Bab 4
"DYRA kat mana ni? Usu suruh Dyra datang kilang,
kan?"
Aku
sengih sendiri. Mata memerhati segenap sudut di dalam pusat peranginan Rusutsu.
Musim salji, Rusutsu Resort di Hokkaido menjadi tempat tumpuan untuk mereka
yang gemar dengan aktiviti berski. Dengan keluasan resort hampir 42 kilometers,
pelbagai aktiviti luar dan aktiviti dalam yang boleh dilakukan di sini.
Hmmm...
Mungkin sekajap lagi, lepas makan tengahari bersama Neiko, aku nak ajak Neiko
menunggang kuda. Aduhai.. Mesti romantik, kan. Berkuda waktu bersalji dan
berdua dengan lelaki sekacak Neiko. Harap kali ni menjadi. Jangan jadi macam
minggu lepas, sudah. Dahlah tak dapat dating di Odori Park, kena serang pula
dengan musuh Rei.
"Dyra
keluar sekejap, jumpa Neiko."
"Jumpa
Neiko? Date?" Soal Eidlan sedikit terjerit. Aku tahan diri nak tergelak.
Overlah respond pakcik kesayangan aku ni.
"Dekat
mana?"
"Jangan
risau, usu. Dyra masih dalam Hokkaido. Belum sampai Tokyo pun lagi."
Balasku sambil tergelak-gelak.
"Lili
Eldyra.." Opps.. Tu nada amaran.
"Dyra
kat Rusutsu. Sebelum malam, Dyra balik. Usu janganlah risau, eh."
"Macam
mana usu tak risau? Dyra tak ingat apa jadi minggu lepas? Dyra tak takut ke?
Dahlah Dyra keluar dengan orang yang Dyra tak kenal sangat. Kalau jadi apa-apa,
macam mana? Dyra dengan siapa sekarang ni?"
Aku
julingkan mata ke atas. Tolonglah, usu. Membebel apa ni? Macamlah aku ni budak
sekolah lagi. Aku dah habis sekolah tinggi pun tau.
"Dyra
dengan siapa lagi? Seoranglah. Dyra bukan ada kawan pun. Macamlah usu tak
tahu." balasku sedikit sebal. Tiba-tiba aku rasa macam jauh pula jarak
pintu masuk utama Rusutsu dengan resort. Neiko dah sampai ke belum ya?
"Tengok,
pergi sorang-sorang pula tu. Dyra ni memang tak fikir apa-apa eh, sebelum nak
buat sesuatu tu?"
Eidlan
dah naik angin. Kadang aku tak faham, sayangnya Eidlan padaku sampaikan dia tak
mampu nak kawal perasaan risau dia. Aku okey. Aku dah besar, aku boleh jaga
diri sendiri. Kenapa Eidlan masih nak kawal aku macam aku baru habis sekolah
tadika? Aku tolak kuat pintu kaca yang memisahkan ruang lobi dengan restoran di
dalam resort. Mata cuba mencari kelibat Neiko di antara pengunjung.
"Usu
ni kenapa? Tak pernah-pernah menggelabah macam ni. Dyra keluar jumpa Neiko
sekejap aje. Usu risau Dyra kena serang macam hari tu ke? Hari tu punya kes,
kan dah settle. Rei yang jadi punca, kan? So, usu tak payahlah risau lagi. Dyra
okey. Tengok, dah selamat sampai kat res... Aduh..!"
"Gomen nasai.." Ucapku
beberapa kali sambil menundukkan kepala dan membongkokkan sedikit badan. Aku
tak tahulah siapa yang langgar siapa, tapi dah memang aku terbiasa macam ni.
Salah orang pun, aku yang akan minta maaf dulu. Lagipun, ada kemungkinan juga
salah aku sebab sambil bercakap, sambil berjalan. Tak fokus dengan keadaan
sekeliling.
Sejenak,
aku angkat kepala. Itu pun dengan muka cuak. Beberapa orang lelaki bersut mewah
agak berusia berdiri di hadapanku. Semua dengan wajah serius. Mungkin ahli
korporat. Lelaki yang aku langgar tadi mungkin ketua di antara mereka. Wajahnya
lebih serius dan agak tegang. Matanya tajam merenungku. Boleh tak aku nak
nangis?
