Preview Bab 30 (jauh lagi kan?) hehehe
“Walaweeeh.. papa bagi kau tiket percutian ke Bali ke apa ni? Tak pun ke Pulau Sentosa? Ke kau dah plan nak pergi tak nak balik-balik dah?” Isya tergelak besar. Mentertawakan aku. Aku menjuih bibir. Gelak pula, orang tengah pening ni.
Bersama sisa tawanya, dia mengasingkan barang-barangku. Aku mengira dalam hati. T-shirt, kain batik, seluar track, telekung, sabun Dettol, pencuci muka, tuala kecil, pakaian dalam dan plastik kosong. Semua itu dimasukkan ke dalam beg galasku. Aku tercengang.
“Weh.. weh.. Laptop aku? Ni baju tak kan semua bawak sehelai aje? Kang nak mandi tak kan pakai baju yang sama? Minyak wangi ni.” aku memprotes, tak puas hati. Dah alang-alang papa bagi chance bawak apa-apa aje barang, amiklah kesempatan.
Isya menepuk tanganku. “Kau ingat papa nak hantar kita bercuti kat mana? Taiwan? China? Papa tak kan hantar kita ke sana punya. Aku tahu papa, dia mesti ada muslihat dia sendiri. Jadi kau tak payahlah beria-ria nak bawak semua ni bagai, buat penat bahu mengangkut aje.” balas Isya terus memasukkan barang-barang keperluanku yang dah dia asingkan tadi.
“Muslihat apa pulak? Cuba kau cerita sikit, bagi aku faham.”
Isya angkat muka. “Lis, cubalah kau pandang jauh sikit. Sebagai orang yang bijak pandai macam aku ni, aku selalu fikir jauh tau. Contohnya, masa papa denda kita orang then hantar kita orang kat Fraser Hills dulu, papa tak bagi kita orang bawa apa-apa, sebab apa? Sebab papa letak we all kat dalam banglo besar. Cuba kau fikir ey, sekarang ni papa bagi kita bawak macam-macam barang, tak mustahil papa nak letak kita kat tengah pulau yang tak ada orang. Kau faham tak apa yang aku cakap ni?”
Aku berkerut muka. Kelam seketika. “Kalau dah macam tu, patutnya kita kena tambah lagi barang. Bukan kurangkan.”
Isya ketap bibir. “Hey, mangkuk. Kalau dah letak kat tengah-tengah pulau, masuk hutan keluar hutan, siapa nak angkut laptop segala ni? Bawak yang betul-betul penting sudahlah. Sengal jugak kau ek walaupun pandai.” Sempat lagi mengenakan aku. Aku menjuih bibir. Menyampah.
Turun ke tangga, aku dan Isya perpandangan seketika.
“Huuyoo.. siap bawak luggage lagi. Gila kentang.” Sambut Isya lantas kami tertawa besar. Maya punya gaya macam nak ke California aje.
Sunday, August 25, 2013
Saturday, August 24, 2013
Hi, Mr.Gardenia! (p-27)
27
AKU melepaskan beban tubuh
diatas tilam empuk. Letih, terlalu letih. Malah dah cukup lelah dengan bermacam
benda yang berserabut dikepala. Dah terasa berpintal semua urat saraf dalam
otak aku ni sampai dah tak boleh berfikir macam orang bijak pandai lagi dah.
Huuuu... Sadisnya bunyi.
Boleh tak kalau aku nak buat tak tahu dengan apa yang
tengah berlaku sekarang ni? Nak buat macam aku masih tak tahu siapa si perogol
tu. Dan nak buat macam tak pernah berlaku apa-apa malam tadi. Nak buat jugak
macam aku tak ada apa-apa hubungan dengan Syazlan. Boleh tak?
Aku sengih tepi sambil garu kepala. Boleh sangat, Lis. Pi
hantuk kepala tu kat bucu almari kuat-kuat. Dah hilang ingatan kau tu,
menjadilah apa yang kau nak tadi. Adehlah.. Tak satu, satu hal jadi. Si Maya ni
pun satu, mulut macam langsuir. Mengilai tak kena masa. Ikut rasa hati, memang
nak ganyang-ganyang bibir yang sentiasa merah tu. Huh..
