BAB 1
"DYRA-SAN, okimasu!" Teriakkan dari luar, buat aku terjaga dari tidur. Aik? Dah pagi? Aku
bangkit dari pembaringan dengan rasa malas. Mata yang sedikit payah hendak
dibuka, aku genyeh dengan jari.
"Dyra-san.. Sugu ni okimasu!" Itu suara
Rei. Paginya Rei dah sampai? Rei tu, selagi aku tak jawab, selagi tulah dia
akan panggil aku suruh bangun.
"Ee..!"
Aku hanya mampu jawab 'Ya' sahaja dengan mata yang masih sukar untuk
menerima panahan cahaya.
"Tabemashou!"
Err? Rei ni pun. Agak-agaklah. Baru celik mata kot, muka pun tak sempat
cuci lagi, dia dah ajak makan.
"Hai..!" Hmm.. Aku 'Ya' kan sajalah. Tiba-tiba aku teringatkan
sesuatu. Rei masak ke? Rei kalau masak, sah-sah terangkat! Cepat mandi. Cepat
makan.
AKU menarik shoji perlahan, kalau tarik kuat-kuat nanti
usu marah. Katanya, shoji atau panel gelongsor tu diperbuat daripada kertas lut
sinar dan dimasukkan ke dalam rangka kayu. Karang tarik kuat-kuat, koyak kertas
tu, siapa nak betulkan? Untuk rekodku saja, aku dah koyakkan lebih sepuluh kali.
Nak tak nak, tadah ajelah telinga kena bebel dengan usu.
Itu baru
shoji, belum lagi fusuma atau panel gelongsor yang dijadikan sebagai dinding.
Tak tahu berapa kali aku terlempar barang sampai tembus kertas pada fusuma tu.
Aku dah pesan dah pada usu banyak kali, minta dia ubah suai rumah tradisioanl
dan antik ni pada yang lebih moden. Tak mahu! Katanya, seni bina dan hiasan
dalaman rumah tradisinal Jepun sangat unik yang dianggap salah satu bahagian
penting dalam sejarah dan budaya Jepun. Hmm.. Jadi, terima sajalah bila setiap
kali aku rosakkan hasil seni dalam rumah dia ni.
Aku
mengatur langkah di bahagian engawa atau koridor luar yang dibina disekeliling
rumah. Bagusnya ada engawa ni, ia memisahkan antara shoji dengan bidai luar.
Dan yang uniknya, bila setiap shoji ditutup, engawa akan kelihatan seperti
sebuah laluan rahsia. Tak lebar mana pun engawa ni, muat-muat untuk dua orang
lalu dalam sekali masa saja.. Itupun dah berselisih bahu.
Aku
terpandang dibahagian tengah laman, seakan tertarik untuk melihat ke arah mini
pool, tempat Eidlan membela ikan koinya. Aku herot bibir sedikit bila
terpandang Noah di situ. Bersandar di tepi pokok sambil bertelefon. Air mukanya
nampak tegang dan serius. Luar biasa. Selalu tu, susah nak tengok ekspresi di
wajah tampan tu. Tampan, tapi sayangnya, gay.
Menurut
Eidlan yang juga merupakan pakcik tiriku, Noah merupakan teman rapatnya sewaktu
di universiti. Disebabkan Noah tak punya keluarga lagi di Malaysia, maka Eidlan
bawa Noah tinggal di sini dan membantunya dalam membangunkan perniagaan.
Entahlah, sejak Eidlan bawa dia ke rumah ni, aku memang tak boleh nak 'in'
dengan sikap Noah tu. Sudahlah berat mulut, kedekut senyum, tambah pula dengan
layanan 'beku' dia tu. Kadang-kadang, bercakap dengan dia, serupa cakap dengan
Yuuri, arnab belaanku.
Apa yang
aku pelik, macam mana lelaki setampan dan segagah itu boleh jadi gay?
Sebenarnya, aku rasa lega bila dengar dia gay biarpun terkejut sikit. Sebab?
Yalah, dahlah dia tinggal dalam rumah ni. Akukan perempuan. Mestilah aku risau
dengan kewujudan dia yang tiada hubung kait dengan keluargaku. At least bila
tahu dia gay, aku rasa selamat.