Tanpa sepatah
kata, lelaki berambut putih itu terus berpaling dan melangkah. Kemudian diikuti
oleh pengiring-pengiringnya. Hmm.. Tentu saja mereka bukan orang biasa-biasa.
Dan tentu saja mereka datang sini bukan untuk bersuka-ria. Garang. Tak mesra.
Hilang
saja mereka dari pandangan mataku, barulah aku berani bergerak. Benda pertama
yang aku cari, telefon bimbit. Entah ke mana benda tu terpelanting agaknya.
Terbongkok-bongkok aku meneliti bawah kerusi dan diceruk meja. Mana? Takkan
boleh hilang pula?
"Cari
saya ke?" Tegur satu suara. Aku pantas menoleh. Aku yakin orang tu tegur
aku, memandangkan peratus pengunjung di sini yang boleh berbahasa melayu agak
nipis. Dan orang yang tegur aku ni pun macam tahu aje aku boleh berbahasa
melayu.
Aku
terkedu. Dia tersenyum. Melihatkan dirinya yang santai duduk sambil menikmati
makanan, aku tersengih kemudiannya. Teragak-agak aku angkat tangan kananku.
"Err..
Hai?" Tegurku, ragu-ragu. Sebenarnya, aku pun tak pasti reaksi bagaimana
yang harus aku berikan. Patutkah aku tunjuk yang aku teruja menemui dia, sekali
lagi? Atau patutkah aku tunjuk muka malu sebab tak sedar dalam
terbongkok-bongkok mencari telefeon bimbitku, dia pula memerhatikanku?
Aduhaiii..
"Duduklah."
Pelawanya sambil menarikkan kerusi di sebelahnya. Aku sengih lagi, tapi kali ni
sempat pula aku ragu dahi sendiri.
"Kenapa?
Awak okey ke? Macam tak selesa aje. Duduklah dulu? Atau awak ada hal?"
Za'id bangkit dari duduknya. Kami berdiri, saling berhadapan.
"Saya..
Saya ada date ni. Eh, bukan, Saya nak jumpa kawan."
"Ooh..
Lama ke awak nak jumpa kawan awak tu? Saya tunggu awak?"
Tunggu
aku? Biar betul? Aku tatap mata Za'id. Dalam-dalam. Dia tak nampak bergurau
pun. Betul ke?
"Saya
serius. Last week jumpa, saya terpaksa biarkan kawan pakcik awak tu bawa awak pergi.
Kali ni saya agak awak datang seorang. Jadi, apa salahnya saya tunggu awak
sekejap, kan? Lagipun, esok saya nak balik Malaysia dah." Tuturnya penuh
mengharap. Aku kemam bibir. Serba-salah nak bagi jawapan sebab aku sendiri tak
pasti berapa lama aku akan habiskan masa bersama Neiko.
"Awak
tak kisah ke?"
Dia
jungkit bahu. Mukanya manis biarpun hanya dia hanya tersenyum nipis.
"Tak
kisah. Just take your time. Saya tunggu kat sini."
Aku
tersenyum lebar. Bahagia. Suka. Gembira. Tak pernah ada lelaki yang beri
perhatian sebegini padaku selain Eidlan. Aku betul-betul rasa dihargai.
Mungkinkah Za'id adalah lelaki yang aku nantikan selama ni? Lelaki yang aku
cari selama ni? Dyra, wake up! Wake up!
Aku
tergelak kecil. Baru tersedar kami asyik berbalas renungan sejak tadi.
"Okeylah.
Kalau macam tu, saya pergi dulu." Pamitku sambil menundukkan sedikit
kepala. Tanda hormat.
"Jaga
diri." Pesannya sebelum aku berlalu. Dan aku melangkah dengan sebuah
senyuman yang sangat-sanagt bahagia. Dia pesan, jaga diri. Alalala.. Tak pernah
dalam hidup aku ada lelaki pesan macam tu padaku. Kalau ada pun, setakat Eidlan
atau Rei sajalah. Noah? Jangan mimpi.
Za'id,
jangan sweet sangat boleh tak? Lemah lutut saya!
HABIS satu kawasan resort aku pusing, tak juga kutemui
Neiko. Mana dia ni? Macam mana nak telefon dia? Telefon aku dah hilang. Dua jam
dah berlalu dari masa yang kami janjikan untuk bertemu. Neiko dah balik ke?