Bersama
rengusan, aku duduk dibirai katil. Sungguhlah tak tenang hati ni. Isya. Betul
jugak, Isya mana? Senyap aje lepas breakfast
tadi. Rasanya dia tak keluar ke mana-mana. Aku membawa langkah ke bilik Isya. Sebelum
mengetuk, sempat aku menjengah ruangan mini library
dihadapan bilik gadis sempoi tu. Yalah, Isyakan lagi suka bertapa dalam
perpustakaan dari duduk dalam bilik dia. Pintu bilik perpustakaan yang terbuka
memberitahuku Isya tiada disitu.
Aku
pantas mengetuk pintu kamar Isya. Lama menanti, tapi tak ada pun suara Isya
melaung mengarahkan aku masuk. Senyap sunyi aje. Dengan rasa ragu-ragu, aku
memulas tombol pintu. Mata meliar disegenap ruang kamar yang tenang berlatarkan
warna tanah.
Ternampak
Isya sedang meniarap diatas katil sambil menatap sesuatu ditangannya. Tak pasti
apa. Aku merapati Isya, jelas dia masih tak menyedari kehadiranku.
“Sya..”
panggilku perlahan, tak mahu dia terkejut. Tapi nampaknya Isya terkejut jugak,
malah terburu-buru menyimpan benda yang dipegangnya tadi dibawah bantal. Sempat
aku menangkap Isya mengelap airmatanya sebelum duduk dibirai katil.
Aku
berkerut dahi. Kenapa dengan Isya? Apa yang disorokkan tu? Dan, benarkah apa
yang aku lihat ni? Isya menangis? Gadis yang aku kenali cukup tabah dan kental
semangatnya hari ni kantoi menangis depan aku? Susahnya nak percaya.
“Boleh
aku duduk?” takut-takut pula aku melabuhkan punggung disisinya.
“Kau
ni dah kenapa? Nak mintak izin segala. Macam tak biasa. Kaki nak?” aku senyum
sikit, tak terasa nak gelak seperti biasa sebab Isya pun luar biasa sangat pada
mata kasar aku sekarang ni. Nampak sangat dia nak sorok yang dia menangis tadi,
tapi dengan aku jangan nak kelentong. Suara dah sengau macam tu, hidung pun
merah, mata sembab. Cehh.. ingat kita ni budak kecil ke?
“Kau
okay ke ni? Lain macam aje?”
Isya
tersengih besar. Jemarinya diangkat tanda ‘peace’.
“Gila kalau aku okay time-time macam
ni. Berselirat kepala otak aku dengan masalah si Maya tu. Sekarang ni kan, aku
tak tahulah nak fikir guna apa dah. Kepala otak aku ni, dah tepu tau. Tinggal
ni haa.. kepala lutut aje yang ada. Tu pun aku tak tahu boleh berfungsi ke
tak.” Isya mendengus lalu menumbangkan badannya diatas tilam. Memantul sedikit
dek kerana beban tubuhnya.
Aku
melepaskan keluhan. Perlahan-lahan, aku turut berbaring tetapi dengan selamba
aku meletakkan kepala aku kat perut Isya. Saja nak bermanja.
“Weh,
kau ingat kepala kau seringan dan selembut kapas? Berat tahu?” bebel Isya tapi
sedikit pun dia tak menolak.
“Ala,
sekali-sekala. Kau ni janganlah kedekut sangat. Akukan adik kau.” aku terkekeh
kecil, terus selesa dengan keadaan sebegini.
Isya
berdecit. Kemudian kami senyap, tak tahu apa yang ada difikiran Isya tapi aku
amat pasti apa yang ada dalam kepala aku. Rasanya, inilah kali pertama aku
merasa dimanjakan. Harapkan abah, hangat kasihnya pun aku tak pernah rasa sebab
abah pergi waktu aku mencecah dua tahun lagi. Emak pula? Pedihnya, emak sendiri
pun aku tak kenal apatah lagi hendak merasa dibelai manja begini. Arwah nenek
dan arwah atok sajalah yang sudi membelaiku, tapi tetap tak sama dengan hangat
kasih ibubapa sendiri.
“Sya..”
panggilku.
“Hmm..”
“Kau..
kau pernah tak baring kat perut mama kau?”
“Kau
gila aku nak baring macam ni kat mama? Mati hidup semula pun aku tak ingin
bermanja dengan perempuan tu.” marah Isya tanpa dapat ditahan-tahan.
