Bab 5
AKU bersila sambil berpeluk tubuh. Isyarat aku tak mahu
berlembut mahupun dipujuk. Aku nak dengar penjelasan dari mereka berdua.
Mungkin dari Noah yang baru masuk juga. Memandangkan mereka bertiga sangat
akrab, maka aku sangat pasti ada sesuatu yang cuba mereka rahsiakan dariku.
"Tak
nak cerita?" soalku sedikit sinis. Aku pandang mereka seorang demi
seorang. Dari Eidlan yang bersila paling kanan, diikuti oleh Rei dan kemudian
pada Noah yang lebih selesa berdiri sambil bersandar sendeng. Santai saja
dengan kedua belah tangan disimpan di dalam poket jeansnya.
"Tolonglah
usu, terangkan pada Dyra. Dyra nak tahu, kenapa selama ni usu kongkong hidup
Dyra? Apa salah Dyra?"
Eidlan
tarik nafas dan dihembus keluar. Matanya merenungku, tapi seakan tembus entah
ke mana. Jauh menungnya.
"Okey,
tak apa. Kalau usu, Rei dengan si gay ni tak nak cerita, tak apa. Dyra tak
kisah. Esok juga Dyra pergi buat date dengan lelaki yang ada kat luar sana.
Selagi usu tak cerita apa sebab usu buat Dyra macam ni, selagi tu Dyra akan
ajak mana-mana lelaki keluar dengan Dyra." Tekanku. Memprovok.
"Tak
boleh." Balas Eidlan, tegas. Wajahnya serius. Rei hanya menunduk, merenung
lantai tatami.
"Kenapa
tak boleh?" Cabarku. Aku balas dengan berani renungan bapa saudaraku.
"Kalau
usu cakap tak boleh, maksudnya tak boleh!" Tekan Eidlan sedikit meninggi.
Matanya dijegil garang. Belum pernah lagi Eidlan meninggi suara sebegini pada
aku, satu-satunya anak saudara yang dia ada. Jangankan tengking, nak marah aku
pun selama ni Eidlan akan fikir berpuluh kali. Tapi malam ni.. Kenapa? Kenapa
Eidlan jadi macam ni?
"Eid,
cool down." Celah Rei, cuba meredakan kemarahan Eidlan. Eidlan marah
kerana aku mencabar kesabarannya. Aku tahu Eidlan bukan jenis orang yang boleh
bersabar bila dicabar atau ditentang.
"Dyra,
Dyra pergi masuk bilik dulu. I.."
"Dyra
tak nak. Dyra nak dengar penjelasan dari usu dulu. Kalau tak, Dyra takkan
berganjak ke mana-mana." Pintasku pada bicara Rei namun mataku sedikit pun
tak beralih dari membalas renungan tajam Eidlan.
Demi
sebuah kebenaran, apa nak jadi pun, jadilah. Aku tetap nak tahu kenapa Eidlan terlalu mengawasiku selama ni tanpa
pengetahuanku. Kenapa pergaulanku disekat? Kenapa aku tak dibenarkan berkawan
dengan sesiapa? Kenapa?
"Tak
ada apa yang perlu usu jelaskan. Apa yang Dyra kena tahu, mulai saat ini, usu
tak nak lagi Dyra kenal atau berkawan dengan orang luar. Full stop!" Tekan
Eidlan. Tak mahu berkompromi.
"Tapi
kenapa? Kenapa Dyra tak boleh hidup macam orang lain? Dyra ni bukan orang ke?
Kenapa perlu protect Dyra sampaikan Dyra nak berkawan pun tak boleh? Usu, Dyra
nak bebas!" Sedikit meninggi suaraku.
"Usu
tak pernah kurung Dyra. Dyra nak ke mana selama ni, pernah ke usu halang?
Kebebasan apa lagi yang Dyra perlukan?"
"Kebebasan?
Kebebasan apa yang usu bagi pada Dyra? Dyra nak berkawan pun usu tak bagi.