Mungkinkah pencarian aku ni hanya sia-sia?
Aku
berdiri, menyandar di tiang beranda resort. Mata merenung jauh ke hadapan sana.
Ke arah kawasan luas yang menyajikan pemandangan pergunungan Rusutsu yang
diselimuti dengan salji. Pemandangan yang indah. Di atas sana, kelihatan kereta
kabel bergerak perlahan. Hmm.. Nampaknya, pelan aku bersama Neiko sekali lagi,
gagal.
Entah
buat kali ke berapa, aku melepaskan keluhan. Agak-agak Eidlan risau tak ya? Aku
bawa kedua belah tapak tangan yang bersarung dengan glove merah hati. Sejuk.
Masuk dalamlah. Oh, ya. Kenapa aku perlu kecewa tak dapat date dengan Neiko?
Bukankah Za'id sedang menantiku sejak tadi?
Tubuh
yang tadi lesu, mula bersemangat. Bibir mula tersenyum kembali. Ceria. Kalau
tak dapat berkuda dengan Neiko, Za'id pun okey juga. Malah, Za'id lebih kacak
dari Neiko yang bermata sepet tu. Tapi, nak ke lelaki yang berimej korporat tu
naik kuda mengelilingi kawasan bersalji denganku?
Bersama
semangat yang baru, aku berpaling ke kanan. Nak pergi ke restoran. Tapi, belum
pun sempat aku atur langkah, aku terkaku. Mata nak tersembul keluar. Aku gosok
mataku. Betul ke apa yang aku nampak ni? Noah? Dengan perempuan bertudung?
Siapa tu?
Hmm..
Aku senyum, penuh dengan muslihat. Sesekali buat kerja keji, sekodeng si mamat
gay ni, bagus jugakan. Senyap-senyap, aku merapati kedudukan mereka di hujung
beranda sana. Perlahan-lahan, aku duduk disalah satu kerusi rehat di situ dan
aku capai buku traveler guide. Buku aku buka agak tinggi, menutupi muka. Nak
pasang telinga. Harap-harap Noah tak perasan.
"Baliklah."
Arah Noah pada perempuan cantik tu. Dingin tuturnya.
"Saya
datang sini sebab nak bawa awak balik, Noah. Awak pula suruh saya balik
sendiri?" Lembutnya suara dia. Selembut wajahnya
"Awak
tahu jawapan saya, Maira."
"Saya
tahu jawapan awak, tapi saya harap sangat awak boleh ubah jawapan awak tu bila
saya datang sini." Suara lembut kedengaran sedikit sendu.
Siapa
Maira pada Noah? Dan siapa Noah pada Maira? Kenapa Maira ajak Noah pulang, Noah
pula berkeras tak mahu. Mungkinkah perempuan ni keluarga Noah? Tapi, menurut
Eidlan. Noah tak punya keluarga lagi di Malaysia. Dan selama bertahun Noah
tinggal dengan kami, tak pernah ada orang datang untuk bertemu dengan Noah.
"Tak
ada apa yang boleh ubah pendirian saya. Awak pergilah balik. Jangan tinggalkan
apa-apa kesan pun kat sini dan jangan datang lagi. Bila sampai masanya, saya
sendiri akan balik." Ujar Noah, dingin. Beku. Dia terus melangkah pergi
tanpa menghiraukan Maira yang sudah menhamburkan tangis tak bersuaranya.
Aku
turunkan sedikit buku, mata mencari wajah lembut milik gadis bernama Maira. Dia
tertunduk, menangis di situ. Aku gigit bibir bawah, geram. Geram pada Noah yang
tak berhati perut tu. Geram pada Maira yang dah sia-siakan air mata dia untuk
lelaki seperti Noah.
"INI telefon cik. Encik Za'id minta saya pulangkan
pada cik. Dia tak dapat tunggu cik sebab dia ada hal penting. Katanya, nanti
dia akan hubungi cik."
Aku
pandang telefon bimbit di tangan. Terngiang-ngiang suara receptionist yang
datang menegurku sewaktu aku terpinga-pinga mencari kelibat Za'id tadi. Za'id
dah balik? Bukan dia cakap nak tunggu aku? Dia kata tak kisah pun berapa lama.