Aku
tepuk dahi. “Sya, maksud aku mama betul kau, bukan mama Su. Kalau mama Su aku
tak tanya pun aku tahu. Cettt..” aku menepuk perlahan pahanya.
“Ooh..
Lain kali cakap bagi terang. Dah kau kata mama, mama mana lagi? Kalau kau kata
ibu tu, aku tahulah kau tanya pasal ibu aku. Apa daa..” jarinya menekan kuat
batang hidungku. Aku pantas menepuk tangan Isya. Dia tersengih.
“Mana
aku nak tahu kau panggil mak kau ibu. Dah kau panggil papa tu papa, mesti mak
pulak mama.” Balasku masih mahu membela diri. Selama ni pernah ke Isya sebut
perkataan ibu? Mana pernah. Jadi manalah aku nak tahu dia menggelar wanita yang
melahirkannya itu ibu.
“Aku
tak panggil ibu kandung aku mama, aku panggil ibu. Rasanya panggilan tu lebih
manis, lembut. Menggambarkan sifat seorang wanita yang melahirkan dan
membesarkan anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Betul tak? Itu pada
akulah.”
Aku
mengangguk saja, menghormati pendapat tersendiri Isya tentang makna panggilan
seorang anak kepada ibu mereka. Entahlah, pada aku pulak? Semuanya sama, tak
memberi apa-apa kesan pun. Aku ada emak, tapi tak pernah aku menggunakan
panggilan itu pada emak sebab sejak aku pandai bercakap, emak tiada disisiku.
“Habis
tu kalau mama tu apa maksud dia pada kau? Hmm.. emak, umi, mummy. Lagi apa ya?
Haa.. bonda.”
“Mama
tu nampak rock sikit. Emak pulak, cool sentiasa. Umi ni rasanya agak
Islamik. Mummy pulak.. hmm.. lebih trendy
and stail. Bonda ya? Rasanya lebih klasik dan ayu.”
Kami
berpandangan seketika, kemudian terletus tawa besar.
“Ikut
suka kau aje kan. Okay, kalau kau ada anak nanti kau nak dia panggil kau apa?”
aku tersengih nakal. Isya mengetuk dagunya, seakan berfikir.
“Mestilah
ibu. Nanti tiap-tiap tahun dapat hadiah tau, anak-anak aku bagi.” Dengan muka
berlagaknya tu, dia menjawab. Aku pula berkerut, tak faham.
“Hadiah
apa pulaknya?”
“Hadiah
Hari Ibu lah, tiap-tiap tahun sambut seluruh dunia tau. Kau pernah dengar orang
sambut hari emak? Tak pun hari mama? Tak ada, kan?” dia menjungkit-jungkit
keningnya. Banggalah tu dapat kenakan aku. Cettt, hidup-hidup Isya pekena aku.
Mangkuk punya kawan.
“Yalah..
yalah.. Tak kisahlah tu semua. Aku tanya tadi, kau pernah tak baring kat perut
ibu kau?”
Dia
diam seketika. Matanya menatap siling diatas. Seakan mengimbau kenangan bersama
arwah ibunya iaitu isteri kepada papa.
“Mestilah
pernah Lis, semua orang pun mesti pernah. Lagi-lagi aku anak bongsu, ibu memang
sayang sangat kat aku. Setiap kali tengok TV, mesti aku baring kat paha ibu,
kadang-kadang ibu tengah menjahit baju pun aku mengada-ngada baring kat paha
dia. Kalau ibu baring nak tidur, aku mesti tidur kat bawah ketiak dia.
Entahlah, bila ingat balik rasa rindu sangat. Aku rasa akulah orang yang paling
malang sebab ibu meninggal sebelum sempat tengok aku berjaya.” Dia melepaskan
keluhan beratnya.
Aku
tersenyum pahit. “At least kau pernah
jumpa ibu kau, Sya. Bersyukurlah.” Tegurku perlahan. Terasa sebak menghimpit
dada.
Isya
mengangkat sedikit kepalanya, mencari wajahku. “Maksud kau?”
Aku
menjungkit bahu. “Aku tak pernah jumpa mak aku. Lepas aku lahir, dua tahun
lepas tu abah aku meninggal. Mak pulak pergi dari rumah, tinggalkan aku pada
arwah atok dan arwah nenek aku belah abah aku. Sampai sekarang, aku tak tahu
apa jadi pada mak aku. Setidak-tidaknya Sya, kau pernah panggil ibu kau ibu.
