tawaran abah semalam, dah ada keputusan?” perlahan, aku letakkan sudu ditepi pinggan. Milo aku teguk perlahan. cuak pula bila semua mata jatuh kat aku.
          “Hmm.. Del dah fikir, Del nak kerja dengan abah aje. Sebab Del pun tak tahu nak buat apa kat rumah.”
          Abah duduk menyandar. Matanya menikam wajahku bersama seulas senyuman. “Alhamdulillah. Memang tu yang abah harapkan dari kau. Kau saja harapan abah untuk majukan bisnes kita sekarang ni. Abah pun dah bincang dengan Manager kat semua cawangan, buat masa ni abah hantar kau kat cawangan kita di area Selatan sebab Manager kat situ dah agak lama kerja dengan abah. So, kau boleh belajar dengan dia.”
          Aku angguk. Aku kalih pada Damien. Dia pandang aku. Tapi renungan dia semacam. Dia nampak.. gelisah?
          “Selatan? Negeri mana, bah? Takkan semua cawangan kat negeri sebelah selatan?” Danish nampak berminat nak tahu.
          “Johor.” Tenang abah membalas. Tapi aku tengok Danish dah nak terkeluar biji mata tengok abah. Kenapa? Kenapa dengan cawangan kat Johor?
          “Johor, bah? No, Dany tak setuju abah hantar Del kat sana. Branch kita banyak kat mall KL ni, kenapa tak letak Del kat sini saja?” Aku dan Damien berpandangan. Apasal Danish nampak protective sangat ni? Apa yang ada kat Johor sampai aku tak boleh pergi ke sana?
          “Abah nak Del belajar duduk jauh sikit dari kita. Belajar berdikari. Sampai bila dia nak duduk bawah ketiak kita?”
          “Tapi takkan sampai abah nak letak dia dengan Is?” Aku termangu sekejap. Siapa Is?
          “Abah rasa Is aje yang sesuai mengajar Del. Lagipun, cuba kira berapa ramai Manager kita sekarang ni yang dapat supervise under Is? Ramai, dan semuanya menunjukkan prestatsi yang baik. Abah tak nampak salah pun kat situ.”
          Danish melepaskan keluhan. Dia tengok aku seketika. Muka dia keruh.
          “Dany taknak jadi apa-apa kat Del, bah. Abah sendiri tahu Is tu macam mana. Abah tak takut dia pengaruh Del ke?” nampaknya, Danish sangat kenal dengan Manager abah yang digelar Is tu.
          “Manusia boleh berubah, Dany. Last Dany jumpa dia dua tahun yang lepas. Dalam masa dua tahun, macam-macam boleh berlaku. And I think you should meet her again.
          “Tak ingin. Terima kasih ajelah, bah. Perempuan macam tu, tak pernah jumpa lagi bagus. Abah cakaplah apa pun, Dany tetap tak setuju abah hantar Del kat dia.” Oooh.. Is tu perempuan. Aku ingatkan lelaki.
          “Keputusan abah muktamad.” Tegas abah. Dan Danish tersandar dengan muka bengang.



**Issues of Raz yg mninggal (part prolog) x hbis lg..  Klau x igt, p gali blik part prolog eh.. hehehe
**who's the lady named Is? Agk2 apa role yg dia mainkan eh dlm life story Del? 
**Klau Danish xsuka Del buat kputusan nk krje jauh sbb Is, Damien plak sbb ape eh?
 :)

2 comments:

  1. Tu la banyak betul issue ni...tapi baru bab 6 acaner...sabarla hati...cik writer tq for the entry malam ni..sudi tag ai juga...sayang u mmuah3x...

    ReplyDelete
  2. jdt : (Y) semakin ingin tahu apa yg terjd seterusnya.... liss teruskan berkarya,semoga idea melimpah ruah...

    ReplyDelete

Featured Post

Friendship Goals - Bab 5

Popular Post