Ni tak sampai tiga jam pun lagi, dia dah balik. Sedihnya.
Terbang
terus semangat yang membara-bara tadi. Za'id pun macam Neiko juga. Kenapa tak
ada seorang pun lelaki yang sudi menerima aku sebagai teman istimewa? Kenapa
susah sangat aku nak jumpa soulmate aku? Kenapa nasib aku tak macam rakan
sekelasku?
Aku buka
telefon. Gelap. Telefon mati pula. Hmm.. Kecewa bertimpa-timpa.
"PUTUS lagi?" Tegur Noah padaku yang sedang
duduk di atas buaian sambil hujung kasut menguis pasir.
Aku
diam. Tak mahu ulas apa-apa. Dan aku tak rasa nak kongsi apa-apa pun dengan
Noah si gay yang berlagak bagus tu. Lagipun, cakap dengan lelaki tak berperasaan
macam Noah ni, dia boleh faham ke? Dia sendiri baru buat perempuan menangis,
tak mungkin dia akan faham kesedihan kaum hawa ni.
"1..
2.. 3.. 4.. Hmm.. Untuk permulaan tahun baru, kira ni rekod terbaik berbanding
tahun lepas." Noah bersandar pada tiang buaian dengan kedua tangan
menyeluk saku jeansnya. Pandangannya dihala ke hadapan.
"Agak-agak
nak tunggu sampai end of the year, berapa orang ya yang akan tersenarai?"
"Just
go away.." Tuturku bersama keluhan. Malas sangat nak layan si gay ni. Mood
tengah tak baik ni, mohon sangat jangan ganggu. Sudahlah kecewa tak dapat jumpa
Neiko, Za'id pula suka-suka menabur janji padaku. Kalau tak mampu nak tunaikan,
janganlah berjanji. Menyakitkan hati betul.
Noah
tergelak dua harakat. Hmm.. Pernah ke Noah ni gelak berharakat-harakat pun
sebelum ni? Paling banyak pun mungkin tiga harakat aje, itu pun bila bersama
Rei dan Eidlan.
"Kali
ni sebab apa pula?"
Aku
muncungkan bibir. Kepala makin tunduk. Sejak aku melangkah masuk ke sekolah
tinggi, aku mula teruja untuk menjadi
mangsa cinta monyet. Oleh kerana itu, aku cuba buat janji temu dengan lelaki
yang menunjukkan minat pada diriku. Tapi entah kenapa, sejak awal kemasukkan
sekolah tinggi, tak ada seorang pun yang sudi jadikan aku kekasih mereka.
Apa yang
buat aku hairan, teman-teman sekelas boleh saja stay dengan teman lelaki
masing-masing. Sedangkan aku? Tahun lepas saja entah berapa orang yang berjaya
mendekati diriku, tapi lepas janji temu di luar sekolah, pasti lelaki itu akan
minta putus. Malah ada yang pesan supaya menganggap diri mereka tak dikenali.
Kenapa? Aku tak cukup comel ke?
Aku
pantas ambil telefon bimbit dari dalam poket jeans lalu aku hadapkan di muka.
Walaupun agak samar-samar, tapi aku boleh nampak lagi wajahku. Dengan kulit
putih bersih, mata bulat bersinar, rambut elok saja panjang lurus dan bergulung
di hujung serta keperangan, ada jambul di dahi, alis terbentuk cantik, hidung
pun tak peset, bentuk badan pun solid. Tak comel ke?
Aku
pandang Noah. Noah yang sedar diperhatikan, turut menoleh. Dia agak pelik
dengan reaksiku yang tiba-tiba tu, tapi dia tetap tayang muka bersahaja. Tanpa
riak.
Noah
yang berdiri santai, terus tegak bila aku tiba-tiba bangkit lalu berdiri di
hadapannya. Noah sedikit menunduk, sementara aku mendongak. Tinggi aku paras
bahu Noah saja, kalau nak berpandangan dari jarak dekat memang kena mendongak
macam sekarang.
"Kau
kenapa?" Soal Noah.