Tapi aku? Dari kecil, orang yang aku kenal atok dengan nenek aje. Kau patutnya
bersyukur, kau pernah jugak tatap muka ibu kau.”
Isya
bangkit dari pembaringan sekaligus memaksa aku turut bangun. Kami berpandangan
seketika. Tiba-tiba saja airmata yang bergenang menitis dipipiku.
“Lis..
a.. aku tak tahu pasal tu. Papa tak ada cerita pun kat kami. Tapi aku puji kau
Lis, kau kuat. Kau tabah. Sampai ke sini kau melangkah Lis. Arwah atok, nenek
dan abah kau mesti bangga dengan kau.” jemariku digenggamnya kuat. Memberikan aku
semangat agar terus bangkit. Memang sejak aku tinggal disini, Isyalah yang
sentiasa mengalirkan semangat padaku.
Aku
tersenyum. Airmata yang menitis, aku sapu perlahan.
“Sorry, tiba-tiba teremosi pulak.” Ucapku
lantas tertawa kecil. Isya tersenyum, seraya menggosok-gosok kepalaku. Dia
memang suka buat macam tu, kata Isya nampak cute. Aku pun biarkan aje.
“Kau
agak, apa jadi lepas ni pada kita? Maksud aku, apa papa akan buat kat kita?
Agak-agak dia lepaskan kita tak?” aku bertanya, mengubah topik perbualan.
Isya
kembali baring, kali ni aku berbaring disebelah dia pulak. Kepala bertemu
kepala.
“Gila
kau papa nak lepaskan kita? Mimpi ajelah. Kau tahu tak, rasanya awal tahun ni,
kita orang berempat gaduh teruk. Siap calar-calarkan kereta lagi. Papa bengang
sangat, dia hantar kita orang bercuti, seminggu kau tahu.” Besar biji mata Isya
bersama tujuh jari tangannya yang dikembangkan.
“Wah,
best gila. Cuti kat mana? Mesti oversea kan? Kalau macam tu, tiap-tiap
hari gaduh pun aku rela, boleh pergi oversea.”
Teruja benar dah rasa hati ni. Dah terbayang-bayang Eiffel Tower yang berdiri
gah.
“Oversea? Kau aku hantar kat under
sea kang. Papa hantar kita orang bercuti kat Fraser Hills, duduk situ
seminggu. Tak ada kereta, tak ada apa-apa. Papa cuma bekalkan kita orang
makanan cukup-cukup untuk seminggu. Tapi makanan tu, sangatlah mampu
mengeratkan silaturahim, kau tahu.” Hilang terus bayangan percutian aku ke
Paris.
“Ha?
Makanan apa pulak tu?”
Isya
sengih tak rela. Macam tak sampai hati nak ingat pengalamannya yang lepas.
“Papa bagi Syaz sebatang sudu dengan sepaket gula pasir. Raff dapat hitter air dengan jem blueberry. Maya dapat empat belas uncang
teh Lipton dengan jug. Aku pulak papa
bagi sebiji cawan dengan tiga bungkus roti Gardenia. Cuba kau bayangkan macam
mana kita orang yang tak pernah sebulu ni kena bertoleransi berkongsi
barang-barang tu untuk survive perut
selama seminggu. Hooo.. ingat balik pun aku dah meremang bulu roma.”
“Gilalah.”
Aku berteriak terkejut. Kejamnya.
“Memang
gila. Kalau ikutkan, aku baik dengan Syaz aje. Tapi tak boleh jugak hidup
berdua aje dengan dia dalam banglo yang tak ada apa-apa tu. Aku ada roti dengan
cawan, Syaz ada sudu dengan gula. Takkan kitorang nak makan roti aje, mestilah
nak air. Raff pun tak boleh nak buat air walaupun Maya ada teh uncang sebab
diorang tak ada gula. Lainlah kalau jem blueberry dia orang tu boleh tukar jadi
madu, kan.”
Aku
angguk. “Lepas tu apa jadi?” pantas aku bertanya waktu Isya sedang menarik
nafas.