Aku
jungkit bahu, malas nak ambil kisah. Terus aku atur langkah hingga tiba di
hadapan bilik makan. Aku selak shoji dan senyumanku melebar. Semua makanan dah
terhidang. Aku berlari anak dan terus duduk di atas zabuton atau sejenis bantal
nipis yang dijadikan alas ketika duduk di atas lantai tatami. Bersinar wajahku
melihat deretan makanan di atas chabudai atau meja makan yang berkaki pendek.
Menyelerakan.
"Ohayou
gozaimasu, Nayla-san." Tegur satu suara. Aku menoleh ke arah hujung
kanan ruang, ada satu lagi shoji yang menghubungkan ruang makan dengan dapur.
"Ohayou,
ani-san." Aku mebalas ceria teguran Rei yang sedang menatang dulang
yang berisi minuman.
"Mana
Uya dengan Sandra?" Si kembar tu merupakan adik-adik kepada Rei. Tetsuya
tak menetap di sini memandangkan dia dibesarkan oleh mak cik angkatnya di
Malaysia atas sebab dia tak serasi tinggal di sini. Casandra pula sejak kecil
dibesarkan oleh neneknya. Tapi obaasan (nenek) dah meninggal beberapa tahun
yang lalu., Ya, nasib Tetsuya dan Casandra hampir sama sepertiku. Kehilangan
ibu sejak dilahirkan. Tetsuya dan Casandra dua tahun lebih tua dariku.
"Oji-san
(atok) bawa mereka shopping. Cari barang, mereka nak balik Tokyo next
week." Ujar Rei lalu meletakkan dulang di atas chabudai. Aku lihat rambut
panjangnya yang diikat satu. Nampak ganas.
Penampilannya, tak pernah tak kemas. Selalu bersut dan berkasut kulit
kilat.
Rei
Akihiro, lelaki kacak berumur 27 tahun itu merupakan teman baik Eidlan sejak
kami menetap di negara empat musim ni. Keakraban mereka memang tak siapa boleh
sangkal. Dia juga merupakan pewaris tunggal organisasi Yakuza Yamaguchi. Salah
satu oraganisasi yang sangat berkuasa dan digeruni di Jepun dan dikalangan
mafia-mafia luar negara. Sejak bertahun lamanya, Yakuza Yamaguchi dipegang oleh
oji-san iaitu atuk kepada Rei dari sebelah ibunya. Rei jadi harapan oji-san
memandangkan daddy Rei tak berminat dalam menguasai dunia mafia. Tambahan pula,
daddy lebih cenderung dalam bidang perniagaan.
Ooh..
Aku angguk-angguk. Cuti semesta Tetsuya dan Casandra bakal berakhir. Maknanya,
si kembar akan pulang ke universitinya di Tokyo. Bestnya mereka dapat belajar
luar dari Hokkaido. Sedangkan aku, Eidlan hanya beri aku pilihan untuk memilih
universiti di dalam Hokkaido saja. Hmm.. lepas ni aku mesti akan sunyi kembali.
Aku memang tak punya kawan, mungkin kerana mereka takut nak berkawan denganku
yang punya kaitan dengan yakuza. Tak mengapalah, aku tak kisah pun.
Tak
lama, muncul pula Eidlan yang membawa buah-buahan.
"Selamat
pagi, usu."
"Morning,
dear." Eidlan seperti biasa, nampak kasual dengan baju tebal berkolar
tinggi dan berseluar jeans. Tubuhnya kelihatan tegap dan dia mempunyai wajah
yang manis. Sekali dia senyum, ais di Rusutsu tu pun boleh cair.
Aku
tersenyum riang bila Eidlan turut bersila di atas zabuton masing-masing. Rei
membalas senyumanku berserta dengan sebuah kenyitan. Aku tergelak.
"Manisnya
senyum. Melting I tengok." Aku tergelak bila ayat sebegitu keluar dari
mulut Rei. Biarpun Rei seorang yakuza, tapi bila bersamaku dan adik-adik
kembarnya, dia jadi seorang yang sangat penyayang. Dan dia pandai masak!
Berbeza pula tatkala berdepan dengan orang bawahannya, dia jadi sangat bengis
dan panas baran. Oh, aku memang tak suka dengan sisi Rei yang satu tu.
Menyeramkan.