"Noah,
cuba awak tengok muka saya." aku sua wajahku pada Noah untuk ditilik. Aku
pejam mata rapat-rapat sebab tak nak bertentangan mata dengan Noah. Walaupun
Noah gay, dia tetap lelaki. Aku tak nak jatuh cinta dengan gay!
"Kenapa
dengan muka kau? Elok aje, lubang hidung masih ada dua. Belum jadi tiga
lagi." balas Noah bersahaja.
Aku buka
mata lalu menarik wajahku kembali. Aku memuncung, tak puas hati dengan jawapan
tak berseni dari Noah tu.
"Bukan
lubang hidunglah."
"Habis
tu, apa? Bibir? Nak suruh rasa, manis ke tak?"
Aku
mencebik. Bibir pula. Cepuk baru tahu.
"Dahlah,
malas cakap dengan awak. Dasar gay. Dahlah gay, heartless pula tu."
Cemuhku dan mula membuka langkah untuk berlalu.
"Lili.."
Panggil Noah.
Kakiku
terpasak namun tak sedikit pun aku menoleh.
"Lili,
look at me." Pinta Noah. Aku menjengkit bibir. Minta sesuatu dari orang tu
cuba guna nada suara yang betul. Ini tidak, tegak aje macam pembaris. Aku
berpaling jua. Aku membalas pandangan Noah.
"Kau
nak tanya aku yang kau ni cantik ke tak, kan?" Noah melangkah, mendekatkan
jaraknya denganku. Aku jungkit kening. Tahu pun.
"Jawapannya,
tak. Kau tak cantik sebab tu semua lelaki tu tinggalkan kau." Tambah Noah,
tenang saja nadanya. Seolah-olah itulah jawapan paling jujur yang dia mampu
berikan padaku.
Buat
beberapa ketika, aku pandang Noah. Tajam.
Si cold blooded ni kan, mulut tak reti nak jaga hati orang langsung. Dahlah
tu, sikit pun tak rasa bersalah lepas halau Maira dan buat Maira tu menangis.
Eeii... Geramnya aku dengan si gay ni. Tanpa sebarang amaran, aku sepak kaki
Noah. Tepat pada tulang keringnya. Noah yang sejak tadi tayang muka tak
berjiwa, terus tertunduk-tunduk menggosok kakinya sambil mengaduh.
"Padan
muka." Ejekku, puas hati. Geram sebab dia baru lepas kutuk aku. Kalau ya
pun aku tak cantik, tolonglah jangan jujur sangat. Dan sepakkan tu aku berikan
bagi pihak Maira juga. Lelaki yang tak berperasaan!!
"Kau
ni.." Rengus Noah setelah kembali berdiri biarpun muka masih
berkerut-kerut. Kena sepak dengan but, mahu tak sakit?
Aku
berpeluk tubuh dengan lagak berani. Aku mengacah, seakan hendak menyepak kaki
Noah sekali lagi. Noah pantas saja menjauh.
"Panggil
Lili lagi, Dyra suruh Rei sepak kaki awak sampai patah." Itu amaran keras
dariku sebelum berlalu pergi. Tak siapa pujn boleh panggil aku Lili kerana
menurut Eidlan, nama Lili tu diberikan oleh arwah mamaku.
"Kau
buat apa kat Rusutsu tadi?" soalan Noah yang luar dari topik asal, buat
aku terdiam sejenak. Dia tahu aku pergi Rusutsu? Ooh, tentu Eidlan yang bagitau
ni.
"Datinglah."
Balasku selamba. Noah jungkit kening.
"Dengan
siapa?"
"Eh,
awak nak tahu kenapa? Kan awak tahu Dyra baru putus tadi." Aku mecebik.
Kekwat sungguh. Yalah, tak pernah-pernah Noah tanya aku keluar dengan siapa,
baru hari ni aje mencemar duli. Mestilah rasa bangga sikit.
"Tak
kisah kau nak dating dengan siapa pun, tapi pastikan lelaki tu bukan lelaki
yang kita jumpa malam hari tu." Ujar Noah, nadanya tenang tapi kedengaran
tegas. Aku jungkit kening. Senyumanku melebar.
"Za'id?"
sengaja aku sebut nama tu. Nak tengok reaksi si gay ni. Dia tajamkan
renungannya. Aku balas lagi dengan sengihan yang semakin lebar.