“Dua
hari jugak tahan ego masing-masing. Raff dengan Maya sanggup goncang air teh
dalam jug sebab nak kacau tak ada sudu. Sanggup minum teh tak ada gula. Aku
dengan Syaz pulak, dok melantak roti sampai habis sebuku, lepas tu mata
terbeliak. Tercekik. Dua hari macam tu, last-last
kita orang angkat bendera putih sama-sama, rela dalam terpaksa berkongsi
makanan. Dari situ kita nampaklah yang papa memang nak kita orang hidup
sama-sama. Saling memberi dan menerima. Tapi itulah, dah balik rumah semula,
bercekau balik. Haru betul.”
Aku
terdiam mendengar cerita Isya. Papa memang mementingkan keakraban dalam
keluarga, kalau tak, tak kan papa suka-suka biarkan anak-anaknya berlapar dalam
rumah kat Bukit Fraser tu.
“Kau
orang gaduh pasal apa sebenarnya?”
Isya
mencebir bibir. “Ala, sebab aku terblok kereta Maya kat kolej. Bukan apa pun.” bersahaja
Isya membalas
Aku
dah berkerut semula. Tak kan sebab tu aje sampai gaduh teruk? Musykil ni.
“Takkan
sebab tu aje?” soalku tak puas hati.
Isya
merengus. “Betullah, aku terblok kereta Maya, yalah nak cepat masuk library. Bila aku keluar tengok-tengok,
kereta aku calar teruk. Memang aku syak betina tu ajelah yang buat, siapa
lagikan. Balik rumah, aku calar pulak kereta dia, entah macam mana aku tergarit
sekali kereta Ferrari lanun tu. Over
sangat nak balas dendam kot, tu yang tak perasan. Hehehe.. Lepas tu Raff
bengang, dia ingat Syaz yang buat sebab malam sebelum tu dia orang gaduh
berebut parking. Raff pun calarkan kereta Syaz. Settle. Memang complete,
semua kereta jadi mangsa. Kantoi kat papa, memang papa mendidihlah.”
Aku
beristighfar dalam hati. Sebab benda kecil macam tu pun boleh jadi gaduh besar.
Raff dan Syazlan pulak, masing-masing dah kategori dewasa pun bergaduh hanya disebabkan
parking? Betullah, dia orang ni memang tak pernah sebulu, sekepala jauh sekali.
Tapi..
Angkat kepala, renung muka Isya.
“Kalau
sebab benda tu aje papa hantar korang ke rumah kat bukit tu, kita yang dah
malukan papa depan kawan-kawan papa malam tadi macam mana pulak? Kau tak rasa
ke lagi teruk apa yang bakal kita dapat?” aku bertanya berdasarkan rasional
dalam diriku. Logiklah kan, lagi teruk kesalahan tu, lagi teruklah hukumannya.
Isya
tiba-tiba mengucap panjang, dahinya ditepuk. “Mampuslah kita Lis, teruklah kita
kena. Jangan papa bagi roti dengan cawan lagi kat aku dahlah, memang aku
cawan-cawankan mulut si Maya tu.”
Dan
dalam kepala aku dah boleh bayangkan sesuatu yang tak baik bakal berlaku.
Bagus, pandai buat perangai, terimalah balasan. Hu hu hu..
Taaaaraaa!!! Isya & Mai pict 2gther.. knp Isya lg cntik dr Mai? sbb sy dah terlalu biasa dgn heroin yg perfect serba-serbi..cantik.. sexy..menggiurkan..putih..kulit bersih..comel.. klau pndg tu smpai bleh terlanggar tiang lampu n etc lah.. kalau semua heroin mcm tu, hbis yg muka biasa2 ni x boleh jd heroin ke? see.. thts the point.. in creating imagination, u shld knw whre's the facts.. peacee!!!
Friday, August 23, 2013
Hi, Mr. Gardenia!! (p-26)
26
“MAYA, Isya.. your turn.” Papa beralih pada anak-anak
gadisnya pula. Aku toleh Isya, dia selamba saja.
“Jangan
tanya Isya, Isya tak tahu apa-apa. Tahu-tahu dah kena serang dengan si nenek
sihir jadian tu, dahlah make-up macam
nyonya tua nak buat Opera Cina. Huh..” Isya nilah, tak nampak ke papa tengah
bengang gila tu? Boleh dia selamba badak kutuk si Maya tu. Ish, tak prihatin
keadaan sekeliling langsung.
“Isya, I do expected you’ll speak but I do not expected
‘that thing’ will split out from your mouth.” Tekan papa.
Isya
terdiam, benganglah tu. Bukan aku tak tahu Isya kalau bengang macam mana
rupanya. Buruk macam sekarang nilah.