"Dyra,
happynya hari ni? Mimpi apa malam tadi?" Tegur Eidlan. Aku senyum semakin
lebar. Dan pak cik kesayanganku itu terus berkerut dahi. Senyuman yang penuh
dengan muslihat. Eidlan sangat kenal dengan senyumanku itu.
Naz
Eidlan, satu-satunya saudara yang aku ada. Memandangkan dia adalah adik tiri
kepada arwah papaku, maka dia adalah pak cik tiriku. Tak kisahlah, tiri atau
kandung. Apa yang penting, dia sangat menyayangiku. Dia yang menjagaku sejak
aku dilahirkan. Tahun ni genap usia Eidlan 24 tahun, biarpun masih mentah, tapi
Eidlan sangat pandai menjagaku. Menurut daddy, arwah mama dan papa meninggal
sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Dan pada waktu aku dilahirkan, arwah mama
dan papa dah tiada di dunia ni lagi kerana mereka terlibat dalam kemalangan.
Sebagai
orang yang bertanggungjawab menjadi saksi kemalangan itu, daddy berbesar hati
membawa Eidlan dan aku ke Jepun memandangkan kami tiada lagi saudara di sana.
Mujurlah waktu itu kami ditemukan oleh daddy, kalau tak.. Entah apalah nasib
aku dan Eidlan agaknya. Dan di sinilah aku membesar. Biarpun bertahun tinggal
di sini, Eidlan dan keluarga daddy lebih banyak menggunakan bahasa melayu, jadi
aku dah terbiasa menggunakan bahasa tu.
"Usu.."
Panggilku sedikit meleret. Rei yang sedang menuang minuman, menoleh seketika.
Lain macam saja cara panggil. Eidlan pandang aku. Sesuatu sangat.
"Dyra.."
Eidlan balas dengan nada amaran. Jangan macam-macam! Biasa kalau aku buat
senyum macam tu, sama ada aku nakkan sesuatu atau aku dah buat salah. Sebab tu
Eidlan pandang semacam aje.
Aku
senyum lagi. Buat muka comel dan aku kerdipkan mata beberapa kali.
"Lili
Eldyra.. Talk." arah Eidlan, tegas. Dahi dia dah keluar peluh dua tiga
butir. Aku tahan nak tergelak. Mesti Eidlan fikir aku dah jahanamkan
barang-barang dalam rumah ni lagi. Eidlan, kalau pasal seni dan hiasan dalam
rumah ni, jangankan rosak, teralih sedikit dari kedudukannya pun dia boleh
perasan tau.
"Usu
ni cemaslah. Dyra tak buat rosak pun kat harta-harta usu tu." aku herot
sedikit bibir. Bila Eidlan hambur nafas lega, Rei terus melambakkan tawanya.
"Obvious
sangatlah kau ni." Ujar Rei tergelak-gelak.
"Dah
memang kerja dia rosakkan khazanah dalam rumah ni, nak tak nak mesti aku fikir
ke situ dulu." Balas Eidlan, tak mahu kalah. Rei gelak lagi. Eidlan
kembalikan fokusnya padaku.
"Habis
tu, kenapa? Mesti ada sesuatu." Eidlan soal lagi, tak puas hati.
Dan
waktu tu juga Noah menarik shoji di belakangku dan terus duduk di hadapanku.
Empat sudut chabudai sudah berpenghuni. Eidlan di sebelah kananku, Rei kiriku
dan Noah di hadapan. Aku mencebik saja bila mata terpandang Noah. Noah tayang
muka iceberg. Aku ambil sudu, mula mengacau donburi supaya rasanya sebati.
Donburi merupakan sajian tradisional yang dihidangkan dalam mangkuk yang agak
besar. Isinya terdiri daripada nasi kukus, ayam dan sayur-sayuran campur.
"Dyra,
what's going on? Your smile really look strange, okay."
Sekali
lagi aku buat muka comel. Pandang Eidlan. Eidlan jadi hilang selera. Dia
picingkan mata. Tanda tak puas hati sebab buat dia jadi tertanya-tanya.