Kebebasan ke tu? Tadi, Dyra dengar dah semuanya. Selama ni usu yang suruh Rei
rosakkan semua date Dyra dengan kawan-kawan Dyra. Apa ni, usu? Dyra bukan
budak-budak lagi, usu tahu tak? Dyra dah 17 tahun. Dyra ada life Dyra sendiri.
Dan usu tak ada hak nak rampas kebebasan hidup Dyra!" Bukan niat aku nak
menjerkah Eidlan, tapi aku tak mampu hendak mengawal amarahku.
"Dyra..!"
Jerit Eidlan dengan wajah berangnya. Melihatkan wajahnya, aku tahu Eidlan
marah. Marah dengan sikapku yang sudah berlaku biadap. Tapi melihatkan matanya,
aku nampak Eidlan kecewa. Kecewa dengan sikapku yang jelas sudah melampaui
batas. Aku membuang pandang, melarikan mata dari renungan Eidlan.
"Eid..
sabar dulu." Celah Rei yang sejak tadi jadi pemerhati pertelingkahan kami
berdua. Sekilas, aku terpandang Rei dan Noah. Rei lempar pandangan belasnya
padaku. Aku biarkan sepi. Noah? Hanya menjadi pemerhati tanpa sebarang riak di
wajahnya.
Eidlan
melepaskan keluhan kasar. Dia bersandar namun matanya terus merenungku.
"Dyra,
I don't know how to explain everything to you. Dan usu tak tahu apa reaksi Dyra
kalau usu tell the truth. But one thing you should know, Dyra adalah amanah
yang arwah mama dengan papa serahkan pada usu. Tugas usu adalah menjaga
keselamatan awak dari sebarang ancaman..."
"Tapi
Neiko bukan ancaman. Izumi pun bukan ancaman. Keito pun. Dia orang cuma nak
kawan rapat dengan Dyra aje." Pintasku.
"Kita
tak tahu siapa yang akan jadi ancaman pada diri kita, Lili Eldyra. Musuh ada di
mana-mana. Dan tak ada malang yang berbau. Jadi usu perlu sentiasa alert supaya
awak selamat." Tekan Eidlan.
"Nak
selamatkan Dyra dari apa? Dari siapa? Musuh? Musuh apa? Kalau ada yang serang
Dyra pun, tu semua musuh Rei. Tak ada kaitan dengan Dyra. Stoplah, usu. Jangan
bodohkan Dyra boleh tak?"
"You
ada musuh, Dyra!" tengking Eidlan semakin hilang sabar. Dan buat seketika,
aku terdiam. Membalas renungan mata Eidlan yang terjegil. Dapat aku rasakan
bibirku bergetar, cuba menutur bicara namun gagal. Aku ada musuh?
"Eid,
I don't think this is the right time." celah Rei, cuba meredakan kemarahan
Eidlan.
"Budak
degil." Tambah Noah, dingin.
"Let
her be. Dia yang nak sangat tahu." balas Eidlan. Dia mengengsot sedikit,
merapatiku. Jemariku dicapai dan digenggam. Kami berpandangan.
"Macam
yang Rei cakap, ini bukan masanya untuk usu ceritakan. Tapi Dyra yang paksa
usu. Ingat, lepas usu cerita semua ni, usu nak Dyra berubah. No more the mellow
Lili Eldyra. I want you to be Eldyra yang keras hati, heartless, fearless,
berani dan gah."
Aku
picingkan mata. Tak faham. Kenapa aku perlu berubah?
"Sebelum
usu cerita, usu nak Dyra tahu, Dyra tak ada pilihan lain selain berubah dan
keep moving forward. Dyra rasa, Dyra dah sedia nak dengar semua ni?"
Raut
wajah Eidlan yang kelihatan serius membuatkan aku mula bertingkah dengan
perasaan sendiri. Bersediakah aku untuk mendengar penjelasan Eidlan? Dapatkah
aku terima semua itu nanti?
Dyra,
kau yang nak sangat tahu kenapa selama ni kau dilayan seperti seorang pesalah
di dalam penjara. Kau terkurung biarpun kau nampak macam bebas untuk ke mana
saja. Setiap pergerakkan kau diintai dan diekori. Kau tak dibenarkan
menjalinkan persahabatan dengan sesiapa malah Eidlan cuba menghalang setiap
kali kau cuba rapat dengan seseorang.