“Maya,
tell me apa yang dah jadi malam
tadi.”
“We all gaduh papa. Maya yang mulakan
dulu tapi kalau Isya tak flirt my date,
semua tu takkan jadi papa. Isya try
nak rampas boyfriends Maya, takkan
Maya nak tengok aje. Sampaikan Jimmy tak selesa dengan Isya, terus dia balik,
papa.” adu Maya sedikit merengek. Isya membentuk-bentuk mulutnya, mengejek Maya
dalam senyap. Aku pantas menyiku lengan Isya, kami berpandangan. ‘Behavelah, ngek.’ Aku cuba sampaikan
dari pandangan mataku. Isya mencebik.
“Isya,
betul ke Isya flirt boyfriend Maya?”
soal papa lagi pada Isya pula.
“Ek
eleh.. papa tanya macam papa tak tahu Isya ni macam mana. Ingat Isya nak
pandang mamat muka tempe berkulat tu? Malam sikit. Si Jimmy dia tu yang dok
terkenyit-kenyit mata macam ni haaa.. kat Isya, Isya jugak yang kena. Dahlah
pulak tu, dah orang tak layan, dia pi datang kat cik pulak. Kalau datang ja,
takpa lagi. Ini, siap gesel-gesel dok buat lagu kucing jantan desperate, mana nak tahan. Cik nak
tampaq muka dia, sat gi ahli sihiaq pulak datang teruih ‘perembat’ cik dengan
mulut longkang dia tu. Salah cik ka, pa weeeh..” meleret Isya bertanya pada
papa dengan loghat Utaranya.
Aku
menutup mulut. Kau nilah Isya, tak reti nak serius langsung. Dia boleh buat
main-main dengan papa yang tengah bengang tu. Aku tengok papa pun dah ketap
bibir, tahan nak ketawalah tu. Isya ni betullah, orang marah pun boleh jadi
senyum kalau dia bukak mulut.
“Eh,
tak payah nak loghatlah Isya. Macamlah Maya tak tahu you memang admire kat dia dari dulu lagi. Yalah,
diakan pernah satu sekolah you. Eh hello, kalau dah orang tak nak tu janganlah
buat muka tak malu dok sorong-sorong pipi tu. Meluat tahu tak.” Cantas Maya.
Aik, gaya suara macam nak cari gaduh aje. Tak cukup-cukup lagi ke bergusti
semalam, ni depan papa jugak kau nak sambung.
“Eh
perempuan, mulut tu kalau tak cabul boleh tak? Jangan sampai sebab mulut kau
tu, kepala kau yang bengkak tau. Kalau kau kata aku admire Sir Faiz lecturer
aku tu, tak apa. Aku terima dengan besar hati sebab dia tu memang cute gila maut punya. Ini dengan Jimmy
muka kemek tu, tolonglah ey. Tak rela.” Balas Isya tak mahu mengalah.
“Tengok
tu papa, Isya ni melampau tau. Dahlah pengkid, ada hati admire kat lecturer
sendiri. Teruk perangai dia ni pa. Tak cukup kat asrama bergaduh dengan Maya,
kat hotel semalam pun dia saja cari pasal dengan Maya. Ni pasal bini papa
nilah, dua-dua buruk perangai.”
Eh,
over sangat dah ni. Karang papa tahu
yang kita orang ni masih tak berbaik sejak tinggal dalam asrama tu pulak. Tanpa
berfikir panjang, aku menyepak kaki Maya yang duduk dihadapan Isya. Tiba-tiba
Raff yang sedang leka dengan gamenya,
mengangkat wajah. Kedudukannya yang berhadapan dengan Syazlan membuatkan dia
merenung Syazlan terlebih dahulu, kemudian jatuh pada Isya yang masih terus
merenung Maya. Lalu berakhir padaku.
Maya
pula aku lihat, tak bereaksi apa. Aku tersepak kaki Raff ke? Alamak, macam mana
kaki Raff boleh dekat dengan aku? Aku jengah bawah meja. Patutlah, Maya duduk
bersimpuh atas kerusi, kaki Raff pula terbuka luas.
“Ni
apahal yang kau nak babitkan Lis pulak ni? Bila masa pulak Lis rampas pakwe
kau?” aku kalih mata pada Isya, tak mampu melawan renungan mata Raff. Boleh
lemas.