"Dyra
dah lepas that examination hell." tuturku. Intro. Eidlan angkat kening
sebelah. Semua orang tahu kenapa peperiksaan tu digelar sebegitu. Ini kerana
peperiksaan tersebut merupakan peperiksaan akhir untuk sekolah tinggi dan ia
adalah penentu untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Disebabkan persaingan
yang sangat tinggi, jadi peratus untuk semua pelajar terpilih adalah sangat
nipis. Kerana itu ia digelar sebagai Examination Hell oleh pelajar di sini.
"Then?"
"Dan
Dyra rasa, Dyra tak nak sambung studi." Sepi. Tiba-tiba Eidlan henmpas
sudu di permukaan chaburi. Aku
tersentak. Serta-merta hilang senyumanku. Eidlan tatap aku tajam. Aku kalih
pada Rei. Rei angkat bahu. Tanda tak mahu campur. Aku terus tunduk.
"Tak
nak studi? Habis, nak buat apa?"
"Dyra
nak.. Err.." Gulp! Serius sangat Eidlan bila sebut pasal universiti ni.
"Dyra."
Seru Eidlan. Itu nada amaran!
"Dyra
nak masuk kelas modelling." Macam
tak terkeluar perkataan terakhir tu.
"Modelling?"
Soal Eidlan, tak percaya. aku beranikan diri pandang Eidlan. Aku angguk.
Tak
sangka, Eidlan yang serius tadi terus tergelak-gelak. Aku pandang Rei. Dia
senyum saja, tapi senyum dia tu macamlah perkataan modelling tu sesuatu yang
lucu. Aku pandang Noah pula. Biarpun dia tayang muka iceberg, tapi aku tetap
terlihat bibirnya yang tersungging senyuman. Sinis!
"Kenapa?
Kelakar ke?" Tiba-tiba rasa nak marah pula. Kenapa mereka bertiga ni macam
memperkecilkan impianku?
"Ada
ke model pendek macam ni?" soalan berupa sindirian tu buat aku tersentak.
Tersentap. Pendek sangat ke aku ni? Aku
acu sudu di hadapan mukanya. Dia jungkit kening. Tak terusik pun dengan
gertakkanku.
"Siapa
pendek?" soalku dengan bibir dah memuncung. Aku kecilkan mata. Noah
sebaliknya tergelak, 2 harakat. Terus sambung makan. Aku kalih pada Rei. Dia
yang tadinya tersenyum lucu, terus neutralkan ekspresi.
"Dyra
pendek ke?" soalku minta kepastian. Sebenarnya lebih pada minta Rei beri
jawapan yang boleh buat aku sedap hati.
"Taklah.
Tinggi Dyra ni sesuai sangat jadi model." sokong Rei. Memekar senyumanku.
Aku pandang Noah, dia jungkit bahu saja.
"Dyra
tak score untuk sambung studi ke?" soal Eidlan. Aku pandang pakcikku.
Tayang muka sedih.
"Dah
cuba score, tapi macam tak ada harapan." balasku, tak bersemangat. Bukan
aku tak cuba, aku dah buat yang terbaik. Tapi entahlah, aku jadi tak cukup
yakin.
Eidlan
tarik nafas dalam sebelum dihembus.
"Macam
nilah, kita tunggu result lepas tu baru buat apa-apa keputusan. Lagipun, Dyra tahukan
usu dan daddy nak Dyra tolong kat kilang tu. Kalau Dyra tak sambung studi,
macam mana usu nak bagi Dyra uruskan kilang-kilang tu?"
Aku
diam. Hadam ayat Eidlan perlahan-lahan.
Ya, aku
tahu. Aku harapan Eidlan untuk membantunya menguruskan kilang-kilangnya. Sejak
habis belajar, Eidlan mula berjinak dengan dunia perniagaan bersama daddy. Dan
kini, Eidlan sedang mengusahakan kilang makanan sejuk beku, kilang percetakkan
dan kilang fabrik. Semestinya dibantu oleh Noah.
"Dah
Dyra, tak payah fikir sangat. Makan. Penat I masak untuk Dyra tau." Pujuk
Rei sambil menepuk perlahan bahuku. Aku pandang Rei. Aku berikan dia senyuman
ceriaku.
"Arigatou
gozaimasu, ani-san (abang). Masakan Rei tak pernah tak sedap." Untunglah
hari ni Komori oba-san (makcik Komori), tak payah susah-susah masak.