Jadi
Dyra, bersediakah kau untuk dengar semua penjelasan Eidlan?
Aku
menarik nafas sedalamnya, cuba meraih kekuatan kerana aku tahu, apa yang bakal
Eidlan katakan mungkin sesuatu yang aku tak mampu untuk terima begitu saja. Aku
pejamkan mata seketika sebelum kembali kubuka dan wajah Eidlan aku cari. Dia
menanti butir bicara dariku.
"Dyra,
you tak perlu paksa diri you." celah Rei, memujuk nadanya. aku menggeleng.
It's either now or never.
"Shoot."
Ujarku pada Eidlan. Kami bertatapan. Dalam.
"Selama
ni usu sembunyikan Dyra dari orang yang buru Dyra. Orang yang sama yang dah
bunuh arwah mama dan papa Dyra."
Aku
picingkan mata. Mencari kebenaran dalam setiap butir bicara Eidlan tadi. Mama?
Papa? Bunuh? Bukankah mama dan papa..
"Ya,
usu tipu Dyra. Usu cakap mama dan papa Dyra meninggal sebab kemalangan.
Sebenarnya, tak. Kemalangan papa dan mama Dyra dirancang, dan mereka meninggal
di tempat kejadian. Waktu tu, mama Dyra masih bernyawa dan dia cuba bertarung
untuk lahirkan Dyra. Usu cuba dapatkan bantuan dan kebetulan daddy lalu kat
kawasan tu. Masa tu kami tak ada pilihan lain selain sambut kelahiran Dyra kat
tempat kejadian. Lepas Dyralahir, mama Dyra pun pergi."
Aku
tatap mata Eidlan sedalamnya. Mengharapkan apa yang dia katakan hanyalah
gurauan semata. Bila dia masih tega membalas renunganku, aku kemam bibir. Cuba
menahan diri dari terhambur tangisan. Sikit pun aku tak peduli pada pandangan
mataku yang semakin kabur.
"Ma..
Mama.. Papa.. Papa.." Aku menggeleng. Tak percaya. Aku tak mahu terima
kenyataan tu. Eidlan sentuh lembut pipiku. Airmataku yang mengalir, disapu
perlahan.
"I'm
sorry, dear. Tapi ini yang Dyra nak sangat tahu, dan inilah kebenarannya. Apa
yang usu nak, lepas ni Dyra bangunlah. Tak selamanya usu dapat sembunyikan Dyra.
Dyra kena belajar untuk jadi kuat. Dyra tak boleh jadi lemah lagi sebab sampai
masa, Dyra perlu berdepan dengan musuh yang dah tahu tentang kewujudan Dyra.
Dia sedang buru Dyra."
"Dia
orang.. tak.. tak tahu Dyra.. Dyrawujud sebelum ni?"
"Dia
orang ingat Dyradah meninggal dalam kandungan mama Dyramalam tu. Dia orang tak
tahu kami berjaya sambut Dyra lahir dan daddy terus bawa kita ke sini."
"Daddy?"
"Ya,
daddy tahu ada orang nak buru Dyra. Dia yang selamatkan kita dan dia yang
sembunyikan kita selama ni. Rei dan orang-orang dia pula tak pernah berhenti
mengawal kita. Sebab tu usu kawal pergerakan Dyra, pergaulan Dyra sebab daddy
dah pesan awal-awal, sesiapa pun boleh jadi musuh Dyra. Dan Dyra tak tahu apa
niat mereka nak rapat dengan Dyra."
"Macam
mana dia boleh tahu.. tahu yang Dyrahidup lagi?"
"Usu
tak pasti. Ada kemungkinan mereka perasan bayi yang mama Dyra kandungkan tu dah
tak ada dalam perut dia waktu kejadian."