“Girls, janganlah buat perangai dungu you
tu. Memanglah Lis tak rampas pakwe I, tapi dia goda Syaz. Buat hubungan sulit
dengan anak tiri sendiri. And kalau
papa nak tahu, sebab tulah Gina serang Lis. Dah terang-terang pakwe dia kena
kebas. Opps, terlebih pulak. Sorry.”
Maya berpura-pura terlepas cakap. Gedik aje dia gelak konon apa yang dia cakap
tu kelakar sangat. Sedangkan aku ni, dah tergamam. Syazlan aku tak tahulah
bagaimana.
“Maya!!”
terdengar Syazlan menyeru nama Maya dengan nada amarannya. Tapi Mayakan, mana
nak makan saman. Makin galak ketawa adalah.
Kami
berlima agak terkejut bila papa bangun lalu meninggalkan ruang makan tanpa
sebarang bicara. Wajahnya nampak sangat tegang. Aku melepaskan keluhan. Sekali
lagi aku dah kecewakan papa biarpun sebenarnya bukan aku yang lakukan.
“Kau
ni kan Maya, mulut bau longkang.” Cemuh Isya geram. Dia bangkit dan berlalu.
Sempat lagi dilemparkan tisu yang sudah digunakan pada muka Maya.
“Kau
memang tak senang tengok orang lain senang kan? Huh.. tengok muka kau pun aku
dah meluat.” Giliran Syazlan pula melepaskan geramnya sebelum berlalu.
Maya
membebel entah apa-apa, dia sendiri saja yang faham. Dia berlalu sambil
menghentak kaki tanda protes sewaktu meninggalkan ruang makan.
Seketika,
ruang makan yang kini hanya dihuni oleh aku dan Raff, senyap. Hanya terdengar
perlahan bunyi muzik dari permainan Ipad Raff. Aku menghirup minuman hingga
habis, bersedia untuk naik keatas. Tak tenteram jiwa aku duduk berduaan dengan
Raff saja.
“Puaslah
hati kau tengok keluarga ni kacau-bilau? Ke tak cukup lagi? Lepas ni nak goda
siapa pulak? Aku ke?” soal Raff tanpa sedikit pun wajahnya diangkat. Huh, aku
pun tak kempunan nak tengok rupa orang
yang dah rampas kesucian aku.
“Mai..
Mai.. Kalau ya pun nak cari kekasih gelap baru, tak kan anak tiri sendiri pun
jadi? Tak pun, kau ni.. dah desperate
sangat.” Dihujung bicaranya, dia berbisik tajam. Malah matanya terus menatap
anak mataku.
“Raff,
boleh tak jaga sikit lidah awak tu? Jangan nak lancang sangat menghina maruah
orang. Saya ni dah cukup jelak dengar benda yang sama keluar dari mulut awak.”
Aku membalas perlahan. Cukup sekadar apa yang aku katakan, sampai dengan selamat
kat gegendang telinga dia tu.
Aku
fikirkan lepas kejadian masa aku ambilkan pendrive
Isya beberapa minggu lepas, Raff sudah boleh menerima aku dalam keluarganya.
Tapi nyata itu semua tu takkan terjadi. Kepala terhantuk kat batang paip
agaknya masa tu, tu yang perangai elok aje. Sepatutnya aku sedar diri, manalah
aku layak bergandingan dengan lelaki sehabat Raff tu. Dahlah doktor pakar
tulang, bawak Ferrari pulak tu. Muka pun kacak. Hmm..
Tak
kisahlah apa pun, kalau muka aje lawa tapi perogol, tak guna jugak. Huh, kau
tunggulah Raff. Mungkin aku tak boleh jatuhkan hukuman depan papa sebab tak nak
papa terkilan, tapi belakang papa siapa tahu kan? Eloknya, lelaki hidung tinggi
dan bertopengkan manusia macam kau ni aku ajar cukup-cukup.
“Eh,
kau yang jelak, and why should I care?
Mulut aku, ikut suka aku nak cakap apa pun. Kau, perempuan kotor.. kalau tak
nak dengar.. argh, aku tak peduli. Kau nak dengar ke tak nak, kau kena dengar
jugak. Biar kau ingat sampai mati yang kau tu perempuan kampung yang dah tak
suci dan perempuan yang tak bermaruah. Anak tiri pun kau layan. Sadisnya
bunyi.” Raff tergelak sendiri.