Kebiasaannya Komori hanya akan datang untuk mengemas dan memasak saja. Di rumah
ni, hanya tinggal aku, Eidlan dan Noah saja. Tiada pembantu atau tukang kebun
tinggal di sini. Mereka hanya datang setiap hari dan bekerja untuk dua tiga jam
kemudian merekan akan pulang. Tapi yang pasti, Rei ada tinggalkan dua tiga
orang bawahannya untuk berkawal di hadapan dan belakang pintu pagar utama.
"Untuk
Dyra, hari-hari masuk dapur pun I sanggup. Yang penting, Dyra kena cukup makan
dan happy." balas Rei, ceria. Ya, aku sangat gembira bila dapat makan. Dan
masakan Rei adalah kegemaranku.
"Haa,
malam ni kita pergi Sapporo nak?" Cadangku. Teruja. Date!
"Sapporo?"
soal Eidlan. Kabur.
Aku
angguk, yakin. Aku ambil wasabi dari mangkuk kecil dan aku tuang ke dalam teh
hijau suamku. Adunan aku kacau sebati dan aku minum. Yummy.. Aku pandang tiga
pasang mata yang sedang merenungku. Aku tersengih bila Eidlan dan Rei sudah
tergeleng-geleng melihat tingkahku. Sementara Noah tetap begitu. Muka kaku.
Entah sejak bila agaknya, aku jadi gemar minum teh hijau yang dicampurkan
bersama wasabi. Rasanya tu, susah nak kubayangkan. Sangat luar biasa dan buat
sel-sel dalam kepalaku terkejut.
"Kembang
tekak usu tengok Dyra minum wasabi dengan green tea." Muka Eidlan dah
nampak lain macam. Macam patah selera pun ada. Aku tergelak saja.
"Dah
jadi ketagih. Ha, jomlah pergi Sapporo malam ni. Dyra nak jalan-jalan kat Odori
Park. Usu, snow festival, remember?" Takkan Eidlan boleh lupa dengan
festival salji yang akan diadakan setiap tahun pada musim sejuk?
Eidlan
petik jari.
"Yes,
snow festival. Guys, are you free?" Soal Eidlan pada Rei dan Noah. Rei
terdiam, cuba memanggil ingatannya pada jadualnya sebagai yakuza.
"Hmm..
Aku ada meeting dengan mafia dari Shanghai, tapi nanti aku cuba cakap dengan
ojiisan. Kalau dia boleh ganti, aku follow."
"Noah?"
Eidlan soal Noah. Tiga pasang mata memerhatikan si iceberg. Dia teguk airnya
sebelum pandang kami. Biarpun Noah dan Eidlan sebaya, entah kenapa aku lihat
perwatakkan Noah yang sentiasa berlagak cool tu buat dia nampak lebih matang
dari pakcikku.
"Free."
Sepatah aje jawab. Berat sungguh mulut.
"Nanti
I bawa Uya dan Sandra." Beritahu Rei.
"Yessss..!"
aku terjerit suka.
"Happynya?
Bukan setiap tahun pun kita pergi ke?" soal Eidlan, tak faham.
"Kali
ni lain. Dyra ada buat date dengan Neiko. Kali ni harap-harap menjadi."
Berkobar-kobar semangatku. Dari awal masuk sekolah tinggi sampaikan dah lepas
peperiksaan, aku masih belum dapat seorang pun teman lelaki. Semua temujanji
kebanyakkannya tak berjaya. Ada yang janji, tapi tak datang. Ada yang dah
bertemu, tapi tiba-tiba menghilangkan diri. Tapi tak apa, aku tak akan serik.
Tiba-tiba
suasana jadi sunyi. Aku pandang Noah. Noah pandang Rei. Rei pandang Eidlan. Aku
pandang Noah sekali lagi, dia sengih pada Rei tapi seakan mengejek. Kenapa?
Pelik aje reaksi mereka bertiga ni.
"Rei.."
Panggilku bila Rei buat muka seakan sedang menanggung beban yang berat. Rei
pandang aku dan dia tampal senyuman palsu.
"Ya,
kali ni mesti menjadi. Gambate!!" Ujar Rei, siap menjulang tangan tinggi.
Tanda memberi semangat. Tapi kenapa bunyinya macam terpaksa?
No comments:
Post a Comment