"Malam
Dyra kena serang hari tu...?" Aku tatap dalam-dalam mata Eidlan. Minta
kepastian. Bila Eidlan mengangguk, aku rasa nak meraung kuat. Patutlah Rei
mengamuk sakan. Dia marahkan orang suruhannya kerana cuai dalam menjaga
keselamatanku. Dan yang paling penting, musuh dah berjaya menemui kedudukanku.
"Kenapa?
Kenapa dia orang buru Dyra? Apa yang dia orang nak dari Dyra?" Mesti ada
sesuatu. Mesti. Kalau tak, takkan aku diburu dan.. mama aku dibunuh. Papa aku
dibunuh. Kejam! Mereka kejam!
"Sesuatu
yang usu sendiri tak tahu ianya wujud atau tak."
Aku
picingkan mata yang sejak tadi tak henti-henti mengalirkan airnya. Sesuatu?
KETUKAN bertalu-talu dari luar kamar, aku biarkan tanpa
ada niat untuk membalas panggilan mahupun untuk membuka pintu. Tolonglah, usu.
Jangan ganggu Dyra. Tolonglah bagi Dyra masa untuk Dyra bersendirian.
“Dyra, please.
Open the door.” Suara Eidlan kedengaran memujuk, sama seperti sejak dua hari
yang lalu. Sejak aku bertindak mengurung diri di dalam bilik. Shoji dicipta
tanpa kunci, dan sebenarnya Eidlan boleh saja masuk walaupun aku tak benarkan.
Tapi kerana Eidlan hormatkan 'ruang peribadi' yang aku miliki, dia tetap
menanti aku memberikan keizinan untuk dia masuk.
“Dyra,
dah dua hari awak berkurung macam ni. Tolonglah jangan dera diri Dyra sendiri.
At least, kasihankanlah cacing dalam perut Dyra tu. Nanti cacing-cacing tu mati
kelaparan.”
Aku
memeluk kuat kedua belah lututku. Kepala tersemban di atas kepala lutut. Cacing
mati? Aku tergelak dalam kesakitan. Kita tengok, antara aku dan cacing, siapa
yang akan mati terlebih dahulu. Eloklah kalau aku yang mati dahulu, sebab aku
tak nak menggalas beban sebesar ini. Dan seandainya itu berlaku,
setidak-tidaknya aku dapat bertemu dengan arwah mama dan papa. Aku kemam bibir.
Tak mampu lagi untukku hamburkan airmata.
“Dyra,
usu tahu Dyra kuat. Menangislah. Menangis sepuas hati Dyra. Bila Dyra dah puas
lepaskan perasaan Dyra tu, usu nak Dyra bangun. Usu tak nak tengok sisi
Dyrayang lemah ni lagi. Banyak benda yang Dyra perlu belajar untuk berdepan
dengan musuh Dyra."
Bangun?
Tak mudah, usu. Semua tu bukan mudah. Aku hanya gadis remaja yang masih mahu
mengejar dunia yang berwarna-warni. Dan tiba-tiba, aku diberikan satu beban
yang sangat berat di bahuku. Dan tiba-tiba aku dapat tahu tentang musuh yang
sedang memburuku. Tak mungkin semudah itu untuk aku terima semua ni.
Sejak
kecil, aku percaya bila Eidlan cerita tentang pemergian arwah mama dan papa
adalah disebabkan oleh kemalangan. Hampir tujuh belas tahun aku hidup berpegang
pada cerita Eidlan tu, tetapi siapa tahu semua tu hanyalah satu penipuan. Dan
kebenarannya, arwah mama dan papa meninggal kerana dibunuh. Siapa mereka hingga
sanggup meragut nyawa kedua ibubapaku? Siapa?
Aku
pejam mata rapat. Menahan airmata dari kembali mengalir. Patutkah aku menyesal
kerana memaksa Eidlan menjelaskan semua yang tersembunyi selama ni? Aku
menggeleng. Bukan salah Eidlan,. Ya, bukan salah Eidlan. Aku yang paksa Eidlan
cerita semua tu dan siapa sangka kebenaran tu tak seremeh yang aku sangkakan.
“Usu
turun dulu.” Belum beberapa saat, kedengaran Eidlan menambah bicaranya.