"Sayangnya,
kami dah pun bertukar nombor telefon tadi. Malam ni mesti dia call Dyra."
Aku jungkit-jungkit kening. Mencabar ketenangannya. Confirm, mesti Za'id pernah
reject cinta Noah. Sebab tu Noah benci sangat pada Za'id yang budiman tu.
"Okeylah.
Dyra masuk dulu. Jumpa lagiiiii.." Ujarku sedikit meleret. Ulang tayang
kejadian waktu di TV Tower kelmarin. Aku lihat rahang Noah saling bergesel.
Noah marah ke tu? Aku tergelak dalam hati. Yes!
Aku
terus berlari anak menuju ke bahagian utama rumah, meninggalkan Noah yang masih
merenungku. Aku mendaki, naik ke engawa.
Saat tangan hendak menarik shoji, aku terkaku.
"Tapi
tadi Kauto cakap dia ternampak Noah kat Rusutsu. Kau tahu?" soalan Rei
pada Eidlan buat aku tertarik untuk terus pasang telinga.
"Noah?
Dia buat apa kat sana?" Nampak Eidlan tak tahu tentang pertemuan Noah
dengan Maira. Hmmm.. Mungkinkah Noah berlaku curang pada Eidlan? Kalau betul,
bagus! Lepas ni aku boleh pengaruh Eidlan untuk cari perempuan tulen sebagai
pasangan.
"Aku
tak pasti pula. Masa Kauto sampai, Noah dah gerak balik. Aku ingatkan kau ada
back up plan. Kot kau suruh Noah ikut Dyra ke."
Entah
kenapa, aku macam tak sedap hati bila dengar nama Kauto disebut beberapa kali
dalam perbualan mereka. Apa kaitan Rusutsu dengan Kauto? Kenapa Kauto boleh ada
di sana?
"Tak
ada pula. Kau dah cakap nak hantar Kauto follow Dyra, takkan aku nak suruh Noah
pula pergi. Habis tu, apa jadi dengan Neiko? Kau dah settle, kan?"
Aku
rapatkan lagi telinga pada dinding shoji. Kenapa tiba-tiba Eidlan sebut nama
Neiko? Dan kenapa Rei perlu hantar orang kanannya untuk ikut pergerakkanku?
"Kazuya
dah settlekan. Aku tengok dari jauh aje. Tapi kesian juga aku tengok Neiko tu
tadi. Bersungguh dia cakap dia nak cepat. Dia dah janji nak jumpa kawan. Kazuya
tu kau tau ajelah. Mana dia nak layan alasan-alasan macam tu. Nak menangis juga
budak tu." Cerita Rei dan sekaligus buat jantungku terhenti berdegup. Cuba
menghadam setiap butir bicara mereka. Mungkinkah Neiko yang mereka sebutkan tu,
Neiko yang sama yang berjanji hendak bertemu denganku tadi? Mungkinkah..
"Biarlah
dia nangis pun. Aku peduli apa." Balas Eidlan, tanpa rasa bersalah.
"Aku
harap lepas ni Dyra dah seriklah nak bercinta dengan lelaki kat luar sana.
Cukup-cukuplah kita buli budak-budak yang bertemu janji dengan Dyra tu."
Patutlah..
Patutlah selama ni tak ada seorang pun yang sudi jadi teman lelakiku. Patutlah
setiap kali bertemu janji, hampir kesemuanya lesap begitu saja. Patutlah..
Rupanya selama ni, ada sesuatu yang mereka lakukan tanpa pengetahuanku. Mereka
yang buat semua temujanjiku gagal. Tapi kenapa?
"Bila
pasal Dyra, aku memang tak boleh nak percayakan sesiapa selain kau, si kembar
dengan Noah. Orang luar yang datang dekat dengan dia, aku tak boleh. Aku
risau."
Dan
mungkinkah sebab Eidlan dan Rei juga, aku tak punya teman lain selain Tetsuya
dan Casandra? Sejak dari awal persekolahan, tak siapa pun yang sudi berkawan
denganku. Aku tak pernah kisah, kerana padaku, asal aku ada Eidlan dan si
kembar pun sudah memadai. Tapi siapa sangka, disebalik semua ni, ada sesuatu
yang mereka sembunyikan.
No comments:
Post a Comment