Aku
bangun dari duduk. Menentang tajam wajah kacak lelaki tu. “Awak nak kata apa
kat saya, katalah. Hakikatnya, awak pun bukan baik mana. Jangan sesedap rasa
menghina orang kalau diri pun taklah sebaik Malaikat. Jangan ingat saya tak
tahu awak siapa. Dan jangan cabar kesabaran saya.”
Dia
turut bangun, merapatkan wajah kami walaupun badan kami terpisah diantara meja
makan.
“Siapa
pulak kata aku sebaik Malaikat? At least aku
taklah sejahat kau, curang dengan suami. Dah tu, ada pulak rekod jadi perempuan
murahan kat kampung. Konon kena rogol. Padahal sendiri rela. Ya tak, Mai?”
Aku
menepis jemarinya yang mengusap pipiku.
“Kau..
Kau pe..”
“Raff,
apahal ni?” aku tak pedulikan kehadiran Syazlan diantara kami. Malah kami terus
berbalas renungan. Masing-masing tak mahu mengalah.
“Lis,
kenapa ni? You okay tak?” aku terasa bahuku dirangkul dan diusap lembut.
Pandangan Raff jatuh pada rangkulan Syazlan padaku, kemudian dia tersenyum.
Penuh dengan makna yang sangat menyakitkan hati aku.
“Raff, enough okay.” Syazlan bertindak sebagai
pelerai. Raff menjungkit bahu dan terus berlalu bersama Ipadnya.
Melihat
Raff berlalu, barulah aku mampu melepaskan nafas yang menyesakkan dada. Terasa
badan yang tegang tadi, mula mengendur.
“Sayang,
kenapa ni? Raff cakap apa?” prihatin benar Syazlan padaku. Dia membelai
rambutku lembut. Aku menoleh padanya lalu aku berikan senyuman walaupun terasa
hambar.
“Tak
ada, borak-borak kosong aje. Kenapa abang datang semula ni? Tadikan abang dah
naik?” soalku cuba mengubah tajuk perbualan. Aku menjauh sedikit, memberi jarak
antara kami.
Sepatutnya
Syazlan tak perlu bertanya kenapa, dia seharusnya tahu antara aku dengan Raff
memang tak pernah sebulu. Jadi jika kami kelihatan tegang, itukan sudah
kewajipan antara aku dan Raff.
“Mama
tak sihat. Abang teringat meja makan tak kemas lagi. Kesian pulak Lis kena
kemas sendiri. So, abang volenteerlah nak membantu kekasih hati
abang ni.” dia tersenyum manis. Ikhlas sekali. Hmm.. kalaulah Raff sebaik ni
dengan aku, rasanya bila aku tahu Raff yang rogol aku dah lama aku maafkan.
“Tak
payahlah bang, biar Lis buat sendiri. Lis dah biasa.” Tolakku lembut. Memang
kebiasaannya aku yang membantu mama Su mengemas meja makan sebaik selesai
menjamu selera bersama Isya juga. Tapi mama pulak tak sihat, Isya sendiri
nampaknya tak ada mood, aku rela buat
sendiri dari ditemani Syazlan. Cukuplah aku dikatakan menggoda anak tiri
sendiri walaupun hakikatnya sekadar bekas anak tiri tapi tetap haram hukumnya
kami berkasihan.
Aku
menolak tangan Syazlan yang setia erat dibahuku. Dia melepaskan keluhan. “Kan
bagus kalau abang yang kahwin dengan Lis dulu.” biarpun hanya gumaman, tapi
tetap jelas menghimpit deria pendengaranku.
Aku
melangkah ke dapur bersama piring-piring kotor. Membiarkan kata-kata Syazlan
pergi dibawa angin. Untuk apa menyesali, sedangkan waktu papa menyuruh Syazlan
menerimaku dulu, dia bermati-matian mahu menjaga hati Gina.
Dan
kini, layakkah Syazlan merungut sebegitu?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
Popular Post
-
Bismillahirahmanirahim.. Phew..!! Berpeluh nak mula update manuskrip baru ni tau.. :) Jom, kita berkenalan dgn Lili.. Apa2 komen, kritika...
-
***Teaser. Preview. Trailer. (Anything cld be)*** Papa tarik nafas dalam sebelum dihembuskan. Matanya dihala ...