“Lili
Eldyra, Dyra kena ingat siapa diri Dyra. Bila Dyra kecewa dan lemah macam ni,
ramai yang akan bertepuk tangan dan senang-senang mereka akan tamatkan riwayat
Dyra. You know what, if the world wanna
break your heart, let it be. But don’t let it break your spirits. Ingat pesan
usu ni. By the way, I love you.”
Pelukkan
pada lutut, aku eratkan. Bibir aku gigit semakin kuat. Dada sebu, terasa seakan
ingin pecah. Kenapa? Kenapa perlu aku berdepan dengan takdir sekejam ini?
Kenapa semua ni berlaku padaku? Kenapa sebesar ini dugaan yang aku perlu
hadapi?
AKU usap bulu putih Yuuri. Dia leka dengan carrot yang
sedang dikunyahnya. Aku renung Yuuri, namun yang aku nampak bukan arnab
kesayanganku ni. Sebaliknya, aku seakan terlihat figura mama dan papaku. Mama
dan papaku pernah aku temui dan yang tak pernah aku lihat wajah mereka. Mama..
Papa..
"Yuri...
kau sedih tak, hidup tak ada mama dengan papa?" soalku bersama sendu.
Pandangan dah mula kabur dengan airmata. Rupa Yuuri pun dah berbalam-balam. Pun
aku terus bertinggung di tengah laman, mengusap bulu Yuuri yang lembut.
"Kat
mana parents kau sekarang ya, Yuuri? Kau tak teringin ke nak jumpa dia orang?
Yuuri, by any chance.." Aku cuba menahan sendu.
"By
any chance.. Pernah tak kau.. Kau tengok muka.. Muka mama dengan papa
kau..?" Aku tutup mulutku dengan tangan kiriku. Menahan esak tangis. Yuuri
sedikit tersentak bila airmataku jatuh lalu menitis di atas hidungnya.
"Aku
tak pernah tengok muka mama aku, Yuuri. Muka papa aku pun aku tak tahu.. Tak
tahu macam mana." Dan aku teresak semahu hati.
"Dyra.."
aku tak hiraukan panggilan Eidlan tu. Aku terus menangis, menangis dan
menangis. Yuuri aku angkat dan aku bawa dalam pelukkan. Dan aku menangis lagi
dengan penuh rasa hiba. Terasa diri sangat kasihan kerana tak punya mama dan
papa. Malah tak pernah tahu bagaimana wajah mama dan papaku sendiri. Sampainya
hati orang yang bunuh mama dan papa. Sampainya hati..!
"Kenapa
bunuh mama Dyra? Kenapa bunuh papa Dyra? Kenapaaa??" jeritku menghambur
rasa marahku, entah pada siapa. Aku mengongoi kuat. Aku tersembam dalam
pelukkan entah siapa. Aku tak dapat nak fikir apa-apa lagi. Aku dikawal
sepenuhnya oleh emosi. Semua yang Eidlan sampaikan malam tadi, satu kejutan
yang sangat besar dan berat untuk aku terima. Siapa yang mampu terima bila
dapat tahu mama dan papa sendiri dibunuh?
"Dyra..
Jangan macam ni. Be strong, dear." Pujuk orang yang memelukku. Dia
mengusap kepalaku. Penuh kasih sayang. Aku kenal pelukkan ni, aku kenal suara
yang memujukku ni. Aku lepaskan Yuuri dan membalas pelukkan daddy.
"Daddy..."
Aku tersendu lagi.
"Ya,
sayang. Daddy ni."
"Kenapa
dia bunuh mama Dyra? kenapa bunuh papa Dyra? Dyra sedih."
"Syhhh..
Dyra jangan sedih lagi. Sepatutnya, bila Dyra dah tahu semua ni, Dyra kena jadi
lebih kuat. Kalau Dyra lemah, macam mana Dyra nak berdepan dengan orang yang
dah bunuh mama dan papa Dyra?"
"Tapi
Dyra tak mampu.."
"Dyra..
Tengok sini. Tengok daddy." Daddy renggangkan pelukkan. Dia pegang erat
kedua belah bahuku, memaksaku menghadapnya, memandang wajahnya. Bila aku masih
tersedu sambil menunduk, daddy sentuh daguku dan diangkat sedikit. Dalam
terpaksa, aku tatap jua mata daddy.
Daddy
tersenyum, memberikan aku semangat. Daddy usap ubun-ubunku. Makin lebat
airmataku mengalir, membasahi pipi.
"Dyra,
daddy nak Dyra tahu. Daddy sayang sangat pada Dyra. Daddy tak pernah anggap
Dyra anak angkat daddy sebab pada daddy, Dyra pun anak daddy juga. Malah Dyra
lebih istimewa pada daddy sebab daddy sendiri yang sambut waktu Dyra lahir tau.
Anak-anak daddy yang lain pun daddy tak sambut. Sebab tu, daddy sayang Dyra
macam anak daddy sendiri." Daddy senyum lagi. Aku diam menahan esak.
"Daddy
tahu, Dyra sedih. Daddy tahu, bukan senang nak terima kenyataan bila dapat tahu
keluarga kita pergi dengan cara macam tu. Daddy faham apa yang Dyra rasa. Kalau
daddy kat tempat Dyra pun, daddy akan down macam ni." Daddy sapu lembut
airmata di pipiku. Matanya nampak memerah.
"Bangkitlah,
sayang. Bangun. Daddy nak Dyra tahu, walaupun Dyra tak ada mama dan papa, Dyra
ada daddy, ada ojii-san, ada Uya, ada Sandra, ada Eid, ada Rei, ada Noah. Kami
semua sayang Dyra lebih dari segalanya. Bila Dyra sedih, bila Dyra jatuh macam
ni, kami rasa kesakitan tu."
"Tapi
mama dengan papa.." Aku mula teresak kembali. Daddy tarik aku kembali ke
dalam pelukkannya.
"Syhh..
No more cry, dear. Daddy nak Dyra kuat. Bila Dyra dah bersedia, daddy akan bawa
Dyra melawat kubur mama dan papa Dyra kat Malaysia. For now, daddy nak Dyra
cool down dulu."
Aku tarik
tubuhku dari pelukkan daddy. Wajah daddy aku cari, menangih janjinya.
"Betul?"
Daddy
tersenyum, yakin dan jelas.
"Janji.
Kalau daddy terlupa, Dyra ingatkan daddy. Okey?"
Aku
tersenyum meski mata masih kabur dengan airmata. Mama.. Papa.. Tunggu Lili, ya.
Nanti Lili pergi melawat mama dengan papa.
"Hmm..
Tengok. Macam ni cara memujuk." Ujar daddy agak kuat. Aku berkerut dahi
melihat daddy yang sudah tergelak kecil. Dia menoleh ke belakang, aku ikut
pandang. Kelihatan Eidlan, Rei dan Noah duduk berjuntai kaki di engawa,
memerhatikan kami.
Aku
nampak Eidlan kesat air mata. Rei tutup muka, menangis barangkali. Noah? Dia
beku, sekadar merenungku. Dalam.
"Tiga
orang jejaka kacak, satu pun tak boleh nak pujuk anak daddy ni. Nak daddy juga
yang pujuk, ya." Usik daddy lalu mencuit hujung hidungku. Aku tergelak
bersama daddy.
Seketika,
aku menoleh pada jejaka bertiga tadi. Aku picingkan mata sebagai tanda amaran
yang aku belum maafkan mereka lagi.
AKU gigit bibir sendiri dengan dahi berkerut. Ini mesej
dari siapa? Sejak kejadian malam tu, aku hampir terlupa untuk hidupkan kembali
telefon bimbitku. Hari ni baru teringat nak beri nyawa pada si kecil ni. Hidup
saja nyawa, terus masuk pesanan ringkas bertalu-talu. Ada beberapa dari nombor
yang sama. Dan lebihnya dari nombor luar negara. Nombor mana ni? Macam nombor
dari Malaysia., sebab waktu Tetsuya menetap di sana, kami selalu juga
berhubung.
-Eldyra, awak okey ke? Kenapa
tak balas mesej saya? Kenapa saya call tak dapat? Awak buat saya risau.
-Eldyra, awak marah saya ke? Saya minta maaf. Bukan
saya sengaja tinggalkan awak hari tu. Saya ada hal penting nak uruskan.
-Eldyra, saya betul-betul tak sedap hati. Awak okey
ke tak ni? Mana awak pergi?
-Tolonglah, Eldyra. Maafkanlah saya. Saya ikhlas nak
kawan dengan awak.
-Eldyra, kenapa senyap aje? Is everything okay? Atau
kekasih pakcik awak tu yang tak bagi awak berhubung dengan saya?
-Eldyra..
Dan
mesej yang seterusnya, masih ayat yang sama. Minta maaf dan bertanya tentang
keadaanku yang terus-terusan menyepikan diri. Aku rasa aku tahu dia ni siapa.
Tentu Za'id. Bukankah waktu di Rusutsu, dia yang menemui telefon bimbitku? Dan
penyambut tetamu di resort itu pun ada pesan yang Za'id akan menghubungiku
sendiri.
Baru
berkira-kira nak menaip untuk membalas pesanan tu, telefon bimbitku tiba-tiba
dirampas. Aku terngadah. Wajah Noah di hadapanku, aku renung tajam. Tak puas
hati. Dia masukkan telefonku ke dalam poketnya lalu bersandar tenang sambil
membalas renunganku. Dia tayang muka tak berjiwa.
Aku
menadah tangan dengan raut tegang. Tapi Noah sedikit pun tak hairan. Masih
mampu menjungkitkan keningnya, seakan mencabar kesabaranku.
"Bagi
balik telefon Dyra tu." tekanku.
"Tak
nak." balas Noah, bersahaja. Aku picingkan mata. Aku dah berapa hari tak
ada mood nak layan orang dalam rumah ni, hari ni dia nak buat aku bertambah
sakit hati pula. Orang lain sibuk memujukku, makhluk satu ni aje yang tak
sudah-sudah nak cari pasal denganku. Agaknya, boleh putus kot nyawa dia kalau
tak buat aku marah.
"Dyra
minta baik-baik, kan. Bagi balik."
Dia sua
poketnya padaku. "Ambillah." Dia mencabar. Aku tarik nafas
dalam-dalam dan aku hembus kasar. Aku tak ada mood nak bergurau sekarang ni.
Okey, nak aku ambilkan?
Aku
majukan langkah mendekati Noah dan dengan pantas aku seluk tanganku ke dalam
poket seluar jeansnya. Bagaikan sudah mengagak tindakkanku, Noah terus menepis
tanganku. Kami bergelut, masing-masing tak mahu mengalah. Dek kerana terlalu
marah dan geram, aku gigit bahu Noah. Noah terjerit. Sakit dan terkejut. Dia menolak
tubuhku agak keras hingga aku dapat rasakan tubuhku hampir tersembam di atas
lantai.
Mujur
Noah sempat menarik tanganku, dan aku tersembam di atas dadanya. Mungkin kerana
tindakkannya yang spontan, dia tak mampu mengimbangi tubuhnya hingga dia
terlentang bersama aku yang masih berada di atas dadanya.
Seketika,
aku terdiam. Aku cuba mengawal rasa terkejutku kerana hampir-hampir nak
tersembam tadi. Turun naik nafasku dek kerana penat bergelut dengan Noah tadi.
Eh? Noah? Bukan tadi aku jatuh atas dada dia ke? Err..?
Aku
rapikan rambut yang sedikit menutup pemandangan. Aku pandang dada Noah,
seketika aku mencari mata Noah. Kami berpandangan. Sedetik, dua detik.. Aku
seakan hilang dalam renungan tu. Kenapa aku tak rasa 'dingin' seperti setiap
kali kami berpandangan? Bukankah renungannya mampu membekukan air yang sedang
hangat? Tapi kenapa kali ni, aku rasa pandangan tu berbeza?
"Lili.."
Panggil Noah. Sedikit berbisik. Aku diam. Menahan degupan jantung yang berdegup
lebih laju dari sepatutnya. Inilah buat pertama kali aku menatap mata Noah
dengan jarak tak sampai dua sentimeter pun. Baru aku tahu, mata dia cantik.
Bersinar-sinar. Malah, setiap helaan nafasnya, aku mampu kira. Tapi, kenapa dia
suka panggil aku Lili, ya?
"Jangan
berhubung dengan orang yang kau tak kenal." tutur Noah. Kenapa pesanan dia
tu kedengaran seperti alunan lagu cinta yang indah? Eh, kenapa dengan aku ni?
Takkan jatuh cinta dengan gay?
"Janji
dulu kau takkan layan mesej lelaki tu, baru aku bagi balik telefon kau."
tambah Noah lagi. Janji? Sejak bila Noah pandai menyimpul janji denganku?
"Janji?"
Desak Noah, menagih janjiku. Aku diam, menatap terus matanya. Dalam kepala dah
mula datang macam-macam muslihat keji.
"Noah.."
Panggilku, sedikit berbisik. Aku rapatkan lagi wajah kami. Noah pandang mataku,
menanti bicara dariku. Tapi dia tak mampu menyembunyikan rasa terkejutnya
dengan tingkahku yang semakin berani
secara tiba-tiba. Jangan risau, dia takkan buat apa-apa padaku punya.
Sebab dia punya selera hanya pada lelaki saja. Aku gelak keji dalam hati.
"Kenapa
awak kacak sangat? Awak buat Dyra melting." bisikku hangat. Percayalah,
inilah buat pertama kali aku berkelakuan 'panas' macam ni. Dengan gay pula tu.
Noah
terdiam. Aku pandang matanya berselang-seli dengan bibirnya. Bagaikan memahami
keinginanku, dia semakin merapatkan bibirnya padaku. Sikit lagi. Sikit lagi nak
dapat telefon aku ni. Jumpa. Aku terus tarik tangan yang sejak tadi berada di
dalam poket seluar Noah. Namun
tiba-tiba..
"Ini
aje ke trick yang kau mampu buat?" soal Noah tiba-tiba saat bibir kami
hampir bersentuhan. Aku terdiam, terkejut. Telefon yang sudah hampir keluar
dari poket, tersekat bila Noah menepis tanganku. Sepantas itu juga dia menolak
kepalaku. Dia terus duduk sekaligus buat aku tertolak ke tepi. Dia pandang aku
dengan senyuman sinis.
"Kenapa?
Kecewa tak dapat cium aku?" soal Noah buat aku genggam penumbukku.
"Sayangnya,
kau bukan taste aku. Jadi aku terpaksa kecewakan kau." Tambah Noah lagi.
Dia bangun dan berdiri di hadapanku. Aku ketap bibir bila Noah tayang senyum
kemenangan.
"Buat
sementara ni, bagi aku pinjam telefon kau ya. Oh, jangan risau. Semua mesej
Za'id tu, aku akan balaskan bagi pihak kau. Apa ya yang patut aku balas untuk
semua mesej dia tu?" Noah melangkah perlahan ke arah shoji. Dia menoleh
padaku seketika. Sebuah senyuman yang penuh dengan muslihat, dia berikan buat tatapanku.
"Mungkin
aku patut balas macam ni. Za'id yang kacak, jangan risaukan saya ya. Saya okey
cuma tadi saya baru lepas bercium dengan si Noah gay tu. Walaupun dia gay, tapi
dia lebih kacak dari awak, Za'id. Dan dia dah berjaya buat saya melting. Ikhlas
dari, Eldyra yang comel." Bersama ayat terakhir itu, Noah terus melangkah
pergi tanpa menoleh padaku lagi. Aku tarik nafas dalam-dalam dan..
"Noah..!!!!"
Jeritku bersama rasa marah dan sakit hati. Tak guna! Dia baca semua mesej aku!
Dia intai aku dari tadi ke apa, ha?
No comments:
Post a Comment